fatihanum Publish time 13-12-2011 10:50 PM

Baby Jaundis (Kuning), Penyebab Dan Cara Mencegah

Baby Jaundis (Kuning), Penyebab Dan Cara Mencegah

Biasa kita dengar baby baru lahir kena sakit kuning kan? Kulit bayi akan berubah menjadi warna seakan pucat kekuningan. Penyebabnya adalah kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.Semasa dalam perut ibu, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila bayi dilahirkan, proses tersebut diambil alih oleh hati bayi.Jaundis akan terbentuk kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin ini.Ia biasanya berlaku pada hari ke 2 atau 3 selepas dilahirkan.

APA SEBABKAN JAUNDIS?
Bilirubin merasal dari sel darah merah. Apabila sel darah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.

http://2.bp.blogspot.com/-du-RRIDpyVs/TudQ0ECotQI/AAAAAAAAAY0/6zY-VEBpL-Q/s400/bayi%2Bkuning.png



ADAKAH JAUNDIS BAHAYA
Kebanyakan jaundis adalah mild jaundis dan ianya akan hilang sendiri dan bersifat sementara. namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan bilirubin terlalu tinggi boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu awasi tanda-tanda jaundis dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

PUNCA-PUNCA JAUNDIS YANG LAIN
1. Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
2. Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO.
3. Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
4. Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
5. Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
6. Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
7. "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.


BAGAIMANA MENCEGAH JAUNDIS?
Jaundis berlaku dalam 50%-70% pada bayi yang baru lahir. Tiada cara yang khusus untuk mengelakkan tapi mungkin tips berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu mengelakkannya menjadi lebih teruk.
1.Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas kelahiran.
2.Bertanyalah pakar laktasi cara-cara menyusu dengan baik. Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup.
3.Susukan bayi dengan kerap. Tidak perlu jadual yang khusus semasa hari-hari dan minggu terawal.Susukan bayi bila-bila masa yang dia perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali sekurang-kurangnya.Ini kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk.
4.Susukan bayi dengan susu ibu 8-12 kali sehari. Makin banyak bayi minum, makin banyak proses pembuangan dan secara tidak langsung dapat menyingkirkan bilirubin.
http://permatacintaku.blogspot.com/2011/12/baby-jaundis-kuning-penyebab-dan-cara.html

joe_qlate Publish time 15-12-2011 05:10 PM

petua org tua2 bagi air anggun hitam ckit je klu dah kena jaundis

one_suria Publish time 16-12-2011 02:02 PM

Bagi baby minum air gula batu (gula kiub yg besar tu). Campurkan gula batu tu dgn air suam.. InsyaAllah ok sbb dia bersihkan air kencing & hilangkan panas badan. Biasanya baby yg kena jundis ni badannya panas...

malaysiakita Publish time 16-12-2011 10:11 PM

Sy penah di tanya sorang shabat Dokter dari Indonesia. Kenapa kita di MAlaysia masih anggap jaundice sbg biasa. Dia kata kat sana dah berkurang kes. Tambah dia lagi, mungkin ada beza antara kita sebab pemakanan si ibu semasa mengandung katanya. Orang kita dah terlalu sibuk untuk jg pemakanan semasa mengandung. Ramai ibu2 y berkerja. Di Indonesia, majorti tak kerja teruk n masih amal jamu hmmm...cane?

tripple_M Publish time 17-12-2011 02:16 PM

hurmm..mandikan dgn daun kucai kot..
xpon mkn sengkuang cina..
so cool skit..

tripple_M Publish time 17-12-2011 02:17 PM

klu kat sepital diorng letak bwh UV light..
utk dptkn UV light yg smpurna n asli..
gunakan cahaya matahari..
masa matahari btoi2 nak mencanak naik..time tuh x panaih sgt..
nti melecur lak kulit bayi..slamat beramal

enncy Publish time 10-2-2012 10:26 AM

saya bagi anak saya anggur hijau yg diperah sikit. pastu mandikan dgn air daun inai. daun inai yg direbus dan campur dgn air mandian bayi.

Hana Publish time 14-2-2012 10:10 AM

aku mmg kategori ibu yang fail BF.
guna cara tradisional ajer.
1st anak - guna pelbagai cara tradisional
2nd anak - rebusan air daun inai (tukang urut bawakkan daun inai).

tapi, cara berkesan skali - jemur pagi2. before kul 10am.

so, jangan beranak musim hujan. susah nak jemur. :laugh3:

peahjamboo Publish time 18-2-2012 12:21 PM

sebenarnye, yg jemur anak tu sbb nk bg die haus je, bkn utk ilangkan kuning tu...bile die haus, die pun menyusu (x kire la BF or FM) dgn kadar yg byk, berkumuh dgn byk which is tu la cara nk buang bilirubin tu dgn lebih cepat

hairiliza Publish time 20-3-2012 04:20 PM

petua saya.. semasa mengandung, makan gula2 kundur. warna putih2 tu. mkn sikit2 jer.sebab dia manis.

bunga_lestari Publish time 21-3-2012 10:12 AM

anak saya hari ke-3 nurse dtg melawat, dia kata ada tanda2 jaundis..
hari ke-4 pegi cucuk tapak kaki (suami & mama yg bawakkan ke klinik), tinggi skit bacaannyer..blik dr klinik, suami pegang anak sambil berjemur kat matahari..
dlm msa sama, suami belikan air glukos xde perasa..bancuh skit dlm botol susu dgn air suam, bg anak minum..sebab air glukos tu ada jgk kandungan vitamin D yg menyamai vitamin yg terdapat pd matahari..

alhamdulillah, esoknyer bila pegi check, cucuk tapak kaki, anak saya bebas drpd jaundis..
syukur sgt..

dan, klu boleh, msa anak disahkan jaundis, bgla susu ibu sepenuhnya dan sebanyak mana yg anak mahu..sebab susu ibu adalah susu yg terbaik yg mempunyai banyak antibodi yg diperlukan oleh bayi utk mencegah penyakit.. :)

zapid Publish time 24-9-2012 01:12 AM

baby saya baru lepas dari juandis.
mcm2 petua yg saya dapat.

- bg baby minum susu kambing segar.
- bg baby minum banyak air masak.
- mandikan dgn air rebusan serai.
- mandikan dgn air daun dukung anak+daun belimbing.

blh cuba mana2 satu, kalo sesuai ngan badan baby, insyaAllah kuningnya hilang dgn cepat.
baby saya sesuai dgn air rebusan serai. alhamdulillah.

anmum3 Publish time 25-5-2013 09:16 PM

Saya skrg tgh risau baby kena jaundis x kurang-kurang, dah jd prolong jaundis, appointmen dgn paed plak 3ohb nibaru dpt...ada jgk buat petua cara org tua-tua, setakat ni mak tlong mandikn dgn air belimbing,bg jus anggur itam...x berubah pun, adalah turun tp sikit, naiknya yg banyak...setiap kali pg hosp. Dr/nurse mesti sound jgn jemur bb, jgn ubat cara tradisional,,alahai...

afira Publish time 28-5-2013 10:39 AM

dulu penah mandikan baby guna ubat sengseh (kedai ubat cina) kaler dia kuning..bentuk cam uncang teh.. bukannyer makin turun..makin naik kuning ade la huhuhu

anmum3 Publish time 29-5-2013 12:53 AM

afira posted on 28-5-2013 10:39 AM static/image/common/back.gif
dulu penah mandikan baby guna ubat sengseh (kedai ubat cina) kaler dia kuning..bentuk cam uncang teh ...

huhu itu yg takut nk try cara tradisional ni, tp selagi x melibat kan ubatan yg perlu dimakan ok lg kot...setakat mandi jer..

afira Publish time 30-5-2013 09:11 AM

anmum3 posted on 29-5-2013 12:53 AM static/image/common/back.gif
huhu itu yg takut nk try cara tradisional ni, tp selagi x melibat kan ubatan yg perlu dimakan ok l ...

tuh la masalahnye bukan makin elok..makin teruk..sampai mase sebulan nk inject pn stil kuning lagi..kali ni kalau bleh nk dapatkan tips2 utk elak kuning kalau ade

anmum3 Publish time 31-5-2013 03:06 AM

afira posted on 30-5-2013 09:11 AM static/image/common/back.gif
tuh la masalahnye bukan makin elok..makin teruk..sampai mase sebulan nk inject pn stil kuning lagi ...

jadi, mcm mana baby dah ok ke skrg? saya baru je td jumpa pakar kat hospital, baby kena ambik darah+air kencing result 2 mggu lagi baru tau, sbb apa jd prolong jaundis...ha saya ada gugel jg tip elak kuning masa pegnen boleh baca kat blog saya, tp itu secara ringkas je.

afira Publish time 31-5-2013 08:07 AM

anmum3 posted on 31-5-2013 03:06 AM static/image/common/back.gif
jadi, mcm mana baby dah ok ke skrg? saya baru je td jumpa pakar kat hospital, baby kena ambik dara ...

baby memang dh ok..dh 3 tahun pun umur dia hehehehehe... saya berciter pasal mase dia baru lahir.. tapi skang saya tgh tggu ari utk 2nd baby.. tuh yang nak carik tips..

p/s: bleh x tepek tips tuh kat sini since saya xbleh nak bukak ur blog..prob sket la pc nih huhuhu

anmum3 Publish time 31-5-2013 05:52 PM

afira posted on 31-5-2013 08:07 AM static/image/common/back.gif
baby memang dh ok..dh 3 tahun pun umur dia hehehehehe... saya berciter pasal mase dia baru lahir.. ...

ooh, dah besar dah baby hehe, alhamdulillah yg penting sihat kan, boleh je nak tepek xde masalah. Cubalah mana tahu menjadi, saya pun dapat dari pakcik gugel je.

1. Minum air glukos original semasa kandungan nak masuk 9 bulan

2. Minum susu kambing semasa mengandung

3. Jangan makan jeruk semasa mengandung

4. Jangan makan junk food

5. Jangan makan kacang parang.

6. Makan makanan yang kaya dengan vitamin D cth seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu & telur mentega, minyak ikan kod, hati, susu, ikan salmon , sardin, ubi kentang, tuna & minyak sayuran.


7. Elakkan minum ais.


8. Makan epal hijau, anggur dan buah delima


9. Minum susu yang dikisar bersama kurma.


10. Elakkan makan kerang


11. Elakkan makan mee segera


12. Amalkan minum jus pegaga


13. Elakkan makanan yang mengandung MSG- Bahan perisa tambahan


14. Elakkan minum air berkarbonat.


15. Kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti betik, lobak merah



afira Publish time 3-6-2013 07:59 AM

anmum3 posted on 31-5-2013 05:52 PM static/image/common/back.gif
ooh, dah besar dah baby hehe, alhamdulillah yg penting sihat kan, boleh je nak tepek xde masalah....

wahhhh tuh dia!!! mohon print bleh? senang nak wat rujukan... thanx so much ye!! {:thumbo
Pages: [1] 2
View full version: Baby Jaundis (Kuning), Penyebab Dan Cara Mencegah


ADVERTISEMENT