SOLAT ANAK2 BAWAH UMUR 10 TAHUN
Pls share tips utk didik anak2 solat sebelum umur 10 tahun.Masalah i, kita nak pukul x boleh lg sbb dlm hadis dah bgtau pukul tu hanya bila dah 10 tahun kan
Mcm anak i ajar dia iukt kita solat sejak kecin 3 tahun tu dah bentang sejadah sumer..memula mmg dia excited..
bila dah besar unur 6 tahun tu dah start malas..kat skolah mmg solat siap jd imam dan bacaan betul segala..tp bila kat umah solat yg lekat cume maghrib
tu pun kadang2 byk je alasan sakit lah..letihlah..pastu solat kelam kelibut, kita 3 rakaat dia dah bg salam dah..baca ntah hape2..
tegur mmg dah selalu buat, nak marah lebih2 rasa mcm x sesuai lagi.
kalo dlm period yg penilaian pelajar (kat sekolah dia ada penilaian ibubapa utk anak2 soleh musleh) selama 2 minggu tu mmg dia solat bagus lah sbb nak markah. tp abis je period penilaian tu terus start malas semula.
mcmana cara terbaik yg works on yr kids? i dah try beberapa cara tp so far xde yg betul2 jalan.
please share hmm..takde sesape yg ada experience yg berkaitan ek?
Susah gak nak ajar anak2 ni lekat solat..
kalau bg insentif, dah abis tempoh insentif, sekali ngan diorg pun stop..:P
] saya mempunyai anak antara umur 1tahun hingga 16 tahun..
apa yg saya perhati ttg jaga solat anak2 saya..
yg berumur 16 tahun ;solat, sudah tahu pentingnya solat cuma bermalas2 masih ada. namun alhamdulillah tidak tinggal solat walaupun bertangguh. sebagai ibubapa; masih lg menyuruh anak solat.. tp agak mudah bergerak. saya masih memberitahu ttg pentingnya solat melalui ilmu2 yg ada masanya saya juga baru tahu.
umur 14 tahun lelaki; agak liat solat, bersuruh2 setiap kali masuk waktu;setiap hari pulak tu;tp mulut bagaikan bosan menyuruh benda yg sama, saya hanya akan berhenti menyuruh apabila dia selesai solat.dia masih belum faham pentingnya solat.
umur 10 tahun; agak taat pada agama; senang di suruh, mudah mendengar , cuma kerana dia masih kanak2, ada masanya dia lalai.. saya sbg ibu; masih menyuruh2 dalam memberi ilmu ttg solat.
umur 1 hingga 4 tahun; apabila salah seorang abgnya azan untuk memulai solat; tidak kira pukul berapa; anak akan berkata; cepat2 dik cepat amik sejadah, abg dh azan.. cepat nanti x sempat,.. mereka yg tidak tahu apa2,akan pergi amik sejadah bentang cepat2..dalam 3 saat mereka sudah siap solat..hehehe
ajar solat adalah tugas berat ibubapa; tp apabila kita melihat anak2 bersolat, pahalanya juga akan kita dpt.
saya selalu menerangkan kpd anak2 yg sudah faham ttg kehidupan; bhw;
apabila kita sudah dihidupkan oleh Allah, kita tidak akan mati selama lamanya, kita akan abadi hidup.
kita mmpunyai dua masa depan; masa depan sekarang yg menyara hidup akan datng, dan masa depan selepas mati; yg kekal abadi;
jika kita sgt berkeinginan hidup senang dan mewah di dunia, umpama syurga;
apakah syurga yg sebenarnya di masa depan satu lg kita tidak mahu.. saya selalu memberitahu bahawa indahnya hidup pada masa depan yang satu lg kepada anak2..dengan harapan mereka akan sedar dengan hidayah Allah.
contoh; jika anak saya berbuat baik seperti membantu saya mengemas rumah pd paginya;
saya akan berkata; buat baik ALLAH beri pahala; tp jika tidak solat; buat baik hanya sia2.. kerana setiap amalan baik akan dikira apabila solat dipenuhi; dan kesalahan akan diampun; tp kalau tidak solat, buat baik tidak dikira, buat jahat tidak dimaaf.
anak yang diasuh bersungguh2 anak taat walau ada masanya mereka lalai, mereka akan kembali semula.. kepada rutin yg biasa ibubapa ajarkan.
disamping ibubapa terus berdoa; agar anak terus memperhambakan diri pd Allah dalam solat atau diluar solat.
bukan perkara mudah;kerana saya juga masih menyelongkar ilmu solat. thanks Dalmaz,
maknanya mmg sgt normal lah bahawa nak kena suruh every time kan.
sy risau juga bila evrytime perlu nak bersuruh
kdg rasa mcm nak tgk je..tp bila dia x buat kita rasa mcm x best jugak
nak marah, belum sampai umur yg nabi kata kita perlu pukul
taknak suruh, takut lemak
yg paling x best, dah bersuruh beberapa kali, x buat jugak, x tau nak buat camne..nak marah2 pun x best jugak selalu sgt marah2..
nasihat tu selalu, harap2 lekat di hati cuma dia maybe belum guna.. mine 9 dan 7 tahun...yg sulung ni mmg nak kene ingatkan slalu tapi si angah ni kenkadang tgk kita solat dia pun cecepat nak amik wuduk......satu yg bestnya si along ni akan jeles kalu si adik buat so dia pun sama solat.......
yg penting rasanya mak bapak kene tunjuk contoh dan tegur.......pendek kata mmg slalu nak kene ingatkan soh solat nih...tak kira yg tua ke atau yg baru nak blajar solat saya amat percaya ajaran Rasullulah ttg cara menyuruh anak solat sehingga ke tahap memukul jika masih degil, tp.. saya ni iman nipis, belum lg pukul anak kalau x solat, paling tidak saya marahkan juga.. kemudian suruh dia qada'.. walau begitu, ada masanya saya juga gagal.
saya selalu imbas masa lalu saya pada umur anak, dan cara ibubapa mendidik menyuruh solat. kenapa saya malas solat masa itu, dan sejauh mana usaha2 ibubapa menyuruh solat, tp saya solat dulu masa kecik2, tidak faham langsung kenapa kena solat kerana ibubapa kurang bg penerangan.byk waktu saya tidak solat pd masa itu.
jadi, saya ambil kekurangan ibubapa saya itu sebagai panduan saya masa sekarang ke atas anak2 saya.
nenek saya pula hanya memberitahu tidak bersolat itu berdosa; dan dia lah yang tidak henti2 menyuruh saya bersolat, saya masa itu juga di suruh setiap waktu solat dan setiap hari, namun sehingga sekarang masa kedengaran suaranya menyuruh bersolat walaupun sudah 18 tahun dia meninggal dunia.
rata2 ibubapa risau dgn solat anak2 mereka; tp apa yg saya perhatikan pada org sekeliling, iaitu saudara mara, rakan2 saya dan org lain;
mana2 ibubapa yang tidak jemu2 menyuruh anaknya taat pada Allah; hasilnya apabila dewasa mereka menjadi org yang taat pada Allah. kerana saya yakin bahawa Allah memakbulkan doa ibubapanya dan sesiapa saja yang berdoa untuk menjadi hambanya yang baik.
dan benarlah, ajaran Rasulullah yg menyatakan, jika kita bersolat berjemaah dgn anak2 , anak2 akan rajin bersolat, cuma kebanyakkan masa saya tidak dpt melakukan itu.
buat masa sekarang, itulah masalah saya..
ingin sekali selalu berjemaah dgn anak2 supaya apabila dia menjadi ibubapa kelak, amalan itu dia boleh jadikan panduan untuk mendidik anak2 mereka bersolat. thanks Dalmaz,
sy juga bila timbul masalah camni reflect balik masa kita kecik2 dulu..
anak2 kikta skrg much2 better banding ngan kita dulu
apa yg buat kita sedar kepentingan solat bila dewasa sbb kita selalu kena suruh kan..walopun mulanya x berapa faham
harap2 anak2 kita pun camtu jugak
lega hati sy mendengar org lain pun hadapi masalah yg sama bapak aku pukul jgk kecik2 dulu..
balik keje jer bapak aku tanya dah solat ke belum.. mencicit lari la kitorg takut..
kalo tak solat..bapak aku suruh melutut kat katil.. dia pun keluarkan tali pinggang dia.. zasss kena libas kat punggung..:'(
sepupu aku yg sorg lagi terok.. setiap kali lom solat bapak dia balik.. mmg kena libas.. tak kira la kat dapur pun.. kitorg tgok pun takut..:'(
tp yg paling pandai didik anak solat makcik aku.. dia libas dgn tali atau rotan anak dia.. tp bukan depan org ramai.. kat dlm bilik dia rotan bersendirian.. sampai sepupu aku yg kecik2 tu tak payah kejut bangun solat subuh, diorg bangun sendiri!! :ohmy3: dark,
kalo anak2 zaman skrg agak2 teknik libas melibas ni jln lg x? dark,
kalo anak2 zaman skrg agak2 teknik libas melibas ni jln lg x?
Lily_Savage Post at 27-6-2011 14:58 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
ajaran nabi tu sesuai aje sampai kiamat pong..:$ saya, skrg sedang cuba mengajor anak-anak solat dengan mengajak soalt berjemaah. Lagipun anak-anak saya baru berumur 4thn dan 6thn dan keduanya perempuan. Memula tuh mmg sangat liat, tp saya tak jemu mengajak solat.
Alhamdulillah, anak yg 6thn mula soalt tanpa dipaksa.Cuma yang 4 thn tuh akdang-kadang sahaja. Tapi saya masih tak jemu beri nasihat. kalo below 10 years bukankah dlm hadis ada kata belum boleh pukul lagi?
kalo i perati my kids nih, cam bdk2 skrg kan jenis pandai menyuarakan perasaan diorng, vokal gitu, kalo cara2 yg berbentuk garang ni selalu x jalan. X tau lah bila makin besar nanti okey. diorg pulak kdg kata kat kita, 'kalo mama bgtau cara lembut, means x marah dia akan buat'..alahai..dia lak psiko kita kadang2.
yg buat i berbelah bg ni sebab ni lah..
kalo ikutkan mmg rasa cam nak je rotan, tp sbb dlm islam kata kalo x solat setelah 10yrs baru boleh pukul, jd terbantut lah. bila ckp baik x jalan, nak rotan x boleh i jd dilema xtau nak wat apa lagi..tu yg kdg2 jd i biar je..lepas tegur beberapa kali dia liat gak, i biar. tp ada gak risau skit takut dia naik lemak. sahabat saya yg juga jiran saya adalah dari keluarga yg sederhana,ayahnya bukan ustaz, ibunya hanya suri rumah sepenuh masa, anak2nya juga bukan bersekolah agama, namun penuh ajaran islam, tidak ada marah2, kedua2nya sgt lembut dan mendidik anak, tetapi tegas soal rukun iman dan islam. antara hiasan dinding rumahnya , tercatat rukun iman dan islam yang dibingkaikan dan di tulis sendiri oleh bapa mereka;.
hasilnya yang saya sendiri boleh lihat dan perhati;
semasa kedua ibubapa mereka menunaikan haji ke mekah tahun lepas; mereka di jaga oleh nenek..
kata nenek mereka; senang menjaga cucu cucunya yang dari keluarga ini, masuk waktu terus solat tanpa disuruh,selepas solat maghrib membaca al quran beramai ramai, sehingga azan untuk solat isyak. sejuk perut ibunya dan sejuk hati ayahnya.
saya nampak keluarga ini dilimpahi barakah oleh ALLAH, saya sendiri sejuk mata melihat mereka suami isteri dan juga anak2 mereka. Alhamdulillah kami mendapat jiran yang seperti ini. anak saya start solat umur 6 tahun. now dah 7 thn, so far dia dapat buat hampir kesemua waktu lah, walaupun kadang2 ada jugak tertinggal a few. most of the time, dapat la complete 5 waktu per day.
buat masa ni, saya lebih kepada nak terapkan tentang penjagaan waktu tu sendiri, drp nak terlalu concern tentang apa dia baca, tartil nya, sempurnanya ke apa. nak dia rasa biasa dgn solat dulu.
awal2 dulu mmg marah jugak dia solat laju (now dah tak laju dah tapi still byk cacat la he he) tapi fikirkan, biar lah dulu. kita tegur & explain cara yang betul, all the time, tapi taknak pressure sgt, just make sure, dia jaga waktu solat.
takat ni dah dua tahun dia dok solat, memang 99% of the time kena suruh (ada lah once in the blue moon entah apa mood dia, kadang dia sendiri solat tanpa kena suruh), but belum lagi sampai fasa kita suruh berbuih mulut tapi dia still taknak solat.
subuh memang saya tak kasik chance, tarik dia turun katil, bukak kan seluar dia pimpin dia ke bilik air suruh buang air & ambil wudhu. ni kalau hari tak sekolah la. hari sekolah mcm biasa lah kena mandi dulu. saya dulu pun kecik2 liat bangun pagi, jenis tidur mati letak jam loceng tepi telinga pun tak dengar, mak memang tarik turun katil sampai jatuh, nak bagi bangun subuh masa kanak2 dulu. no compromise bab solat ni.
cuma now since baru std 1, saya belum lagi ajar rukhsah solat, so at the moment bila traveling, kami mak bapak je yg dok jama' qasor tapi anak solat biasa, hence ada lah waktu dia tertinggal. dah terangkan bab ni tapi dia confused, so saya put on hold dulu. pengakuan: saya dulu pun masa std 1 - std 4 kot, solat laju, mak selalu marah, my family suka ejek cakap saya ni solat mcm ayam patuk padi ;P tapi tak makan saman.
masuk std 5 baru berubah, tak sure why. maybe sebab std 5 ada attended khemah ibadah masa cuti sekolah, kot tu dia the turning point kot? tak ingat.... maybe nak kena orang lain ingatkan baru nak berubah kot, family berbuih mulut tembak, tak lut... kalo below 10 years bukankah dlm hadis ada kata belum boleh pukul lagi?
kalo i perati my kids nih ...
Lily_Savage Post at 27-6-2011 04:49 PM http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
a ah, ini gak dlm pengetahuan me..
my 6 yo girl, mmg agak liat nak solat..selalu ngelat nak solat 2 rakaat je;P..akak die selalu marah die sbb tak mo solat same2..... sahabat saya yg juga jiran saya adalah dari keluarga yg sederhana,ayahnya bukan ustaz, ibunya hanya ...
dalmaz Post at 27-6-2011 22:11 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
sejuknya hati
pernah sekali ada org fwd email ttg satu family ni yg biasa2 aje..x kaya tp anak2 masyaAllah, bila mak ayah takde pun diorg semua dari abg sampai adik bongsu bangun solat subuh awal waktu, tunggu smuer adik2 siap. solat jamaah sama2..tu time mak ayah xde..best sgt2 kalo dpt camni.
dan i percaya juga yg sahsiah anak2 ni pun berkait rapat ngan keberkatan rezeki yg diorg makan.
kdg kita dah cuba sedaya upaya tp anak2 tetap keras hati, x berapa nak ikut, kita nak kena semak jugak dari sudut lain anak saya start solat umur 6 tahun. now dah 7 thn, so far dia dapat buat hampir kesemua waktu lah, w ...
mclaren Post at 27-6-2011 23:29 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
kira dah bebst dah kalo anak dah sampai tahap camni..
mine tu toksah kata nak suruh buat elok2 (which mmg dia dah boleh buat sbb ada hari dia rajin elok je dia buat teratur + kat sekolah pun sama), nak suruh buat ikut w aktu pun rasa mcm nak demam kita nak menyuruh anak2 aku pulak kadang2 kena suruh...kadang2 tak payah disuruh...tapi walau camna mana pun...aku mesti pastikan dorang tak tinggal satu waktu pun....
la ni tengah nak ajar anak2...camna nak solat jamak dan qasar...kalau gi jalan jauh2... Bawa anak-anak ke masjid atau surau setiap kali azan. InsyaAllah dia akan patuh. Kalau di rumah program tv akan buat mereka menangguhkan solat atau solat diakhir waktu. Anak-anak lelaki saya tiga orang saya dah bawa berjemaah ke masjid/surau sejak umur 4 tahun sehingga sekarang (dah belasan tahun). Alhamdulillah boleh disuruh azan kt surau. tgh cuba mendidik anak2 mendirikan solat..
mmg amatla payah, skang pon macam2 alasan..
sejuk je hati dengar anak2 orang lain yg senang nak solat..
biarla hidup sederhana namun kaya dengan anak2 soleh/solehah.. amin.. jangan rotan sebab masih kecil.umur tahap ini kena buat pendekatan psikologi.yang penting kita kena selalu tunjuk contoh pada anak2. Kena bertegas. Anak saya sejak umur 6 tahun husband memang tegas bab solat dan mengaji. No kompromi. Masa dulu siap tunggu tepi, tengok tertib solat, dan bacaan, silap je kena ulang balik.
Biarlah dia tak dpt nombor dan markah bagus dalam akademik, yg paling afdal 'markah' banyak bab ibadat. Tak guna periksa dapat result gempak sepanjang masa, tapi solat tak sempurna. Kena tanamkan dalam jiwa anak-anak solat paling utama.. Husband saya memang akan tengking dan marah kalau ngelat solat, pukul pun pernah. tapi sekarang 10 tahun, dia dah tau kewajipan solat, cuma kekadang tetap kena monitor, samaada dia leka dan terlupa atau buat-buat lupa.. ehehe
Page:
[1]