misy Publish time 11-2-2011 09:26 AM

Reply 18# hybridity


    oo kira ok la dia pulangkan 4,400 tu..tapi burn 600 la ek. my case ni tak tahu la camana, burn 7.5 dah:(

nurryn Publish time 12-2-2011 01:09 PM

Reply 20# hybridity
Nnti aku tanyer dier saper nama agent tu..

nurryn Publish time 12-2-2011 01:11 PM

Replyhybridity


    oo kira ok la dia pulangkan 4,400 tu..tapi burn 600 la ek. my case ni tak ...
misy Post at 11-2-2011 09:26 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Misy, ni u amik ngn agensi betul ek? Aku survey2, agensi tu byk hidden agreement yg more on their side... Adeh..

misy Publish time 13-2-2011 09:46 AM

Reply 23# nurryn


    ha ah,..agent yg sah...banyak sgt syarat dnapkejnya, kena baca betul betul boleh konpius...in the end, memang syarat tumelindungi dernag je

hybridity Publish time 14-2-2011 10:51 AM

http://img254.imageshack.us/img254/5959/dec20102011049.jpg

kalau ada yang nak menawarkan orang ni jadi pembantu rumah, jangan ambik, sebaiknya laporkan kepada pihak polis. tq.

hybridity Publish time 14-2-2011 03:00 PM

ni aku baru terjumpa satu info.harap dapat beri manfaat kepada semua.

Berhati-hati dengan insan yg bernama Noor In bte Abu Kassim atau lebih dikenali sebagai Norain….yang menggelarkan dirinya USTAZAH & mengakui mengajar di sebuah pondok di Sg Bakap. Ikuti kisah aku & other fella yang kena tipu dengan beliau. Daripada hasil siasatan tak rasmi aku, berikut adalah maklumat yg aku dpt tentang ‘Ustazah’ ni……..

# NAMA PENUH : Noor In bte Abu Kassim

# NAMA GELARAN/PANGGILAN : Norain & Ain

# ASAL : Kamunting (mak kandung) & Changkat Jering (mak bela yg juga merupakan mak saudara)

# NAMA MAK KANDUNG : Sare’ah bt Hj Abd Ghani

# NAMA MAK BELA (MAK SAUDARA) : Zaharah

# NAMA SUAMI : Zahari or Azhari (tak tau mana satu betul…katanya si suami ni bekerja sbg Pegawai di Jabatan Pertanian Pt Sulong, Batu Pahat tapi bila aku & kawan aku check tak jumpa org nama tu & tidak ada Jabatan Pertanian di Pt Sulong)

# ALAMAT KAMPUNG : 64, Bt 13, Spg 3, Jln Semanggol, Perak (dgr kata ini kg mak mertua dia)

# NO. TELEFON : 017-585 7060

# NO TELEFON SUAMI : 017-5660501

# NAMA & ALAMAT PONDOK (yg dia dakwa dia mengajar di sana) : Madrasah Irsyad Al-Asraf Al-Wataniah, Jln Stesen, Sg Bakap, 14200 Sg Jawi, S, Perai Selatan.

# NAMA KAWAN YANG SERING MEMBANTU BELIAU : Ita – Flat Spg Kuala, Alor Setar. Dgn kawan aku, Ita ni ckp nama dia Liza, nama sebenar Norlizawati tapi bila aku investigate nama sebenar dia ialah Azizah bt Awang tapi org call Ita, yg merupakan seorang ibu tunggal.

# NAMA & ALAMAT SYKT YG MENJALANKAN PERNIAGAAN PEMBANTU RUMAH : Zaharah Noor, No. 118, Jln Stesyen, Sg Bakap, S.Perai Selatan, 14200 Pulau Pinang.

Ada sesiapa yg kenal, tahu, pernah kena tipu dsb dgn org yg bernama USTAZAH NOOR IN BTE ABU KASSIM ini? Whatever it is, aku nak korang berhati-hati la. Cukup la aku, sebahagian dari keluarga mertua aku & sebahagian dari kawan aku je yg kena tipu….walaupun yg lain yg pernah kena tipu tu aku tak kenal tp jgn sampai ramai lg org lain jd mangsa.

Husband aku kata org-org mcm ni mmg licik. Tengok saja camne berbelitnya bicara dia bila pecahnya tembelang penipuan dia. Tapi, dia org lupa siapa yg dia org tipu. Mungkin benar sebelum ni ramai yg dia dah tipu tapi mungkin juga org2 tu malas nk take action. Tapi, bg aku ini adalah tanggungjawab aku utk menyebarkan supaya org lain tidak tertipu. Serious tau kes dia ni. Dia boleh tipu dari sekecik2 amount sampai sebesar2 amount. Boleh menyamar sebagai ‘Ustazah’ lagi.

Selepas ini aku takkan mudah percaya lg dgn org yg berperwatakan lembut, berpakaian sopan, bertudung litup. Selagi aku tak betul-betul kenal org tu jgn harap aku nak jalinkan apa-apa ikatan atau berikan sebarang bantuan. Begitu juga dgn bantuan anak yatim. Selagi aku tak pergi dulu lihat keadaan rumah tu & interview serba sedikit, sorry….takkan ada sikit pun bantuan akan kuberi. Title kau Ustazah ke Ustaz ke Hj ke or whatever yg baik-baik….selagi aku tak kenal dia tu sapa, aku takkan percaya dgn apa yg dicakapkan. Kejadian ini benar-benar memberikan pengajaran buat aku. It’s a big lesson for me.

Tak pasal-pasal aku juga telah diheret ‘Ustazah’ ke kancah penipuan dia. Aku betul-betul rasa bersalah. Aku tak pernah buat org mcm ni. Bila jadi macam ni aku betul-betul rasa bersalah. Walau aku tak ambik duit tu tapi aku yg recommend ‘Ustazah’ tu kat dia org. Semoga Allah mengampunkan dosa aku. Aku akan terus berusaha & berdoa agar si ‘Ustazah’ keparat tu mengembalikan semula semua wang orang yg telah diambilnya. Walaupun setelah kita org buat police report & bacakan yassin serta solat hajat, mcm2 kita org dgr pasal dia dari kawan dia, Ita tu tapi sorry aku susah nak percaya sbb Ita dah banyak kali bohong kita org.

Imagine that husband dia pernah sms kat aku yg berbunyi `saya dpt tau ain ada d KL. Cari ja atau upah org bunuh ja. Senang x pyh susah2’. Sorry, la aku hanya akan bertindak mengikut undang2. Lagipun, majikan2 yg kena tipu tu cuma nk duit diorag balik, bkn nk si 'Ustazah' tu. Dulu pun, kawan dia si Ita pernah provoke aku, suruh aku ugut bunuh 'Ustazah' kalau tak pulang balik duit. Masyaallah, aku masih waras, aku masih tau undang2, aku masih berpegang pd agama. Itu je yg aku bole ckp. Macam2 hal dunia skrg.


crdit to fara's page.

mymisteri Publish time 14-2-2011 03:15 PM

nampak mcm baik ajer..siap bertudung..tapi Ya ALLAH....hati tak tau mcm mana

hybridity Publish time 17-2-2011 10:06 AM

kredit to Harian Metro..

HULU KLANG: “Selepas semua wang deposit berjumlah ratusan ribu ringgit diperoleh, semua amah yang didakwa dari Sabah dan dibekalkan sepasang suami isteri ghaib secara serentak tanpa dapat dikesan,” kata seorang pesara awam yang menjadi mangsa ejen pembantu rumah, baru-baru ini.

Menurutnya, bukan dia seorang menjadi mangsa pasangan suami isteri itu, tetapi juga beberapa jiran dan kenalannya turut ditipu serta mengalami kerugian kerana terpedaya dengan tawaran menarik dijanjikan.


Dia yang menetap di Taman Melawati di sini dan hanya ingin dikenali sebagai Kak Zarah berkata, di kawasan taman perumahannya saja tujuh orang tertipu. Setiap seorang membayar wang pendahuluan RM3,500 bagi seorang pembantu rumah dibawa dari Pulau Gaya, Semporna, Sabah.


“Saya mengenali pasangan suami isteri itu yang mengaku sebagai ejen pembantu rumah pertengahan tahun lalu daripada kenalan yang menggunakan khidmat mereka untuk mendapatkan amah. “Maklum balas daripada kenalan itu mengatakan amah yang mereka bekalkan bagus kerana pandai melakukan kerja rumah, cuma kurang fasih berbahasa Melayu kerana berasal dari kawasan pedalaman dan menggunakan bahasa tempatan mereka sendiri.


“Disebabkan itu, saya dan beberapa rakan tertarik mendapatkan pembantu rumah daripada pasangan terbabit yang dikenali dengan nama Mohamad dan Sarah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Zarah berkata, dia bertemu dengan pasangan berkenaan di rumah mereka di Kajang pada Julai tahun lalu dan ditawarkan amah dengan wang pendahuluan hanya RM2,000 serta gaji bulanan sebanyak RM500.



Katanya, selepas bersetuju dengan tawaran itu, pasangan terbabit kemudian memaklumkan mereka sudah ada seorang wanita berasal dari Sabah yang ingin bekerja sebagai amah, tetapi dia perlu menambah RM1,500 lagi kerana kos untuk membawanya ke Semenanjung meningkat.


“Mereka memberitahu perlu tambah duit sebab perlu membelanjakannya untuk kos tiket penerbangan, feri, hotel dan RM1,000 akan diberikan kepada keluarga pembantu rumah itu.


“Fikirkan kos itu wajar, saya setuju. Beberapa minggu kemudian, amah bernama Satra berusia 26 tahun mula bekerja dan memang benar dia melakukan tugas dengan baik,” katanya.


Namun, menurutnya, ia tidak bertahan lama apabila pada malam 26 Januari lalu, Satra lesap ketika dia dan keluarga solat Maghrib.


“Pada masa sama, beberapa rakan dan jiran turut menghubungi saya memberitahu pembantu rumah mereka turut menghilangkan diri. Selepas kami bertemu dan berkongsi cerita mengenai kehilangan amah masing-masing, kami pelik kerana pada petang sebelum mereka hilang, semuanya mendapat panggilan telefon daripada seseorang mengaku ahli keluarga meninggal dunia dan perlu segera balik ke kampung.


“Malam itu mereka hilang tanpa memberitahu apa-apa. Kami menghubungi ejen berkenaan tetapi gagal dan selepas itu kami ke rumahnya, namun dimaklumkan jiran, pasangan terbabit berpindah,” katanya.


Menurutnya, jiran berkenaan juga menyatakan ramai lagi mangsa dari ibu negara, Perak dan Negeri Sembilan termasuk VIP datang ke rumah pasangan itu untuk mencari mereka.


“Kami percaya pasangan itu memang merancang menipu dengan menyasarkan sesebuah taman perumahan sebelum lesap bersama pembantu rumah mereka selepas beberapa bulan bekerja dan sebaik mendapat wang deposit mangsa lain.


“Pendedahan ini bertujuan mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan kegiatan pasangan suami isteri terbabit. Kami juga sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu,” katanya.

nurun04 Publish time 11-7-2011 07:08 PM

Reply 1# hybridity

i teringat thread ni coz my fren dah t'kena maid penipu dari Gombak..so careful utk sapa2 yg terdesak perlukan maid..

nurryn Publish time 11-7-2011 09:16 PM

I pon almost trkena ngn agen frm forum ni.. Sib laa i mmg jenis byk songeh.. So, selamat la, hmpir2 kena tipu..

nurun04 Publish time 11-7-2011 09:37 PM

Reply 30# nurryn

nuryyn,

i pn sukar nk percaya sebarangan..bkn nk sangka buruk, tp skrg ni kn mcm2 jenis penipuan kan..yg tnjuk muka pn berani tipu apatah lg la yg kita x kenal n x prnh tgk..

ainamum Publish time 12-7-2011 08:51 AM

hybridity, aku pun dah pernah kena ngan agent dari gombak. kes dia sebijik macam kawan ko kena..tp bibik tu dari bandung..name agen Kak Zai somi dia nama rozaili. Ini mmg keluarga penipu. Alamat pun mcm lebih kurang alamat yg ko bagi gakler burn duit aku mcm tu jer...call2 x pernah dapat Kak Zai ni..kononya dia balik indon cari bibik baru...tunggu2 dah 6 bulan pun xbalik Mesia lagi..ape cer..anak dia ada bagi nama kawan mak dia Kak Mai...katanya dia amik bibik tu dari kak Mai, dia suruh kak Mai tu pula bertanggungjawab suruh bayar kat aku...tp duit mak dia yg larikan...hidup dorang sekeluarga mmg takkan aman sampai bila2 terimalah akibat dari ALLAH kalau tak dapat di dunia nnt di akhirat takkan terlepas juga..Bibik tu sempat kerja ngan aku dalam 2 bulan masa dia lri tu aku hantar dia pegi gombak lah sbb cuti kan..last2 xbalik2 lagi dah...call pun xangkat...bibik ni punyalah bermanis muka ...bodek suruh aku kasi handphone aku yg rosak tudia nak gi repair,pehtu bodek tanya xde baju2 lama yg dah tak pakai untuk dia...geram bila difikirkan...cerita ni setahun yg lalu

ainamum Publish time 12-7-2011 08:52 AM

eh yg agen dari klang tu nama apa? aku ada gak call dia harituh masa nak cari replacement bibik aku...mmg rega dia cam tulah...nama dia Kak Halimah kot...

ummimon Publish time 12-7-2011 09:45 AM

hah.. ni sorang lagik tak bleh percaya.. kat Gombak gak. Saadiah. 1st maid dia hantar rumah tahan 2 hari je. pastu lesap curik duit belanja sek anak2 ai and tinggalkan anak ai kat rumah. 2nd maid dia htr, very hi bp tp dpt lulus fomema. 2+bulan keje, sakit2, nangis2 nak balik. ni tgh tgu replacement dah 2 bulan. si saadiah %^^*^# ni plak dah tak nak jwb sms or jwb phone call. mmg *((*^#@!!.kos 6.5k. maid yang sakit tu bila dipulangkan duduk dgn dia buat keje kat rumah dia. byk &&%$# punya org.. kita byr mahal2 keje kat rumah dia pulak. mmg ai takkan halalkan sesen pun and mintak2 something happen bagi dia sedar sikit.

ntah2 ni sama org, nama ajer lain. ni pun puak2 dari seberang gak neh.

nurryn Publish time 12-7-2011 12:54 PM

Dats y i takut ngn agen yg sumer ckp mulut je.. Kena ader black n white... Thn, if takat waranti 1 bln tu, normally agent nk recycle jer.. Utk collect duit..

misy Publish time 12-7-2011 12:59 PM

Muslimahmaid dot com masih lagi berdiam diri, duit tak return janji nak ganti pun tak. Aku letak nama kat sini for sharing kot ada yg terkena gak

nurryn Publish time 12-7-2011 01:20 PM

Yup... Muslimah maid ni pon my fren dh kena... Nk tukar ader hidden kos.. Thn, sorg lgi kena gak.. Dh byr deposit, but maid x smpai2... Nk refund pon x dpt.. Dok delay2 smpai my fren nk rpt polis dh...

proteas Publish time 12-7-2011 01:58 PM

maid sekrg mmg susah nak lps masuk msia..
sangkut di indon sana.. under table pun bkn sikit2 punya kos.
1 kepala aje kena cukai kat sana 3 juta rupiah..

misy Publish time 12-7-2011 02:28 PM

Reply 37# nurryn


    Ada kawan yg kena gak ye nurryn..
Memang teruk la:mad:

nurryn Publish time 12-7-2011 03:22 PM

Reply 39# misy
Yg sorg tu dpt maid tua yg asik tido... So, nk tukar kena tmbh caj lgi..
Thn, sorg lgi tu... Dh byr deposit 4k, janji maid nk msk but x msk2 jugak..
Nk mntk refund, dok delay2... Dh lama dier tunggu..
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7
View full version: Agen pembantu rumah yang tak boleh pakai...


ADVERTISEMENT