DidiAndFren Publish time 28-4-2024 12:00 PM

Stacy impi konsert solo berskala besar

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-04-27_at_14.39.38_1714201220.jpg Stacy mahukan kepuasan dengan menghimpunkan lebih ramai peminat dalam konsert berskala besar. - Foto IG Stacy



KUALA LUMPUR: Tanyalah mana-mana penyanyi, pastinya impian mengadakan konsert berskala besar menjadi antara satu 'wish list' sepanjang kerjaya sebagai penghibur.

Begitu juga penyanyi kelahiran Sabah, Stacy Anam, 34, yang sudah berkecimpung dalam dunia nyanyian sejak 16 tahun lalu, tentu impikan mengadakan konsert berskala besar.

Pernah tampil dalam Konsert DFP Present Stacy di Dewan Filharmonik Petronas tahun lalu, namun pelantun lagu Pelangi Senja itu mahukan lebih kepuasan dengan menghimpunkan lebih ramai peminat.

"Saya pernah jayakan konsert solo bersama DFP, namun tentunya saya mahukan konsert berskala lebih besar.

"Saya sudah mencuba banyak cabang seperti menyanyi, menari, hasilkan lagu dan lirik, jadi saya sentiasa tercari-cari apalagi yang boleh dilakukan termasuklah mengadakan konsert.

"Saya sudah 16 menceburi bidang muzik, tetapi masih belum berpeluang mengadakan konsert berskala besar.

"Jadi, saya harap penyertaan menerusi program realiti, The Hardest Singing Show terbitan Astro yang bakal menemui penonton pada Mei ini dapat buka mata penganjur konsert.

"Siapa tahu kemunculan setiap minggu menerusi program ini menyebabkan ada penganjur konsert nampak kebolehan saya, seterusnya menawarkan konsert," katanya kepada BH Online.

Kerap menyertai pelbagai program realiti bermula dengan Gang Starz bersama Kumpulan Evoke pada 2007, Stacy berkata, dia menyertai pertandingan realiti bukan disebabkan sukakan pertandingan.

Sebaliknya, katanya, platform pertandingan bagus untuk mengasah bakat sebagai penyanyi dan penghibur, selain persiapan untuknya mengadakan konsert.

"Saya memang banyak sertai pertandingan sejak dulu, tapi bukan suka-suka. Saya jadikan platform ini untuk asah bakat saya kerana setiap minggu kena fikirkan lagu dan konsep persembahan.

"Jadi, ini adalah satu peluang sangat baik untuk penyanyi memperbaiki mutu persembahan dengan bimbingan dan teguran juri.

"Semua ini takkan datang sendiri, tapi banyak ilmu berharga diperoleh apabila menyertai program realiti.

"Saya sedar banyak kelemahan, jadi saya kenalah rebut peluang yang datang untuk perbaiki diri.

"Mungkin penyertaan saya dalam program realiti boleh dijadikan sebagai persiapan sebelum akhirnya jayakan konsert berskala besar, suatu hari nanti," kata juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu.

black_handbag Publish time 28-4-2024 12:28 PM

oh begitu..

lagu apa ko nak nyanyi nok.. lagu ko pon berapa kerat je yg popular. ko nak nyanyi lagu orang ke

dua_chzy Publish time 28-4-2024 12:54 PM

Banyak ja lagu2 dia popular sampai masuk AJL final hampir tiap tahun tapi tak pernah menang.

EncikRhoma Publish time 28-4-2024 01:12 PM

Tapi fan base dia macam tak kuat. Takut tak laku macam kak ani je

I.K.A888990 Publish time 28-4-2024 01:13 PM

kalau dia buat konsert dgn akim pun best jgk.
buat lagu duet byk2
tapi tu la persembahan live tu kena baiki lagi

sleepandream Publish time 28-4-2024 01:18 PM

try buat berdua dengan akim dulu tengok sambutan mcmmana...
sheols pun mcm dah lama menyepi jah tak nampak muka pon?
takpon revive balik projek konsert 4G... now jadi 5G:$

Pages: [1]
View full version: Stacy impi konsert solo berskala besar


ADVERTISEMENT