Raline Publish time 26-4-2023 11:56 AM

Cantik tak perlu mahal aarrr gituuuu

Cantik tak perlu mahal

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/20172915-dd91-42c7-a61f-1a476ce3da2b_1682375403.jpg
BARANGAN mahal tidak semestinya menonjolkan gaya prestij.

SEPANJANG Syawal, buasana yang disarung pastinya menarik perhatian. Tidak kira anda sebagai tuan rumah atau tetamu yang bertandang ke rumah terbuka.

Apatah lagi jika anda seorang yang gemar berkongsi foto berbusana peribadi di media sosial. Bergaya tidak semestinya pada satu Syawal semata-mata.

Wanita Metro (WM) kali ini berkongsi beberapa tip yang mungkin anda boleh praktikan tanpa perlu berbelanja besar untuk tampil menawan sepanjang Syawal ini.

1. Kreatif menyuai padan

Sekiranya anda mempunyai koleksi pakaian tradisional yang banyak di dalam almari, jangan bazirkan wang untuk terus membeli pakaian baharu.

Gunakan kreativiti anda menyuai padan pakaian sedia ada untuk dijadikan satu gaya baharu. Contohnya anda boleh menggunakan kebaya atau kebarung milik ahli keluarga yang lain untuk disuai padan dengan busana bahagian bawah yang anda miliki seperti kain pario atau kain batik.

Kadang-kala kreativiti menyuai padan akan lebih menonjolkan gaya anda di pagi raya berbanding mereka yang membeli pakaian baharu.

2. Kenal pasti titik fokal gaya

Dalam menguruskan gaya peribadi sebenarnya kita dapat mengetahui bahagian yang boleh dijadikan titik fokal atau ingin ditonjolkan.

Misalnya bagi yang bertudung, anda boleh menjadikan bahagian itu sebagai satu titik fokal dalam penggayaan. Cuba cari teknik gaya baharu melilit tudung atau pemilihan corak tudung yang sedikit berbeza dengan pemakaian harian anda ke tempat kerja.

Selain itu, anda boleh menjadikan mekap atau aksesori yang sedikit berbeza sesuai suasana Syawal.

Meskipun ingin mencari kelainan untuk menonjolkan titik fokal penggayaan tetapi diingatkan, anda harus bersederhana dan menghormati keadaan sekeliling.

3. Mahal tidak semestinya prestij

Jika anda mempunyai mentaliti bahawa pakaian mahal mampu menonjolkan gaya yang mewah, sebenarnya perkara itu tidak tepat.

Kadang-kala dengan kreativiti anda memilih rona dan gaya yang tertentu tanpa mengeluarkan belanja yang besar, gaya anda bakal menjadi perhatian.

Contohnya, berbalik kepada panduan yang pertama, meskipun anda menggunakan pakaian sedia ada milik ibu atau nenek anda yang begitu klasik, ia mampu menonjolkan nilai prestij tersendiri.

Selain itu, prestij juga adalah cara anda membawa gaya itu dan bukan terletak kepada jenama yang terpapar pada pakaian anda.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/c899a5e7-34c2-4fff-8196-1e0c5a98357c_1682375408.jpg
PEMAKAIAN tudung yang kreatif boleh memberi gaya yang menarik.


4. Mekap

Bagi mereka yang tidak gemar memakai mekap pada hari-hari biasa. Dicadangkan, supaya berikan sedikit kelainan pada wajah anda dengan solekan.

Tidak perlu solekan begitu tebal seperti anda bakal menghadiri sesi fotografi akhbar. Cukup sekadar oleskan warna yang bersesuaian dengan pakaian anda pada hari itu dengan cara yang bersederhana sahaja.

Perlu diingatkan bersederhana dalam menata rias muka sentiasa menonjolkan aura anggun tersendiri.

Jika ingin kelihatan sedikit berbeza anda boleh juga bebas memilih bahagian wajah yang ingin diberi perhatian seperti membuat gaya celak yang sedikit menonjol.

5. Aksesori

Sememangnya aksesori mampu menjadikan gaya anda begitu lengkap dengannya. Jika anda mempunyai aksesori sedia ada seperti rantai mutiara milik ibu, anda yang boleh digayakan bersama baju kurung polos. Gaya ini semestinya mampu menjadikan anda kelihatan ringkas tetapi mempunyai aura prestij tersendiri.

Selain itu, pemakaian gelang tangan atau kaki juga mampu menjadi salah satu daya tarikan untuk bergaya. Pakai dan suai padan gelang sedia anda dengan pakaian untuk perayaan itu secara kreatif.

Aksesori meskipun kadang-kala kelihatan kecil tetapi apabila berada di tempat yang betul, ia akan memberi gaya baharu kepada anda.

Misalnya, bagi anda yang tidak bertudung boleh menjadikan skaf sedia ada untuk menjadi pengikat rambut dan ia berpotensi menjadi salah satu titik fokal gaya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/2023/04/960180/cantik-tak-perlu-mahal

airisa Publish time 9-6-2023 11:44 AM

ada kakak tu bukan executive, pakai baju biasa2 n tak mahal pun.. tapi memang cantik & sedap mata memandang .. dah la dia pun cantik ..

yg beli mahal2 berjenama pun belum tentu lawa
Pages: [1]
View full version: Cantik tak perlu mahal aarrr gituuuu


ADVERTISEMENT