CARI-MRO Publish time 3-5-2024 12:28 PM

Mahkamah tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri, ahli perniagaan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/03/122845quun71u3rle6mvm7.png




Georgetown: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan Phang Li Koon untuk membatalkan pertuduan rasuah membabitkan projek asrama bernilai RM11.6 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rofiah Mohamad berkata, berikutan itu perbicaraan kes tersebut akan diteruskan memandangkan terdapat perbezaan ketara dalam kesalahan yang didakwa berlaku melibatkan individu berbeza.

"Dalam penelitian mahkamah walaupun setelah 25 saksi telah dipanggil namun tiada sebarang dapatan oleh mahkamah berdasarkan keterangan saksi tersebut atau terdapat fakta terbukti melalui perbicaraan tersebut.

"Pada masa yang sama kalau pun dikatakan budi bicara sebagai tidak mutlak bagi mencabar keputusan dibuat oleh AG (Peguam Negara) harus dibuat melalui penilaian semula kehakiman bukan permohonan di sini," katanya di sini, hari ini.

Beliau menetapkan 26 Julai 2024 sebagai tarikh pengurusan kes.

Sumber : Harian Metro

jejai Publish time 4-5-2024 10:50 AM

kita tengok jela apa penghujung kes ni
Pages: [1]
View full version: Mahkamah tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri, ahli perniagaan


ADVERTISEMENT