koboi Publish time 19-1-2011 07:09 AM

Wanita serang ibu suami, tikam kekasih abang ipar

Wanita serang ibu suami, tikam kekasih abang ipar

HMetro
19 Jan 2011

KUALA LUMPUR: Menantu ganas. Gelaran itu sesuai buat seorang wanita apabila sanggup menyerang ibu mentua selain menikam dada, tangan dan anggota badan teman wanita abang iparnya dalam kejadian di Taman Bukit Teratai, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Ahad lalu itu, wanita terbabit meradang selepas ibu mentua berusia 50-an itu menegur perbuatannya mendengar radio dengan kuat dan meminta memperlahankan suara radio kerana bapa mentuanya sedang terlantar sakit.

Menurut sumber polis, wanita berusia 20-an itu, bagaimanapun tidak dapat menerima nasihat itu sebelum berlaku pertengkaran dan dia tiba-tiba menarik rambut mentuanya serta menolak muka warga emas terbabit.

“Wanita itu sekali lagi cuba menendang ibu mentuanya, tetapi cuba dileraikan teman wanita abang iparnya yang kebetulan berada di rumah itu melawat bakal bapa mentuanya,” katanya.

Teman wanita abang iparnya itu menarik wanita terbabit masuk ke dalam bilik untuk berbincang dan menasihatinya, namun kali ini wanita itu bertindak lebih ganas apabila menikam dada dan anggota badan teman wanita abangnya.

“Mangsa yang berlumuran darah menjerit memanggil teman lelakinya kerana khuatir wanita berkenaan bertindak lebih ganas.

“Teman lelakinya yang terkejut melihat keadaan mangsa membawanya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Ampang.

“Teman lelaki mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

“Siasatan mendapati wanita terbabit sudah melarikan diri dan polis kini sedang mengesannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan,” katanya.

* perghhhhhhhhhhhhhh, kerana kasih, hamba turutkan...

miskintegar Publish time 19-1-2011 07:11 AM

yg ni plak sesuai utk pasangan lelaki yg belasah mertua tadi tu.........................:lol:

koboi Publish time 19-1-2011 07:13 AM

yg ni plak sesuai utk pasangan lelaki yg belasah mertua tadi tu.........................
miskintegar Post at 19-1-2011 07:11 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gifkahwinkan mereka berdua
:D

mkail Publish time 19-1-2011 07:25 AM

elok sangat dikawinkan aje mereka tu...sama2 panas baran.

bobo_cute Publish time 19-1-2011 08:02 AM

Ramai yang ada masalah jiwa sekarang...

zidlan Publish time 19-1-2011 08:05 AM

semalam DS Liow Tiong Lai cakap terdapat 400 ribu pesakit mental di seluruh negara yang sedang dirawat pada tahun 2009. Yang ini akan jadi pesakit baru untuk tahun ini pula :P

LEES Publish time 19-1-2011 08:08 AM

mental disorder (one)

adindaHikaru Publish time 19-1-2011 08:09 AM

ish ish ish... ganasnya...makin ramai lak pompuan yg ganas2 sejak akhir2 ni... tikam madu la... dera anak tiri la... tikam mak mertua la.... apa perasaan suami dia agaknyer yer..

nad014 Publish time 19-1-2011 08:16 AM

satu lagi kes mental yg tidak kita sedar?

mie07 Publish time 19-1-2011 08:30 AM

suami dia g mana?

lana~yana~ Publish time 19-1-2011 08:30 AM

cantik nye perangai perempuan tu...da la tak hormat bapak mertua yang sakit..tak boleh ditegur..pastu mendatang kn kecederaan pulak...hmmmmmmm

siapalah-aku Publish time 19-1-2011 08:33 AM

jiwa sakit lah nie..serabut..panas je. tegur skit memberontak..

pastu dgr plak lagu ntah apa2..lagi la hanyutttt....
klau dgr zikir ke nasyid ke ..xde lah jadik mcm ni..

cikputeh82 Publish time 19-1-2011 08:51 AM

tekanan perasaan kot....

alimcb4 Publish time 19-1-2011 08:58 AM

Astaga, apa nk jd dgn negara kita skrg ni. Semakin ramai orang gila dan pesakit mental skrg ni. Rasa mcm dh x selamat kehidupan harian kita

izwani Publish time 19-1-2011 09:12 AM

yg ni plak sesuai utk pasangan lelaki yg belasah mertua tadi tu.........................
miskintegar Post at 19-1-2011 07:11 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


a'ah...memang padan sangat..
Jiwa kacau diorang nih..

LimpBizkutMerri Publish time 19-1-2011 10:09 AM

a'ah...memang padan sangat..
Jiwa kacau diorang nih..
izwani Post at 19-1-2011 09:12 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

mmg match la... match made in heaven..eh silap in hell gitu..;P

aniskirin_nita Publish time 19-1-2011 10:17 AM

macam-macam. Tegur sikit pun x boleh..Betullah..tu salah satu tekanan perasan/jiwa?:lol:

noor2 Publish time 19-1-2011 10:23 AM

sakit mental.........

hunny_bunny Publish time 19-1-2011 10:24 AM

da la menompang umah mertua (agaknyelaaa) da tu kurang ajar lak dgn dorg...:@

sitihawa Publish time 19-1-2011 10:27 AM

lagi pesakit mental di malaysia...

mengapa dan kenapa makin ramai pesakit mental ?
mana pihak2 berwajib, tak buat kerja keh?
kalau pilihan raya semua jentera di kerah. bab2 jaga kebajikanrakyat dan kerohanian, hampeh!!! :shutup:
Pages: [1] 2
View full version: Wanita serang ibu suami, tikam kekasih abang ipar


ADVERTISEMENT