Raline Publish time 29-7-2023 08:21 AM

Kucing gergasi berdiri buka pintu rumah

Kucing gergasi berdiri buka pintu rumah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/kefir-1.jpg
Kucing bernama Kefir membuka pintu manakala Minina mendukung haiwan itu di rumahnya di Russia baru-baru ini. - Foto Instagram/yuliyamnn



MOSCOW, Russia– Seekor kucing gergasi yang dipelihara oleh Yulia Minina dari Oskol, Russia semakin membesar dan haiwan itu kini boleh membuka pintu rumah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kefir yang merupakan kucing baka Maine Coon sering disalah anggap sebagai anjing kerana badannya panjang dan kaki yang tinggi.

Dalam video yang dirakam Minina, kucing itu berdiri sama tinggi dengan anak perempuannyayang sedang menyediakan makanan ringan di dapur.

Bulan lalu, Minima menyiarkan kemas kini di laman Instagram dan berkongsi video baharu Kefir berkeliaransekitar di taman mereka.

Kefir dilihat berdiri dengan dua kaki dan membuka pintu apabila kakinya menyentuh pemegangnya.

Ketika di taman, Kefir juga cuba menangkap rama-rama. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07/28/kucing-gergasi-berdiri-buka-pintu-rumah/

KBW2 Publish time 31-7-2023 11:28 AM

Çomeynya besar gituh minta dokong. Gentle giant ni.
Pages: [1]
View full version: Kucing gergasi berdiri buka pintu rumah


ADVERTISEMENT