atira Publish time 24-12-2010 08:29 AM

Edisi Hukum Semasa: Haram pakai baju samai Santa Claus

Haram pakai baju samai Santa Claus
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

2010/12/24
JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.

atira Publish time 24-12-2010 08:31 AM

mmg ramai sales person... tak de le pakai baju santa clause.. tapi kdg2 depa pakai topi kaler merah tu je... err.. tak bleh gak ke?

freebird Publish time 24-12-2010 08:35 AM

tu dia......tok mopti dah beri patwa......;P
...lepas ni, kelaur patwa tak boleh pakai tali leher sebab boleh memesongkan aqidah.:lol:

ketum Publish time 24-12-2010 08:42 AM

apa kata dr MAZA

yayaji Publish time 24-12-2010 08:43 AM

masa aku keja kat satu retail org ni, sambutan xmas dekat2 dgn raya..pehtu a&p mgr instruct semua mall under mgmt ni decorate xmas tree dgn trinket2 xmas le...konon-konon buat 2-in-1, hias sekali dgn kad raya.....

siap pasang je...punye le ramai customer muslim complaint & bising-bising sebab buat deco ala-ala joint venture gitu....a&p mgr ni tak leh jwb why she chose to decorate such a way...terkedu...

mlm tu juga staf dia kena re-decorate xmas tree tu balik..he..he...

luvly_snow8608 Publish time 24-12-2010 08:43 AM

kene bg details neh...samada pakaian atau apa2 shj y menyerupai santa xboleh pakai...

tongkatwaran75 Publish time 24-12-2010 08:43 AM

citer lama nih........

saudagar_mimpi Publish time 24-12-2010 08:45 AM

apa hukumnya pegi ke soping kompleks yg ada pasang perhiasan krismas dan lagu2 krismas...:o

toki_rompin Publish time 24-12-2010 08:46 AM

apa yg best pasal xmas ni?

aku tengok semua tempat lumba2 mau xmas juga....
cina bukit sembah tokong perut buncit pun, xmas juga
minang caprut idung kemek itek salai pun, xmas jugak...

tapi kan, ada aku peduli?

atira Publish time 24-12-2010 08:48 AM

Reply 7# tongkatwaran75


    suratkhabar hari ni la

hzln Publish time 24-12-2010 08:48 AM

nanti raya posa haram pasang pelita sbb supa hindu sambut deepavali
main mercun haram sbb supa cina sambut new year
lemang, ketupat juga haram krn ada unsur illuminati

sesambil tu keluar dalil kaum yahudi dan nasrani tidak akan puas-puas hingga org isle ikut cara mereka.....;P

atira Publish time 24-12-2010 08:49 AM

tapi kan..
yang ni tok mopti dok kecoh2..
bab deepa raya ka... kongsi raya (ni okay kot) .. merry raya ka (yang ni dah pernah ka? he he he)
tak de sapa kecoh pon :lol:

saudagar_mimpi Publish time 24-12-2010 08:50 AM

apa yg best pasal xmas ni?

aku tengok semua tempat lumba2 mau xmas juga....
cina bukit sembah to ...
toki_rompin Post at 24-12-2010 08:46 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

sebab krismas sekarang bukan sekadar perayaan sahaja, dia dah jadi pop culture...

Blancpunkt Publish time 24-12-2010 08:51 AM

Ini persoalan aqidah seseorang muslim dan Muslimin. Yg pasti, kita harus tegas Dalam menetapkan aqidah kita. Sekiranya ini bermakna berpakaian atau menyertai keramaian itu akan memesongkan kepercayaan kita hatta sebesar zarah pun. Maka kita perlulah jauhinya. Bak kata perumpamaan Melayu, 'Bak nila setitik, rosak susu sebelanga".
Ini adalah pendapat peribadi yang saya ingin kongsi bersama. Wallahuallam

hzln Publish time 24-12-2010 08:51 AM

ada student UIA buat part time jadi santa klaus di sopping komplek pada musim2 krismas...skrg dah jadi ptd pegawai kanan kedutaan di negara xyz...aku harap dia bertobat segera :lol:

damsel_fiji Publish time 24-12-2010 08:52 AM

santa klaus tu pun bidaah je dalam agama kristian tu

atira Publish time 24-12-2010 08:52 AM

alaaa.... christmas digembar gemburkan pon sebab untuk keuntungan bisness... ye la... nak beli christmas present banyak2.... masyukkk wooo tokey2 ni musim2 christmas

saudagar_mimpi Publish time 24-12-2010 08:53 AM

aku kebetulan berada di bukit bintang pada lewat mlm krismas yg lepas...ya,pada mlm awal ashari dan scha al yahya kena tangkap..
jalan2 di situ penuh sesak dengan umat.dengan semburan2 tin buih nya..

atira Publish time 24-12-2010 08:55 AM

Reply 18# saudagar_mimpi


    tak kuasa aku nak gi ngadap situ.. mlm christmas n malam new year :L

toki_rompin Publish time 24-12-2010 08:56 AM

sebab krismas sekarang bukan sekadar perayaan sahaja, dia dah jadi pop culture...
saudagar_mimpi Post at 24-12-2010 08:50 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    kan.... macam di jepun sana.
bebudak jepun obses gile ngan xmas ni....
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Edisi Hukum Semasa: Haram pakai baju samai Santa Claus


ADVERTISEMENT