cikgutuition posted on 4-10-2011 01:55 PM

Persediaan untuk MUET

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Untuk mereka yang akan mengambil Malaysia University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan MUET adalah penting untuk anda mengetahui apakah komponen-komponen atau aspek yang akan diuji dalam MUET, markah maksima untuk setiap komponen dan juga markah yang diperlukan untuk mencapai sesuatu Band. Anda perlu tahu kesemua ini dengan terang dan jelas agar anda akan lebih bersedia untuk mengambil MUET dan mendapat keputusan cemerlang.

Malaysian University English Test (MUET) mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau  Majlis Peperiksaan Malaysia.  MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.  

Ujian MUET ini dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April/Mei dan Oktober/November. Ada empat komponen dalam MUET iaitu Listening dengan markah penuh 45, Speaking dengan markah penuh 45; Reading dengan markah penuh 120 dan Writing dengan markah penuh 90. Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah.

Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band di mana Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.
Berikut adalah pemarkahan untuk kesemua Band dan komen.

Band 6- Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah:260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5- Pengguna yang Bagus (Jumlah markah:220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4- Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3 每 Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah:140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2- Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1- Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.
Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Ada sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.

Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:-

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.


2. Permakahan untuk setiap aspek.


3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.


4. Persediaan dari segi Grammar atau tatabahasa.


5. Persediaan dari segi Vocabulary atau kosa kata.


6. Persediaan dari segi perbualan.

Saya akan sambung lagi tentang persedian MUET ini dalam masa terdekat. Sila hubungi saya jika anda ingin tahu langkah tercepat dan paling efektif untuk menyediakan diri anda untuk mengambil MUET nanti.

cikgutuition posted on 4-10-2011 02:10 PM

Maklumat terkini:-

Bermula dari tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia akan menjalakan MUET sebanyak 3 kali setahun iaitu pada Mac, Julai, dan November.

Oleh itu, jika anda bercadang mengambil MUET anda tahun depan pada bulan March, anda ada kira-kira 5 bulan untuk menyediakan diri anda. Pada pandangan saya, 5 bulan ini cukup jika anda merancang betul2 persediaan anda itu. Bagaimanapun, untuk mereka yang lemah dan pernah mendapat Band 1 dan 2 dalam MUET anda sebelum ini, saya sarankan anda menyertai mana-mana kelas bahasa Inggeris formal yang menekankan aspek Tatabahasa dan Kosa Kata.

manjalara_01 posted on 15-10-2011 09:29 PM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Untuk mereka yang akan mengambil Malaysia University En ...
cikgutuition Post at 4-10-2011 13:55 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Salam cikgu tuition...


Saye "berangan" nak ambil pperiksaan MUET tahun depan..
Saye berangan...;P..sbb saye belum buat keputusan muktamat...lagi..


Saye harap cikgu tuition dapat mmbantu dgn mmberi lebih info..
tentang..bab2 bhs Inggeris yg menjadikan kutamaan dlm test MUET ini..
Sekian...thanx in advance....{:1_149:}

cikgutuition posted on 17-10-2011 03:04 PM

Reply 3# manjalara_01

Manjalara,

Peperiksaan MUET pertama tahun 2012 ialah pada bulan March nanti dan jika Manjalara bercadang untuk mengambilnya tahun depan maka persediaan Manjalara perlu bermula sekarang. Walaupun Manjalara mungkin tidak mengambilnya pada March 2012 dan ingin mengambilnya lewat lagi, persediaannya perlu bermula sekarang kerana lebih lama persediaan Manjalara, lebih tinggi kemungkinan untuk mendapa Band 3, Band 4 dan tidak mustahil juga mendapat Band 5 dan Band 6.

Persediaan yang boleh dibuat Manjalara sekarang ialah:-

1. Beli buku2 persediaan MUET terutama yang mengandungi soalan2 MUET yang lepas untuk memastikan yang anda tahu apakah format MUET itu dan pemarkahan MUET.Ramai yang kadang-kadang main redah aja ambil MUET sebab ingat yang ianya mudah untuk lulus dan dapat Band 3.

2. Menghadiri kelas bahasa Inggeris secara formal - Sebagai seorang pendidik bahasa Inggeris dan trainer selama 15 tahun, saya cadangkan Manajalara menghadiri kelas bahasa Inggeris secara formal terutamanya yang menekankan aspek tatabahasa bahasa Inggeris dalam pengajaran mereka. Antara punca utama kegagalan mereka yang mengambil MUET ialah kelemahan yang amat ketara dalam aspek tatabahasa bahasa Inggeris. Cuba lihat balik penerangan untuk mereka yang mendapat markah kurang dari 100 atau band 1 dalam MUET.

Band 1- Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.


3. Tingkatkan English vocabulary anda atau perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda - Selain dari aspek Grammar,aspek perkataan-perkataan yang sesuai juga amat penting untuk anda gunakan dalam MUET nanti. Cuba lihat komen  pemeriksa kertas MUET untuk mereka yang mendapat Band 4 yang mendapat markah 180-219 (60% - 73%)

Band 4- Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan.

4. Banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris- Ini adalah satu lagi aspek yang selalu dilupakan oleh mereka yang mengambil MUET. Jika anda ingin mengambil MUET, pastikan anda tingkatkan pembacaan anda kerana ini akan membantu anda untuk:-

i. Melihat dan menyerap contoh-contoh pembinaan ayat dalam bahasa Inggeris dengan betul.

ii. Menyerap ejaan perkataan bahasa Inggeris.

iii. Menyerap verb tenses atau kala kata kerja yang betul seperti penggunaan past tenses, present tenses dan juga future tenses.

Aspek pembacaan akan turut membantu anda meningkatkan pengetahuan am anda dan akan membantu anda dalam komponen penulisan dan perbualan dalam MUET itu nanti.

Jika Manjalara tinggal sekitar Putrajaya, saya akan jalankan kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris di Prct 16 pada 12 dan 13hb November nanti dan kursus ini amat sesuai untuk persediaan MUET Manjalara nanti.

Cikgu Yusoff
0193090711

cikgutuition posted on 14-1-2012 03:09 AM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Saya amat berharap kepada mereka yang merasakan mereka masih lemah/sederhana dalam bahasa Inggeris dan akan mengambil MUET tahun ini agar anda berusaha bersungguh2untuk tingkatkan usaha anda di 2012 ini.Saya akan cuba membantu sedaya upaya saya tetapi anda semua perlu membantu diri anda terlebih dahulu.

Ini kerana usaha banyak perlu datang dari diri anda sendiri. Kepada mereka yang datang menghadiri kelas saya di Sunway dan Putrajaya pada 7 dan 8hb baru2 ini, saya beritahu mereka yang saya cuma boleh berikan mereka 50% sahaja dan selebihnya perlu datang dari diri mereka sendiri iaitu:-

1. Perlu rajin mengulangkaji nota2 Grammar.
2. Perlu rajin meningkatkan kosakata bahasa Inggeris mereka atau Vocabulary mereka.
3. Perlu rajin buat latihan.
4.Perlu rajin membaca

Kesimpulannya ada 3 aspek yang penting iaitu GRAMMAR, VOCABULARY dan EXERCISES.

Kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris untuk persediaan MUET akan bermula pada 11hb di Putrajaya dan 12hb di Sunway.Juga pada 3 dan 4hb di JB dan 7 n 8 April di Kota Bharu.

Good luck semua!

Cikgu Yusoff
019 3090711

arrowtotheknee posted on 29-1-2012 03:59 PM

Ini sahaja tipsnya dari cikgu? Okey, terima kasih banyak-banyak! Sangat membantu saya. InshaAllah, saya akan buat yang terbaik untuk ujian MUET. :D

cikgutuition posted on 30-1-2012 07:58 PM

Ada lagi...Nanti cikgu updatekan lagi..Tak pun g my blog di knowledgecentre.wordpress

cikgutuition posted on 1-2-2012 11:14 AM

Assalamualaikum semua

Kepada yang akan mengambil MUET pada tahun ini saya ingin memberikan sedikit petua dan tips berkenaan dengan aspek Reading dalam MUET.

Aspek READING amat penting kerana ianya akan memberi markah maksima 120 daripada jumlah markah 300. Ini bermakna aspek ini berpotensi memberi 40% dari jumlah markah kepada anda dalam MUET anda!

Apakah kesilapan yang biasanya di buat oleh pelajar dalam komponen READING ini?

1. Tidak bersedia lansung dengan mencuba soalan2 sebenar dan soalan2 klon MUET.

2. Tidak membaca karangan dan graf yang diberikan dengan betul.

3. Tidak membahagi masa dengan betul untuk setiap soalan. Anda cuma diberikan 90 minit untuk menjawab 6 soalan dan oleh itu anda ada 15 minit secara purata untuk menjawab setiap soalan.

4. Tidak meneliti jawapan yang telah mereka pilih. Anda perlu 'justify' kenapa anda memilih sesuatu jawapan itu kerana ada soalan2 yang memberi jawapan yang hapir2 sama dan hanya dengan penelitian baru anda dapat memilih jawaban yang betul.

5. Tidak menanda graf dengan betul. Kadang2 anda perlu mencari sesuatu nilai dan ada pelajar yang sekadar meneka nilai tersebut tanpa membuat garisan di graf kepada paksi untuk mencari nilai sebenar yang perlu di cari.

Sekian buat kali ini dan saya akan sambung lagi di masa akan datang.

Kursus Persediaan MUET selama 3 bulan (11 minggu) akan bermula 11hb ini di Putrajaya dan 12hb di SUnway. Yuran biasa ialah RM780 tetapi untuk pelajar MUET cuma RM650 jika di bayar penuh pada kelas pertama.

Cikgu Yusoff
0193090711
FB - Cikgu Yusoff's English

cikgutuition posted on 24-2-2012 08:41 PM

Post Last Edit by cikgutuition at 24-2-2012 21:42

http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/Nounsedited.jpg

Di atas adalah apa yang anda akan pelajari dari saya dalam topik pertama iaitu Nouns atau Kata Nama bila anda mengikuti Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris bermula 10hb March ini di Precint 16,Putrajaya dan 11hb March di Sunway. Kursus ini boleh digunakan sebagai persediaan peperiksaan MUET anda.

Anda juga boleh gunakan ia sebagai panduan jika anda ingin belajar bahasa Inggeris secara sendiri ebagai persediaan peperiksaan MUET anda. Topik Nouns ini adalah topik pertama yang perlu anda pelajari dan amat2 penting.

Kepada yang akan mengambil peperiksaan  MUET perlu menguasai topik pertama ini terlebih dahulu jika anda ingin cemerlang dalam peperiksaan MUET anda nanti.

cikgutuition posted on 28-2-2012 11:41 AM

http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/MUET.jpg

This is what you will achieve after attending my 11-week MUET Preparation course.

cikgutuition posted on 28-3-2012 08:09 PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Jika anda tanya saya, apakah Asas2 kepada perbualan yang baik dalam bahasa Inggeris sebagai peresediaan MUET anda, maka jawaban saya ialah:-

1. Grammar atau Tatabahasa

2. Vocabulary atau Perbendaharaan Kata perkataan-perkataan bahasa Inggeris

3. Practice atau Latihan perbualan bahasa Inggeris

4. Pronunciation atau Sebutan perkataan bahasa Inggeris yang betul

Inilah empat aspek yang selalu saya tekankan kepada pelajar-pelajar sayayang menyertai kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang saya jalankan di Sunway dan Putrajaya itu.

Aspek pertama iaitu Grammar antara aspek yang paling penting dalam perbualan bahasa Inggeris. Grammar akan mengajar anda membuat ayat dengan betul dari segi:-

1. Struktur ayat

2. Penambahan -s, -es, -ies, -ves kepada Nouns atau Kata Nama

3. Penggunaan Pronouns atau Kata Ganti Nama yang betul untuk menggantikan nous seperti apakah perbezaan penggunaan I dengan Me , Minedan Myself dalam Pronouns?

4. Penggunaan Adjectives atau Kata SIfat dalam bahasa Inggeris dan apakah susunan yang betul dalam penggunaan Adjectives dalam bahasa Inggeris ini seperti kenapa dalam BI kita gunakan a handsome, tall African man dan bukan seperti dalam bahasa Melayu kita gunakan lelaki Afrika yang tinggi dan kacak?

5. Penggunaan Verb TO BE seperti penggunaan am,is, are,was,were, have been dan sebagainya yang ramai masih keliru

6. Penggunaan Adverb seperti slowly, loudly, very, extremely dan sebagainya.

Apa2pun pastikan anda menguasai Grammar terlebih dahulu jika anda ingin berbual dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasanya dan mudah untuk difahami oleh orang lain.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris akan saya jalankan di Sunway pada 1hb April ini dan di Putrajaya pada 7hb April.

Kursus Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris akan saya jalankan pada 11hb April nanti. (Cuti Pertabalan Agong)

Cikgu Yusoff0193090711
FB - Cikgu Yusoff's English

cikgutuition posted on 29-3-2012 02:04 PM

http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/KalendarMUET2012-1.jpg

Kursus persediaan MUET untuk kertas Julai dan November bermula April ini pada 1hb di Sunway dan 7hb April di Putrajaya.Kursus berjalan selama 11 minggu dan diskaun sehingga 22% untuk pelajar MUET.

Regards

Cikgu Yusoff
0193090711

sok_suci posted on 2-4-2012 10:14 PM

Inshaa Allah nak ambil muet utk Julai ni. Nak daftar dlm masa tdekat ni.

sok_suci posted on 2-4-2012 10:15 PM

Inshaa Allah nak ambil muet utk Julai ni. Nak daftar dlm masa tdekat ni.

cikgutuition posted on 4-4-2012 12:34 PM

Good luck sok-suci.Pastikan yang anda betul2 bersedia mengambil MUET tu dan buat persiapan awal.Ramai yang ambil MUET tak prepare langsung dan akibatnya cuma dapat band 1 or 2 sahaja dalam MUET mereka.

Kalau nak join kursus yang sesuai untuk persediaan MUET saya akan mulakan pada 7hb April (Sabtu ini) di Prct 16, Putrajaya.

mentosjamfills posted on 22-4-2012 10:53 AM

good lucK.. sm pple say. luck is when preparation meets oppurtunities...

cikgutuition posted on 10-5-2012 09:14 PM

Post Last Edit by cikgutuition at 10-5-2012 21:20

http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/MUET2007stats.jpg
Bukan nak menakutkan tapi inilah hakikat ttg MUET di mana cuma 45% sahaja yang dapat Band 3 ke atas untuk satu peperiksaan MUET in 2007 yang lepas.Dan saya percaya inilah statistik yang lebih kurang sama untuk MUET tahun ini dan yang akan datang.

Kepada yang akan mengambil MUET bermula 2hb Julai kelak, adakah anda betul-betul sudah bersedia?

1. Sudahkah anda memantapkan tatabahasa bahasa Inggeris anda?

2. Sudahkan anda meningkatkan kosakata bahasa Inggeris anda?

3. Sudahkah anda tingkatkan pembacaan anda?

4. Sudahkan anda membeli buku2 MUET dengan soalan-soalan sebenar untuk membiasakan diri anda dengan format MUET?

Jika belum dan anda sudah daftar untuk sesi Julai.Pastikan anda mula sekarang. Jika anda ingin menyertai kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 1hb Jun di Prct 16, Putrajaya dan 2hb Jun di Sunway.

Cikgu Yusoff
019-3090711
012-2947792
cikgutuition@gmail.com

tripple_M posted on 21-5-2012 08:45 PM

Reply 17# cikgutuition

asslam cikgu..leh hntar exercise x?xpon pm sye
sye dok kedah la
xpon format2 thn lps..
sye ambk on dis july..
quite nebes gak..lme x attend exam..hopefully i will get good result..

cikgutuition posted on 24-7-2012 02:21 PM

http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/ManualMUET.jpg


Nota 每 Kulit manual adalah sebagai contoh sahaja.Kulit sebenar ialah hard cover dengan title embossed on the cover.

Jika anda tercari-cari satu buku rujukan yang lengkap dan komprehensid tentang tatabahasa bahasa Inggeris untuk persediaan MUET anda dan penerangannya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu maka inilah buku rujukan yang anda cari-cari itu.Manual ini bersaiz A4 dan setebal 600 muka!

Cuba lihat apa komen mereka yang telah terima Manual Lengkap bahasa Inggeris saya itu:-

1. "Salam, En yusoff, sy baru terima buku ni..alhamdulillah..so far quality excellent... http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/smile.gif hopefully sy dpt manfaatkan sebaik mungkin ...terima kasih ;)"

-Dura, Kuala Lumpur.

Salam En Yusoff,

2. "Saya dah terima the manual semalam#patutlah mahal, hard cover dan tebal pulak tu#. "

Tq

Ros Jumizah
Shah Alam

Spesifikasi Manual saya ini:-
1. Saiz 每 A4
2. Kualiti kertas 每 80g
3. Cover 每 HArdcover yang tahan lasak seperti cover untuk org buat thesis tu.
4. Colour 每 Black and white and colour.
5. Ink - Inkjet
6. Kandungan Manual 每 seperti berikut

Syllabus Fundamental of English Grammar

1. Pengenalan
1.1 Petua-petua untuk cepat mahir dalam bahasa Inggeris

2. Penggunaan efektif dictionary, thesaurus, grammar books dan idiom dictionary
2.1 Apa yang ada dalam kamus dan bagaimana nak menggunakannya dengan efektif.
2.2 Penggunaan thesaurus untuk meningkatkan vocabulary dengan cepat

3. Penggunaan Noun dalam bahasa Inggeris.
3.1 Function of a noun -Fungsi penggunaan nouns
3.2 Count in nouns 每 Countable dan uncountable nouns
3.3 How to use Plural and Singular Nouns?
3.4 Spelling of plural nouns 每 Cara mengeja Plural Nouns dengan betul
3.5 Subject Verb Agreement 每 Penggunaan nouns dengan auxiliary verb
seperti am/is/are, was/were, do/does/did, have/has/had.
3.6 Possessive Nouns 每 Bagaimana untuk menggunakan possessive nouns
untuk menunjukkan pemilikan dengan penggunaan apostrophe s (&s) atau
apostrophe (&) sahaja.
3.7 Collective nouns 每 Collective nouns untuk bilangan nouns yang banyak

4. Fungsi dan penggunaan pronouns yang betul
4.1 Functions of pronoun -Macam mana menggunakan pronouns dengan tepat
4.2 Singular pronouns and Plural pronouns 每 Apa itu singular
pronouns dan plural pronouns?
4.3 Subject pronouns 每 Apa itu subject pronoun dan fungsinya dalam ayat?
4.4 Object pronoun 每 Apa itu Object pronoun dan kaitannya dengan
Subject Pronoun?
4.5 Possessive pronoun 每 Penggunaan possessive pronouns seperti mine,
yours, hers dan sebagainya untuk menunjukkan pemilikan.
4.6 Reflexive pronouns 每 Cara yang betul untuk menggunakan reflexive
pronouns seperti myself, herself, ourselves dan sebagainya.
4.7 Demonstrative pronouns 每 Penggunaan demonstrative pronouns
seperti this/these dan that/those untuk menunjukkan nouns.
4.8 Indefinite pronouns 每 Penggunaan indefinite pronouns seperti
everyone, each dan sebagainya.

5. Adjectives
5.1 What is an adjective? -Apa itu adjective?
5.2 Characteristics of an adjective 每 Ciri-ciri adjective
5.3 Adjectives of quality 每 Apa itu Adjectives of quality dan
bagaimana nak gunanya.?
5.4 Adjectives of quantity 每 Apa itu adjectives of quantity dan
bagaimana nak gunanya.?
5.5 Possessive adjectives 每 untuk menunjukkan pemilikan dan
perbezaanya dengan possessive pronouns.
5.6 Positive, comparative and superlative adjectives 每 Penggunaan
positive, comparative dan superlative adjectives seperti tall, taller
dan tallest untuk menunjukkan perbandngan.

6. Verb

6.1 Verb functions 每 Fungsi verb dalam bahasa Inggeris
6.2 What is Verb TO BE?
6.3 Usage of am, is, are, was dan were in Verb To BE
6.4 Present tense, Past tense and Future tense 每 Konsep present
tense, past tense dan future tense dalam menggunakan verb TO BE
6.5 Bentuk2 verb TO BE untuk ayat positif, ayat nafi dan pertanyaan.
6.6 Penggunaan Verb TO BE

7. Pengenalan kepada Verb
7.1 Apa itu Verb
7.2 Jenis-jenis Verb
7.3 Progressive Verb, Non Progressive Verb dan Mixed Verb
7.4 The verb tenses
7.5 Simple present tense
7.6 Present progressive tense
7.7 Simple Past tense
7.8 Simple Future tense
7.9 Present Perfect tense
7.10 Past progressive tense
7.11 Future progressive tense
7.12 Past Perfect tense
7.13 Present Perfect tense
7.14 Future Perfect tense
7.12 Past Perfect progressive tense
7.13 Present Perfect progressive tense
7.14 Future Perfect progressive tense
7.15 Passive Verb tenses

8. Soalan sebenar peperiksaan MUET pertengahan tahun dan hujung tahun 2011

9. Contoh-contoh perbualan yang boleh digunakan dalam aspek Speaking dalam MUET.

Hubungi saya di cikgutuituion@yahoo.com jika berminat.

Like FB page saya untuk artikel2 bahasa Inggeris percuma di Cikgu Yusoff*s English.

Cikgu Yusoff
019-3090711

putera_zargus posted on 22-9-2012 03:47 PM

Dlu aku muet dpt Band 10 (Ben10)

cikgutuition posted on 29-10-2012 11:20 AM

http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/MUETplan-1.jpg

Untuk yang akan ambil MUET tahun depan iaitu MUET March 2013 pastikan anda mula bersedia daripada sekarang lagi kerana apa yang cikgu perhatikan punca kenapa ramai yang gagal dapat band 3 (lebih kurang 55% daripada keseluruhan calon) ialah kerana:-

1. Kurang persediaan
2. Masih lemah dalam aspek Tatabahasa bahasa Inggeris
3. Kurang perbendaharaan kata bahasa Inggeris
4. Kurang membuat latihan soalan2 MUET
5. Tidak ada bimbingan dari guru yang berpengalaman.
5. Mensasarkan untuk mendapat Band 3 dan belajar cuma untuk mendapat Band 3 sahaja.Pelajar perlu membuat sasaran yang lebih tinggi seperti Band 4 atau band 5 dan belajar dengan gigih dan komprehensif untuk mendapat band yang lebih tinggi.

Cuba analisa 5 punca di atas dan jika ianya salah satu punca kenapa anda masih gagal mendapat Band 3 atau pun Band 4 untuk sesetengah kursus seperti TESL dan Law maka anda perlu ambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Jika anda sudah berkali2 ambil MUET tapi masih gagal dapat band 3 atau Band 4, maka ada aspek persediaan MUET anda itu yang kurang efektif. Buat penilaian semula semua aspek persediaan anda dan ubahsuai mana-mana aspek yang masih ada kekurangan dalam persediaan anda.

People don't plan to fail but people fail to plan.

Orang tidak merancang untuk gagal tetapi orang gagal untuk merancang.

Cikgu Yusoff
0193090711 Last edited by cikgutuition on 1-11-2012 11:10 AM

cikgutuition posted on 9-1-2013 12:20 PM

http://i1222.photobucket.com/albums/dd492/cikgutuition/KalendarMUET_zps1c4dcb6b.png

Secara puratanya, 55% calon yang mengambil MUET sekadar mendapat Band 1 atau Band 2. Antara punca-punca calon gagal mendapat sekurang-kurangnya Band 3 yang telah saya kenal pasti ialah :

1. Tidak arif dengan format MUET itu sendiri.

2. Tidak mengatur strategi dalam persediann MUET mereka. - Ramai calon yang risau aspek Speaking dalam MUET sedangkan markah speaking cuma 15% dari jumlah markah MUET. Komponen Reading memberi markah maksima 40% dan Writing 30%! Komponen inilah yang calon kena lebih bersedia.

3. Masih lemah dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Inggeris kerana masih lemah dalam aspek tatabahasa bahasa Inggeris.

4. Kurang kosakata bahasa Inggeris.

5. Kurang membuat latihan-latihan MUET samaada soalan-soalan klon atau soalan-soalan sebenar MUET.

Kursus Asas-Asas Penulisan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 2hb Februari di Putrajaya dan 10hb Februari di Sunway.Amat sesuai untuk pelajar-pelajar yang akan memasuki IPTA dan IPTS dan juga untuk mereka yang akan mengambil MUET.

              Cikgu Yusoff
             019-3090711
         Trainer semenjak 1996
Trainer bahasa Ingeris semenjak 2006.
Penulis 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris.

Page: [1]
View full: Persediaan untuk MUET