sekngucing posted on 7-6-2011 11:40 AM

Bomoh Cina paling power

Mysterious fire woman pays debt of gratitude to spiritualist

GEORGE TOWN: For a whole month, hundreds of mysterious fires broke out in a 73-year-old widow's house in rural Kelantan. When her problem ended, she pledged to come to Penang to thank one of the paranormal experts who came to her aid.
The opportunity came when Zainab Sulaiman had to travel to Seberang Prai for a wedding. She then went over to the island and stayed for a night just so she could meet up with spiritualist Master Ong Q Leng.

¡°When my misery ended, I made up my mind that I would one day make a trip to Penang to pay her a visit. It is only right, as she had come all the way to my village to help me,¡± said Zainab in her Kelantanese accent.

Zainab, who lives in a wooden house in Kampung Penambang Bunga Emas near Kota Baru with her daughter-in-law and two grandchildren, was plagued with mysterious fires since early December last year which destroyed over 250 articles of clothing, mats, curtains, mattresses and many other things.

At least five paranormal experts exorcised Zainab's house since late last year to this January a bomoh, a Thai medium, an American couple who practise exorcism, a group of Muslim ghostbusters, and Ong.

Zainab said Ong was the last to go to her aid, and the paranormal activities stopped after that.

Ong, 35, made two trips from Penang to Zainab's village in early January the first time to ¡°chase away¡± the djinns and provide shields, and the very next day to ¡°vanquish¡± the entities.

¡°I returned home after providing the shields on the first day but my instincts told me that there would be trouble and I returned to her house the next day and arrived just as fires began to erupt,¡± she said.

Ong took Zainab and 10 other members of her family for a seafood dinner at the Teluk Tempoyak Malay Restaurant in Batu Maung.

http://thestar.com.my/archives/2011/6/7/nation/n_01ghostBuster.jpg

Zainab Sulaiman, 73, who was plagued with a series of mysterious fires at her Kelantan home, thanking paranormal spiritualist Master Ong Q Leng at a seafood restaurant in Penang. Ong had helped her by ¡®chasing¡¯ the spirits from the house.

bluezink posted on 7-6-2011 11:51 AM

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTclJEN1Lp0JeVSpG1cdel23yLEmCyWX5YPOsfU_xGn4F5WLE36

mungkin...nek jenab anak pak  leman blom jumpe lagikk bumuh tok uban lagikk..kalo x...:D  tu jun.. eh jin penye hal kasik settle

hantukiller posted on 7-6-2011 11:53 AM

walau sapapun yg membantu makcik tu, alhamdulillah selesai permasaalahan makcik tu.....


Walaupun depa perawat tu bukan islam...... tapi mampu menyelesaikan permasaalahan..... cuma persoalannya, apakah dinding yg ditinggalkan?

zaiha posted on 7-6-2011 01:20 PM

emm sume nih dengan izin Allah SWT......:)

shinzai posted on 7-6-2011 01:30 PM

Adakah cara mereka tu akan memudaratkan pada kemudian harI?

hantukiller posted on 7-6-2011 02:15 PM

Adakah cara mereka tu akan memudaratkan pada kemudian harI?
shinzai Post at 7-6-2011 13:30 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifbomoh cina ke, bomoh india ke, bomoh mat salleh ke, ustaz ke, kalau dibantu jin atau meminta bantuan jin jin untuk melepaskan permasaalahan yg dihadapi, tetap akan memberi kesan kurang baik jangka panjang...

edy137 posted on 7-6-2011 02:49 PM

zaman sekarang nihh ramai yang dah menghalalkan cara... of course perawat yang gunakan khidmat JIN pun dah pakai mcm ustaz, berjubah, berkopiah dan sebagainya..... siap ada dengan gelaran ustaz lagi, sekali imbas mcm pak ustaz atau ulama tersohor....

nanti ada pula suara2 yang kata, takpe pergi merawat dengan perawat begitu, lagipun orangnya baik, warak, ustaz pulak tu....

Tak pernah lagi dalam sirah nabi2 dan agama islam, menyatakan yang rasul dan para sahabat menggunakan khidmat JIN untuk kes2 seperti itu.... semuanya gunakan kaedah tertentu... tanpa melibatkan bantuan JIN..

sebab tu sekarang pesakit susah nak membezakan betul2 perawat dengan perawat yang gunakan bantuan JIN.... habis kalau cara pemakaian percakapan hampir mirip, diselangi nasihat2 yang nampak bagus, atau petua2 yang nampak mcm baik....

baik jadi perawat rock je mcm aku, tak payah sibuk2 nak pakai jubah dan kopiah.... :lol:

R_one posted on 7-6-2011 10:17 PM

bagaimana nak bezakan samada perawat tu guna jin or x?adakah sekadar mengagak sahaja? Ingin tahu.

7teen posted on 8-6-2011 06:51 AM

Gambar2 bomoh cina yang aku dapat dari uncle Google..:lol:

http://mstar.com.my/archives/2011/6/7/mstar_berita/Leng1.jpg

Gambar Zainab Sulaiman dengan Master Ong Q Leng

7teen posted on 8-6-2011 07:05 AM

Nie adalah cerita yang aku copy paste dari blog ini..

Link Ke Blog Tue..

http://kitabkehidupan.blogspot.com/2009/04/bomoh-cina-dirasuk-jin-melayu-datuk.html

Khamis, 30 April 2009

Bomoh Cina dirasuk Jin Melayu... Datuk Gong
Sepanjang hampir 7 tahun saya bekerja sebagai Asst. Engineer (Civil and Structure), ada banyak perkara dan pengalaman menarik yang saya tempuhi.Ada yang lucu, sedih, malahan misteri pun ada.

Sebagai assistant engineer, skop kerja saya ialah memastikan setiap construction work mematuhi spesifikasi dan on schedule. Kerja di tapak bina memang menyeronokkan kerana saya berpeluang untuk bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama. Dalam posting blog akan datang saya insya Allah akan menceritakan beberapa pengalaman misteri yang pernah saya alami semasa di tapak bina.

Posting kali ini saya ingin berkongsi mengenai perkara-perkara misteri yang lazim ditemui di tapak bina. Selalunya kontraktor kami (main cont atau sub-cont) adalah berbangsa Cina. Orang Cina amat percaya kepada roh dan semangat, dewa-dewi dan lain-lain. Di mana ada tapak projek, di situlah mereka membina shrine (tempat pemujaan) untuk dewa mereka. Saya bertanya dewa apa yang disembah, mereka mengatakan di tapak projek lazimnya dewa yang disembah dipanggil Datuk Kong @ Gong. Apa yang mengejutkan, Datuk ni berbangsa Melayu dan beragama Islam!

Semasa di Naim Cendera, saya pernah terlibat dalam projek PGA Camp di Batu Kawa, Kuching. Projek bernilai RM 313 juta ini merupakan yang kedua terbesar di Malaysia. Ada 6 blok untuk kediaman polis (quarters F) dan setiap satu blok dibina oleh satu sub-cont Cina. Kesemua sub-cont ini membina shrine mereka untk appease Datuk Kong di kawasan tapak bina tersebut. Bermakna, ada 6 shrine dibina untuk Datuk Kong bagi setiap blok!

Saya ternampak ada satu shrine yang berwarna hijau. Saya ingatkan safety box, rupanya shrine yang menempatkan Datuk Kong. Saya bertanya dengan tauke tersebut kenapa berwarna hijau, bukan merah seperti lazim yang dilihat. Tauke tersebut mengatakan kerana Datuk Kong berbangsa Melayu dan beragama Islam.(Mereka tahu hijau adalah (warna rasmi) agama Islam). Sajian untuk Datuk Kong tersebut juga berunsur 'kemelayuan' seperti kopi pekat, sirih pinang, rokok daun, kuih-muih, kain pelikat, songkok, malahan gaharunya juga berwarna hitam tidak seperti gaharu cina yang berwarna merah dan kuning. Orang Cina tahu gaharu Melayu berwarna hitam. Hmmm, agak melucukan juga...

Selain itu, saya juga berkesempatan melihat upacara bagaimana mereka 'merasmikan' shrine tersebut. Upacara perasmian samalah seperti memanggil Datuk Kong untuk merestui shrine yang didirikan, dan sekaligus menjemput Datuk Kong tersebut mendiami shrine yang dibina. Sempat juga si tauke offer colok kepada saya supaya participate dalam upacara tersebut kerana saya berdiri tidak jauh dari mereka. Dengan tersenyum saya menolak dengan baik dan saya menerangkan dengan lembut yang agama Islam melarang penyembahan berhala. Si tauke mengatakan Datuk Kong juga beragama Islam, malahan dia mengatakan ada orang Islam sebelum ini (pekerja-pekerjanya mungkin)menyembah dan dijemput untuk datang ke shrinenya untuk menyembah Datuk Kong. Saya ketawa di dalam hati tapi dengan tegas saya menolak dalam hikmah dan si tauke tadi menerima serta menghormati pendapat saya.

Semasa bomoh Cina itu dirasuk Datuk Kong, bomoh ini akan bercakap dalam bahasa Melayu dengan fasih sekali. Pernah juga saya mendengar kawan Cina saya mengatakan kadang-kadang si bomoh Cina ini akan menulis Jawi dengan lancar sekali walaupun dia buta Jawi. Ini semua kerana rasukan dari jin berbangsa Melayu ke dalam tubuh bomoh Cina tersebut.

Pengajaran yang saya dapat, rasukan jin adalah tanpa batasan. Jin boleh merasuk sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama, dengan izin Allah.

gammbir33 posted on 8-6-2011 09:01 AM

Kesian kat nenek tu.:(

shinzai posted on 8-6-2011 09:11 AM

harap-harap nenek tu jangan terlampau percaya sangat...takut syirik...hanya dengan izin Allah saja sesuatu boleh berlaku

melia_star posted on 8-6-2011 11:37 AM

sbb bomoh cina tu yg last dia assume bomoh tu yg ubatkan??

manalah tau kot2 ustaz sblm2 tuh yg usahakan.....bukankah perkara mcm neh ambil masa lama gak utk disembuhkan.......cepatnyer nenek tu buat conclusion.......nenek oh nenek.......

cilok posted on 8-6-2011 12:06 PM

tumpang kesian pd nenek nie......jgn terlalu obses ngn master nie...
per yg berlaku adalah kehendak YG ESA....

mrjinggozzz posted on 28-6-2011 11:32 PM

comey plak bomoh cina nih hu3;P
tpi xper ker kita berubat dgn bomoh2 cina @ siam nih?:sweat3:
lebih baik adanya kita berubat dgn perawat Islam lebih terjamin kaedah nyer:P

evilcooler posted on 29-6-2011 11:28 AM

Jangan la pasal benda ni si nenek terus goyah imannya. Iktikad hanyalah Allah s.w.t semata-mata. Tapi kalau dia dah percaya si bomoh cina lagi power dari rawatan mengikut syariat Islam, maka jadi tuntutan perawat Islam lain utk buktikan mereka lebih bagus dari yang kafir...
Page: [1]
View full: Bomoh Cina paling power