sfhzuraz Publish time 2-5-2024 10:44 AM

Keadaan ADUN Sungai Bakap semakin stabil

Keadaan ADUN Sungai Bakap semakin stabil

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

02 Mei 2024 09:51am



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/05/02/2634727.jpg
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Nor Zamri ditidurkan selepas menghadapi komplikasi di bahagian perut.



SEBERANG JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang ditidurkan kerana komplikasi di bahagian perut dilaporkan semakin stabil.
Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, Nor Zamri ditidurkan agar beliau dapat berehat serta untuk menstabilkan keadaan kesihatannya.


"Beliau ditidurkan untuk membolehkan (beliau) berehat dan kestabilan kesihatan khususnya penyakit yang dihadapi iaitu diabetes dan darah tinggi.
"Maklumat terkini yang saya terima, beliau stabil setelah beberapa prosedur dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.


Sementara itu, Jurucakap Pejabat Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap berkata, Nor Zamri ditidurkan bukan kerana kekurangan oksigen sebaliknya bagi membolehkannya berehat.
"Beliau bukan ditidurkan kerana kurang oksigen tetapi diberi ubat pelali bagi mengurangkan sakit dan untuk membolehkan beliau berehat kerana keadaannya yang sedikit lemah.
"Alhamdulillah beliau semakin pulih namun perlu banyak berehat. Sama--sama kita doakan semoga beliau cepat sembuh," tambahnya.



Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya kerana komplikasi di bahagian perut.
Menurut isterinya, Nor Zamri dimasukkan ke hospital dua hari lalu susulan sakit perut dan kini ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada ahli keluarga.
Nor Zamri daripada Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.
Keadaan ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Keadaan ADUN Sungai Bakap semakin stabil


ADVERTISEMENT