dragger Publish time 8-2-2011 02:59 PM

terima kasih atas makluman ini.. dapat mengelakkan pembaziran masa beratur dan kemaluan yan ...
hardeyboyz Post at 7-2-2011 16:39 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    "kemaluan" besar tu kira satu bonus la tu.. medium "kemaluan besar" tu leh digunakan utk ngorat akak2 JPJ skali.. :lol:

arm_run Publish time 8-2-2011 03:46 PM

pakai puspakom premier..x pyh dtg puspakom..nanti diaorg dtg umah..tapi byr lebih skit la..tgk kt website puspakom untuk prosedur..

hardeyboyz Publish time 8-2-2011 04:45 PM

pakai puspakom premier..x pyh dtg puspakom..nanti diaorg dtg umah..tapi byr lebih skit la..tgk kt we ...
arm_run Post at 8-2-2011 03:46 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

wah..ada perkhidmatan yang macam ni lagi bagus.. tingal rege la plak nak pi cek.:D

otomen_taro Publish time 8-2-2011 05:05 PM

dtg umh lg sng nk kautim:'(

otomen_taro Publish time 8-2-2011 05:05 PM

Puspakom inspection at your home.
    Puspakom has set up a “Premier Service Unit” for those who simply do not have the time to waste a whole day at Puspakom to get their cars inspected for purpose of ownership transfer. Just let Puspakom know 3 days in advance and a team will come to your house and perform the inspection for a fee of RM130 which consists of a RM100 service fee and RM30 inspection fee.

The teams (2 in Klang Valley, 1 in Johor and 1 in Penang) are equipped to perform chassis and engine number inspection, cut-and-join inspection, tinted glass test and emissions tests. If there are no problems and the vehicle passes the tests, a certificate will be issued on the spot. Ownership can then be transfered at the JPJ within 14 days.

If implemented properly this will be a great convenience and I’m sure most people would rather pay Puspakom RM100 for the convenience of it done at their own place rather than “runners” to get the car inspected.

For more info call Puspakom toll-free at 1800886927 or 03-20527474.

zaipen Publish time 9-2-2011 02:01 AM

pemeriksaan tukarnama la yg plg senang sekali.....asalkan keta tu jgn keta potong udah....yg diorang cek hanyalah nom chasis dgn nom enjin pastikan same dlm geran......tinted jgn gelap sgt....kalau gelap kopek je kat situ......pastu pastikan chasis jgn potong......kalau setakat bodypart ke,sunroof x endose ke,ekjos bawah tank ke.....diorang tak kacau sgt......

quik Publish time 9-2-2011 11:05 PM

aku runner jpj,so apa2 nk tny leh la kol aku 0123111614,ehhe..promote plak..
utk b5(puspakom tukar nama)juz bwk geran sahaja ke puspakom..yg di cek hanyalah number casis,number enjin(pastikan bersih,number engine kancil payah sket nk tngk),pillar abcdef dan tinted..lain tidak di cek..da cek tunggu result
then da pas puspakom,beli insuran dulu utk owner baru(kalau roadtax masih hidup),da beli insuran br g cop sumpah kalau salah sorang x dtg..then jpj isi borang tukau nama.
puspakom-rm30
jpj-rm100

tq

hardeyboyz Publish time 10-2-2011 09:01 AM

aku runner jpj,so apa2 nk tny leh la kol aku 0123111614,ehhe..promote plak..
utk b5(puspakom tukar...
quik Post at 9-2-2011 11:05 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

sempat lagi bro buat promotion..hehe

ape pun.. thanks for the update..

haah.. memang no kancil susah nak tgk.. penat aku sental..fuh!..thanks for the cost information..gak..

road tax mati akhir bulan 3.. ade yg kata puspakom check just valid for 10 days period( betulkah info ini?).. so maybe akan gi buat cek puspakom awal bulan 3..:D

pengayau Publish time 11-2-2011 03:09 PM

:lol: apa nak suah2 hantar je kat runner dier settle semu ko kepala takyah pening

hardeyboyz Publish time 11-2-2011 05:19 PM

apa nak suah2 hantar je kat runner dier settle semu ko kepala takyah pening
pengayau Post at 11-2-2011 03:09 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    kalau asyik pakai runner je.. sampai bila nak belajar bende baru.. utk runner ni aku reserve last action..:loveliness:

akudonjuan Publish time 12-2-2011 11:12 AM

tukar nama @ hak milik senang je..

Prosedur dia:-

1. Pergi Puspakom, ambil pas pelawat, tinggal IC..
2. bawa kereta ke line tukar hak milik , sesetengah puspakom sekali dengan pemeriksaan kewangan dan Khas.
3. Bayar 30. cakap kat diaorang nak buat tukar nama..
4. Lepak.. nanti V.E ambil kereta korang.
5. lepas siap dioarang periksa, ambil kereta dan parking kat tempat diaorang sediakan..
6. tunggu sampai diaorang panggil ambil keputusan (VR1) sekarang warna merah kertas nya..

Macamana Nak LULUS
Bagi pemilik kereta yang nak buat tukar hak milik

1. kereta korang mestilah standard.. takada modifikasi yang tidak dibenarkan @ hasil belum mendapat kelulusan daripada kawalselia bahagian teknik JPJ.
2. no. casis dan nombor enjin ( tiada ganguan diketuk atau dikimpal semula)( ini untuk pengesahan identiti).
3. Tiada potong 2, (potong sambung).. kalau setakat pillar potong sebatang, 2 batang tak ada masalah, janji jangan potong kesemua tiang pillar ( tiang pintu, yang 6 batang tu).
4. cermin mestilah cerah.. bermaksud.. kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan wajib 70%, cermin sisi dan belakang 50%. itu je..

kereta karat ke, lampu tak menyala ke, aircond takde ke.. kereta pintu kemek ke.. tayar botak ke.. selagi untuk pemeriksaan tukar hak milik benda tu tak ada periksa pun.. cat buruk macam sampah ke takpe... selagi korang tak tukar identiti kenderaan tu.. dari kancil pergi mira ( dahaitsu), dari wira pergi evo3 (mitsubishi).. keputusan Puspakom ni (vr1) tahan selama 1 bulan sahaja.. jangan lewat pulak.. nanti kena periksa lagi..

Bila dah siap puspakom korang pergi JPJ.
1. Pergi konter pertanyaan..
2. cakap nak buat tukar nama.
3. nanti diaorang akan bagi borang...
4. untuk ic owner lama, nanti diaorang akan bagi borang.. korang fotostat, kemudian gunting dan lekatkan di tempat yang disediakan.. kalau owner tak datang dengan korang, sila sahkan dipesuruhjaya sumpah..
5. kalau roadtax masih hidup, korang pergi buat insuran atas nama korang dulu, tapi kalau nak mudah.. korang semua tunggu roadtax mati dulu.. tak payah hidup insuran.. tapi jangan pula sampai tamat tempoh VR1 korang tadi..
6. semak semula dokumen korang.. bila dah cukup.. atau bawak balik ke konter peranyaan JPJ tadi.. korang suruh diaorang tolong semak dokumen tadi..
7.bila dah cukup, ambil nombor giliran tunggu sehingga dipanggil.
8. sampai giliran.. korang bagi ic original korang dengan yuran bayaran rm 100.00.
9. lepas tu diaorang akan suruh korang duduk sebentar..
10. tunggu sampai diaorang panggil, tandatangan geran baru, kalau dah penuh geran lama tu le.. kalau tak tandatangan tempat yang disediakan.
11. keluar dari pejabat JPJ.
12. Masuk Kereta..
13. start enjin, masuk gear,, dan senyum.. balik.. urusan selesai..

kalau korang buat sendiri, kos dalam rm 130. sahaja, tidak termasuk cukai jalan dan insuran.. mudah kan.. apa yang diperlukan.. masa sehari..

P/s. Pastikan kenderaan anda yang nak ditukar nama tu tak ada saman yang dah blacklist, kalau tak boleh merencatkan urusan pemindahan tukar nama tu..

sekian.. hehehe..

testas Publish time 12-2-2011 12:19 PM

aku ex -puspakom..

kalau nak pegi try yang bangi tu... takramai org.. senang...
tp tu 5 tahun dulu la.. now ni aku tak tau ok....

hardeyboyz Publish time 14-2-2011 08:26 AM

tukar nama @ hak milik senang je..

Prosedur dia:-

1. Pergi Puspakom, ambil pas pelawat, tingga ...
akudonjuan Post at 12-2-2011 11:12 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

terima kasih atas penerangan yang begitu lengkap dan terperinci.. akan saya update post ini ke 1st post utk kemudahan sebagai rujukan


harap mod dapat bagi kredti atas info yang bagus dan mudah ini..


{:1_132:} like your post

akudonjuan Publish time 14-2-2011 08:16 PM

Reply 33# hardeyboyz


    terima kasih!... sekadar berkongsi pengetahuan dan berkongsi pengalaman yang tak seberapa.. :)

twirl Publish time 15-2-2011 11:23 AM

info yg bermanfaat.. kalau owner dan buyer dua2 tak dtg boleh tak.. upah runner? mcm soklan bodoh tapi ada saper yg boleh jwb or ada experience??

FraidyCat Publish time 15-2-2011 09:11 PM

aku baru pergi puspakom 2 hari lepas untuk inspection tukar nama geran kereta atas sebab pusaka. apa yang diperkatakan itu betul cuma server Puspakom ni lambat update sikit. bila aku pi JPJ dengan slip lulus tu dia kata server Puspakom belum update walaupun dah lebih 2 jam setengah siap proses inspection. jadi dia tak dapat nak snychronize online ke something. suruh aku balik dulu.

inilah kelemahan online sistem, slip lulus pemeriksaan Puspakom yang lawa dan macam ada security hologram tu dah depan mata tapi sebab server lambat update aku kena balik. pagi esoknya aku pi balik semua selesai.

takumi86 Publish time 16-2-2011 10:20 AM

bagus tred ni..
semua posting yg berilmiah dan bermanafaat aku kasik kredit..
nak aku banjer minum teh tarik pong boley.. datang laa hassan bistro cyber yer.. hehe

otomen_taro Publish time 16-2-2011 11:24 AM

info yg bermanfaat.. kalau owner dan buyer dua2 tak dtg boleh tak.. upah runner? mcm soklan bodoh ta ...
twirl Post at 15-2-2011 11:23 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    blh jer..tp sediakan ongkosnya

hardeyboyz Publish time 9-3-2011 10:26 AM

selesai sudah urusan check puspakom cawangan bangi.
maka disini saya tempek hasilnya

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/199242_204801762863495_100000010179094_906440_3480368_n.jpg


jumlah masa yang diambil utk keseluruhan proses puspakom ini.. 3 jam..

3 jam itu dibahagikan kepada 2 proses =proses menunggu 2 jam lebih = proses checking = 45 minit..:lol:

AHMADVW Publish time 11-3-2011 02:31 PM

Reply 39# hardeyboyz
dia hanya cek no engine dan chasis shj kan.,.
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Prosedur Inspection PUSPAKOM


ADVERTISEMENT