EJALTI Publish time 6-5-2024 12:02 PM

Jatuh sakit di Azerbaijan, speaker Dewan Negara sambung rawatan di KL

Jatuh sakit di Azerbaijan, speaker Dewan Negara sambung rawatan di KL

https://www.freemalaysiatoday.co ... bung-rawatan-di-kl/

FMT Reporters
06 May 2024, 08:55 AM

https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F05%2Fb46b05d6-mutang-tagal-bernama-060524-2.webp&w=2048&q=75
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal berada di Azerbaijan mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei, apabila beliau jatuh sakit. (Gambar Bernama)

Mutang Tagal jatuh sakit ketika berada di Azerbaijan untuk lawatan kerja sejak 29 April.

PETALING JAYA: Speaker Dewan Negara Mutang Tagal kini menerima rawatan perubatan di sebuah hospital di sini susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan.

Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April dan pulang lebih awal daripada jadualnya.

“Senator mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia dan Azerbaijan yang membantu urusan rawatan beliau di negara itu dan urusan pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut,” menurut kenyataan daripada pejabatnya, lapor Bernama.

“Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas ingatan serta doa untuk kesembuhannya dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada beliau dan keluarga sepanjang tempoh rawatan ini.”

Mutang berada di Azerbaijan mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di Baku.

Sebelum menghadiri forum tersebut, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Ilham Aliyev, Perdana Menteri Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Republik Azerbaijan Sahiba Gafarova, selain menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di negara itu.

shamsadis Publish time 7-5-2024 08:31 AM

ahli politik kena lantik yang sihat2 je

supernaturalee Publish time 7-5-2024 09:42 AM

program 1 smpi 3hb
yg smpi 6hb pun kt sana lg buat ape

B40tastePosh Publish time 7-5-2024 09:56 AM

Meols terimgin nak jalan jalan camtu lain kali lantik meols, meols sihat sentiasa, insyaallah {:mlshy:}

arareez Publish time 7-5-2024 11:43 AM

supernaturalee replied at 7-5-2024 09:42 AM
program 1 smpi 3hb
yg smpi 6hb pun kt sana lg buat ape

Lawatan kerja katanya :$

kepompong Publish time 7-5-2024 01:50 PM

shamsadis replied at 7-5-2024 08:31 AM
ahli politik kena lantik yang sihat2 je

kalau usia lanjut sgt mmg bila2 je boleh dpt penyakit. kenapa politician malaysia semua nya kecut & ganyut2 belaka . Bosan giler

Decaffeinated Publish time 7-5-2024 01:51 PM

Aku sorang ja ka tak pernah kenal dia ni. Mutang who?

jari10 Publish time 7-5-2024 07:34 PM

shamsadis replied at 7-5-2024 08:31 AM
ahli politik kena lantik yang sihat2 je

Kena wajibkan buat full medical checkup sebagai syarat sebelum dibenarkan jadi calon pilihan raya

Decaffeinated Publish time 7-5-2024 08:49 PM

jari10 replied at 7-5-2024 07:34 PM
Kena wajibkan buat full medical checkup sebagai syarat sebelum dibenarkan jadi calon pilihan raya

senator malaysia tak ada election, semua dilantik.

jlo Publish time 8-5-2024 08:35 AM

moga lekas sembuh

SalenaGomez Publish time 8-5-2024 08:43 AM

Wowww yg belakang tu sakan posing eaaaa

edayildiz Publish time 8-5-2024 08:46 AM

yg berpenyakit kena rehat kt unah..bersara awl:$
best azerbaijan ni

Decaffeinated Publish time 8-5-2024 09:27 AM

edayildiz replied at 8-5-2024 08:46 AM
yg berpenyakit kena rehat kt unah..bersara awl
best azerbaijan ni

Apa yang best?

Tinot7 Publish time 8-5-2024 09:30 AM

edayildiz replied at 8-5-2024 08:46 AM
yg berpenyakit kena rehat kt unah..bersara awl
best azerbaijan ni

Hang pernah pi ka?
Pages: [1]
View full version: Jatuh sakit di Azerbaijan, speaker Dewan Negara sambung rawatan di KL


ADVERTISEMENT