mattzzx Publish time 6-4-2024 03:56 PM

Tiada R&R, punca individu buang sampah di LTU – Wan Rosdy

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-06-at-13.38.00-1.jpeg
WAN ROSDY menyampaikan sumbangan kepada penerima sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Lipis hari ini.

LIPIS – Kerajaan negeri Pahang belum berhasrat mengenakan sebarang tindakan kepada pengguna jalan raya yang membuang sampah sewenang-wenangnya di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya berpandangan adalah tidak adil mengenakan tindakan kepada mereka kerana pihak kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya termasuk hentian rawat dan rehat (R&R).

“Kalau kita sediakan kemudahan dan mereka tidak patuh maka boleh kita kenakan tindakan.

” Tetapi ini kita tidak sediakan kemudahan, jadi kalau ada anak-anak yang hendak terkencing sebab menempuh perjalanan yang jauh macam mana hendak buat dan mereka tidak ada pilihan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, masalah sampah sarap yang sering memenuhi laluan LTU setiap kali musim perayaan itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan tindakan tertentu harus diambil sementara menunggu R&R siap yang akan mengambil sedikit masa.

Menurutnya, isu terbabit juga telah dibangkitkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihaknya yakin ianya dalam proses tindakan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/06/tiada-rr-punca-individu-buang-sampah-di-ltu-wan-rosdy/
Pages: [1]
View full version: Tiada R&R, punca individu buang sampah di LTU – Wan Rosdy


ADVERTISEMENT