Abahmung Publish time 2-5-2024 04:39 PM

JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam mulai hari ini - Mohd Na'im

JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam mulai hari ini - Mohd Na'im
Oleh Samadi Ahmad - Mei 2, 2024 @ 4:27pm
bhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/hm287penceramah_1714638455.jpg
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) buka talian khas 24 jam mulai hari ini, bagi menerima aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam terutama di laman media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata, talian aduan khas itu ialah 017-3234533 (WhatsApp) dan emel, aduan@islam.gov.my.

Beliau berkata, talian aduan khas itu dikendalikan JAKIM dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau berkata, setiap aduan yang diterima akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah jawatankuasa teknikal yang diketuai JAKIM bagi memastikan kesahihan setiap aduan yang dikemukakan.


Katanya, sekiranya aduan itu membabitkan kesalahan jenayah syariah ia akan disalurkan dan dirujuk kepada jabatan agama negeri berkenaan.

"Jika membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan termasuk mengganggu ketenteraman awam aduan akan disalurkan kepada pihak polis.

"Kita juga bekerjasama dengan MCMC bagi menurunkan kandungan daripada media sosial terutama membabitkan kandungan yang menggugat ketenteraman awam.

"Kita mahu setiap aduan yang diterima itu ditangani secepat mungkin bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil," katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan bulanan agensi-agensi agama di bawah JPM di sini, hari ini.

Mohd Na'im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) secara konsisten memberikan penegasan akan sentiasa memelihara kesucian serta ketinggian agama Islam di negara ini.

"Mana-mana pihak yang didapati melakukan tindakan menghina Islam perlu di bawa ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua pihak," katanya.

Beliau juga berkata, orang ramai boleh membuat aduan serta laporan berkaitan apa-apa isu penghinaan kepada agama Islam menerusi talian khas berkenaan.

nusaraya Publish time 2-5-2024 10:45 PM

Wooow.... Pastilah perilaku "Mabok Agama" akan semakin memuncak di kalangan melayu setelah diluncurkannya progran "aneh dan mengada-ada"ini .oleh JAKIM .. Hehehehe

Decaffeinated Publish time 2-5-2024 10:51 PM

Itu sahaja ka yang boleh menteri fikirkan untuk memartabatkan Islam. Apa nama talian cry baby ni?

mojarean_X Publish time 3-5-2024 01:21 AM

Edited by mojarean_X at 3-5-2024 01:23 AM

Decaffeinated replied at 2-5-2024 10:51 PM
Itu sahaja ka yang boleh menteri fikirkan untuk memartabatkan Islam. Apa nama talian cry baby ni?

Chuols nk report sape? Diri sendiri ke?;P (gurau je tau bang)

Samerosie Publish time 3-5-2024 07:42 AM

Kalau bangsa lain buat something similar boleh ke?Ya la 3r takan works one way je.

AnBulisia Publish time 3-5-2024 11:45 AM

bolehlah report yg hina islam dalam cari ni
nanti jakim datang serbu rumah bawa tok adi sekali

tungkai Publish time 3-5-2024 11:59 AM

Kenapa nak introduce another platform utk buat reporting? Just direct ke MCMC under 3R la...:doh3:
Pages: [1]
View full version: JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam mulai hari ini - Mohd Na'im


ADVERTISEMENT