mattzzx Publish time 24-4-2024 04:08 PM

Tragedi helikopter TLDM: Perak bincang bantuan kepada waris

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-24-at-12.22.07-PM-1-2048x1366.jpeg
Sivanesan (tengah) bercakap pada sidang akhbar di pekarangan Jabatan Forensik HRPB Ipoh, Perak hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri sedia memberikan bantuan kepada waris tiga mangsa anak jati Perak yang terkorban dalam tragedi melibatkan dua buah helikopter berhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dekat sini pagi semalam.

Mereka ialah Pegawai Waran II Allahyarham Noorfarahimi Mohd Saedy, Leftenan T. mendiang Sivasutan dan Pegawai Waran II Allahyarham Mohd. Shahrizan Mohd. Termizi.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco pada minggu hadapan.

“Kita akan ambil satu keputusan apakah bentuk bantuan yang akan dihulurkan oleh kerajaan negeri kepada waris ketiga-tiga mangsa ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau merupakan antara pemimpin yang hadir ke HRPB pagi ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/24/tragedi-helikopter-tldm-kerajaan-perak-bincang-bantuan-kepada-waris/
Pages: [1]
View full version: Tragedi helikopter TLDM: Perak bincang bantuan kepada waris


ADVERTISEMENT