princess_kunang posted on 20-10-2010 01:21 PM

Darah Haid Warna Coklat..nape?

cycle period PK memang kelam kabut..cycle bulan ni 56 hari..baru period..masalah skrg ni..warna darah period PK bukan cam biasa..tapi warna coklat..da masuk hari ke 3 still colour camtu..
nape ekk..

manganini posted on 20-10-2010 02:04 PM

berapa umur PK? cycle memang kelam kabut since first datang haid or baru beberapa bulan ni je?

tedd posted on 20-10-2010 03:34 PM

pregnant kot????? :sweat3:

addicted posted on 20-10-2010 04:02 PM

tesekat kot.. x lancar

DARSITA posted on 21-10-2010 02:14 AM

maybe u mengandung lepas tu dlm proses keguguran.

Check doktor .. sbab tanda gugur darah tu warna mcm MILO

enemyfrog posted on 21-10-2010 06:38 PM

kalo keguguran tanpa kite sedari ni, ada efek pape tak? or rasa sakit perut ke hapa ke..

daun_hijau posted on 21-10-2010 11:51 PM

maybe u mengandung lepas tu dlm proses keguguran.

Check doktor .. sbab tanda gugur darah tu warna ...
DARSITA Post at 21-10-2010 02:14 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    selalu jer tiap bulan mcm ni.. gugur jgk ker? :L  dah lar dekat 3thn try utk pregnant..

dlaboutiquenspa posted on 22-10-2010 12:11 AM

Reply 1# princess_kunang


    sy biasa jek kalo darah warna coklat..pd awal dan akhir period...

cmf_blingblings posted on 22-10-2010 02:31 AM

tanda-tanda gugur selalunya

indudara posted on 22-10-2010 07:11 AM

saya pun pernah warna camtu..single lagi..blom bekeluarga..

kamaldr posted on 22-10-2010 10:04 AM

elok lah gi chek....jgn biarkan....ada hal lah tu

princess_kunang posted on 22-10-2010 12:19 PM

Reply 5# DARSITA


   warna coklat cam milo laa..da 5 hari ni..asek kaler camtu je..riasu laa

princess_kunang posted on 22-10-2010 12:20 PM

Reply 9# cmf_blingblings

ye ke tanda gugur?

princess_kunang posted on 22-10-2010 12:21 PM

Reply 8# dlaboutiquenspa


   aah..sblm ni biasa awal ngan akhir period..tp ni sepanjang period ni..

gurl80 posted on 22-10-2010 01:21 PM

tapi gurl pon biasa cmtu..smpai 7 hari priod..n hari ke 8 baru darah merah..mmg jnis priod x ttap gak..pastu priod lama..smpai 12-13 hr

daun_hijau posted on 22-10-2010 02:33 PM

Reply 15# gurl80


    samalah kter. tp tak adalah sampai hari ke7-8. biasa hari ke3-4 baru keluar yg kaler merah dan tempoh period biasa sampai ker 10-12hari. daun pernah sekali pergi klinik jumpa doktor nak tanya pasal hal ni lps kawen. manalah tau kan ada aper2. tp doktor tu mcm sombong jer :mad: jawab nak tak nak..ckp tu menda normal. masuk jumpa dia tak sampai 5minit dah kena cas rm10. hampes betul............. kat sini klinik doktor pompuan ada sorang dua jer...tp semua sombong gler. lebih baik gi klinik doktor lelaki..tak sakit hati. sory..ter emo pulak bila ingatkan pasal doktor tu

kapurtulis posted on 22-10-2010 02:40 PM

PCOS kot....

kapurtulis posted on 22-10-2010 02:41 PM

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS

    * Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
    * Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
    * Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
    * Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
    * Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
    * PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
    * Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
    * Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
    * Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
          o Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
          o Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
          o Polycystic Ovari
    * Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
    * PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
    * PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                  
    * Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

kapurtulis posted on 22-10-2010 02:42 PM

try tgk link nih http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=89:polycystic-ovarian-syndrome-pcos&catid=35:sukar-hamil&Itemid=57

haru_biru posted on 22-10-2010 03:43 PM

Pendarahan Implantasi

Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

Bilakan implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

** aku bc kt sini..http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=133:pendarahan-semasa-hamil&catid=36:semasa-hamil&Itemid=58

** aku pon cm ni..risau gak kalau pegnant..:sweat3:

alisyadania posted on 22-10-2010 04:45 PM

member aku pun ada jgk jd gini..dia explain aku tak paham..yg aku paham dia kata ada kaitan ngn hormon..pastu duk bergantung ngn pil hapa ntah..

hAzEL^nut posted on 22-10-2010 05:00 PM

eh, ari2 terakhir mmg normal kaler coklat kn?? :$ :$

MrsInsp posted on 22-10-2010 09:20 PM

waktu bt treatment kt lppkn dulu..ada ckp kt dktor ttg msalah ni...saya pn sama jgk..kaler koko trun dlm 2,3 ari bru trun darah...so bila dktor tanya tarikh period...sya tk sure sya tgh period ke tak....so dia pn buat la scan ikut faraj tu...bila scan dktor kata darah still bertakung tk trun lg...so saya tnya cmna nk kira trikh period utk target wktu subur...dia ckp bila darah merah dah trun bru start kira...dia ckp jdi cam tu sbb hormon tak balance...

gurl80 posted on 22-10-2010 10:11 PM

PCOS kot....
kapurtulis Post at 22-10-2010 14:40 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    mmg PCOS pon..gurl pon ada PCOS..cuma doc sruh kurang berat bdan kalu nak prggnt..n gurl dpatkan kurangkan berat bdan..alhamdulillah prggnt

DARSITA posted on 23-10-2010 03:07 AM

waktu bt treatment kt lppkn dulu..ada ckp kt dktor ttg msalah ni...saya pn sama jgk..kaler koko trun ...
MrsInsp Post at 22-10-2010 05:20 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Kalau nak kira waktu subur senang jer .. kira hari pertama darah betul betul keluar. Kalau sikit sikit tu abaikan jer.

Contoh: Your cycle date 26 days.

Datang period hari ini: sikit jer darahnya.

Esok : turun banyak ... ini lah hari kita panggil CD1 (cycle day 1).

Kalau period tetap every 26 days .. habis jer period -- lets say next saturday. You kira 11/14 hari dari tarikh ni utk telor keluar.

Kalau nak senang beli jer ovulation kits. :)
Page: [1] 2
View full: Darah Haid Warna Coklat..nape?