mattzzx Publish time 23-4-2024 11:20 AM

Jalan alternatif Kampung Kundur ke Gua Musang ditutup hingga November 2025

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TUTUP_1713838071.jpg
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula hari ini sehingga 4 November 2025. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula hari ini sehingga 4 November 2025.

Jabatan Kerja Raya (JKR) jajahan Gua Musang memaklumkan penutupan bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.

"Penutupan memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan jambatan baru. Bagaimanapun penutupan jalan akan dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa di tapak projek pembinaan.

"Semua pengguna perlu menggunakan laluan FTI85, FT2747 dan FT008 untuk ke Bandar Lama Gua Musang, jika dari laluan FT185 (Cameron Highlands atau Kuala Betis) dan laluan D29 (Jalan Jelawang).


"Papan tanda lalu lintas sudah disediakan di tapak untuk panduan semua pengguna jalan raya di kawasan yang terlibat," katanya.

JKR berharap supaya semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan.

Katanya, untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat Jajahan Gua Musang di talian 09-9121040.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082731/jalan-alternatif-kampung-kundur-ke-gua-musang-ditutup-hingga-november-2025
Pages: [1]
View full version: Jalan alternatif Kampung Kundur ke Gua Musang ditutup hingga November 2025


ADVERTISEMENT