umi_qaz88 posted on 13-9-2011 01:12 PM

MACAM MANA NAK BUKAK SSPN KAT BSN

Saya ada benda nak tanya korang...
korang ada tak pengalaman nak bukak sspn kat BSN or others bank...

Saya ada tiga orang adik yang masih belajar kat Sekolah Menengah...
Nak buatkan diaorang sspn niee...
Tapi tak tau procedure...

Korang boleh tolong tak?

{:1_152:}{:1_152:}

jazaa posted on 13-9-2011 09:40 PM

Bagus TT bukak thread ni....{:1_132:}

akak ada bukak untuk anak akak, tapi kat maybank....
mana2 bank yang jadi ajen, boleh je kan....
Tak lama pastu, diorang ada hantar buku ke kad, akak dah tak ingat....
Masalah nya, dokumen tu dah hilang.....
Mcm mana nak dapatkn balik ek?.....

p/s:  Sori iya TT sbb menempel kat sini......:$

umi_qaz88 posted on 13-9-2011 09:49 PM

tak pa...

nak bukak untuk adik sbnarnya...

sbab bank yg pling dkat dgn tt ialah bsn....

umi_qaz88 posted on 13-9-2011 09:49 PM

tak pa...

nak bukak untuk adik sbnarnya...

sbab bank yg pling dkat dgn tt ialah bsn....

umi_qaz88 posted on 13-9-2011 09:51 PM

tak pa...

nak bukak untuk adik sbnarnya...

sbab bank yg pling dkat dgn tt ialah bsn....

jazaa posted on 13-9-2011 10:11 PM

TT bawak je IC adik....
hari tu akak bawak anak sekali....

rdzaccess posted on 14-9-2011 02:47 AM

Bawa adik ke kaunter Bsn...(atau memana cawangan ejen PTPTN )

~Salinan MyKad
~Salinan Sijil Kelahiran atau MyKid atau MyKad adik
~Salinan MyKad pendeposit ( sebab budak belajar mana ada duit )

rdzaccess posted on 14-9-2011 02:53 AM

Bank :
Bank Simpanan Nasional ( kaunter ~ arahan tetap )
CIMB (kaunter ( on line pun boleh ~ CIMB Clicks)
Agro (kaunter ~ debit terus )
BIMB (kaunter)
Bank Rakyat (kaunter)
Maybank ( on line pun boleh ~ Maybank2U~phone banking ~deposit tunai)
Hong Leong Bank
Public Bank

rdzaccess posted on 14-9-2011 02:53 AM

Pelepasan cukai Rm3000.00

rdzaccess posted on 14-9-2011 02:57 AM

Pengeluaran ~ selepas 1 tahun pada kadar 10% dari baki akaun atau Rm500.00 ( mana paling rendah )
Pengeluaran 100 % jika :
Diterima masuk IPT
Terkeluar dari sistem pendidikan atau diberhentikan.
Sakit yang tak der harapan lagi...
Keilatan kekal
Kematian pendeposit
Kematian penama akaun

rdzaccess posted on 14-9-2011 03:00 AM

Sekeping kad akan diposkan dengan tertera nama penyimpan dan pendeposit serta nombor akaun. ( nombor akaun ikut nombor MyKad pendeposit dengan tambahan satu digit di awalan dan di akhiran )

Serahkan kad SSPN ke kaunter dan isi borang apabila membuat simpanan seterusnya...

rdzaccess posted on 14-9-2011 03:03 AM

Tawaran SSPN :
Pelepasan cukai sehingga Rm3000.00
Perlindungan insurans jika simpanan melebihi Rm1000.00
Geran Sepadan sehingga Rm10,000.00
Simpanan minimum Rm20.00
Dividen
Simpanan melalui potongan gaji
Terdapat 1400 ejen.

rdzaccess posted on 14-9-2011 03:06 AM

Reply 2# jazaa


    Gi kat di mana buka akaun tu pastu tunjukkan MyKad nanti diorang boleh trace sebab nombor akaun sama ngan nombor MyKad pendeposit cuma ditambah satu digit di awal dan di akhiran ajer.

jazaa posted on 14-9-2011 05:11 AM

Reply  jazaa


    Gi kat di mana buka akaun tu pastu tunjukkan MyKad nanti diorang boleh trace  ...
rdzaccess Post at 14-9-2011 03:06 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

TQ rdzac.......{:1_132:}{:1_132:}

moyas posted on 14-9-2011 06:24 AM

SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00

Orang ramai digalakkan membuat pembukaan akaun SSPN di kaunter Maybank bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun. Semakan baki akaun SSPN pada keesokan hari boleh dilakukan di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank SAHAJA.Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline PTPTN di talian 03-2080 4455 atau ajukan kepada Aduan Online

zuraida8177 posted on 16-9-2011 08:53 PM

SSPN ni akaunnya boleh dipantau melalui siatem on line.Sejak tahun 2007 dan buka untuk 3 org anak.Setiap tahun akan dapat dividen.Kalau malas nak gi bank boleh je buat potongan gaji atau melalui pindahan wang secara on line.Tapi kena charge 50 sen.Saya lebih rela gi bank drpd kena charge 50 sen tu.Sambil simpan duit dlm akaun sendiri masukkan utk anak sekali.

rdzaccess posted on 17-9-2011 02:00 PM

Satu pelaburan yang paling minima.
Kalau pelaburan kewangan yang lain dah kena tolak wang deposit dulu.

sun5670 posted on 19-9-2011 08:37 AM

saya bukak kat mebeng pada 6/12/10..officer tu ckp, nnt sspn akan hntr kad & statement tiap2 thn, tp smp skg saya x terima apa2...cuma ada form & bank-in slip masa saya bukak akaun dulu...malasnya nk b'urusan dgn kaunter2 ni..:(
smp skrg, rasa cuak nk tmbh pelaburan utk anak...masukkn dlm TH & asd dia jer duit2 raya tu...

meya posted on 21-9-2011 10:48 AM

Kalau kita plan takmo anak study guna PTPTN ni okay ker buka akaun nih untuk diorang?  Untuk simpanan aje di hari muka.
Page: [1]
View full: MACAM MANA NAK BUKAK SSPN KAT BSN