EJALTI Publish time 6-5-2024 12:23 PM

86 peratus pekerja Malaysia pilih masuk pejabat 3 kali seminggu

86 peratus pekerja Malaysia pilih masuk pejabat 3 kali seminggu

https://www.bharian.com.my/berit ... bat-3-kali-seminggu

Oleh Farah Marshita Abdul Patah - Mei 6, 2024 @ 11:48am
farahmarshita@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/pekerja_1714967300.jpg
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 86 peratus pekerja di negara ini memilih untuk masuk ke pejabat hanya tiga hari seminggu dalam tinjauan yang diadakan bagi tempoh 23 Oktober hingga 11 November tahun lalu.

Tinjauan Workmonitor 2024 di Malaysia yang dilakukan Randstad Malaysia membabitkan 517 pekerja itu, mendapati sebanyak 39 peratus pekerja mempertimbangkan untuk berhenti sekiranya diminta oleh majikan untuk menghabiskan lebih banyak masa bekerja di pejabat.

Katanya, tinjauan itu turut mendapati dua daripada lima rakyat negara ini sanggup berhenti sekiranya diminta bekerja lebih kerap di pejabat.

"Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenium (47 peratus) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.

"Dua daripada lima responden berkata mereka melakukan perubahan hidup seperti berpindah atau mempunyai haiwan peliharaan dan menjangkakan kerja fleksibel diteruskan selepas pandemik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, tinjauan itu mendapati reaksi daripada majikan adalah berbeza, yang mana satu dalam dua responden berkata, pihak majikan memperkenalkan polisi wajib bekerja lima hari di pejabat.

"Malah, satu dalam 10 responden berkata majikan mereka tidak mempunyai polisi bekerja secara fleksible," katanya.

Sementara itu, tinjauan berkenaan turut mendapati 52 peratus rakyat Malaysia tidak akan menerima pekerjaan sekiranya syarikat tidak proaktif dalam meningkatkan kepelbagaian dan ekuiti.

Katanya, kepelbagaian dan ekuiti adalah penting kepada generasi muda, kerana 59 peratus daripada Gen Z dan 54 peratus daripada Milenium mengatakan mereka tidak akan menerima pekerjaan dengan syarikat yang tidak proaktif dalam meningkatkan kepelbagaian dan ekuiti.

"Sebanyak 67 peratus rakyat Malaysia menyembunyikan beberapa aspek mengenai diri mereka di tempat kerja yang menjadi pendorong untuk mencari organisasi yang menyediakan persekitaran selamat bagi membolehkan mereka menjadi diri sendiri," katanya.

green~tea Publish time 6-5-2024 12:30 PM

It comes with the pay laa..


Ada je kawan2 aku fully WFH.. tp pangkat biasa2, remuneration pun sekadar biasa.. sbb bila ko tak masuk ofis... ko tak menonjol.. bosses tak nampak, HR tak nampak.... so cemane nak justify ko naik pangkattttttr

tp masih sedap lahhhhhh income sbb dia bidang oil n gas..

LoveSungmin Publish time 6-5-2024 12:54 PM

i masuk 2 kali seminggu je.. kadang² sekali :lol: as long as kerja siap dan bos tak komplen..

aechae Publish time 6-5-2024 01:09 PM

Berkira2 nk tender resign tahun dpn if laki iols x boleh pndah blk hq KL… option lain iols nego dgn HR n bosses utk wfh je dr negeri lain.. sebulan seminggu dtg opis xpe lg…

My fren dept lain dh adalah precedent case, dia blk sabah ikut laki n keja dr jauh tu..

delia3003 Publish time 6-5-2024 01:17 PM

Kat ofis ni dah lama buat, nak terus WFH pun boleh, antara nak apply dengan tak je. Itak suka kalau WFH terus, stress rasa. Tapi macam tengah berkira2 nak masuk ofis 3x je seminggu.

kepompong Publish time 6-5-2024 03:45 PM

terpakai utk non-service je.


Dr, vet, nurse, barber , etc kena jugak pegi keje macam biasa

Decaffeinated Publish time 6-5-2024 07:39 PM

Lagi 14 peratus tu nak WFH hari2 ka?

hanamunir Publish time 6-5-2024 09:12 PM

so far dept meolss masih sebulan sekali masuk ofis..
x tau la next year macam mne..
alhamdulillah utk this year..
hod siap bagi fixed date utk sebulan sekali tu, so meolss senang sikit nak plan untuk bercuti ke mana2 atau tukar tempat wfh ke, like wflangkawi this month, wfprague next month ahh gittew..

azimodin Publish time 6-5-2024 10:15 PM

Aku suka wfh sebab kurang gangguan. Kerja lagi cepat siap & aku boleh buat online training bila ada waktu free. Kat ofis ni kejap2 kena tolong jawabkan phone member, boss panggil, visitor singgah. Tu belum lagi colleagues yg berpesta bila manager takde. Tambahan pulak ofis aku ni ceruk sikit, selalu ada masalah internet. Lagi haru bila masalah xde letrik, setiap bulan mesti ada 1 hari yg terpaksa sambung kerja kat rumah sebab kepanasan & bateri laptop habis. Tapi boss aku jenis old school, dia takut budak2 dia mengular bila wfh.. meanwhile dia selamba je tido dalam ofis & masa meeting online

Shayang Publish time 7-5-2024 07:19 AM

Rasa mcm best plak minggu lepas cuti rabu tu
Dia mcm keje 2 hari pastu rabu cuti
Tau2 masuk keje balik dh kamis dah pastu sabtu cuti balik.
Suka plak camtu heheheh

AznieBunnie Publish time 7-5-2024 09:06 AM

opis kami baru dimansuhkan wfh.
katanya ada orang salah guna.

sekali tengok yang salah guna tu, geng-geng bos kesayangan juga.
balik negara asal mereka atas alasan kematian ahli keluarga. tak applied cuti - 2 minggu sunyi sepi. then sambung 'work remotely' sebulan tapi still tak online, tak responce emails, messages...

natijahnya, staf local yg memang jenis jawap emails, messages within 30 minits, ada yg ngadap laptop macam waktu kerja kat opis pun ada - hilang kelebihan.

bergegar-gegar bos besar import dari negara penjajah citer kat suratkhabar ada work life balance la, ada wfh la... puuiii!

hahahahahahha
Pages: [1]
View full version: 86 peratus pekerja Malaysia pilih masuk pejabat 3 kali seminggu


ADVERTISEMENT