CARI-HBZ Publish time 27-4-2024 12:36 PM

PATI jual pakaian jatuh dari ampaian untuk teruskan hidup di KL

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/27/123603ogelljp2lerf273j.png





KUALA LUMPUR – Kutip pakaian ditemui di tepi jalan atau jatuh dari ampaian untuk diniagakan di kaki lima kedai sekitar flat di Jalan Abraham Off Jalan Imbi, di sini.


Demikian tindakan salah seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada 63 individu yang ditahan menerusi Op Pintu dan Op Belanja Jabatan Imigresen Kuala Lumpur (JIMKL), semalam.


Meskipun telah ‘kantoi’ ditahan bersama puluhan pakaian terpakai yang disusun di kaki lima, lelaki warga Bangladesh itu tetap mencuba nasib menyelinap disebalik orang ramai untuk melarikan diri.


Bagaimanapun, cubaan itu berjaya digagalkan pegawai Imigresen yang pantas mengesan helah licik warga asing berkenaan.


Enggan mendedahkan identitinya lebih lanjut, lelaki berusia lingkungan 40-an itu mendakwa, dia bertindak demikian demi meneruskan kelangsungan hidup selain mencari duit lebihan.


Katanya, ia merupakan rutin mingguan selepas tidak dapat meneruskan pekerjaan sebagai buruh binaan kerana menghidap penyakit strok, baru-baru ini.


“Sudah enam tahun tinggal sini, ini bukan baju saya, saya kumpul mana yang jatuh (dari ampaian atau jalan) untuk jual dekat kawan-kawan (warga asing), cari sikit duit makan.


“Sebelum ini kerja buruh binaan tapi lepas sakit terpaksa buat kerja ini. Duit semua sudah hantar dekat kampung (negara asal), nak balik kampung juga susah sebab tiada duit,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.


Sementara itu, salah seorang pekerja buruh binaan warga asing yang ditahan mendakwa kebanyakkan rakan senegaranya terpaksa melakukan pekerjaan selain yang didaftarkan pada permit atas faktor kewangan.


Dakwa Aminur, dia juga turut terkesan apabila gagal memperoleh gaji disebabkan projek pembinaan hampir selesai selain menunggu projek terbaharu dari majikan.


“Susah sekarang banyak projek (pembinaan) sudah siap. Bos (majikan) banyak kali kata gaji lambat sikit sebab kontraktor utama tak bayar dia. Saya dua bulan gaji dibayar sikit-sikit tidak macam dulu,” ujarnya yang merupakan warga Bangladesh.


Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur (JIMKL), Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff menegaskan warga asing yang menyalahgunakan permit pekerjaan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63.


Jelasnya, serbuan dilakukan lanjutan aduan diterima daripada orang awam berhubung isu kebanjiran warga asing selain penjaja haram di kaki lima kediaman tersebut..


Sumber -KOSMO! ONLINE.

TOPwind Publish time 27-4-2024 12:46 PM

Cuba tukar pegawai cina di Imegresen.

kesian takde
semua cerita dongen PATi masuk tong sampah
Yang kena tangkap tiada maaf bagi mu.

krustykrab Publish time 27-4-2024 01:13 PM

Sebelum ini kerja buruh binaan tapi lepas sakit terpaksa buat kerja ini. Duit semua sudah hantar dekat kampung (negara asal), nak balik kampung juga susah sebab tiada duit,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

- dah tu ko tk gheti ke pi kedutaan bangla mintak tolong atau ko minta family ko kat bangla kirim duit tiket atau ko buka tabung gofundme kat tenet atau ko buka tabung minta sesama bangla sorg sikit.
Yg benornye ko mmg tk nk balik bangla dh kan kan kan

me12345 Publish time 27-4-2024 01:48 PM

Baju curi la kannn...

dagusengett Publish time 27-4-2024 02:23 PM

Memang la takmau balik sbb still boleh cari makan kat sini walaupun illegal
Kos dibayar utk nak mai sini kerja pun byk jugak
Yg untung kroni2 politikus and agen2 bwk depa semua mai masuk

B40tastePosh Publish time 27-4-2024 02:30 PM

TOPwind replied at 27-4-2024 12:46 PM
Cuba tukar pegawai cina di Imegresen.

kesian takde


Melayu mudah kesian kesian....:lol:

Sesama Melayu diaorang bengis.

capwayang Publish time 27-4-2024 03:04 PM

..iols nak tambah perisa untuk sedapkan kata-kata bangla ni.

“Sudah enam tahun tinggal sini, ini bukan baju saya, saya kumpul mana yang jatuh (dari ampaian atau jalan) untuk jual dekat kawan-kawan (warga asing), cari sikit duit makan. Lagipun hanya tinggal 4 tahun saja lagi untuk saya dapat pr dan ic merah. Aisimeraaisimeraaisibiru sempena 100 tahun Malaysia Merdeka ma..

jazaa100 Publish time 27-4-2024 03:47 PM

Pi berambus balik lah....
Dok sini, memula amik baju yg jatuh....lelama pi curi pulak.....

Manjahati Publish time 27-4-2024 03:53 PM

JIM tolong ler hantar dorang ni balik. Lambakan pendatang ni dh terlalu terang n jelas

TOPwind Publish time 27-4-2024 04:12 PM

PATI boleh bedolak dalek

siap immi dengar ceritanya.

di China PATI terus dipotong kepala

wirazam Publish time 27-4-2024 04:34 PM

TOPwind replied at 27-4-2024 04:12 PM
PATI boleh bedolak dalek

siap immi dengar ceritanya.


Ooo ngerinya..tapi mcm ada betulnya juga..rekod masuk negara takde..so bila sipolan dihapuskan..takde sapa tahu..if adik beradik/ kawan bgtau sipolan sipolan hilang di china..sapa suh illegally masuk..insurance pun x cover

kakikuDibibirmu Publish time 27-4-2024 05:21 PM

suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia

{:1_535:}{:singo{:th_091_-1o{:angel2o

a5_H4SUImGY

http://youtu.be/a5_H4SUImGY

aku_best Publish time 27-4-2024 05:26 PM

Tu pun kerajaan ada hati nak import buruh asing masuk malaysia lagi...pooraah citttt...mau kahakkan jer...

Skuau Publish time 27-4-2024 06:42 PM

capwayang replied at 27-4-2024 03:04 PM
..iols nak tambah perisa untuk sedapkan kata-kata bangla ni.

“Sudah enam tahun tinggal sini, ini...

...lg saiya mau cari bini Mulayu sini...satu hari..ank pidana mintiri Malezia....{:1_555:}

Skuau Publish time 27-4-2024 06:44 PM

jazaa100 replied at 27-4-2024 03:47 PM
Pi berambus balik lah....
Dok sini, memula amik baju yg jatuh....lelama pi curi pulak.....

bknlaabang..lelama kawen Mulayu..IC dapat la....:lol:

sukacactus Publish time 27-4-2024 08:16 PM

Pun boleh!:o

LautBiru52 Publish time 27-4-2024 08:56 PM

keje susah nk dapat, gaji lambat masuk. dah cenggitu jgn lupa bagitau kwn2 dkt sana jgn datang Malaysia ek. suruh bot patah balik :lol:

Meiizu Publish time 27-4-2024 10:33 PM

Kreatif betul dia cari duit...ada plak tu membeli

Mimo.mimo Publish time 27-4-2024 11:02 PM

Siapalah dalang yang bawak pati ni masuk. Kerajaan pun takde initiatives ke nak hapuskan pati ni

FOTHER-MUCKER Publish time 28-4-2024 12:08 AM

Hairannya mereka ni kenapa tak simpan sebahagian jagged di Malaysia jika ada apa apa masalah tak lah jadi seperti ini. Ini semua jagged nak hantar negara asal kau. Sekarang sendiri yang susah.
Pages: [1] 2
View full version: PATI jual pakaian jatuh dari ampaian untuk teruskan hidup di KL


ADVERTISEMENT