DidiAndFren Publish time 28-4-2024 11:58 AM

Sarah masih sayang Aliff?

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-04-28_at_09.33.14_1714268559.jpg Sarah mengakui masih menyimpan perasaan cinta terhadap Aliff, malah pernah beritahu Bella mengenai isi hatinya.





KUALA LUMPUR: Wanita mendakwa sebagai kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine yakin pelakon dan penyanyi itu mampu berubah suatu hari nanti.

Katanya, ada 'sesuatu' yang mencetuskan dan membangkitkan keadaan mental tidak stabil terhadap Aliff yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu.

"Saya tahu Aliff akan berubah sebab saya nampak dia solat. Dia okey, cuma ada benda yang tidak kena sampai mengakibatkan mentalnya menjadi kurang stabil.

"Saya juga bukan sejenis orang yang suka jatuh hukum, lebih lagi, apabila hanya dia seorang sahaja dipersalahkan dalam isu khalwat, baru-baru ini," katanya kepada Harian Metro.

Diajukan mengenai rasa kasih terhadap suami kepada pelakon Bella Astillah itu, Sarah mengakui masih menyimpan perasaan.

Wanita berusia 24 tahun itu berkata, walaupun pelbagai episod pahit dilalui sepanjang beberapa bulan bercinta, perasaannya masih sama seperti dulu.

"Apabila bercakap soal perasaan, memang ada lagi. Bukan satu hari cinta terus hilang.

"Jujur ada lagi, saya pun pernah beritahu Bella mengenai perasaan saya," katanya.

Sejak Isnin lalu, arena hiburan panas apabila wanita itu menyelak rahsia Aliff dan Ruhainies termasuk dakwaan bercinta, selain dikatakan menggunakan Aliff untuk menjatuhkan Bella.

Pendedahan dibuat Sarah turut mengheret lebih ramai selebriti termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong serta pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman.

'Drama' semakin panas apabila nama pelakon Meerqeen juga dipetik selepas pelakon berkenaan mengaku hanya mengenalinya sebagai peminat, namun Sarah mendakwa hubungan mereka lebih daripada itu. - HM Online

Yoonggi Publish time 28-4-2024 02:05 PM

mcmana la boleh blinded abis by love with f***boy mcm ni? even now pun mamat tu boleh date minah lain while she is doing all these. :mad:
Pages: [1]
View full version: Sarah masih sayang Aliff?


ADVERTISEMENT