lovella Publish time 2-9-2011 10:05 PM

aku sayang dia tapi dia dah buang aku dalam hidup dia

Niat aku citer benda nie sebab aku nak share kesedihan aku dengan korang, tapi if ada yg xsuka dengan citer aku ni xpayah la nak lahar or komen yg bukan2 ok.
Citer ni macam ni, aku dengan bf aku dah couple empat tahun. Tanggal 28.8 yg lepas genap la hubungan kitorang 4 tahun. Kitorang dah plan nak kawin tahun depan, parents bf aku dah setuju kira tunggu family aku je. Insyaallah family aku on je sebab family aku dah tau pun hubungan kitorang and my dad suka dengan bf aku tu. Tapi kebahagian kitorang tak berpanjangan, 19.8.2011 semuanya berakhir. Aku tau apa yg jadi malam tu salah aku, biarlah kami je yg tahu apa yg terjadi. Tapi niat aku citer benda tu dekat dia sebab aku xnak tipu dia. Niat aku nak jujur sebab aku sayang dia. Tapi sebaliknya yang terjadi. Dia xdapat nak terima apa yg aku bagitau dia malam tu.

Lepas kejadian tu, aku still msg and call dye tiap2 hari even dye tak pernah nak layan aku. Aku siap mintak maaf and pujuk rayu lagi tapi dye still dengan ego dye. Sampai aku sendiri buntu xtau apa yang nak buat lagi. Aku ketepikan soal maruah and malu aku janji aku berjaya dapatkan dye. Aku tak kisah apa dye nak cakap janji aku tau apa yg aku buat. Aku ingatkan dye boleh maafkan aku and terima aku balik tapi apa yg lebih menyakitkan hati aku bila dye bagitau aku yang dye dah rapat dengan sorang gurlz nie. Dye kenal gurlz ni pun sebab gurlz tu yang mintak num fon dye dengan kawan dye. Dye cakap dye layan gurlz tu pun time aku and dye dah xda pape so xtimbul la soal curang. Cuba korang bayangkan, kitorang baru je gaduh xsampai seminggu dye dah rapat dengan gurlz laen tapi aku?? Aku still cari dye, tiap2 malam tido dengan air mata.

Dye cakap aku curang, aku xpandai nak hargai apa yg dye buat tapi dye xpernah nampak kesalahan dye. Dulu dye pernah ada skandal, bila aku tau kitorang gaduh besar tapi aku still maafkan dye and terima dye balik sebab aku sayang dye sangat2. Memang susah aku nak buang orang yang aku sayang. Lagipun dye baik, dye banyak ubah hidup aku. Dye ajar aku pakai tudung now aku dah pakai tudung. Dye ajar cara sembahyang and alhamdulilah solat aku terjaga sekarang. Dye jaga aku, xbagi aku kua lepak and gaul bebas. Dye baik sangat, 99% hidup aku ada dia. Apa yang aku buat kebanyakkan di pengaruhi oleh dye. Bila aku ada masalah aku share dengan dye. Bila aku nak beli barang, dye yang teman aku tapi bila jadi macam nie aku xboleh nak terima hakikat nie.

Ye, aku tahu ni ketentuan Ilahi, tapi sukar aku nak terima. Macam mana aku nak terima kalau hati aku masih lagi sayang dye. Dye ada call and msg aku mintak aku lupakan dye and buang dye dari hidup aku. Dye cakap dye xkan terima aku sampai bila, Ya Allah Tuhan je tahu perasaan aku saat nie. Raya aku tahun nie hancur lebur. Baju raya yang kitorang pilih tema tahun ni tinggal kenangan je. Tak lama lagi aku nak masuk study tapi aku tak camne aku nak study kalau otak aku tengah bercelaru camni. Kenapa dye tak pernah nak faham aku?? Kitorang bukan baru kenal..Now, susah aku nak percayakan manusia yang bernama LELAKI!!

Sampai harini air mata aku tak pernah kering, aku xtau apa lagi aku nak buat. Mungkin korang pikir aku bodohkan sebab jadi macam nie kerana sorang lelaki..Hakikatnya aku tak boleh terima apa yang terjadi tapi dye kat sana tengah bahagia dengan pompuan yang abru dye kenal. Even aku sedih namun aku tetap doakan kebahagian dye.:'(:rf:

maria_renata Publish time 2-9-2011 10:14 PM

ape yg ko bgtau die?

lovella Publish time 2-9-2011 10:18 PM

personal if aku nak bagitau dekat sini babe..

Tokayah58 Publish time 2-9-2011 10:27 PM

mybe mmg btol dia xbole trima pengakuan ikhlas jujur tu. or myb dia mmg da lama fedap with u and gunakan alasan tu utk lave u. but i'm going with d second one. if he really loves u. then 1 week ain't gonna b enuf to do that.

Lulz Publish time 2-9-2011 10:52 PM

engkau ter... kah?
btw, dah takda jodoh..nk buat cmner...cari je la org len..

musangdurjana Publish time 2-9-2011 11:01 PM

Mcm kes dah hilang dara ja nih.....

Well, what's in the past, is in the past.

Dia dah suruh ko lupakan dia. So, ko lupakan lah je dia tu.

Tak da guna ko nak pujuk rayu dia tu. Lagi ko pujuk, lagi angkuh dia jadinya sbb dia dah anggap ko tu hina dan macam sampah.

Come on, girl. Have some dignity.

musangdurjana Publish time 2-9-2011 11:22 PM

Dan jgn dok ingat dah pasal dia.

TT, baca Quran banyak2. Baca terjemahan Quran tu.

Semoga mendapat ketenangan.

ciklahcute Publish time 3-9-2011 12:01 AM

Post Last Edit by ciklahcute at 3-9-2011 00:33

mmg susah kita nak lupakan org yg kita pernah sayang...
tapi kita perlu sayangi diri kita dulu. dan yang paling utama..
kita sayangi Allah. jgn lupa kpd Dia. Dia yang lebih tahu apa yang terbaik utk kita.
Dia tak pernah lupa kpd kita..kasih Dia tidak terhad sebgm kasih manusia...
belajar teruskan hidup...jgn dikenang apa yg dah hilang dari pandangan.

Kita tak tahu siapa jodoh(yg terbaik) utk kita.
yg mana kita hilang, itu mmg dah tak bgus utk kita....
cheer up..ok...{:1_152:}


p/s clah slalu bgtau kat anak2 sdara yg masih baby ...idup ni bkn utk derita....

lovella Publish time 3-9-2011 12:14 AM

Reply 5# Lulz

apa yg terr?? yup, kalau boleh aku lupakan dye dalam masa satu saat mungkin aku dah lupakan dye tp benda ni take time la babe

lovella Publish time 3-9-2011 12:15 AM

Reply 8# ciklahcute

yup, betul 2. ntahla, tp wak masa sekarang memang aku xboleh nak pikir dengan waras lagi. susah nk terima kenyataan benda nie.

lovella Publish time 3-9-2011 12:17 AM

Reply 7# musangdurjana

oitt, mulut ko boleh tahan gak ekk. bukan masalah HILANG DARA LA beb.. tapi masalah laen. insyalah aku akan lupakan dye tak lama lagi tapi take time jugak la weii. bukan senang nak lupa orang yang kita sayang tapi xtau la camne bagi ko.

cmf_lie Publish time 3-9-2011 12:17 AM

tuela syarat bercinta utk org2 diluar sana...

''syg mcm mane pun..ade bende yg perlu kite simpan utk diri sendiri ''

Btw..bende dh berlalu....knp u nk bengkak mata n die bahagia mkn biskut raya nga gf br die...

So move on je....lelaki ego nie...bawak ke mati....so fhm2 jela...

So...ko fikir camnie jela... ko merana tiap2 hari...raya pun xde mood....die bhagia sakan...x ke rugi?....mennagis sampai buta mata...dh org tak nak....

malam nie kot tido..pg esok bgn nga senyuman ...... be positif nga life ko tue...

study elok2....cari laki yg lg baek dr die...ramai lagi lelaki kat luar tue...

p/s: bkn komen utk melahar...cuma utk bgnkan TT dr fantasi....inilah realiti kehidupan ...

gudluck TT n selamat hari raya :)

airwaves Publish time 3-9-2011 12:17 AM

Bawakkanlah bersabar.

Kalau tuan diri dah tak sudi, takde apa lagi yg ko boleh buat. Jgn sampai pelajaran ko terabai sebab ini. Teruskanlah hidup dgn gembira. Good luck.

lovella Publish time 3-9-2011 12:32 AM

Reply 12# cmf_lie

mungkin betul apa yg ko cakap tu. xda guna aku duk merana kat sini tapi dye happy je dekat sana. Macam xadil la plak kn??

btw, thanks tau. aku suka nasihat ko. insyaallah aku akan cuba lakukan yg terbaik untuk diri aku even benda ni susah aku nak terima. tapi walau apa yg terjadi life must go on kn??


thanks tau..:loveliness:

lovella Publish time 3-9-2011 12:36 AM

Reply 13# airwaves

sedihkan?? :'(:'(:'(
insyaallah, aku akan buat yg terbaek utk aku and aku punya stdy. xsabar nak habis stdy tahun depan:dizzy:

ciklahcute Publish time 3-9-2011 12:48 AM

la...tt blajar lagi ke?
zikr alhamdulillah banyak2...biasa kalu kita sedih(kalu boleh nmpak le...)
ada mcm gumpalan sprti kabus putih, atau kelabu atau itam
kat depan kita(bergantung kpd tahap mana kesedihan) kalu kita zikir ni bebyk...
ilang kabus tu..ilang lah kesedihan...
wallahu'lam..

musangdurjana Publish time 3-9-2011 02:03 AM

Reply 11# lovella

Ye ke? Masalah apa gamaknya tu? Hmm... Pernah jadi lesbian kot?

Ah, tak kisah la. Simpan la rahsia awak tu. Tak penting pun. Next time, kalau dah ada yang berkenan kat awak, tak perlu la nak selak2 kain cerita benda2 mcm tu.

Kalaupun kita pernah buat dosa tertentu, Allah sendiri pun tak galakkan kita pi cerita dosa tu kat orang sbb bila orang lain tak tahu dan cuma Allah saja yang tahu, lebih mudah utk Allah mengampuni kita. Nak tahu lebih lanjut, sila baca kitab ye.

Awak tak boleh lupakan dia sebab awak dah 4 tahun bersama dan awak asyik ingat jasa dia dan semua kenangan2 indah bersama dia. Dah la dok ingat, dok feeling lak tu. Udah2 le.

Awak redha je la. Berterima kasih kepada Allah sbb diperkenalkan sebentar kepada seorang insan yang berjaya merubah diri awak utk jadi insan yg lebih baik ~ untuk LELAKI lain. Bukan lelaki si ex-bf awak tu.

Seperti kat tajuk awak tu, "dia dah buang aku dalam hidup dia", maka, ubah la fokus awak kepada benda2 lain.

Pi la melawat rumah anak2 yatim ka, sekolah kanak2 buta ka, rumah org2 tua ka, hospital ka... Fokus kat dorang. Dapatkan balik perspektif utk hidup awak tu.

Setakat ex-bf tak nak kat awak tu.... small matter je tuh kalau dibandingkan dengan nasib insan2 yang disebutkan tadi.

Lagipun, dalam berjuta2, berbilion2 penduduk dunia ni (ka trillion?), tak kan la cuma sorang laki tu ja yang awak rasa ngam dengan awak? Of course la akan ada lagi. Awak cuma perlu keep an open mind and keep an open heart ja. Jgn tutup ati awak kepada SEMUA lelaki kerana SEORANG lelaki. Rugi tau.

Yang awak nak jeles dan rasa tak adil sebab dia dah ada cewek baru tu apsal? Mungkin itu hadiah utk dia dari Allah sbb dia dah banyak membantu awak. Kalau la kita sebagai umat Nabi Muhammad ni betul2 paham tentang konsep redha, tawakkal, istiqamah, qada dan qadar.. , rasanya kita tak ada la mudah nak give up, surrender, putus asa, tak gembira dan sebagainya bila menempuh cabaran idup di dunia ni.

Dey minachi, ni awak dok sedih2, tak rela, tak puas hati dll ni, Allah dok tengok dan dok nilai tau. Awak nak gagal ujian / penilaian Allah ka? Wake up, girl.

Durjana rasa, awak dah cuba dah utk memenangi hati ex-bf awak balik. Tapi, sbb dia dah kata no, No and NO.. Maka, ter perlu la awak nak terhegeh2 nak kat dia. Dia dah tak nak lah tu. Kalau lepas2 ni dia dah tersedar yang dia dah buat penilaian yang salah dan dia pi cari awak balik, masa tu, terpulanglah pada awak nak terima dia balik ka tak. Tp, buat masa ni, awak lupa kan lah dia tu.

Rasanya minachi ni budak degree kan? Minggu depan universiti buka balik kan? Ha... Fokus pada pelajaran la. Degree amende pun tak ada lagi tapi dok gatai nak berchenta dan berkawin. Think about your future, girl. Ambil iktibar kes pompuan2 yang tak da pelajaran, tak da degree, tak da career yang kena belasah dengan suami, kena tinggalkan oleh suami dan sebagainya... dan dorang tak dapat nak buat apa2 sbb tak boleh nak independent. So, YOU don't make that mistake. Focus pada pelajaran. Graduate dulu. Target la utk dapatkan at least 2nd class upper.

Drama sungguh la hish..

lovella Publish time 3-9-2011 08:55 AM

Reply 17# musangdurjana

lesbian?? Hahaha, nabi xmengaku umat la weii, ke ko yg lesbian :lol:;P..

Takder la aku bukan nak selak kaen pon, aku citer guna mulut je kot huhu..ntahla bila kita dah rasa ngam dengan someone mungkin kita xnak ada rahsia antara kita and dye kan? bagi kau, bila aku sayang dye so aku xnak la rahsia pape dari dye. Tapi dah takdir aku camni, nak buat camne kan, terpaksa redha jela.

Amboii, ko cakap bukan maen senang je kan? aku rasa ko ni laki kn? dat y ko nak bela laki kan?? huhu..aku xjeles bila dye ada gf laen but cuma rasa terkilan je. Yela, time kitorang kapel bukan maen lagi mulut cakap sayang tapi bila gadus sket mudahnya hati dye berubah. Ntahla, xtau nak cakap, kan nanti ko cakap aku jeles plak huhu..

Wak masa skg, tak terpikir lagi nak cari bf baru. Cukuplah dengan apa yang baru berlaku. but, xsure la if tetiba hati aku terbuka gak untuk laki laen. Aku pun hope gitu lah ek..Amboii sedap je ko cakap aku gataii ekk? Ala ko pn pernah bercinta kan? tipu la if ko cakap tak pernah. Kita tak kan boleh lari dari masalah cinta nie.

Tapi sekarang, aku dah mula belajar terima semua nie, insyaallah aku akan lebih kuat. soal study plak, aku hope semua nie xkan ganggu aku punya study.

ajinomotonosuga Publish time 3-9-2011 09:19 AM

Niat aku citer benda nie sebab aku nak share kesedihan aku dengan korang, tapi if ada yg xsuka denga ...
lovella Post at 2-9-2011 22:05 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    lembik beno..oang dah takmo tu..get a life laa..ko gak kata dia 99 percent dalam idup ko..sapa suh letak seme cengitu..patut dia cuma 5 persen jek tau haaa..

ko cite macam dia segalanya dalam idup ko..dah tu pasai pa ko wat silap..ko calling2 mat banglaaaaaaaa ek..kantoi ngan dia ekkk

ooo ko ingat sebab dia bleh sekendel dan ko maapkan so ko harap dia cengitu..

toksah la idup berharap2 cengitu..idup bukan realiti kalo berharap2..tadak makna nya

idup ni apa ko buattttttttt itu ko dapat..tu hidup..bukan apa ko buat ko harapppppppppp dapat balasan

tuhan dah kate..bukan aku kata..apa ko buat akan di balas..beso zarah atommmmmmm sekali pun..so takyah mintak balasan sebab fitrahNYA akan di balas gak..baik or buruk haa..so wat pe nak harap2? emo jeeee buang karen..kang tak cung muke kedut tak awet mude cam jakpo on

tenguk pak ajis tu..hameed gorkha tuu..uihhhhh dah 80an depa tapi seme masih ganteng..depa mustiiiiiiiii ada rahasia besh2 ..kita kene tuntut ilmu ngan depa gak haaa

niiiiiii takat mat rempit jadi imam mude punnnnnnn dah tidoq berayaq mata..adohaiiiiiiiii aku pun tatau nih punnnnn..

bawak2 sedor lah minahhhh..bungke bukan sekuntum..kumbang berekoq2...dunia ni luehhhhh, tuhan tu maha kaaaaaaaaaaaya..takat prasssss cam tu sampai tidoq berayaq mata..buang letrik jek

musangdurjana Publish time 3-9-2011 09:29 AM

Amboii, ko cakap bukan maen senang je kan? aku rasa ko ni laki kn? dat y ko nak bela laki kan??
...
lovella Post at 3-9-2011 08:55 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Aku bukan nak bela lelaki la ngok. Aku cuma menyampah tengok ko lembik. Kena keras sket bab2 maruah ni nyah oii.
Dah. Aku nak pi beraya. Selamat Hari Raya. :lol:
Pages: [1] 2 3
View full version: aku sayang dia tapi dia dah buang aku dalam hidup dia


ADVERTISEMENT