mattzzx Publish time 23-4-2024 04:55 PM

JPNT serah polis jalankan siasatan kes pukul 2 guru

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Screenshot_2024-04-23_163750_copy_guru_pukul_1713861738.jpg
LAPORAN terdahulu Harian Metro

Kuala Terengganu: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes pukul membabitkan dua guru di sebuah sekolah rendah di Kemaman.

Pengarahnya Jelani Sulong berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan lanjut berhubung kes berkenaan sebelum sebarang tindakan diambil.

"Kita serah kepada polis untuk menjalankan siasatan mereka terlebih dahulu termasuk punca dan sebagaiaya sebelum tindakan susulan dilaksanakan pihak jabatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah rekolah rendah di Kemaman, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira 6.55 pagi itu, mangsa yang juga seorang guru Bahasa Inggeris berusia 32 tahun lebam di mata kiri selepas ditumbuk dan disepak suspek yang berusia 49 tahun.

Suspek kini direman selama tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082919/jpnt-serah-polis-jalankan-siasatan-kes-pukul-2-gur
Pages: [1]
View full version: JPNT serah polis jalankan siasatan kes pukul 2 guru


ADVERTISEMENT