CariMalay posted on 26-5-2012 08:44 PM

terlalu pendek. macam mana nak jadi tinggi?

aku malas nak wat drama kat sini. kang ada yg ngantuk pulak. baik aku terus terang je rasanya.
camni, aku punya ketinggian 160 cm dan 5,4 kaki kalau tak silap aku. aku masih ingat, aku berhenti membesar masa umur aku 12 tahun dan pada masa tu,   ketinggian aku 160 cm dan 5,4 kaki. Sekarang ni, umur aku dah genap 18 tahun, selalu jugak aku ukur ketinggian aku, tapi langsung tak membesar walau sikit pun.

ayah aku dalam 162 ~ 163 cm camtu, kakak aku sama tinggi ngan ayah aku, abang aku dalam 166~ 167. mak aku 156~157 cm.

kalau korang nak tahu, akulah orang terpendek dalam kalangan keluarga aku dan jugak sedara mara aku. sedih dan malu jugak bila ada adik2 sedara aku perli2 aku kata aku ni pendek padahal aku lahir dlu dari dorang. tapi apa nak buat, aku terangkan kat dorang bukan aku yg nak jadi pendek. semua Allah yg buat. terdiam terus dorang.

so, apa yg aku dah lakukan utk jadi tinggi?

1. aku pernah bergayut setiap hari selama 1 bulan, memang aku rasa aku jadi tinggi sikit, tapi aku rasa lepas tu aku jadi pendek balik. terus aku benti buat. tak tahulah kenapa.

2. aku pernah telan 2 jenis pil kapsul beli dari farmasi. jenis pertama, kuatkan tulang. jenis kedua tak silap aku bagi hormon. aku terus pakai ubat tu selama 3 bulan masa umur aku 15 tahun. tapi memang menghampakan, macam tak ada apa2 kesan. apa yg aku tahu lagi, nak jadi tinggi ni kurang berkesan dengan cara telan2.

3. minum susu. aku pernah minum susu tepung khas untuk orang dewasa  selama 1 tahun tiap2 pagi masa nak pergi sekolah masa umur aku 15 tahun. tapi masih tak beri sebarang kesan.

selepas terkilan dengan semua hasil kerja keras aku tak berhasil selama bertahun2, aku pun berhenti buat benda2 tu lepas umur aku 16 tahun sampai lah sekarang, 18 tahun. tapi sekarang, aku tiba2 masih tak berpuas hati dan masih meracau2 cari jawapan utk jadi tinggi.

selepas search punya search kat google, aku terjumpa yg ada ahli body builder ambik satu ubat injet. nama benda tu Human Growth Hormone (HGH). abang aku pun salah seorang ahli body builder, tapi aku tak pasti kalau dia ada ambik. kalau dia ada ambik pun dia takkan bagitau aku. memang abang yg tak guna.

so, soalan aku sekarang, aku dapat rasa dengan cara ni memang akan berkesan. cuma aku risaukan side efet dia, kesan sampingan.

kepada sesiapa yg tahu pasal HGH nih dan pernah buat pastu berkesan, boleh tak share skit kat sini ? kat mana aku patut ambik dan mahal ke kos dia? boleh dapat kat farmasi atau hospital/klinik? kalau nak nombor telefon aku, aku boleh bagi. aku duduk area selangor.

tagas posted on 26-5-2012 09:09 PM

Terimalah seadanya..org pendek murah rezki..:C

bzzts posted on 26-5-2012 09:11 PM

bukan pendek. tapi rendah.

MinyakAngin posted on 26-5-2012 09:13 PM

aku pun nak tinggi:D

Munnalicious posted on 26-5-2012 10:45 PM

Biasanya org pendek n kecik molek ni comel n cute. Malah kelihatan lebih muda. Tinggi2 sgt pon x seronot jugak. Mana ada pendek lah mcm tu. Standard ja aku tgk. Nak jadi pramugari pon boleh je lepas... ~

exclusive_vvip posted on 26-5-2012 10:51 PM

TT ni lelaki ke pompuan ?...terimalah seadanya pemberian Allah...HE knows best...macam i dulu time skolah rendah kategori tinggi...time beratur kat perhimpunan pon, belakang2 je ssb tinggi...tapi msuk skolah menengah tinggi i stop takat 5 kaki 1 @ 2, camtu je...frust gak i...penah gak terfikir nak makan pil hormon...tapi skrg takpe la, sbb i dpt husband yg x berapa tinggi...

CariMalay posted on 27-5-2012 03:39 AM

aku lelaki bukan perempuan.  aku nak jadi tinggi ni bukanlah nak lawan kuasa Tuhan. tapi, orang yg memikul beban tu sendiri yg akan rasa azabnye.
disebabkan terlalu banyak penghinaan yg aku terima dan selalu jadi bahan lawak jenaka macam badut takde perasaan oleh kawan2 sebaya ngan aku, sedara mara dan termasuklah adik beradik aku, aku sekarang ni nekad nak jadi tinggi.

kenapa aku tak senormal macma orang laen? kenapa aku selalu jadi bahan lawak/lepaskan geram bila cuba nak bergaul dengan kumpulan rakan sebaya yg majoriti tinggi2 belaka? kalau aku tak layak, dengan sape lagi aku nak berkawan?

evlinne posted on 27-5-2012 10:11 AM

Kesiannya hidup ko. Takpe, aku memahami. Hey, aku pun rendah. 5'3 ft je. Tapi, aku perempuan la. Aku pun masih nak tinggi walapun dah capai umur 17 tahun. Ada perempuan yg masih membesar w/pun dah 20 tahun. Aku harap aku termasuk dlm kategori ni, hihi.

marvelez posted on 27-5-2012 05:37 PM

ko  minum susu dewasa ape mse umo 15 tu? ensure kahh?

rockysha69 posted on 28-5-2012 05:20 PM

awak nie lelaki ke...klu pompuan 160cm 2 cukup tinggi 2..berbanding Rocky nie cuma 149cm je...mmg la setiap kali tgk org tinggi mesti jeles,kadang2 rasa mcm kita nie x sempurna,x mcm org lain kan...byk cara ada sebenarnya...bukan dgn berserah je...byk wang anda byk pula peluang:lol:...antaranya ubat ketinggian china,suntikan,msukkan lapik kasut yg mrangsang ketinggian...sapa x nak tinggi beb..Rocky klu banyak wang...musti banyak tinggi...hehe:lol:

aechae posted on 28-5-2012 11:14 PM

160 tu xla pendek mna....kdg2 faktor dressing tu pn bg pengaruh jugak agar kelihatan rendah ke x...


aku pmpuan, 150cm je...bila pkai heels yg x smpai 3 inci pn aku rsa la..jln sblah partner aku , bahu n mata kami jd 1 level je...mkna nya partner aku tu pendek la ye?:'(....

CariMalay posted on 29-5-2012 02:25 AM

ko  minum susu dewasa ape mse umo 15 tu? ensure kahh?
marvelez Post at 27-5-2012 17:37 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   dutch lady kot rasenye. aku x brapa ingat

CariMalay posted on 29-5-2012 03:10 AM

oo bru aku tau. korang sangka aku ni pompuan sebab aku punye gambar profile rama2 jantung tu yek? takpe nanti aku tukar. hikhikhik

purple_orchid posted on 29-5-2012 03:24 PM

patutnya masa kecik tuh ko dah telan putih telur byk2
kalo gayut lama2 pun tgn ko yg panjang, bukan badan..heheehehe

cam aku 12 thn dah 168cm..malu woooo
kira dah tak tinggi lg dah...syukur

aku rasa ko kene tuko cara berpakaian supaya tak nampak rendah
jgn pakai suar senteng nampak stokin lak nnt
kang org kata giler apa mamat nih...gurau ajelah (sbb kwn laki aku rendah, nak nampak tggi dia pakai saur senteng...sabo ajelah)

RuL469 posted on 29-5-2012 07:00 PM

aku pun rendah jugak..huhu

CariMalay posted on 30-5-2012 05:34 AM

Post Last Edit by CariMalay at 30-5-2012 05:35

oh yeeee sape pernah try bendaalah nih, http://www.tambahketinggian.com/index.php?ref=afym

tak silap aku benda tu macam tempat lapik kasut pastu ade duri2?! entahla. tapi sesape pernah  try, boleh bagi komen skit tak?

JohnDeSouza posted on 31-5-2012 05:33 PM

tiap2 hari lompat2

jengok la web ni mana la tau berhasil

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/43

melantak la gandum dr sekarang! gud luck

JohnDeSouza posted on 31-5-2012 05:36 PM

tiap2 hari lompat2

jengok la web ni mana la tau berhasil

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/43
gud luck

JohnDeSouza posted on 31-5-2012 05:41 PM

tiap2 hari lompat2

jengok la web ni mana la tau berhasil

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/43
gud luck

CariMalay posted on 2-6-2012 08:17 AM

tiap2 hari lompat2

jengok la web ni mana la tau berhasil



melantak la gandum dr sekarang! g ...
JohnDeSouza Post at 31-5-2012 17:33 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   mekasih atas info yg best lagi berguna tu. mgkin satu hari nanti bila aku dah ada anak aku akan didik anak aku makan gandum. tapi aku dah 18 tahun, harapan untuk jadi tinggi pun dah macam makin kurang. tapi demi cintaku pada ketinggian, walau papepun aku akan try jugak..

ghettoVet posted on 2-6-2012 01:23 PM

Semua org dlm keluarga ko rendah2... Ni namanya genetic ler... Tkleh lawan la..

tapi, growth hormone deficiency pun boleh jadi juga... Tengok MESSI... Dah berapa lama dia dok ambik growth hormone injection... Club Barcelona dok support cost ubat tuh... Takda la dramatic improvement ketinggian dia kan? Dok kecik macam tuh jugak, tp still lincah terer main bola...in his case, dia mmg diagnose kurang growth hormone-(kelenjar pituitari dlm otak dia tk rembeskan growth hormone)...dia ambik growth hormone injection bukan untuk tinggi- tapi nk maintainkan kesihatan- otak, jantung, muscle etc...

So, kalau nk tinggi growth hormone is not the answer!! Janganla memandai cari jugak beli kt black market ker apa..  Lg byk problem nanti... Lg pun griwth hormone ni dlm bentuk injection bukan ubat...

Tapi kalau concern jugak, pegi jumpa pakar Endocrinologist, buat test dulu
http://en.wikipedia.org/wiki/Growth_hormone_deficiency

CariMalay posted on 3-6-2012 02:21 PM

Post Last Edit by CariMalay at 3-6-2012 14:27

Semua org dlm keluarga ko rendah2... Ni namanya genetic ler... Tkleh lawan la..

tapi, growth horm ...
ghettoVet Post at 2-6-2012 13:23 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   aku TAK rasa semua orang dalam keluarga aku rendah2 sebab abang aku memang 167 ke atas. aku tak pernah tengok dia ukur dia punya  ketinggian. mungkin 167, mgkin 170. tapi aku gerenti takkan bawah 167 dan ape yg aku cakap ni bukan tokok tambah perisa ajinomoto. aku memang cakap 100% benar dan takde tokok tambah. memang tu ketinggian dia.
aku pernah browse dalam internet terjumpa byk web kata injet growth hormon memang wujud dan berkesan. tapi untuk budak2 je ?! tu aku tak pasti. tak caye cuba cari sendiri kat google tu.

ade sorang bapak sedara aku umur 45+, dia tinggi cam bapak aku. mak dia rendah skit je ngan aku. tapi anak dia sebaya ngan aku umur 18 tahun tinggi setinggi2 nye. bila aku berdiri sebelah dia, paras dagu dia je. dah la hensem, tinggi berotot, bila berdiri kat sebelah dia aku rasa diri aku ni kerdil sgt2 dan hina walaupun dia tak pernah sesekali menghina aku. so aku tak rasa ketinggian faktor genetik semata-mata

aku rasa org2 yg tinggi dan takleh faham camne perasaan sedih org bertubuh rendah  ni baik jgn bagi komen la  kat sini...

noor2 posted on 3-6-2012 02:36 PM

ada lelaki tinggi 150+ juga..kira 160 tu tak de la rendah sangat..ok la tu dik...janganla tertekan sangat fikir bab ketinggian ni.....

miyoma posted on 3-6-2012 04:57 PM

ingat tinggi best ke{:fainto

ajis_kg posted on 3-6-2012 11:00 PM

ermmm.. aku dulu pon pendek jugak.. family aku seme pendek.. mak n ayah.. kakak2.. lepas spm aku sajer2 tanye kawan aku.. die kate.. ko exercise jer.. aku bangun pagi panjat kolah air dlm bilik air tuh.. pastu bergayut... abis bergayut2 aku sentap2 kaki.. nak bagi belen panjang kaki ngan tubuh.. aku buat dlm setahun lebih.. now aku dah 181cm... dulu 150++ something lah.. tapi mesti kuat semanggat.. usaha.. jangan dok berangan jer lebih.. chai yuk:lol:
Page: [1] 2 3
View full: terlalu pendek. macam mana nak jadi tinggi?