Raline Publish time 20-6-2023 07:12 AM

Ambil Tahu Bahaya Penyakit Rabies (Anjing Gila), Sekali Kena Gigit Boleh Bawa Maut!

Ambil Tahu Bahaya Penyakit Rabies (Anjing Gila), Sekali Kena Gigit Boleh Bawa Maut!

https://media.siraplimau.com/2023/06/rabies.jpg
Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan pengguna media sosial berkongsikan paparan video mengenai keadaan kanak-kanak atau orang dewasa yang terkena jangkitan penyakit rabies. Sangat menyeramkan, apabila anda terkena jangkitan virus ini, diri anda seperti meracau dan bertindak liar!

Jadi, berikut merupakan sedikit informasi mengenai penyakit rabies dan cara untuk anda mengelakkan jangkitan. Hati-hati kalau nampak anjing liar yang berlegar meleleh-leleh air liurnya kerana itu petanda bahawa anjing tersebut mempunyai virus rabies. Lari!

APAKAH ITU PENYAKIT RABIES?

https://media.siraplimau.com/2023/06/Screenshot-2023-06-19-at-1.27.21-PM.png
Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.

Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia. Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala. Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma. Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Twitter ini, kanak-kanak tersebut sangat haus tetapi dia tak boleh minum air. Setiap kali minum dia akan convulse, muntah. Oleh kerana virus rabies ini, kanak-kanak tersebut hanya menunggu mati kerana otaknya telah dijangkiti.

Sangat menyayatkan hati, rupanya ramai dalam kanak-kanak dan orang dewasa yang terkena dengan jangkitan rabies ini semuanya meninggal dunia.

LANGKAH PENCEGAHAN ELAK DIRI DIJANGKITI RABIES

https://media.siraplimau.com/2023/06/Screenshot-2023-06-19-at-1.30.42-PM.png
KKM menasihati orang awam agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies. Malah, ada yang mengatakan bahawa jika anda terkena gigitan haiwan liar ini, cepat-cepat alirkan air serta sabun selama 15 minit di atas luka gigitan tersebut dan pergi ke hospital.

1) Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilang kesan air liur;

2) Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar;

3) Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar;

4) Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;

5) Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal;

6) Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

*Sebanyak 99.9% kadar boleh meragut nyawa jika anda mengalami kesemua tanda-tanda penyakit Rabies ini. Seram!

Sumber: MyHealth, Twitter @chairmanGLC
https://siraplimau.com/apa-itu-penyakit-rabies/


Pages: [1]
View full version: Ambil Tahu Bahaya Penyakit Rabies (Anjing Gila), Sekali Kena Gigit Boleh Bawa Maut!


ADVERTISEMENT