hafira Publish time 7-7-2011 11:11 AM

bertudung @ freehair

salam .. saya just perlukan pendapat, nasihat ,komen atau apa-apa sahaja yang boleh dikongsi.

saya seorg perempuan.umur 27 tahun.sudah berkahwin.bekerja di sektor kerajaan. saya seorang yang freehair dari sekolah sehingga sekarang ..

nak bertnya beberapa soalan & pendapat :

1) hina sangatkah kalau tidak bertudung?

2) perlu ke bertudung atas desakan dan bukan atas diri sendiri??

saya ingin bertudung, tapi bukan sekarang dan masih mengharapkan agar tuhan buka pintu hati ni ... pernah mencuba 1 tahun utk bertudung, tapi nampaknya saya tidak selesa dgn keadaan tersebut.

walaupun saya seorang yang freehair, tak pernah rasa nak meninggalkan solat 5 waktu ...... insyaallah.
cuba utk bersihkan hati ni dari segala yang tak baik ....

niceghost2005 Publish time 7-7-2011 11:28 AM

Post Last Edit by niceghost2005 at 7-7-2011 11:31

salam .. saya just perlukan pendapat, nasihat ,komen atau apa-apa sahaja yang boleh dikongsi.

say ...
hafira Post at 7-7-2011 11:11 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Assalamualaikum hafira,

Alhamdullilah...........sesungguhnya Allah swt 'telah' pung membuka hati miker mengenai bertudung ini.
Kalau tidak, surely miker tidak 'tergerak' utk membuka thread ini. :)
Ini lah 'buktinya' bahawa Allah swt Maha Mengetahui apa di dalam hati miker.

Pertama sekali, apa kah HUKUM bertudung?
Back-to-basic.
Apa yg di maksudkan AURAT pada seorang wanita yg akhil baligh?
Seperti yg di nyatakan pagi tadi kat Channel 119 Tanyalah Ustaz, aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan 2 tapak tangan.
Siapa yg meletakan/takrifkan aurat ini?
Allah swt
Perintah menutup aurat ini datang dari siapa?
Allah swt
Siapa yg wajib menutup aurat?
Setiap wanita beragama Islam yg akhil baligh.

Pernah suatu hari datang seorang sahabat r.a. kpd Rasulullah saw.
"Ya Rasulullah................si pulan si pulan itu bersolat tetapi dier tetap melakukan kemungkaran"
Rasulullah saw menjawab.
"Solat nya tidak dapat mencegah dier dari melakukan fasyha n mungkar"

Seseorang yg bersolat tetapi masih tidak dapat menghindar diri nya dari melakukan fasyha n mungkar bermakna solat nya belum lagi sempurna. (seperti hadis di atas)
Dia tetap mendapat doser di atas keengkaran nya utk menutup aurat.(bertudung)
Sekiranya suami nya meninggal, maka suami nya TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA.
Dia di anggap sebagai DAYUS. (sebab dier ada koser utk menyuruh isteri nya menutup aurat)

Menutup aurat ini adalah PERINTAH dari Allah swt.
Tidak perlu menunggu ibu bapa or suami menyuruh menutup aurat.

Suka or tidak suka (ikhlas)..........seseorang wanita Islam itu perlu menutup auratnya.
Seperti mana perbuatan makan, minum, tidur, buang air besar or kecil...............tidak memerlukan KEIKHLASAN.
Nanti ada yg basah dalam seluar plak. ;P

Niat puan utk menutup aurat di 'suatu hari' nanti adalah TIDAK TEPAT.
Kerana adakah puan tahu, bila puan hendak meninggal?
Adakah puan mahu meninggal duniya semasa tidak menutup aurat?
Ia di ibaratkan mati di dalam kemungkaran. (engkar perintah Allah swt)
Kemana pergi nya roh orang yg mati di dalam keadaan ENGKAR tersebut??
Syurga or Neraka?

Ini lah teman khuatiri dgn orang orang yg suka menangguh nanguh perkara kebaikkan.

Harap puan dapat memahami apa yg hendak teman sampaikan.

Waallahua'lam

ironmind Publish time 7-7-2011 11:33 AM

kita hidup ni sebab DIA izinkan
jadi tak salah rasanya kita follow apa yang DIA dah tetapkan untuk kita
ada hikmah disebalik apa yg ditetapkan oleh DIA

hafira Publish time 7-7-2011 12:27 PM

saya pernah bertudung sebelum ni. tapi hanya bertahan setahun ...

saya taknak bertudung dan buke kemudiannya.
saya taknak lakukan sebab terpaksa.biarlah rela dan ikhlas.

ryumaira Publish time 7-7-2011 12:45 PM

seperti yang dinyatakan oleh mod niceghost..menutup aurat adalah wajib bagi seorabg muslimah..terpaksa ke xterpaksa ke..mmg kita wajib tutup aurat...
mcm solat gak..kita wajib buat...kalau solat puan leh buat n ckup..ke ada yg nk tgu seru dan ikhlas jgk baru nak solat..menutup aurat jgk sy rasa puan mampu buat...
dan mati xtgu kita ikhlas br malaikat mauh dtg menjemput..
semoga kita dimatikan dalam keadaan org beriman

aminnn

hafira Publish time 7-7-2011 12:46 PM

tapi mcmane pulak dgn hukum pakai tudung on off???

hafira Publish time 7-7-2011 12:46 PM

adakah lebih baik dari tk bertudung langsung??

ryumaira Publish time 7-7-2011 12:50 PM

kenapa pulak harus bertudung on off?
on terusla..mula2 mmg terasa panas or rimas..tp lama2 nti akan r nikmatnye bertudung..kadang2 kalau keluar jemur kain kat luar..klu xbertudung rs xsedap ati

hafira Publish time 7-7-2011 12:53 PM

jangan tanya pada saya kenapa mesti bertudung on off ...
sebab saya bukan jenis orang maacamtu ...

mungkin sebab you tak menghadapi masalah ni .. sebab tu boleh berkata apa saja.

fa_mulan Publish time 7-7-2011 01:04 PM

Post Last Edit by fa_mulan at 18-7-2011 09:09

sesungguhnya hidayah itu milik Allah..Allah beri kalau kita mencari.. <--- kata kata dari orang yang baru berhijab..hehe..moga Allah menetapkan hati dan imanku agar berhijab sampai bila bila..

       actually mul pun dulu macam TT lah jugak..belum bersedia lah..berkali kali suami suruh bertudung..alasan mul belum terbuka pintu hati nak bertudung..sekali suami mul cakap apa tau..

    "sebelum pintu hati awak terbuka pintu neraka dulu terbuka buat awak.."..hehe..sedap mulut dia je kan..

siap ugut mul lagi..kalau sayang dia tutuplah aurat..tapi tak tutup jugak..sebab belum bersedia dan takot kawan kawan opis cakap poyo sebabnya memang pun kawan kawan mul jenis yang akan menempelak niat baik mul..hingga lah satu hari ada staff sebaya mul baru masuk tempat kerja mul..mul perhatikan dia tak pernah makan nasi..mul tertanya tanya lah jugak..diet ke hapa..mul amek keputusan tanya sorang lagi staff..sekali staff tu cakap..

    "hmm dia tak boleh makan nasi..dia ada sakit usus.."


         mak aiii tak semena mena mul jadi sebak..badan seram sejuk semua..apa yang terdetik dalam hati mul apa tau..dia seusia mul tapi Allah dah tarik nikmat merasai nasi tu dari dia..tapiii mul..masih berpeluang mentekedarah apa yang mul suka..tetiba mul jadi takot..kalau suatu hari nanti Allah tarik segala nikmat yang Allah pinjamkan pada mul..masih ada peluang lagi ke untuk mul berubah..mul taknak mati dalam kejahilan dan kekufuran terhadap pencipta kita..

          jadi hari tu mul amek cuti separuh hari mul pergi cari tudung..esok nya mul bertudung dengan sempurnanya..alhamdullilah..dan macam macam kata kata 'semangat' lah yang mul dapat dari kawan opis..hehe..tapi takpe biar lah orang gelakkan mul dari mul gelak bersama syaitan..

sekian..cebisan cerita dari mul..tak salah berkongsi kan..mul doakan TT terbuka hati untuk bertudung dengan sempurna..aminnn...

hafira Publish time 7-7-2011 01:06 PM

amin.harap2 begitulah

akudansesuatu Publish time 7-7-2011 01:13 PM

Post Last Edit by akudansesuatu at 7-7-2011 13:16

Reply 1# hafira


    Walaikummusssalam...aku cuba jawab mane yang mampu je k...
ko pernah bawa kereta x?mase kat trafic light ko berhenti x masa lampu merah?
kenapa ko berhnti?kenapa tak jalan je?
sebab tu kan peraturan..dan semua orang kena ikut...suka atau tak...
tapi peraturan tu manusia yang buat...

bab pakai tudung...
tu kan peraturan...suka atau tak...semua perempuan kena ikut...
termasuk la ko...
dan peraturan ni Allah yang buat...
jadi kenapa tak ikut?
sebaik-baik hamba-Nya bila ada peraturan macamni...dia takkan mempersoalkannya...
takkan cari sebab 'kenapa' dan 'kenapa'...

jadi kenapa nak cari sebab untuk pakai tudung?
kita perlu sebab untuk buat benda yang baik ke?
tak perlu kan...jadi jangan risau sangat...
kata2 hati yang tak baik...jangan diikut...

tak kisah pun kalau ko pakai tudung on off..
pelan2 la...belajar pakai tudung...bukan setakat pakai..tapi tutup aurat dengan sempurna...
buat pelan2....nanti lama2...biasa la...
macam belajar berjalan...bukan leh berlari terus...
lagipun...
ko nak buat benda baik...
Allah akan tolong...
kalau masa sekolah ko dah tak pakai tudung...
tapi in the end umur ko 30 ko dah lengkap dah pakai tudung (tutup aurat)
baru la flow hidup ko jadi makin baik...
Allah kan ade...

niceghost2005 Publish time 7-7-2011 01:25 PM

jangan tanya pada saya kenapa mesti bertudung on off ...
sebab saya bukan jenis orang maacamtu ...
...
hafira Post at 7-7-2011 12:53 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Assalamualaikum hafira,

Satu ketika teman di masukkan ke dalam hospital utk pembedahan.
Sehari selepas di bedah, doktor pung tarik plaster penampal di peghot teman.

Zaaaaappppp..................
Ya Allah...............5 inci atas pusat dan 4 incii di bawah nya.
Berjahit.........................27 jarum.
Macam tulang ikan...................terkezut teman.

Habiss laaaa...................teruk nya ghoper peghot teman. (sedey)

Lepaih periksa jahitan dan sok sek sok sek soal jawab, doktor tu ke katil sebelah.
Dier pung tarik plaster ataih peghot pesakit sebelah teman.

Zaaaapppp.............................
Jahitan ataih peghot dier macam hurup 'L'
Ada ghoper macam tingkap!!!

Ingatkan teman paling teruk........
Ghoper nyer oghang sebelah lagi teruk.

Teman terus bersyukur kpd Allah swt.

Moral of the Story.
Setiap oghang ghaser mereka lah orang yg paling 'teruk' menghadapi dugaan.
Mereka ghaser orang lain 'tidak memahami' masaalah mereka.
;P

Di dalam Islam, mudah sahaja.
Kalau pekerjaan seseorang itu menghalang dier utk taat pada perintah Allah swt, berhenti dan cari lah kerja lain.
Masih berlambak di luar sana............pekerjaan yg memberi kita ruang utk menunaikan perintah NYA. (mungkiin $$$ sedikit)

Hidup ini hanya sementara, akhirat jua yg KEKAL ABADI.

Kalau kita asyik mengatakan yg orang tidak akan memahami masaalah kita dan tidak mahu berterus terang.
Bagaimana orang lain mahu membantu kita??? :)
Pakar saikoloji dan kauselor pung akan garu kefaler!!!
Ingat, masaalah yg kita hadapi hanya lah AMAT KECIL berbanding yg di hadapi olih Rasulullah saw dan para sahabat r.a.

Wsalam

sirrikhafi Publish time 7-7-2011 01:27 PM

Salam,



Seperti yg di nyatakan pagi tadi kat Channel 119 Tanyalah Ustaz, aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan 2 tapak tangan.

Adakah di sebut di dlm AlQuran? Surah apa? ayat keberapa?


Siapa yg meletakan/takrifkan aurat ini?
Allah swt
Perintah menutup aurat ini datang dari siapa?
Allah swt

Ye ke? Dlm Surah apa? Ayat keberapa?

قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ 10:69
Katakanlah: 'Sesungguhnya orang-orang yang meng-ada-ada-kan ke atas Allah akan kedustaan, mereka tidak akan berjaya! 10:69


Sekiranya suami nya meninggal, maka suami nya TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA.
Dia di anggap sebagai DAYUS. (sebab dier ada koser utk menyuruh isteri nya menutup aurat)

Dlm Surah apa? Ayat keberapa?

قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ 10:69
Katakanlah: 'Sesungguhnya orang-orang yang meng-ada-ada-kan ke atas Allah akan kedustaan, mereka tidak akan berjaya! 10:69


Niat puan utk menutup aurat di 'suatu hari' nanti adalah TIDAK TEPAT.
Kerana adakah puan tahu, bila puan hendak meninggal?
Adakah puan mahu meninggal duniya semasa tidak menutup aurat?
Ia di ibaratkan mati di dalam kemungkaran. (engkar perintah Allah swt)
Kemana pergi nya roh orang yg mati di dalam keadaan ENGKAR tersebut??
Syurga or Neraka?

Dlm Surah apa? Ayat keberapa?


Harap puan dapat memahami apa yg hendak teman sampaikan.

Tiada masaalah jika tuan mahu menyampaikan/tabligh, tetapi, biarlah menurut apa yg telah Allah menurunkan yakni AlQuran, jika tidak, tuan telah mengada-adakan dusta ke atas Allah dan tuan tidak akan berjaya buat selama-lama nya....

قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ 10:69
Katakanlah: 'Sesungguhnya orang-orang yang meng-ada-ada-kan ke atas Allah akan kedustaan, mereka tidak akan berjaya! 10:69



Wallahu A'lam

tabirhitam Publish time 7-7-2011 01:39 PM

salam .. saya just perlukan pendapat, nasihat ,komen atau apa-apa sahaja yang boleh dikongsi.

say ...
hafira Post at 7-7-2011 11:11 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Salam sis.

Menutup aurat (sy lebih suka guna ini dari "bertudung") adalah perintah Allah.

Kawan2 lain dah huraikan dengan detail tu, saya cuma tambah nasi aje: :D

Kita hidup di bumi Allah, kita makan minum dari rezeki Allah, bila kita sakit atau susah kita mohon bantuan Allah...

tapi bila Allah beri kita pakaian yang sesuai untuk kita, ie berjilbab/menutup aurat,

patut ke kita kata "terima kasih saja, saya akan pakai apa yang saya suka."   

Konsepnya sangat mudah, sis, insyaAllah, moga Allah lembutkan hati mu.

sirrikhafi Publish time 7-7-2011 01:39 PM

Reply 1# hafira

Salam,

Wanita dalam islam sebenar,

http://www.e-bacaan.com/artikel_wanita.htm


Tudung kepala berasal dari ajaran bible, bukan Al-Quran,

http://www.e-bacaan.com/artikel_IslamBible.htm


Sebenarnya saya ingin menurunkan ayat-ayat AlQuran di thread ini tentang aurat wanita tapi memandangkan masa xsempat so saya bagi link yg berkaitan dulu.


Jika di kehendaki Allah, saya akan kembali utk menyampaikan/tabligh& membincangkannya, menurut apa yg telah Allah menurunkan, yaitu AlQuran.




Wallahu A'lam

tabirhitam Publish time 7-7-2011 01:42 PM

Ayat hijab.

Al-Ahzab:59, An-Nur:31.

Sila rujuk sendiri.

smyuz Publish time 7-7-2011 01:45 PM

salam..

saya slalu jumpe perempuan free hair yg sering bg alasan 'wpon tak tutup aurat tp solat tetap jaga'
oleh itu anda kena nilai balik solat kte tersebut..kalau solat kte khusyuk dan ikhlas, Insyaallah kte akan rasa takut nak melanggar perintah Allah iaitu membuka aurat..yup..perasaan itu akan wujud
saya mmg bertudung dr kecil smp skrg..tp sekadar bertudung..kenapa saya ckp mcm tu..sbb bertudung tapi baju ketat, seluar ketat..kirenya saya tak menutup aurat sepenuhnya..tetap berdosa..dari segi solat, sy mmg solat..
dan alhamdulillah..baru2 ni tergerak hati saya nak menilai kembali amalan wajib dan sunat yg sy lakukan sebelum ni..saya cuba mencari kekhusyukan dalam solat dan memperbaiki solat sy yg mmg banyak kekurangan..saya cuba mencari keredhaan Allah dgn setiap amalan wajib dan sunat yg sy lakukan..
dan dari situ terdetik dihati betapa berdosanya sy keluar rumah dengan baju dan seluar yg ketat..sy jadi malu..malu dengan Allah..hhuuhu..
memang kte akan rasa janggal mula2..tp ingatlah apa2 yg kte buat semua kerana Allah..org sekeliling mmg akan pandang lain..tp tetap kan hati kerana Allah..sesungguhnya biarlah kte mulia dr pandangan Allah wpon kte hina dr pandangan manusia..
satu pesanan saya..tutupla aurat..bukan bertudung saja..tp tutup la aurat..kerana itu perintahNya

utk jawab soalan TT tu
1. hina ke tak bertudung - berdosa tak menutup aurat
2. desakan atau kerelaan sendiri - cuba TT renungkan, kalau nak buat sesuatu dgn kerelaan kte, kte pon tak tau bila masa tu akan dtg..kalau TT maksudkan nak tggu hidayah drpd Allah baru nak menutup aurat..hidayah dtg bila kte mencarinya..klau tetiba hayat kte sampai takat ni je camne..huhu
3. saya tanak ckp tudung on off tu baik utk pemulaan..sbb selagi kite berani mendedahkan aurat, selagi tu kte tak patuh dgn perintahNya..dan selagi tu syaitan sentiasa ada disisi TT memujuk TT tuk lari dari melakukan perintahNya..sesungguhnya manusia ni sgt lemah dan byk lah berdoa semoga hati TT tetap utk menutup aurat..doa pon satu usaha kan..hehe

kuatkan hati..yakin diri dan niat kerana Allah..ada hikmahnya nnt..Insyaallah.. ^^

charming_gal Publish time 7-7-2011 01:47 PM

Reply 14# sirrikhafi


pe yg ko nak persoalkan tu sbnrnya ek...ko ni bfikiran ala2 astora gak ke?

sirrikhafi Publish time 7-7-2011 01:56 PM

Salam charminng_gal,

Saya hanya mempersoalkan ajaran-ajaran yg tiada di sebut di dlm AlQuran. Berpegang dgn AlQuran tidak ada kena mengena dgn pemikiran ala-ala astora jabat mahupun sesiapa. Bagi org yg bertuhankan Allah, mereka tidak mahu menyekutukan Nya yakni dgn mengambil ajaran-ajaran selain Kitab Nya yakni AlQuran.

Satu Tuhan, Satu Kitab, Satu Umat.


Wallahu A'lam
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: bertudung @ freehair


ADVERTISEMENT