DidiAndFren Publish time 28-4-2024 12:03 PM

Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi AS

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-04-26_at_18.21.18_1714127113.jpg Michelle Yeoh bakal terima Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden AS, Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan. - Foto IG Michelle Yeoh





KUALA LUMPUR: Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan bakal menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS) iaitu Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.

Menerusi laporan berita, aktres berusia 61 tahun itu dipilih sebagai penerima penghormatan tertinggi AS selepas Joe Biden mengiktiraf individu yang banyak menyumbang dan berjasa kepada keselamatan atau kepentingan AS, keamanan dunia, kebudayaan atau lain-lain usaha penting.

Penerima pingat terdahulu termasuklah Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton, Stephen Hawking, Sidney Poitier, Yo-Yo Ma, Steven Spielberg, Oprah Winfrey, Steve Jobs, Audrey Hepburn, Henry Kissinger, Dr Martin Luther King Jr, Neil Armstrong, Jacques Cousteau, Duke Ellington, Tiger Woods dan Rosa Parks.

Banyak filem lakonan Yeoh yang meraih kejayaan di peringkat global seperti Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs Of A Geisha, Mummy 3, Everything Everywhere All at Once dan The Lady.

Bagaimanapun, difahamkan Yeoh masih belum mengesahkan kehadirannya berikutan terikat dengan pelbagai komitmen. - AGENSI
Pages: [1]
View full version: Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi AS


ADVERTISEMENT