mattzzx Publish time 23-4-2024 11:10 AM

Ramai orang Pahang ada diabetes, darah tinggi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/sakit-pahang-2048x1365.jpg
Pengesanan awal penyakit kencing manis boleh menyelamatkan kaki penghidapnya dipotong. – Gambar hiasan

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Pahang mendedahkan lebih 565,000 individu terutama di daerah Bentong dan Pekan tidak mengetahui mereka sebenarnya menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi.

Pengarahnya, Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, pecahan daripada jumlah itu menyaksikan seramai 262,249 individu menghidap diabetes, manakala tekanan darah tinggi pula seramai 303,347.

Katanya, keadaan itu sangat membimbangkan kerana masih ramai yang dikesan tidak me­ngetahui status penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapi mereka ketika ini.

“Selain itu, seramai 165,213 individu tidak tahu status penyakit kencing manis yang mereka alami, manakala 148,521 tidak tahu mereka menghidap tekanan darah tinggi.

“Risiko lewat mendapatkan rawatan akan mengakibatkan mereka berdepan dengan kerosakan mata, buah pinggang, saraf, jangkitan teruk pada luka di kaki yang akan menyebabkan ia dipotong, strok, angin ahmar dan jantung,” katanya.

Menurut Rusdi, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi 2019 mendapati, beban penyakit tidak berjangkit itu masih lagi tinggi dan membimbangkan.

Tambahnya, Bentong merekodkan pesakit tekanan darah tinggi terbanyak, manakala ramai menghidap kencing manis di Pekan.

“Mereka yang tidak mengetahui menghidap penyakit itu juga membimbangkan. Mereka hanya tahu selepas diperiksa di klinik atau hospital dan ia agak terlewat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan terus komited untuk memastikan kawalan pencegahan penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi ini sentiasa berada pada tahap optima.

“Strategi adalah berfokus kepada meningkatkan saringan pra-penyakit melalui inisiatif saringan kesihatan kebangsaan dan memperluaskan aktiviti kawalan kesihatan kendiri melalui sukarelawan

MyChampion yang menjadi nadi penggerak kepada komuniti.

“Selain itu melalui pemantauan dan pengesanan awal komplikasi penyakit diabetes dan hipertensi bagi mengurangkan kadar kematian akibat pe­nyakit tidak berjangkit,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/ramai-orang-pahang-ada-diabetes-darah-tinggi/
Pages: [1]
View full version: Ramai orang Pahang ada diabetes, darah tinggi


ADVERTISEMENT