maklukpenggoda Publish time 20-4-2024 08:14 PM

Sheriff kutip RM16 juta 5 hari

Edited by maklukpenggoda at 23-4-2024 09:00 PM

PETALING JAYA – Selepas lima hari ditayangkan, filem Sheriff terus menjadi pilihan penonton sehingga mencatat kutipan cemerlang sebanyak RM16.3 juta.
Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya teruja dengan sambutan luar biasa khalayak terhadap Sheriff.
“Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan filem ini yang tentu saja menunjukkan sokongan kaki wayang terhadap naskhah tempatan".
https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/hebat-5-hari-tayangan-sheriff-kutip-rm16-3-juta/
KUALA LUMPUR: Filem Sheriff: Narko Integriti terus mencetus fenomena dan mencatat rekod luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan RM6.4 juta pada hari kedua tayangannya, semalam.
Filem arahan Syafiq Yusof itu juga berjaya mengatasi rekod filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan abangnya, Syamsul yang mencatat kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari kedua tayangannya pada 2022.
Berkongsi berita gembira itu di platform media sosial rasmi, Astro Shaw meluahkan rasa syukur dengan sokongan penonton terhadap filem arahan Shafiq yang cukup dikenali sebagai 'Raja Plot Twist'.
"Alhamdulillah, sokongan anda memang mantap. Dua hari tayangan dan tayangan awal RM6.4 juta. Terima kasih atas sokongan semua dan mana yang masih belum tengok, tunggu apa lagi? Jom kita serbu panggung wayang ramai-ramai," katanya.
Terdahulu, filem genre aksi thriller Sheriff terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw berjaya mencatat kutipan melebihi RM1 juta menerusi tayangan awal.
Sheriff adalah filem keenam hasil daripada kerjasama bersama Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila.
Filem yang mula menemui penonton sejak Khamis lalu dibarisi pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/04/1236985/sheriff-potong-mat-kilau

cicicumel Publish time 21-4-2024 08:45 AM

Dah tgk semalam..
-Lakonan pelakon lelaki semua tiptop.Yg perempuan Azira dan Lizzy Tan, agakbiasa2 je.some scene nmpak x natural.
-Byk watak mati...ada utama i rasa mcm x perlu mati..too easy nak tutup kes polis jahat
-toward the end, tiba i rasa mcm tajuk Sheriff tak sesuai sbb watak Sheriff hilang agak lama...watak Capik dan Azira plak dominate.

-overall ok..and yes i setuju durasi 2 jam tu tak terasa wei..

ezacbee Publish time 20-4-2024 08:34 PM

Klo boleh sampai 90 juta memang terbaik laa abam jul.. :lol: :lol: :lol:

Nurul8001 Publish time 20-4-2024 08:46 PM

ezacbee replied at 20-4-2024 08:34 PM
Klo boleh sampai 90 juta memang terbaik laa abam jul..

Dia ke hero?
Movie ni budak2 tak bole tengok.
Tapi, hari kedua dah dapat kutipan byk tu.
Betul2 best?

ezacbee Publish time 20-4-2024 08:51 PM

Nurul8001 replied at 20-4-2024 08:46 PM
Dia ke hero?
Movie ni budak2 tak bole tengok.
Tapi, hari kedua dah dapat kutipan byk tu.


Dia yg hero. Tah esok baru nak tengok baru boleh komen. :lol: :lol: :lol:

cm_vungtau Publish time 20-4-2024 08:57 PM

Oklah Sapik. At least pelakon pompuan dak Sapik tak payah nak pakai serkup tudung segala ;P

zehra2 Publish time 20-4-2024 09:00 PM

adik ckp bagus.. ni mcm citer polis hongkong.
byk penyamaran polis² ni ler.. depa tgk pra tonton kot.

maklukpenggoda Publish time 20-4-2024 09:07 PM

(SPOILER ALERTZZ!!)



gG3UbB_e_UY

lightheaded67 Publish time 20-4-2024 09:11 PM

polis tangkap polis mcm tema mubi tamil kan agitu. best ke kome

lightheaded67 Publish time 20-4-2024 09:13 PM

zehra2 replied at 20-4-2024 09:00 PM
adik ckp bagus.. ni mcm citer polis hongkong.
byk penyamaran polis² ni ler.. depa tgk pra tonton ko ...

haah yek hongkong pun ade citer tema gini

adm7 Publish time 20-4-2024 09:42 PM

Aktiviti hiburan dan benda-benda bodoh dan takda faedah tetap on macam biasa
Barang mahal kononn:lol:

Suchi Publish time 20-4-2024 10:02 PM

Dah lama tak g panggung. Layan muvie kat tepon je
Walaupun ada tv kat umah hahah
Ntahlaa mcm lg mudah tgk kat tepon berbanding tv tu, takde gangguan dan bleh tgk sorang2;P

noor2 Publish time 20-4-2024 10:10 PM

maklukpenggoda replied at 20-4-2024 09:07 PM
(SPOILER ALERTZZ!!)

Mcm x best jer....

zehra2 Publish time 20-4-2024 10:15 PM

lightheaded67 replied at 20-4-2024 09:11 PM
polis tangkap polis mcm tema mubi tamil kan agitu. best ke kome

haa
ada polis baik ada polis jahat..
polis tangkap polis

vespa_oren Publish time 20-4-2024 10:20 PM

tunggu masuk Netflix

MissYouSayang Publish time 21-4-2024 12:54 AM

Kwn iols da tgk, dia ckp best

she Publish time 21-4-2024 02:26 AM

Macik dah nengok hari pertama
Best
5/5
Kecuali Azira je
Macam tak sampai intonasi suara dia
Nyaring sangat
Sebab dalam movie ni semua cakap tone rendah
Besttttt

dua_chzy Publish time 21-4-2024 04:20 AM

vespa_oren replied at 20-4-2024 02:20 PM
tunggu masuk Netflix

Sama. Filem2 Melayu memang aku tengok sana ja.

SalenaGomez Publish time 21-4-2024 06:33 AM

maklukpenggoda replied at 20-4-2024 09:07 PM
(SPOILER ALERTZZ!!)

Abam jul udah serupa salman khan badannya;P

nikaido Publish time 21-4-2024 06:56 AM

lightheaded67 replied at 20-4-2024 09:13 PM
haah yek hongkong pun ade citer tema gini

Cerita hongkong penyamaran polis Internal Affair antara yg famous sampai hollywood buat remake

Kancilkering Publish time 21-4-2024 07:04 AM

safix meth killer…tapi plot cite mcam pernah ku tgk….


a yea
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Sheriff kutip RM16 juta 5 hari


ADVERTISEMENT