EJALTI Publish time 3-5-2024 11:16 AM

Amnesty dakwa Indon beli perkasasan pengintipan dari Israel, Malaysia

Amnesty dakwa Indonesia beli perkasasan pengintipan dari Israel, Malaysia

https://www.kosmo.com.my/2024/05/02/amnesty-dakwa-indonesia-beli-perkasasan-pengintipan-dari-israel-malaysia/

Oleh KOSMO!
2 Mei 2024, 5:26 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/05/AI.jpg
GAMBAR menunjukkan sebuah pejabat Amnesty International – AGENSI

JAKARTA– Indonesia menggunakan perkakasan pengintipan diperoleh dari Israel, Kesatuan Eropah dan Malaysia sekali gus mengundang kebimbangan mengenai hak privasi dan kebebasan bersuara, kata Amnesty International(AI) hari ini.

Sekatan online di Indonesia yang merupakan ekonomi terbesar di Asia Tenggara telah dikritik kumpulan-kumpulan hak asasi kerana didakwa digunakan terhadap pengkritik pemerintahdan bagi mengekang kebebasan bersuara di media sosial.

Dalam siasatan bersama dengan akhbar di Asia, Israel dan Barat, AI mendakwa bahawa Jakarta menggunakan pelbagai perkakasan pengintipan dan pemantauan terhadap pembangkang, media serta aktivis antara tahun 207 hingga 2023.

Platform pengintipan itu dibeli daripada rangkaian broker, penjual semulaa dan vendor di Luxembourg, Israel, Malaysiadan Singapura.

Ia digunakan oleh syarikat dan agensi pemerintah di Indonesia termasuk Polis Nasional sertaAgensi Kripto dan Siber Nasional(BSSN), kata AI.

“Perdagangan perkakasan pengintipan kepada Indonesia menambah satu lagi alat untuk intimidasi. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan,” kata ketua Makmal Keselamatan AI, Carolina Rocha da Silva dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, AI meminta Indonesia melakukan lebih banyak usaha untuk melindungi rakyatnya daripada pemantauan massa dan pencerobohan siber.

Kementerian Komunikasi dan Maklumat, Polis Nasional serta BSSN masih belum mengulas tentang dakwaan tersebut. – AFP

Pages: [1]
View full version: Amnesty dakwa Indon beli perkasasan pengintipan dari Israel, Malaysia


ADVERTISEMENT