cang posted on 9-2-2011 01:08 AM

ASAL USUL GELARAN

:: nama gelaran::                                         Raja
Yang guna nama gelaran RAJA ni cuma dari Perak saja. Those yang ada gelaran RAJA ni di Perak ialah waris keturunan Kesultanan Melaka. Kalau tengok genealogy, keturunan Kesultanan Perak adalah berasal dari Sang Sapurba yang merupakan keturunan Alexander the Great (Raja Iskandar Zulkarnain). So, gelaran RAJA tu kekal sampai today.

Ada juga Raja di Selangor tapi zaman dulu lah. Mereka guna kan gelaran RAJA sebab diberikan oleh Sultan Perak masa tu. Selangor adalah keturunan Bugis iaitu dari keturunan Daeng Celak. Sultan Perak tabalkan anak Daeng Celak iaitu Raja Lumu jadi Sultan. Since then, keturunan Selangor guna gelaran RAJA kat depan nama.

Tapi lepas tahun 1898, Sultan Alauddin Sulaiman bagi nama anak anak dia TENGKU. Tapi ada anak dia pulak yang bagi nama kat anak anak dia RAJA semula. Ni yang aku tak faham. Tapi now Sultan Sultan Selangor semua nama gelaran TENGKU


Tengku

Nama gelaran TENGKU di gunakan kat Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan.

Asal kat Pahang adalah keturunan Sultan Mansur Shah. Anak dia Sultan Muhammad jadi Sultan Pahang yang pertama. Mula nya keturunan dia semua pakai nama gelaran Raja (sebab waris Kesultanan Melaka). Sampai lah bila Bendahara Dynasty yang jadi Sultan Pahang mula dengan Tun Muhammad Tahir. Lepas tu anak anak dia semua mula guna nama gelaran TUN, TUAN, ENGKU and gelaran tu lama lama berubah jadi TENGKU. Sampai today lah guna nama gelaran tu.

Kesultanan Terengganu today pun asal dari keturunan Bendahara Johor. Sultan Johor pertama, Sultan Zainal Abidin I adalah anak pada Tun Habib Abdul Majid. So keturunan dia mula lah dengan nama TUN, TUAN, ENGKU sampai lah jadi TENGKU and guna sampai today.

Kelantan pun sama juga, Long Yusuf ikhtiraf diri dia jadi Sultan Kelantan. Keturunan dia mula guna nama gelaran LONG, ENGKU sampai lah jadi TENGKU.

Tunku

3 negeri guna nama gelaran Tunku iaitu Johor, Kedah, Negeri Sembilan.

Untuk Johor, asal nya memang waris Kesultanan Melaka, tapi Sultan Mahmud Shah Mangkat Dijulang memang tak ada waris. So terputus kan warisan Kesultanan Melaka kat sini. Lepas tu mula lah Johor dengan Bendahara dynasty dengan Bendahara Abdul Jalil jadi Sultan. Keturunan dia mula dengan nama gelaran TUN, TUAN, ENGKU then sampai lah ke TENGKU and kemudian TUNKU. Kalau tengok Sultan Johor sekarang ni nama gelaran dia TUNKU. Aku pun tak faham macam mana nama gelaran ni boleh berubah berubah. Mungkin sebab bukan sebenarnya keturunan Raja tapi Bendahara dan Temenggung, so nama gelaran tu boleh ubah ubah?

Kedah aku tak sure sangat. Rasa nya mereka asal dari Raja Hindu dari India ke Sri Lanka ke. Sampai lah Kedah di Islam kan.

Negeri Sembilan apa kata kita suruh Raja Melewar cerita. Aku nak cerita pun tak tau sangat. Apa yang aku tau zaman dulu orang orang Minangkabau kat Tanah Melayu minta satu Sultan kat negeri dia (which is now Negeri Sembilan lah kan). Then tu Raja Melewar (keturunan Raja Pagaruyung) datang and lantik diri dia jadi Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Tapi aku tak sure macam mana nama gelaran TUNKU tu datang. Kalau ikut sejarah, Raja Melewar, bapak dia Raja Masa Bumi, Raja Khatib, etc guna gelaran RAJA bukan TUNKU. But why lepas Raja Melewar jadi Yang Dipertuan Besar dengan nama Tuanku Sultan Mahmud Shah, anak anak dia semua guna TUNKU sampai today? Ni aku tak faham sangat.

Teuku

Teuku ni tak salah aku nama gelaran dari keturunan Raja Acheh. So makna nya mungkin P. Ramlee pun keturunan Acheh lah kot? Cause nama dia Teuku Zakaria kan?

Pengiran

Ni kat Brunei. Memang guna nama gelaran Pengiran dari Awang Alak Betatar lagi.

Ada yang kata nama gelaran AWANGKU kat Brunei ni asal dulu anak anak Sultan Brunei dengan gundik. Ni aku tak sure... siapa boleh confirm kan? Sama macam MEGAT and PUTERI kat Perak. Kalau dulu dulu tu nama gelaran untuk anak anak luar nikah Sultan dengan gundik. Tapi zaman sekarang ni tak lah. If mak RAJA kawin dengan orang biasa, then anak anak letak MEGAT dan PUTERI.

Dayang

Kalau ikut sejarah apa yang aku tau lah kan, dari dulu lagi Raja Charles Brooke kat Sarawak dia letak nama gelaran DAYANG kat anak anak perempuan dia sampai lah cucu cucu dia yang perempuan ada DAYANG kat depan. So mungkin ni asal nya ada yang nama DAYANG kat depan? Aku tak tau apasal Raja Brooke ni letak DAYANG kat anak anak perempuan dia. And why lelaki tak ada nama gelaran?

Megat dan Puteri

Dulu dulu kisah nya Megat (untuk anak lelaki) and Puteri (untuk anak perempuan) adalah nama gelaran untuk anak anak luar nikah Sultan Melaka dan Sultan Perak dengan gundik. Tapi ni dulu lah dengar cerita nya. Tapi zaman sekarang kebiasaan nya orang letak nama gelaran Megat and Puteri ni untuk perempuan keturunan Raja yang kawin dengan orang kebanyakan. Mak keturunan Raja and bapak orang biasa so anak anak dia letak Megat and Puteri. Tapi tak semua buat benda ni i.e. anak anak Raja Azureen Sultan Azlan tak letak pun Megat or Puteri kat anak anak dia.

Nik

Aku pernah dengar cerita yang asal nama gelaran NIK ni dari Puteri Saadong, Raja tak ada anak. Then ambil lah anak angkat. Sorang anak angkat dia dari buluh betung and satu lagi anak dia dapat dari mulut satu ikan ni lah. So, mereka guna kan lah nama gelaran NIK untuk beza kan dengan anak anak lain yang keturunan Raja betul. Tak tau lah betul ke kisah ni. Dengar cerita sampai now siapa keturunan NIK tak boleh makan rebung and ikan apa entah nama dia tu.


ps : sape tau asal usul nama WAN????

unekspekted_III posted on 9-2-2011 01:16 AM

Reply 1# cang

good thread.

but, tertinggal = pahang

sultan alaudin jugak anak sultan mahmud mase ditawan portuguse ---- keturunan melaka direct. dirajakan di pahang

- then, sultan mahmud dibunuh 1699... xde anak
- then, keturunan temenggung johor = kawin dgn keturunan sultan melaka dari pahang  ---- sambung balik connection dgn melaka

thus, ---- connected

banyak sgt orang assumed - mahmud mati - takde keturunan sultan melaka.. but, in reality, pahang..johor dgn terengganu connected thru old kingdom's descendant

chewan posted on 9-2-2011 02:29 AM

Reply 1# cang


    aku pun nk tau gak asal usul WAN :D

akunitengah posted on 9-2-2011 07:56 AM

Wan dan Nik ada 2 jenis :
i. keturunan yg diberi gelaran atau pangkat oleh raja2 zaman dulu kala atau dikira keturunan bangsawan
ii. keturunan Wan atau Nik yang asli, maknanya nama yg bermula dgn Wan atau Nik ni berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin Jamadil Kubra

leylapple posted on 9-2-2011 08:10 AM

Dayang

Kalau ikut sejarah apa yang aku tau lah kan, dari dulu lagi Raja Charles Brooke kat Sarawak dia letak nama gelaran DAYANG kat anak anak perempuan dia sampai lah cucu cucu dia yang perempuan ada DAYANG kat depan. So mungkin ni asal nya ada yang nama DAYANG kat depan? Aku tak tau apasal Raja Brooke ni letak DAYANG kat anak anak perempuan dia. And why lelaki tak ada nama gelaran?

setau aku raja brooke tak ada letak nama dayang kat anak2 dia...gelaran dayang nie pun berasal dari Brunei...awang dan dayang

remizati posted on 9-2-2011 11:46 AM

betul...
keturunan syed ngan sharifah plak macam mana yer..
sbb kat arab nun bukan aderpun...
tp aku rasa org dulu bila dah berhijrah..
ada yg buang gelaran..
so bukan semua yg ada gelaran tuh betul2..
dan tak semestinya yg takde gelaran nieh org biasa2..

king_kenny posted on 9-2-2011 11:50 AM

Bagi Bugis, secara umumnya
ada 3 kasta
Keturunan diraja, kasta 'Ana Arung' memakai gelaran = Andi
Keturunan rakyat jelata yg merdeka, kasta 'To Maradeka' " Gelaran = Daeng
Keturunan paling rendah, kasta 'Ata' = dilarang memakai sebarang gelaran.

the^Librarian posted on 9-2-2011 12:54 PM

Bagi Bugis, secara umumnya
ada 3 kasta
Keturunan diraja, kasta 'Ana Arung' memakai gelaran = Andi
...
king_kenny Post at 9-2-2011 11:50 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

1st time aku dgr "andi" ni...ada tak sesapa tokoh yang bergelar andi ni?

7anan posted on 9-2-2011 01:37 PM

betul...
keturunan syed ngan sharifah plak macam mana yer..
sbb kat arab nun bukan aderpun...
tp aku rasa org dulu bila dah berhijrah..
ada yg buang gelaran..
so bukan semua yg ada gelaran tuh betul2..
dan tak semestinya yg takde gelaran nieh org biasa2..
remizati Post at 9-2-2011 11:46 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

ahlul beit seluroh donia ada syed tapi ejaan dia bohkan la sama S-Y-E-D gitu...ada sayyid, said, saed, seyed, siyid, seyyed siyit et....

ejaan syed nih pengaruh ahlul beit dari turki...n ahlul beit belah2 johor hat promote. kt stengah negara arab depa guna sheikh, sidi, habib n sharif (ni clan belah hassan), kt parsi guna mirza atau shah, india guna sahib atau saab

memang betoi ada hat buang gelaran tp silsilah depa jaga n depa tau depa ahlul beit

ahlul beit ni bekenaan nasab, bohkan title....nasab n silsilah hat tak saheh mmg tak dikira pong...lantak pi la letak gelaran apo pong..pasai title tu sapa2 buleh buat...worg tgk nasab family dia..kalu x dak mcm setengah2 mamak kt penang hat guna sayed kt anak depa tiba2 tuh, depa mana ada clan name so mmg palsu pong.

naen posted on 9-2-2011 01:45 PM

macam pernah ku baca .. :o

cuba tengok sini : http://eforum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=147690

thread lama tu ada 10 page .. page yg belakang2 ada gak citer pasal nama2 keturunan ni
sape yg minat, leh aa baca

remizati posted on 9-2-2011 03:02 PM

ahlul beit seluroh donia ada syed tapi ejaan dia bohkan la sama S-Y-E-D gitu...ada sayyid, said, ...
7anan Post at 9-2-2011 13:37 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
macam itu ker....
tp banyak jer org yg bernama itu melakukan kemungkaran..
aku tak rasa ahlul bait menjaga nasab, sbb berlambak je kawin ngan yahudi..
yg aku taw...
ahlul bait pun ALLAH s.w.t dah pilih jodoh yg setara,
sebab keturunan nieh dipelihara
walaupun diorg pun lost dalam sejarah keturunan...
sebab tuh org melayu....
ada buat pepatah..
pipit dengan pipit
engang dengan engang..
kalau nama depan sama pun..
tapi perjuangan dan cara hidup tak sama..
tak jalan jugak...
paling aku kelakar bila diorg yg ada keturunan nieh ada gambar nabi..
siap ada muka lagi..
paling sengkek gambar dari dada ke kaki...
tp, perangai macam haper tah..
jd aku percaya satu..
keturunan yg baik akan dipelihara..
walaupun zaman berzaman...
walau di mana juga dia berada...
kalau tgk susur galur nabi-nabi pun ada kaitan
dengan keturunan masing-masing..

remizati posted on 9-2-2011 03:07 PM

teringat aku ngan fasha sandha...yg mengaku keturunan org bangsawan pakistan....huhuhuhu..off topic :2lol:

remizati posted on 9-2-2011 03:13 PM

teringat aku dengan bani israil yg 'bengkek' sebab nabi Muhammad s.a.w bukan dr bani israil, walaupun nabi pun dari susur galur nabi ibrahim a.s.......semua tuh kerja ALLAH s.w.t kan...
jd sah2 org yg masih berpegang pada nasab utk meninggi diri kena check diri sendiri...mana taw, takut jadi bani israel plak...:2lol:

munkey posted on 9-2-2011 04:22 PM

:: nama gelaran::                                         Raja
Yang guna nama gelaran RAJA ni cuma dari Pe ...
cang Post at 9-2-2011 01:08 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


tapi kawan gua nama die ade raja...
bukan berasal dari perak...
berasal dari kelanatan...
die ckap die adalah dari keturunan raja jembal..
xde sangkut paut dengan negeri perak....

mcm mana lak tu....

7anan posted on 9-2-2011 05:11 PM

macam itu ker....
tp banyak jer org yg bernama itu melakukan kemungkaran..

so? macam la keturunan muLAYU hat tak tau asai usui tu tak melakukan kemungkaran;P
ketoronan nan moliya katanya;P

aku tak rasa ahlul bait menjaga nasab, sbb berlambak je kawin ngan yahudi..
nasab maksodnya sebelah bapak lah...ilmu nasab ni mmg ada utk tau silsilah...biasa worg hat nama tok nyang pong tak tau sapa dia ni x tau apa2 pasai ilmo nasab lagi nk mengomen pasai worg hat jaga silsilah...hadith nabi belambak2 soh jaga tang silsilah ni

yg aku taw...
ahlul bait pun ALLAH s.w.t dah pilih jodoh yg setara,
sebab keturunan nieh dipelihara
walaupun diorg pun lost dalam sejarah keturunan...
setara tak setara  ikot kaca mata hang ka;P

sebab tuh org melayu....
ada buat pepatah..
pipit dengan pipit
engang dengan engang..
kalau nama depan sama pun..
tapi perjuangan dan cara hidup tak sama..
tak jalan jugak...
boat la pepatah mcm2 pong ada sapa kesah;P

paling aku kelakar bila diorg yg ada keturunan nieh ada gambar nabi..
siap ada muka lagi..
paling sengkek gambar dari dada ke kaki...
sapa kata buat gambar nabi tu haram;P

tp, perangai macam haper tah..
jd aku percaya satu..
keturunan yg baik akan dipelihara..
walaupun zaman berzaman...
walau di mana juga dia berada...
kalau tgk susur galur nabi-nabi pun ada kaitan
dengan keturunan masing-masing..
remizati Post at 9-2-2011 15:02 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
worg hat ikot ilmo nasab, simpan turon temuron silsilah pong dia kata tak dipelihara pasai ikot kaca mata n pepatah kaum muLAYU
lepaih tu fefeeling diri sundri ketoronan nabi wolopong tak simpan silsilah..
prfffft....kaum x sadar diri suka menaku ketoronan nabi tu keetoronan nabi nih
walhal genetik sama dgn kaum primitif homo erectus:lol:

teringat aku dengan bani israil yg 'bengkek' sebab nabi Muhammad s.a.wbukan dr bani israil, walaupun nabi pun dari susur galur nabi ibrahima.s.......semua tuh kerja ALLAH s.w.t kan...
jd sah2 org yg masih berpegang pada nasab utk meninggi diri kena check diri sendiri...mana taw, takut jadi bani israel plak...:2lol:

sama jah ngn muLAYU hat x tau asai mana2 tp fefeeling jah lebih...keturunan iskandar zolkarnain la ketoronan itu la ini la...prfftttt...bokti silsilah hampeh:2lol:

cang posted on 9-2-2011 06:12 PM

Reply 5# leylapple


   aku terlupa yg kat serawak ade gelaran abang...sama cam dayang gak kan?

cang posted on 9-2-2011 06:13 PM

Reply 2# unekspekted_III


    nice share...aku still lg mencari...banyak lg

cang posted on 9-2-2011 06:16 PM

Reply 10# naen


    tp x dicerita kan sape n masa asal usul nama 2...still mencari...

sekngucing posted on 9-2-2011 06:30 PM

aku keturunan wan, jadi aku ni keturunan syed husin jamadil kubra la ye?
-mcmana dgn keturunan tuan dan che?

danielamri posted on 9-2-2011 09:43 PM

arwah atuk aku ada gelaran "Gusti"...tapi aku tak tau la salah silah sangat..yang aku tau, aku org banjar...tapi tak reti berbahase banjar..even apa yg nenek aku cakap, aku tak paham...:lol:

the^Librarian posted on 9-2-2011 10:18 PM

macam pernah ku baca ..

cuba tengok sini :

thread lama tu ada 10 page .. page yg belakang2 ...
naen Post at 9-2-2011 13:45 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

tq naen.. :P

thessailly posted on 9-2-2011 10:37 PM

aku pun kdg2 org panggil wan jugak..padahal nama takde W pun...
aku tak suka sgt.

so...apa kisahnya dengan gelaran "wan" ni?
camne keturunan syed jamalulail kurba yg mmg sah2 arab tu boleh jadi "wan"...?

gbam posted on 9-2-2011 11:42 PM

nak tahu juga asal usul gelaran tuan, macam nama kawan aku, tuan ramli bin tuan hamzah, orang kelantan ni.

naen posted on 9-2-2011 11:54 PM

Reply 16# cang

family kawan aku keturunan abang/dayang .. orang sarawak ..
dia ada sebut pasal 'sumpahan' apa ntah pasal nama abang/dayang ni
tapi tak ingat lak pasal apa .. benda dah lama sangat .. :sweat3:

langlobat posted on 10-2-2011 08:03 AM

aku keturunan wan, jadi aku ni keturunan syed husin jamadil kubra la ye?
-mcmana dgn keturunan tuan ...
sekngucing Post at 9-2-2011 18:30 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

Tuan dan Che aku rasa termasuk dalam kategori Wan dan Nik jugak.. ada kaitan dgn Raja Jembal...Di bawah adalah petikan dari laman Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, http://pkrjk.blogspot.com/

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ¡®KOTA JEMBAL¡¯.

http://4.bp.blogspot.com/_dqgdrh1gp_g/ScZ_Z9DYRqI/AAAAAAAAAKI/OT_zBI74uW8/s1600-h/salasilah2.jpg
Page: [1] 2
View full: ASAL USUL GELARAN