maklukpenggoda Publish time 23-4-2024 10:46 AM

Peguam Najib ditegur 'over'...

Edited by maklukpenggoda at 23-4-2024 11:24 AM

KUALA LUMPUR: Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan kes rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bekas Perdana Menteri itu.


Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat teguran itu apabila Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berterusan bertanyakan soalan kepada Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin yang juga merangkap saksi ke-49 pendakwaan itu.

Antara soalan diajukan Muhammad Shafee adalah mengenai sama ada pegawai penyiasat (Nur Aida) mempunyai pengetahuan bahawa Najib sebenarnya tidak tahu bahawa duit yang diterimanya adalah daripada Tanore Finance Corporation dan tidak tahu siapa pemilik Tanore.

Namun, Nur Aida menjawab berdasarkan siasatan dijalankan, adalah mustahil Najib tidak mengetahui duit yang diterimanya adalah daripada Tanore.

Tetapi pandangan itu disangkal Muhammad Shafee yang menyatakan bahawa itu adalah pendapat peribadinya.

Selain itu, Muhammad Shafee terus mengasak dan tidak dapat menerima jawapan Nur Aida walaupun saksi itu menyatakan 'tidak tahu' mengenai sumber wang diterima Jasmine Loo Ai Swan daripada Jho Low dengan alasan kes itu (Jasmine Loo) tidak disiasat olehnya.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-muhammad-shafee-ditegur-hakim-







honam Publish time 23-4-2024 12:24 PM

kerja peguam, standard la

supernaturalee Publish time 23-4-2024 02:18 PM

jawapan tak power kot
tu yg bertubi2 soalan hentam

otai_g Publish time 23-4-2024 02:28 PM

Hakim pun bodo. Cuba ckp kat aku peguam mn yg x over bila dlm court?

vanillaninja Publish time 23-4-2024 03:01 PM

What do you all expect from Shafee? ;P

Firenzza Publish time 23-4-2024 03:32 PM

Jd loyer mmg la kena pandai kona baring main sentimen emosi dan sikologi,diorg pun tau menda mmg salah tp cara pertuduhan dibuat ada x kesilapan teknikal dan percanggahan fakta dan keterangan kot2 ada mmg kena pulas telinga dgn loyer la terus buang kes

ifanonline Publish time 23-4-2024 03:40 PM

sebab tu lawyer yg power adalah lawyer keling atau ada DNA keling...pusing baik punya

Orix Publish time 23-4-2024 03:44 PM

demi duit, sanggup back up. cukai dah bayar ke belum shafee ?

dani-rox Publish time 23-4-2024 03:49 PM

oklah heshe over dlm court, drpd tak hadir langsung - ambik mc sbb kena gigit hanjeng cthnya ;P

rashiman Publish time 23-4-2024 04:03 PM

"Puan recording officer atau bukan? Kalau bukan, macam mana puan tahu DS Najib tidak ditanya berkaitan mesyuarat bersama Raja Saudi untuk beri sumbangan kepada DS Najib?"
Itulah antara soalan yang ditanya oleh TS Shafee kepada IO Aida dalam perbicaraan #1MDB hari ini.
Aida akui dia pegawai pegawai yang merekod keterangan DS Najib. Tetapi Aida berkata, DS Najib Razak sepatutnya menceritakan tentang "mesyuarat dalam mesyuarat" bersama Raja Saudi pada Januari 2010 di Riyadh bagi membela dirinya bila disoal siasat oleh SPRM.
TS Shafee membantah jawapan Aida kerana ketika disoal siasat SPRM, DS Najib tidak dimaklumkan apa apa pertuduhan keatasnya melalui surat atau dokumen dari SPRM. Sudah tentu DS Najib tidak bersedia.
Aida jawab,
"DS Najib patut tahu sebab dia seorang yang brilliant (bijak)."
Aida sebelum itu berkata setiap soalan yang disediakan oleh SPRM sudah ada naratif yang perlu diikut. Shafee menyatakan soal siasat SPRM adalah berat sebelah tetapi Aida tidak bersetuju.
Sebenarnya Aida tak perlu bangkitkan perkara ini pun.
Terdapat banyak saksi seperti Dato Seri Anifah Aman, DS Jamil Khir, Duta Besar Malaysia ke Saudi, Profesor Datuk Syed Omar Al Saggaf,yang mengesahkan adanya mesyuarat DS Najib bersama Almarhum Raja Abdullah yang berhasrat memberi sumbangan politik kepada DS Najib.
Hubungan baik DS Najib dan Almarhum Raja Abdullah bukan setakat melalui derma politik saja, tetapi DS Najib telah dianugerahkan pingat tertinggi kerajaan Saudi iaitu King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) atas jasanya menjadikan Malaysia negara Islam yang moderate.
Malah, IO SPRM, Nasharuddin Amir dan Assistant Commissioner Fikri Rahim pun sudah menyoal siasat peguam kelaurga diraja Saudi, Mohammad Abdullah Al Koman yang mengesahkan derma ini dalam perbicaraan SRC yang lalu.
Berapa kali nak mainkan isu ni?

shamsadis Publish time 23-4-2024 04:14 PM

Peguam memang macam tu, soalan berpusing, dan kalau jawapan kita konsisten, ok je

manop Publish time 23-4-2024 08:44 PM

Payment hold ke tuuu? Sruh @kemaruk setel dulu laaaa…

Kahkahkahkah

juboqhang Publish time 28-4-2024 11:26 AM

{:8_652:}
Pages: [1]
View full version: Peguam Najib ditegur 'over'...


ADVERTISEMENT