Raline Publish time 20-6-2023 09:39 PM

Jangan bandingkan suami dengan lelaki lain – Ustazah Asma’

Jangan bandingkan suami dengan lelaki lain – Ustazah Asma’




https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/03/WhatsApp-Image-2023-03-21-at-11.16.49-AM-e1687267991705.jpeg
Asma' Harun.


PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, hari ini ‘menggesa’ supaya setiap isteri tidak membandingkan suami dengan lelaki lain yang dilihat hebat di media sosial.

Jelasnya, tindakan itu boleh menjadikan diri sebagai isteri yang tidak bersyukur dan sentiasa mencari kekurangan suami sendiri.

“Jangan kerana beberapa lelaki di media sosial yang dilihat hebat, kaya, romantik, penyayang, rajin dan dilihat sempurna itu menjadikan kita isteri yang tidak bersyukur dan makin banyak dihitung kekurangan suami.

“Sayangi dan hargai suami sendiri,” tulisnya di Facebook.

Baru-baru ini tular di media sosial kisah personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad, yang membuat kejutan romantis sempena ulang tahun isterinya.

Hafiz yang terkenal dengan sifat romantik dan sentiasa membuat kejutan untuk isterinya itu bertindak menyewa sebuah pawagam khas untuk sambutan tersebut.

Tindakannya itu menjadi topik hangat dan ‘diulas’ oleh kebanyakan pengguna media sosial.

Malah, perkara itu turut membuatkan ramai wanita mula membanding-bandingkan suami sendiri dengan kriteria idaman yang dimiliki Hafiz sebagai teman hidup. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06/20/jangan-bandingkan-suami-dengan-lelaki-lain-ustazah-asma/

green~tea Publish time 21-6-2023 11:52 AM

Tak kuasa nak banding laki orang...


Sy cinta suami sy...

loklokanz Publish time 27-9-2023 12:08 PM

tak setuju..kalau tak banding..maknanya otak tu beku lah tak function..banding tak semestinya negatif..ada hasil positif juga utk bangkit jadi lebih baik dan bertindak bijak
Pages: [1]
View full version: Jangan bandingkan suami dengan lelaki lain – Ustazah Asma’


ADVERTISEMENT