"Scent of Women" Adalah Seperti Sebuah Perkahwinan Buat Kim Sun-Ah
Post Last Edit by isabel at 13-12-2011 00:50http://img839.imageshack.us/img839/2443/ksaldw1.jpg
6 Disember, 2011 ¨C Si manis, Kim Sun-Ah mengunjungi Malaysia buat pertama kalinya dalam jelajah mempromosikan drama romantik dan menyayatkan hati ¡®Scent of Woman¡¯ yang kini sedang hangat ditayangkan di Astro OneHD saluran 393. Membawakan watak sebagai Lee Young-Jae seorang gadis yang terpaksa pasrah menerima kenyataan selepas mengetahui dirinya menghidapi kanser dan hanya memiliki tempoh hayat 6 bulan untuk hidup. Apakah yang anda akan lakukan sekiranya takdir ini menimpa diri anda? Mari kita mengenali dengan lebih dekat pelakon yang berusia 36 tahun ini yang tergolong dalam senarai ¡®A-list¡¯ pelakon hebat dari negara Korea Selatan (The Land of Morning Calm).
Anggun berbusana putih, sebagaimana yang pernah kita lihat dalam lakonan begitau juga sikapnya apabila wartawan diberi kesempatan bertemu dan menamuramah secara dekat dengan beliau. Mudah tersenyum dan biarpun pemalu tetapi suka melontarkan gurau senda secara sepontan sehingga sesiapa juga yang berada disekitar beliau akan menjadi senang dan sentiasa ceria.
Dengan itu mari ikuti sepanjang 25 minit temubual penuh bersama Kim Sun-Ah bersama CARI.com dan rakan wartawan yang lain.
http://img607.imageshack.us/img607/8836/ksa1.jpg
1. Sepanjang karier 13 tahun di dalam industi lakonan merupakan suatu jangka masa yang panjang, kejayaan lepas seperti antara drama hit ¡®My Lovely Kim Sam-Soon¡¯ dan ¡®City Hall¡¯, serta berlakon disamping pelakon lelaki hebat seperti Hyun Bin, Cha Seung Won dan yang terkini adalah Lee Dong-Wook sehingga memenangi beberapa anugerah. Adakah itu sudah cukup buat beliau?
"....(berfikiran sambil tersenyum) Saya sentiasa fikir saya seperti seorang pelakon baru setiap kali saya terlibat dalam projek baru. Walaupun sudah 15 tahun didalam industri ini, saya tidak pernah berfikir bahawa saya adalah seorang senior (orang lama) ataupun pakar. Sehingga kehari ini saya akan masih merasa perasaan gemuruh setiap kali dan sentiasa cuba memberi komitmen disetiap projek yang berlainan kerana itu saya sentiasa ingin belajar banyak perkara baru dan sentiasa memperbaiki mutu lakonan saya. Komitmen adalah merupakan kunci kepada setiap kejayaan projek yang melibatkan diri saya.
2. Mengapa memilih projek ¡®Scent of Woman¡¯ memandangkan karakter Lee Young-Jae adalah sesuatu yang berbeza berbanding watak Kim Sam-Soon. Di mana karakter Lee Young-Jae memerlukan kekuatan emosi yang kuat untuk menjayakannya?
¡° Takdir. Pada saya memilih projek ini juga adalah suatu takdir. Saya seperti ditakdirkan utk bertemu dengan Lee Dong-Wook dan bekerjasama di dalam projek ini ¡®Scent of Woman¡¯. Adakalanya sesuatu yang kita kehendaki belum tentu ianya akan berjaya. Dan juga sebaliknya. Di dalam projek ini saya dipilih dahulu kemudian diikuti dengan pemilihan Lee Dong-Wook dan Uhm Ki-Joon. Berlakon bersama mereka berdua adalah merupakan satu takdir yang telah ditentukan kerana keserasian kami semua senang tercipta dan membuatkan kami menjadi sangat rapat dan mesra dalam waktu yang singkat. Bagaikan satu peluang yang begitu berharga kerrana dapat bertemu dengan para pelakon dan juga staff yang hebat ini. Ianya bagaikan sebuah ¡®perkahwinan¡¯, antara seorang lelaki dan perempuan yang ditakdirkan untuk bersama. Disebabkan itu kita harus menjadi seorang yang bertimbang rasa dan berkerja bersama untuk menjayakan ¡®perkahwinan¡¯ ini. Dan ini adalah ¡®perkahwinan¡¯ yang bahagia buat saya.¡±
3. ¡®Perkahwinan¡¯ yang sangat hebat dan berjaya membuat jutaan penonton menitiskan air mata, terharu dan di buai bersama karakter yang di portrait Lee Young-Jae dan Kang Ji-Wook. Terlalu banyak scene yang menarik dan menyayat di dalam ¡®Scent of Woman¡¯. Ditanya lagi scene manakah yang paling di gemari beliau?
¡°Terlalu banyak scene yang menarik. Semuanya menarik dan tidak dapat di lupakan tetapi babak menangis mungkin adalah yang paling sukar utk saya lakukan. Ianya sangat susah memandangkan saya jarang melakukan babak menangis di dlm projek sebelumnya. Tapi mungkin juga ini adalah scene yang paling saya suka di dalam ¡®Scent of Woman¡¯, memandangkan saya dapat belajar banyak perkara baru dan melakokan babak yang jarang saya lakukan sebelum ini. Serta perkara terbaik yang saya dapat daripada projek ini ialah bekerja bersama ¡®the best¡¯ staff, ¡®the best¡¯ director, ¡®the best¡¯ pelakon dan juga ¡®the best¡¯ writer. Ia seperti sebuah penghormatan buat diri saya¡±
4. Di dalam ¡®Scent of Woman¡¯ beliau kelihatan berbeza sekali dari segi fizikal jika di bandingkan dengan karakternya di dalam ¡®My Lovely Kim Sam-Soon¡¯. Ditanya apakah yang beliau lakukan utk memenuhi watak Lee Young-Jae yang meghidapi kanser dari segi fizikal? Beliau menjawab:
¡°Saya harus menjadi watak itu, Lee Young-Jae dan baru lah saya mampu menyampaikan makna dan siapa Lee Young-Jae yang sebenarnya kepada penonton di luar sana. Di dalam ¡®My Lovely Kim Sam-Soon¡¯ saya harus menjadi seorang yg gempal ¡®chubby¡¯ dan rendah. Saya tidak boleh menjadi rendah lagi maka saya sentiasa menambahkan berat saya supaya saya dapat mempotretkan watak Kim Sam Soon dengan lebih baik. Projek seterusnya ¡®City Hall¡¯, ¡®When It¡¯s Night Come¡¯ saya telah kembali ke berat badan normal. Tetapi di dalam ¡®Scent of Woman¡¯ saya harus kelihatan seperti pesakit kanser yang hanya ada 6 bulan utk hidup. Make up tidak dapat memberikan impak yang besar, jadi saya terus berusaha mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat seperti yang anda lihat dlm ¡®Scent of Woman¡¯. Ianya sangat sukar dan saya tidak memilih diet tertentu. Saya hanya makan satu hidangan sehari dan juga tidur yang tidak cukup. Semua ini telah membantu dalam mengurangkan berat badan dan memenuhi karakter Lee Young-Jae. Ia suatu pengalaman yang sangat mencabar dan sukar buat diri saya. Selain itu, Lee Young-Jae merupakan karakter yang sangat beremosi dan kerana itu kadangkala saya menghadapi stress dari segi emosi dan juga fizikal. Kekurangan tidur yang tidak mencukupi juga menyebabkan saya mengalami sakit kepala dan badan yang berterusan. Kepada penonton di luar sana JANGAN meniru diet ini. Ia tidak baik utk kesihatan anda.¡±
http://img838.imageshack.us/img838/8504/ksa2.jpg
5. Pengorbanan besar yang harus di lakukan oleh seorang pelakon yang komited dengan kerjanya. Selain daripada beliau terpaksa menguruskan badan, beliau juga kelihat sangat sexy ketika babak menari tango. Ramai peminat di luar sana yang mungkin mengetahui ini bukan kali pertama beliau menari tango. Sebelumnya beliau telah menari bersama Rain utk konsert showcase Rain dan juga bersama Cha Seung Won di dalam ¡®City Hall¡¯. Ditanya oleh CARI.com adakah beliau tahu mengapa pengarah Park Hyung Ki dan juga penulisnya, No Ji Seol memilih tarian tango berbanding tarian lain. Dan juga adakah beliau pakar dalam tarian ini?
¡°.. (ketawa) .. saya malu utk menjawabnya sendiri (kenapa pengarah dan penulis memilih tango?). Sebenanya saya tidak tahu apa itu tango, kenapa tango? Pada mulanya saya fikir tango pada luarannya hanyalah sebuah tarian yang kelihatan sungguh elegan, mewah, sexy dan hebat. Tetapi selepas saya mencubanya, saya dapat memahami bahawa tango sebenarnya adalah tarian yang melibatkan keseimbangan (balance) dan keserasian, Keserasian diantara lelaki dan perempuan. Ketika menari bersama, anda harus mendengar degupan jantung pasangan anda dan merasai perasaan dan emosi mereka ketika menari. Saya mengambil masa 2 minggu utk berlatih dan mahir berjalan sahaja.
Di dalam drama ini saya menari bersama Lee Dong-Wook dan juga Uhm Ki-Joon. Perasaan dan emosi yang di potraitkan juga sangat berbeza jika menari bersama pasangan yang berlainan. Saya fikir pengarah dan penulis memilih tango adalah untuk menyatukan dua orang berbeza sebagai satu dan bersama dimana degupan jantung mereka akan seiring bersama tarian tango yang ditarikan.
Sebelum ini saya pernah menari bersama Rain didalam mini konsertnya dan juga Cha Seung Won di dalam drama ¡®City Hall¡¯ dan bila saya sekali lagi diberitahu akan bakal menari tango oleh pengarah, saya menjadi sedikit skeptical .. ¡°Anda pasti tentang TANGO??¡± .. tetapi pengarah dan penulis meminta saya membaca dahulu skrip dan scenario ¡®Scent of Woman¡¯ sebelum saya membuat keputusan. Dan yang mengasyikan selepas sahaja membaca skrip tersebut dan saya terus memberikan jawapan YA untuk watak Lee Young-Jae tanpa perlu berfikir panjang.
Kerana kali ini tango yang ingin dipotraitkan adalah sangat berbeza dengan tango yang biasa kita kenali, sexy, mewah dan elegan. Sebaliknya tango kali ini membawa versi kehidupan dan harapan, sebuah permulaan kehidupan yang baru bagi Lee Young-Jae dan juga dirii saya yang sebenar sebagai Kim Sun-Ah. Tango ini sangat spiritual, ianya cerita tentang kita untuk terus hidup dan hidup dengan penuh harapan dan juga permulaan untuk semua perkara baik dalam kehidupan Lee Young-Jae. Dan yang paling indah sekali, tango ini telah menyatukan Kang Ji-Wook dan Lee Young-Jae bersama ..
Panjang sungguhkah jawapan saya? ¡. (ketawa) ..¡±
6. Mungkinkah kita akan melihat Kim Sun-Ah menari tango bersama 'soulmate' atau takdir cintanya suatu hari nanti? Kita doakan bersama-sama utk kebahagiaan beliau. Di tanya adakah beliau okay untuk bercinta dengan lelaki yang lebih muda dari usianya di dalam dunia nyata dan berapakah jarak umur yang beliau pertimbangkan boleh diterima sebagai teman hidupnya? Beliau menjawab dengan penuh jenaka.
¡° .. (ketawa) .. okay (memberikan tanda V) .. Jikalau dahulu jarak umur antara pasangan adalah penting tetapi tidak sekarang. Saya tidak fikir umur adalah suatu yang penting. Ia hanyalah angka. Apa yang penting adalah ¡°mindset", fikiran dan perasaan anda terhadap si dia. Ada masanya lelaki muda cuba berlagak matang dan juga lelaki berusia ¡®oppa¡¯ bersifat seperti lelaki muda dan tidak matang. Sekiranya anda mencintai dia, cintailah dia sepenuh hati. Semudah itu. Jadi umur bukanlah penghalang sekiranya si dia adalah ¡®takdir¡¯ anda .. (senyum) ..¡±
http://img155.imageshack.us/img155/7004/ksa3.jpg
Scent of Woman¡¯ bukan sahaja mengajar penonton tentang harapan dan hidup tetapi juga makna cinta. Kepada mereka yang telah menontonnya pasti setuju dengan penulis bahawa ¡®Scent of Woman¡¯ telah mengajar mereka tentang cinta kepada ibu bapa, teman baik, orang tua dan juga kepada diri sendiri.
7. Soalan seterusnya adalah tentang perancangan beliau pada masa hadapan dan sama ada beliau berminat utk berlakon di Hollywood memandangkan beliau fasih berbahasa Inggeris.
¡° .. (ketawa) .. kamu pastikah saya boleh ke Hollywood?? (ketawa) .. Harapan saya adalah saya akan terus berlakon serta bekerja lebih kuat dan memperbaiki lagi mutu lakonan saya untuk bakal projek dimasa akan datang¡±
Sesi temubual singkat bersama Kim Sun-Ah membawa pengalaman yang baru dan menarik. Senyuman yang tidak pernah pudar dibibir beliau membuatkan para wartawan selesa untuk berinteraksi dengannya. Semoga beliau akan berjaya di dalam kariernya dan juga diharapkan beliau akan datang kembali ke Malaysia suatu masa nanti.
http://img7.imageshack.us/img7/2173/ksa4.jpg
Kepada penonton ¡®Scent of Woman¡¯ jangan lupa menonton siri ini di saluran Astro OneHD saluran 393 setiap hari Rabu dan Khamis pada pukul 09:05 malam. Sediakan tisu secukupnya, anda mungkin memerlukannya nanti.
Note: Kepada CARI-an, temubual ini telah di lakukan di dalam berkumpulan bersama wartawan-wartawan lain. Soalan khusus dari CARI.com adalah yang berkaitan dengan tango. Adakah anda berpuasa hati dengan jawapan Kim Sun-Ah? Kalau begitu apa lagi, cubalah berlatih menari tango. Mungkin takdir cinta anda akan bertemu disana?
Artikel disediakan oleh : Erenah
Editor oleh : isabel
photo oleh : isabel & rukiachigo
mcm biasa suka jer dgn bahasa yg digunakan dlm artikel ni...a nd KSA unni sangat friendlyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!! harap2 la dpt jumpa KSA unni lagi lps ni!!! {:loveo
and tahniah lagi sekali utk team CARI.com sbb berjaya bertanyakan sialan yg sgt bernas kpd KSA unni. rasa nyer mmg jawapan kpd soalan kiter la yg paling pjg & lama dijawab oleh KSA kan!!! {:hoorayo kim sun ah ni macm dah kertu la... beza sangat gambor die nge dlm tv
contoh cam gini , gambor ni nampak mude n cantik gitu
http://styleinfluence.net/wp-content/uploads/2011/08/scent-of-a-woman-korean-drama-feature.jpg
tp bile tgk kat tv..xdela mcm gini baiknya dia.. jawapan panjang dan ikhlas :'(
lurve sunny <3 Reply 3# pia250110
in person sunni ni mmg sgt lawa tanpa ada makeup pun...
dan dia pula x sombong dan sentiasa tersenyum juga ramah gan fans... Reply 5# isabel
yeke mod..ooo ye la mungkin kat tv lain dr lua tv nih..ape2 pon cite ni ok...heronye pun encem jugak...{:mllove:} tahniah kat cari.. kak bel, ruki n erenah............suke baca artikel nih. w/pun xpernah berkesempatan tp baca artikel nih rassa mcm jmpe in person..korunk mmg daebakkkkkk ler terkejut aku nie ke minah dlm my luvly samsoon tu??? gilak kurus gila n cantik ler terkejut aku nie ke minah dlm my luvly samsoon tu??? gilak kurus gila n cantik
hyun Post at 15-12-2011 08:22 AM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
spt yg telah diketahui dr interview yg kat atas ni, KSA ni mmg sedia kurus la... cuma dlm my lovely sam soon je dia kena gain weight!! and utk drama ni dia kena jd lagi kurus sbb jd org sakit kan... :D:D waa.. terima kasih byk2 ye.. sapa yg gigih menginterview & tulis & tepek kat sini..
KSA ni selalu ceria.. tu sbb nampak muda
Page:
[1]