mattzzx Publish time 24-4-2024 04:48 PM

Tiket RM10, RM5 aksi pramusim Sri Pahang-TFC

https://assets.bharian.com.my/images/articles/pahan24424_1713947636.jpg
Stadium Temerloh boleh memuatkan kira-kira 9,000 penonton. – Foto Majlis Perbandaran Temerloh

KUANTAN: Sri Pahang mengumumkan harga tiket RM10 dan RM5 bagi menonton perlawanan pasukan itu bertemu Terengganu FC pada aksi pramusim menjelang musim baharu Liga Super di Stadium Temerloh, Ahad ini.

Menerusi hantaran Facebook rasmi, tiket berharga RM10 itu membabitkan pentas utama manakala RM5 pula di tempat terbuka yang mula dijual pada jam 11 pagi pada hari perlawanan.

"Perlawanan itu dijadualkan bermula pada jam 9 malam dan peminat Sri Pahang diharap hadir memberikan sokongan kepada skuad Tok Gajah.

"Perlawanan ini juga bagi menguji sistem video bantuan pengadil (VAR) yang akan digunakan dalam saingan Liga Super musim 2024-25," menurut hantaran itu.


Sri Pahang menjangkakan aksi perlawanan Liga Super di Stadium Temerloh mampu menarik lebih ramai peminat Tok Gajah menyaksikannya.

Aksi perlawanan yang beralih dari Stadium Darul Makmur membantu peminat Sri Pahang dari enam daerah iaitu Temerloh, Maran, Raub, Jerantut, Lipis dan Bentong untuk menonton aksi pasukan mereka dari dekat.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1238693/tiket-rm10-rm5-aksi-pramusim-sri-pahang-tfc
Pages: [1]
View full version: Tiket RM10, RM5 aksi pramusim Sri Pahang-TFC


ADVERTISEMENT