sjnkishka posted on 27-11-2010 09:50 PM

Koleksi Gambar-gambar Kemerdekaan Malaysia

Post Last Edit by sjnkishka at 27-11-2010 22:50

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
     
     Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan "MERDEKA" 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.     
   

Meh kita pakat tepek gambar-gambar kemerdekaan kt sini :loveliness:


http://3.bp.blogspot.com/_j5Y9lRGvjSI/SLqcnkLwI-I/AAAAAAAABVY/2DifrAHriUE/s400/Bendera+Malaysia+wave.jpg



http://www.sun2surf.com/images/sun2surf/articles/18579/tar_alan.jpg
Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan
di London pada Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan
Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan


http://i788.photobucket.com/albums/yy170/mrdpretender/tengku-rahman-motor-convoy-1957.jpg
Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka
untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London.


http://i788.photobucket.com/albums/yy170/mrdpretender/merdeka.jpg
Saat laungan "MERDEKA" Oleh Tunku Abdul Rahman


http://3.bp.blogspot.com/_S1ll5f5nZJE/Swx7CrKOSAI/AAAAAAAABXE/9JCmjMwOGSw/s320/Ekslusif+foto+merdeka.gif
Keadaan dalam Stadium Merdeka semasa pengisytiharan.

naen posted on 27-11-2010 10:37 PM

moh usha gambar sokkaba lama pasal pemasyhuran kemerdekaan tanah melayu :laugh3:

ni sokkaba "berita harian"
http://img827.imageshack.us/img827/1840/bhmerdeka.jpg

ni sokkaba "utusan zaman" (jawi)
http://img821.imageshack.us/img821/5926/uzmerdeka.jpg

yg ni lak sokkaba "malay mail" (english)
http://img833.imageshack.us/img833/3428/mmmerdeka.jpg

naen posted on 27-11-2010 11:57 PM

ni .. watikah pemasyhuran kemerdekaan tanah melayu/malaysia yg asal ..

sbb gambar terlalu besar, aku boh thumbnail je aa ek ..
sesapa yg berminat nak baca, leh aa klik kat thumbnail tu :laugh3:

http://img200.imageshack.us/img200/3931/watikah310857.th.jpg

Uploaded with ImageShack.us

naen posted on 28-11-2010 12:06 AM

ni antara tokoh penting disebalik kemerdekaan tanah melayu/malaysia ..

sheikh abdullah fahim

http://img695.imageshack.us/img695/5589/hajiabdullahpakhim.jpg

Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.

Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).

Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

ada citer menarik kenapa tarikh 31 ogos 1957 ni dipilih .. ada kaitan ngan ilmu falak/astronomy jugak aa
sesapa yg berminat, leh aa cuba search pasal ni ..

sjnkishka posted on 28-11-2010 12:09 AM

Reply 4# naen


Ade tebace gak pasal neh :D

medangmru posted on 29-11-2010 02:35 PM

bendera Union Jack Diturunkan diambang Kemerdekaan

http://3.bp.blogspot.com/_4lJ20BtAY-c/SICRxoWOzBI/AAAAAAAAAAs/aYioMiQOUJ8/s320/IMGe.jpg

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan

http://3.bp.blogspot.com/_4lJ20BtAY-c/SICRxRSHO8I/AAAAAAAAAAk/zdRzmzuSfps/s320/Pic_2.jpg

medangmru posted on 29-11-2010 02:38 PM

Sambutan kemerdekaan ...

http://fluxlounge.files.wordpress.com/2007/09/faxx0004.jpg

KimoraHakim posted on 30-11-2010 08:37 PM

bestnya tengok2 gambar2 bersejarah ni....very nostalgic

vionna007 posted on 3-12-2010 03:10 PM

betol3......syok layan gambar sejarah ni......

snizars posted on 16-2-2011 09:19 AM

berpatriotik lah kita!!!.. meh teruskan perjuangan.. memang bertuah rasanya jadi anak jati malaysia.:).

stillen posted on 26-8-2011 11:45 AM

Sapa pernah tgk topi Tun Razak and Hussien Onn time Merdeka?
Gambar nie mungkin xwujud dah coz kena banned rasa nyer

jkkkj posted on 3-9-2011 06:28 PM

Orang yang menurunkan bendera Union Jack ni kalau tak salah aku adalah Tan Sri Tahir Majid dan Tan Sri Shuaib Haji Ahmad.Mereka berdua orang Selangor,kalau tak salah aku.

Allahyarham Tan Sri Shuaib ni pernah jadi Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia pada akhir hayatnya.

naen posted on 4-9-2011 01:51 AM

Bendera Union Jack Diturunkan di Melaka

http://www.arkib.gov.my/image/image_gallery?uuid=d254be92-235f-446c-98c3-f53592d39a99&groupId=20994&t=1282717226257

Pada 30 Ogos 1957, tepat jam 6.30 petang bertempat di Padang Banda Hilir, Melaka telah berlangsung upacara menurunkan bendera Union Jack. Penurunan bendera yang dilakukan lebih awal daripada tempoh berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu ini menandakan berakhirnya pentadbiran British di Melaka selama 133 tahun.

Bendera ini  diturunkan oleh dua orang anggota dari kapal perang kecil, H.M.S. Saint Bride¡¯s Bay dengan diiringi oleh tiupan serunai.  Bendera Union Jack ini kemudiannya diserahkan kepada Resident Commissioner,  Tuan H.G. Hammett yang terdahulu daripada itu telah menerima  tabik  hormat  daripada  pasukan  pancaragam  batalion  pertama  Rhodesian Rifles.

Upacara bersejarah yang menyaksikan Melaka dan seluruh Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada cengkaman penjajah ini telah disaksikan oleh ribuan orang ramai yang membanjiri Padang Banda Hilir, Melaka.

naen posted on 4-9-2011 01:53 AM

Nostalgia menaikkan Jalur Gemilang

http://www.utusan.com.my/pix/2011/0903/Utusan_Malaysia/Laporan_Khas/lk_01.1.jpg
Mohd. Sarif Kalam menatap gambar kenangan menaikkan bendera negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

MASING-MASING hadir dengan harapan menggunung. Menjadi saksi kepada satu peristiwa penuh bererti. Yang tidak mungkin luput dalam ingatan walau ke tiupan nafas terakhir.

Tanggal 31 Ogos 1957. Tarikh keramat bagi seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Hampir 20,000 anak bangsa berkumpul menyaksikan detik-detik bersejarah kemerdekaan negara di depan mata.

Tatkala Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'merdeka', bermula dengan upacara penurunan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) diikuti pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka, semua yang hadir tidak mampu menahan air mata.

Air mata yang tertumpah amat berharga bagi ¡®saksi-saksi merdeka¡¯ ini. Setelah ratusan tahun merasai kepahitan hidup sebagai rakyat jajahan, kemerdekaan merupakan ganjaran paling besar.

Tidak hairanlah jika rata-rata mereka sanggup membawa kaum keluarga masing-masing berkampung selama berhari-hari di Stadium Merdeka, semata-mata tidak mahu terlepas peluang berharga dalam sejarah negara itu.

Kemunculan tempat-tempat menarik di negara ini hakikatnya tidak sesekali dapat menandingi kehebatan dan kepentingan Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka kerana di situlah lahirnya sejarah kenegaraan Malaysia.

Walaupun hampir dirobohkan suatu ketika dahulu, namun, atas usaha orang ramai dan pencinta warisan, Stadium Merdeka masih berdiri gagah sehingga ke hari ini.

Wartawan S2, ROSALINDA MD.SAID, SITI NURAZLINA JAMALUDIN dan AZIZI MAJID berusaha menjejaki semula individu-individu yang menjadi saksi di Stadium Merdeka bagi menghuraikan pengalaman indah mereka melakar detik-detik bersejarah negara.

TELAH 54 tahun berlalu namun, segala-galanya masih jelas terpahat dalam ingatan seorang pesara tentera laut, Mohd. Sarif Kalam, 74.

Tanggal 31 Ogos 1957 menjadi tarikh keramat baginya kerana diberi penghormatan menaikkan bendera Malaysia secara rasmi buat pertama kali sebaik sahaja Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan ¡®merdeka¡¯ tiga kali di Stadium Merdeka.

Mohd. Sarif yang pangkat terakhirnya Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum bersara pada 1987 berkata, beliau diberi penghormatan menaikkan bendera negara bersama dua rakannya, Awang Mohd. Salleh dan Oliver Culvelt Samuel.

Menurut beliau, tempoh tiga minit menaikkan bendera dengan diiringi lagu Negaraku bermula tepat pukul 8 pagi itu berjaya dilaksanakan olehnya bersama dua rakannya dengan sempurna.

Selepas bendera dinaikkan, katanya yang ketika itu berusia 20 tahun, Tunku Abdul Rahman seterusnya membacakan Perisytiharan Pemasyhuran Kemerdekaan yang disaksikan oleh puluhan ribu hadirin di stadium tersebut.

¡°Saya ingat lagi saat bendera dinaikkan, Stadium Merdeka yang dipenuhi hadirin senyap sunyi bagi memberi penghormatan kepada lagu Negaraku.

¡°Sesungguhnya pengalaman menaikkan bendera itu akan terus diingati sampai bila-bila kerana saya sendiri turut terlibat dalam satu peristiwa besar negara,¡± katanya ketika ditemui di Taman Pelangi, Johor Bahru, baru-baru ini.

Mohd. Sarif berkata, kini setiap kali menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara, hatinya pasti bercampur baur antara sedih dan gembira tatkala mengenangkan semula pengalaman yang telah dilaluinya dahulu.

Katanya, foto lama beliau bersama dua rakannya itu menaikkan bendera masih disimpan rapi di dalam bingkai kayu dan berharap akan menjadi rujukan kepada generasi akan datang.

¡°Generasi sekarang hidup senang tidak seperti orang dahulu yang terpaksa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Justeru itu, mereka hendaklah memelihara kemerdekaan yang dikecapi ini sebaik mungkin agar ia tidak dimusnahkan oleh musuh negara,¡± katanya.

Namun, Mohd. Sarif agak terkilan kerana masih ramai anak-anak muda yang tidak mahu mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan bulan kemerdekaan dijalankan sebaliknya hanya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada kerajaan semata-mata.

source : utusan malaysia 03/09/2011

naen posted on 4-9-2011 02:06 AM

AMBANG KEMERDEKAAN 1957

Peristiwa Di Malam Bersejarah

Menjelang malam 30 Ogos, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-Iampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga larut malam.

Sebuah pentas khas didirikan di padang itu dengan dihiasi dengan lampu yang berwama-warni sebagaimana juga di keliling padang. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. Manakala berpuluh-puluh ribu rakyat jelata dari berbagai bangsa berkumpul di sekeliling padang sehingga ke jalan raya. Turut hadir pada malam itu ialah perwakilan-perwakilan rasmi, pemberita-pemberita dan jurugambar dari dalam dan luar negara serta Ketua-Ketua Parti Perikatan dari seluruh negeri.

10.00 malam
Di padang, wakil ahli-ahli Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Singapura (12 delegasi) mengambil tempat di sekeliling 3 bahagian padang. Barisan hadapan memegang tali dan dengan jarak 6 kaki, seramai 2000 ahli-ahli Pemuda UMNO memegang satu lagi tali.

http://1.bp.blogspot.com/_fDDHrpgYHPk/TI3qCEghIbI/AAAAAAAAAD8/ktFKRwYe2yg/s1600/2.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_fDDHrpgYHPk/TI3qRWf8FyI/AAAAAAAAAEE/dLAd_AwEKIY/s1600/4.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_fDDHrpgYHPk/TI3qUKxoSQI/AAAAAAAAAEM/1CNlcKP9k0I/s1600/3.jpg


10.30 malam
300 Pemuda Perikatan membentuk perbarisan kehormatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap Jalan Raja (menara jam). Perbarisan ini diketuai oleh En. Ismail Bontak.


11.55 malam
YTM Tunku Abdul Rahman diiringi 30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal (15 UMNO, 10 MCA, 5 MIC) dan 2 polis pengiring bermotorsikal (outriders) tiba di Jalan Raja. Perarakan bermotorsikal ini bermula dari rumah kediaman rasmi YTM Tunku Abdul Rahman.

http://1.bp.blogspot.com/_fDDHrpgYHPk/TI3rU2tWVeI/AAAAAAAAAEU/28HRDb0ZID8/s1600/77.jpg

Apabila tiba, YTM Tunku telah disambut oleh Dato' Abdul Razak bin Hussein, Encik Saadon Zubir (Ketua Pemuda UMNO), Dato' Sir Tan Cheng Lock (Yang Dipertua MCA) dan V. T. Sambantan (Yang Dipertua MIC). Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas menghadap ke tiga-tiga tiang bendera.


11.58 malam
Semua lampu di padang dan disekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita.

http://2.bp.blogspot.com/_fDDHrpgYHPk/TI3rYJFq0zI/AAAAAAAAAEc/pB7t4bOE-8I/s1600/6.jpg


12.00 malam
Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12 malam tiba. Ini diikuti dengan laungan 'Merdeka' oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang.

Sepasukan 12 orang Pemuda dan Pemudi Perikatan yang terdiri dari 6 pemuda dan 6 pemudi (6 UMNO, 4 MCA, 2 MIC) tampil ke hadapan membawa 2 buah dulang. Satu dulang untuk diisi bendera Union Jack yang diturunkan dan sebuah dulang lagi berisi bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dulang yang berisi bendera Persekutuan Tanah Melayu dibawa oleh Cik Dasimah Ibrahim yang diikuti oleh Encik Tahir Abdul Majid serta Cikgu Abdul Wahab.

http://1.bp.blogspot.com/_fDDHrpgYHPk/TI3sI6EqJ9I/AAAAAAAAAEk/TnOe6F6jO6E/s1600/9.jpg

Bendera Union Jack mula diturunkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhimya pentadbiran British di Tanah Melayu. Penurunan bendera Union Jack disambut dengan tepukan yang bergemuruh dan laungan 'Merdeka' yang menggegarkan seluruh padang.

http://4.bp.blogspot.com/_fDDHrpgYHPk/TI3s0kpq8hI/AAAAAAAAAEs/V-BBI_-ki5E/s1600/1.jpg

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum pada malam bersejarah itu. Setelah bendera Persekutuan Tanah Melayu sampai ke puncak tiang, sorakan 'Merdeka' telah dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.


12.10 malam
Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dari Barisan Kehormatan Pemuda UMNO, MCA dan MIC dan memeriksa perbarisan dengan diiringi oleh Encik Sardon Zubir. Kemudian Tunku mengelilingi padang dan memeriksa 12 kumpulan rombongan-rombongan UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

Tunku Abdul Rahman mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai oleh Encik Abdul Majid Othman tampil membawa dulang yang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebuah Pingat Emas yang berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta itu, ditulis perkataan Bapa Kemerdekaan Tanah Air, iaitu gelaran yang diberikan oleh UMNO kepada Tunku.

Kalung emas dikalungkan ke leher Tunku oleh Encik Sardon Zubir diikuti dengan pekikan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" sebanyak tiga kali.


12.25 malam
Tunku Abdul Rahman berucap.

http://4.bp.blogspot.com/_fDDHrpgYHPk/TI3tOAJopEI/AAAAAAAAAE0/Mpf9PXehjYw/s1600/111.jpg


12.55 malam
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.

http://1.bp.blogspot.com/_fDDHrpgYHPk/TI3tUxLCBeI/AAAAAAAAAE8/JJjOFiPNBNI/s320/8.jpg


1.10 malam
Barisan Kehormatan berkawat di hadapan pentas untuk memberi tabik hormat kepada Tunku Abdul Rahman.


1.25 malam
Tunku Abdul Rahman meninggalkan pentas.


1.30 malam
Acara tamat.

jkkkj posted on 7-9-2011 02:17 AM

Reply 15# naen
Penerangan yang teliti dan terperinci...terima kasih.

ZabedAmin posted on 17-10-2011 11:36 AM

http://www.utusan.com.my/pix/2011/0903/Utusan_Malaysia/Laporan_Khas/lk_01.1.jpg

kwn bapak kak bed pak cik nie... rumah pun tak jauh... kelas :$

7teen posted on 24-2-2012 07:27 AM

Post Last Edit by 7teen at 24-2-2012 07:29

20 Februari 1956

Rombongan Kemerdekaan berehat seketika di rumah Tan Cheng Lock di Klebang, Melaka dalam perjalanan dari Batu Berendam ke Padang Bandar Hilir, Melaka.{:singo

http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/images/stories/content/sejarah/rentetan/rentetan10.jpg





medangmru posted on 25-2-2012 01:04 PM

http://4.bp.blogspot.com/-A2HlV6YoqBM/TnLIc2P5XFI/AAAAAAAAD2Q/sa2X5b4FCGY/s1600/ru_02.1.jpg

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTKmC5WEn-pHk6kQjgAcPjtG_bK1ttK8KG3KVeztR2DBq-dNHiq_Hpe66d4YQ
Barisan kabinet Malaysia pertama selepas Kemerdekaan

http://lh4.ggpht.com/_qdUQIatdkMk/THDWms6h_8I/AAAAAAAADYs/4D3OKu6k8QA/kereta%20merdeka_thumb%5B3%5D.jpg?imgmax=800
Kereta merdeka-Model Vintaj Rambler Custom convertable k3eluaran 1851

iscol_klang posted on 28-3-2012 05:27 PM

orang yg laungkan azan masa malam merdeka tu ialah tan sri hassan azahari
teruk2 orang zaman dulu pun masa merdeka reti jugak melaung azan
zaman sekarang, berkecai dgn konsert..

HangPC2 posted on 31-8-2012 07:40 AM

Merdeka !!!!!!!!!!!!!!!!!

inaniloquent posted on 31-8-2012 06:01 PM

menarik....byk info....thanks....:bye:
harap2 ade lar yg nk share pic gambo merdeka hari niey....:$





M.E.R.D.E.K.A!!!{:1_152:}

Dark_Vampire posted on 15-11-2012 02:13 PM

{:thumbo merdeka.........................

inaniloquent posted on 19-11-2012 10:48 PM


bagusnye....siap ade doa selamat,,penutup acara...br ade keberkatan:$
zaman skrg....sibok dgn tarian dr awal sampai abesh....pastu gejala sosial:vmad3:

edmundo posted on 30-11-2012 04:52 PM

Boleh tak ada sesape ada gambor2 PANAS 13 mei 69.
Saje je nk tgk2.
Page: [1] 2
View full: Koleksi Gambar-gambar Kemerdekaan Malaysia