sfhzuraz Publish time 3-5-2024 03:18 PM

Operasi MBCA di ICQS Bukit Kayu Hitam berkuat kuasa sudah Rabu lalu

Operasi MBCA di ICQS Bukit Kayu Hitam berkuat kuasa sudah Rabu lalu


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/keretapi_1714720129.jpg
MOHD Ridzzuan (tiga dari kiri) memeriksa kenderaan yang melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Bukit Kayu Hitam: Penugasan operasi Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam sudah bermula sejak Rabu lalu.
Tinjauan di ICQS Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini mendapati, pelbagai agensi berkaitan melaksanakan tugas rutin masing-masing bagi memastikan jenayah rentas sempadan dapat dibendung.
Tujuh agensi di bawah MCBA termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, ketika ini, agensi di sempadan masih menjalankan tugas dan peranan masing-masing seperti biasa.
Bagaimanapun katanya, agensi yang terbabit di bawah MCBA hanya akan menjalankan tugas sekiranya ada operasi khas yang membabitkan jenayah rentas sempadan.
"Operasi khas yang dijalankan MCBA itu adalah di luar tugasan yang dilakukan oleh jabatan yang berkaitan.
"Sebagai contoh, jika berlaku satu insiden di ibu kota dan dimaklumkan suspek dipercayai akan menghala ke Bukit Kayu Hitam, dari situlah MCBA akan bertindak.
"MCBA akan koordinat agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk melaksanakan operasi khas terbabit," katanya ketika ditemui di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Ridzzuan berkata, ICQS Bukit Kayu Hitam adalah antara sembilan lokasi pengoperasian MCBA fasa satu.


Disiarkan pada: Mei 3, 2024 @ 3:09pm
Operasi MBCA di ICQS Bukit Kayu Hitam berkuat kuasa sudah Rabu lalu (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Operasi MBCA di ICQS Bukit Kayu Hitam berkuat kuasa sudah Rabu lalu


ADVERTISEMENT