mattzzx Publish time 25-4-2024 10:35 AM

Suami isteri maut, kereta terbabas rempuh pembahagi jalan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-25-at-8.47.03-AM.jpeg
Keadaan kereta Honda Accord dinaiki pasangan suami isteri yang terbabas selepas merempuh pembahagi jalan di Kilometer 76, Jalan Kota Bharu - Gua Musang dekat Jambatan Pahi, Kuala Krai semalam. FOTO IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 76, Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Jambatan Pahi, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.34 petang itu, lelaki berusia 54 tahun dan isterinya, 50 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parag akibat tercampak keluar dan tersepit di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan mendapati, kedua-dua mangsa menaiki kereta jenis Honda Accord sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Puteh menghala ke Sungai Sok, di sini.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh pembahagi jalan yang berada di sebelah kiri jalan.

“Kejadian itu menyebabkan wanita yang duduk di sebelah penumpang depan tercampak keluar manakala suaminya tersepit di dalam kereta tersebut.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mereka dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan itu untuk tampil menyalurkan maklumat di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/25/suami-isteri-maut-kereta-terbabas-rempuh-pembahagi-jalan-2/
Pages: [1]
View full version: Suami isteri maut, kereta terbabas rempuh pembahagi jalan


ADVERTISEMENT