telfast posted on 9-7-2012 01:33 PM

Nissan Serena vs Exora

nak tanya sesapa yang sedang pakai serena. currently pakai waja, tapi family dah bertambah dan anak makin besar jadi mula dengar anak2 bergusti kat belakang sebab sempit.

terpikir dua option - Nissan Serena / Exora. Mana satu space besar and convenient? Innova tak berkenan sebab macam tapir pencen ;)

maintenance wise cemana? saper2 yang pakai exora gold, performance? fuel consumption?

dainese posted on 9-7-2012 02:20 PM

yg penting bajet mcmna bro..jauh beza pric serena dgn exora nih bro...:D

zulka posted on 9-7-2012 02:31 PM

mcm langit dgn bumi je beza dia.....nissan serena tu dah sama level dgn Innova/estima/ODC...
dari segi space dan CC....dah jauh sgt bro.... huhuhuhu
kalau ko nak buat perbandingan ezora ni dgn grand livinake?...avanza ke? bolehla tahan lagi...

asam_boi posted on 9-7-2012 03:58 PM

Reply 1# telfast


klau nak price compare tt....harga nissan serena second hand tahun 2008 lebih kurang sama dgn harga exora prime baru... :D

Gadjet posted on 10-7-2012 08:59 PM

kawan dah pkai exora lebih kurang 4taun..so far ok la...pasal maintanen die...xlah berat sgt..
cume ade beberape part yg byk kali tuka...mcm abs sensor...aircon sensor..tu je la yg jdi masalah pnguna exora ni..but underwarnty lagi..no hal la..but after dah abs waranty kene la kuar duit sndri...heeeeeee

mozaiakis posted on 10-7-2012 11:15 PM

comparison yang tidak munasabah :-D

Rocketra posted on 11-7-2012 05:04 PM

Family aku guna serena highway star dari tahun 2002-2010 manakala proton exora aku penah tgk ajalah tak penah test drive,so nak compare dengan telus memang tak boleh la,cuba dari pandangan aku,kalau compare space,kompom2 serena besar banyak lagi dari exora.Sepanjang 8thun menggunakan sarena tuh,memang tak penah langsung ada problem apa apa,mungkin sebab bapak aku jenis servis on time..dari segi enjin,memang sr20de power to weight ratio amat kena sangat dah dengan body serena ni..pick up ok jek walaupun van ni agak besar,exora kalau campro bukan turbo aku xleh nak bayang ler cemana enjin dia nk bawak body exora tuh sebab kakak aku guna gen2 campro auto pon dah rasa semcam ja berat .. kk..opis dah nk tutup..nanti smbung review..haha

panzer posted on 11-7-2012 05:21 PM

Family aku guna serena highway star dari tahun 2002-2010 manakala proton exora aku penah tgk ajalah  ...
Rocketra Post at 11-7-2012 17:04 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Aku hanya pernah sewa Serena ni, tapi macam kuat minyak je.
Or maybe sebab tu keta sewa (banyak tangan guna)?

Rocketra posted on 12-7-2012 11:16 AM

bab minyak ni agak relatif...bergantung pada pemanduan dan bebanan dlm keta jugak la kan.. bagi aku still economical ..

jofizo posted on 12-7-2012 02:10 PM

nak beza dua2 tuh memang jauh beza la.......

kalau ikut price serena tuh compare dgn innova atau starex......

maja07 posted on 12-7-2012 04:16 PM

Tak puas hati la Serena, ntah bila nak tukar model.

Nadim posted on 12-7-2012 04:30 PM

Innova tak berkenan sebab macam tapir pencen ;)
telfast Post at 9-7-2012 13:33 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Tapir pencen....wakakakakaka... {:1_530:}{:1_530:}{:1_530:}

panzer posted on 12-7-2012 04:41 PM

Tak puas hati la Serena, ntah bila nak tukar model.
maja07 Post at 12-7-2012 16:16 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


Tu la pasal. Jepun dah pakai model baru Serena 2 kali dah.
(Model kat Malaysia sekarang ni dah ketinggalan 2 version)

nazad posted on 12-7-2012 08:01 PM

Reply 1# telfast

soalan ni tepat kena pada aku dan aku rasa aku antara yang layak menjawabnya sebab aku baru je sebulan beli Serena 2nd hand tahun 2008 (latest facelift) dengan trade in Waja Campro 2007. Aku sama macam ko anak dah bertambah jadi 4 orang dan perlukan MPV dan aku pun tak suka Innova, bahkan aku tak berkenan dengan Exora walaupun dah test drive 2 kali (CPS dan Bold CFE).

Aku cari MPV senang je sebab ciri yang aku nak:
1- Luas dan bersaiz besar, tapi bajet paling tinggi enjin 2.0. Kalau lebih maka roadtax pun lebih tinggila.
2- Ada sliding door. MPV 2.0 yang ada ciri ni di Msia dua je, Serena dan Mazda5, tapi Mazda5 lebih kecil 3rd row.
3- Seat 3rd row mesti boleh split dua (Grand Livina tak boleh).
4- Ada aircond untuk penumpang belakang.   
5- Bajet hanya 80-90k. Aku takkan beli kereta/MPV lebih dari itu, lebih baik beli aset (macam rumah/tanah).

Ciri paling best Serena ialah seat 2nd row boleh pusing mengadap tepi (ke dalam) dan belakang, fleksibel la.

Setakat ni memang puas hati walaupun Serena 2nd hand, tapi enjin smooth, tip-top dan interior exterior macam baru, see to believe. Memang betul lah setengah orang cakap, beli 2nd hand kereta Jepun lebih baik daripada beli Proton baru.

otai_g posted on 13-7-2012 01:54 AM

pernah naik exora dan pd pandangan aku exora x la seteruk spt disangkakan..

walaupun org kata kereta jepun bagus2, tp depends jgk.

my ex-opismate trade in avanza dan amik exora dan dia ckp sgt x menyesal...

err avanza kira ada bau2 japan la gak kan? :lol:

along7576 posted on 13-7-2012 10:51 AM

Reply  telfast

soalan ni tepat kena pada aku dan aku rasa aku antara yang layak menjawabnya seba ...
nazad Post at 12-7-2012 20:01 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

kes saya pun mcm nazad juga. dulu pengguna waja 2005 dan trade in beli new serena comfort harga Rm136k. beli tahun 2009. alhamdulillah xde apa-apa problem dengan serena. dari segi keluasan, mmg luas siap anak2 boleh golek2 dlm tu kalau seat belakang lipat. SC nissan kata serena sama luas dengan alphard. FC kuat sikitlah lebih kurang RM0.20/km. kereta saya baru habis warranty 3 tahun dan insyaallah rasanyer pakai jerlah keta ni hingga habis loan hehe..

zulka posted on 13-7-2012 11:47 AM

minggu lepas aku balik JB (spg renggam)
dgn kelajuan yg dihalalkan kerajaan....kadang2 tertekan gak smpai 150kmh...;P
dari rumah (rawang) aku isi RM60, smpai spg renggam minyak dah nak abis..(kira habisla tu)
esok nya  balik KL..isi lagi RM60...smpai rumah ada lagi setakuk....so aku anggarkan kos minyak aku pergi/balik RM110....ok lah takdelah kuat sgt dgn muatan penuh 7 org dewasa...
aku konvoi dgn adik aku (bawa waja) minyk dia RM90.... beza RM20 je dgn MPV... fikir2kan lah...

- tapi aku bukan pakai serena la....tapi kete jepung la juga.... hehehe ;P

maja07 posted on 13-7-2012 12:00 PM

Reply 16# otai_g


   Avanza ni bau Indonesia lagi kuat dari Jepun.

maja07 posted on 13-7-2012 12:02 PM

kes saya pun mcm nazad juga. dulu pengguna waja 2005 dan trade in beli new serena comfort harga  ...
along7576 Post at 13-7-2012 10:51 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   Adus! Cam mana Serena lebih besra dari Alphard tu? Terutamanya versi Serena jyang di kual kat Malaysia

mozaiakis posted on 13-7-2012 05:53 PM

minggu lepas aku balik JB (spg renggam)
dgn kelajuan yg dihalalkan kerajaan....kadang2 tertekan gak ...
zulka Post at 13-7-2012 11:47 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    brother zulka bukan pakai innova ke :o

sawi posted on 14-7-2012 12:37 PM

serena baru x masuk malaysia lg ni.. kalo masuk sambar je sbb bentuk dia ala2 alphard hehehehe

nazad posted on 16-7-2012 01:14 AM

lagi satu nak tambah, enjin 2.0 CVTC Serena ni memang best, bawak 110km/j baru 2200 je RPM, minyak memang le kuat sikit daripada Waja kalau bawak dalam bandar, itu sudah jangka sebab MPV lebih besar dan berat daripada kereta sedan, tapi highway memang jimat sebab low RPM..

adikha10 posted on 22-8-2013 12:55 PM

assalamualaikum...

Serena baru dah ada dalam pasaran. Tunggu punya tunggu nak tgk berapa dia jual.. sekali RM149k.. jauh dari budget... cari estima harga bawah RM120k dapat lah tahun 2003-2005 dah 7 tahun pakai.. sekali cuba cari serena dapat RM100k tahun 2011.. memang masih baru dan ambik di dealer nissan owner lama ambik serena baru.. sebelum raya tu hari.. buat masa ni Alhamdulillah puas hati.. anak yg 6 org tu pun gembira keadaan lebih selesa dari avanza kami tahun 2007.. belum cuba jalan jauh lagi.. paling jauh tg karang ke nilai.. minyak mmg agak lebih 6sen/km berbanding avanza.. tapi boleh kompromi dengan keluasan dan keselesaan yg ditawarkan.. Alhamdulillah..

PitMie posted on 23-8-2013 09:58 PM

Aku rase agak jauh beza comparison sbb dari segi harga, mmg sah2 ke Nissan Serena....cuma tak pasti TT nak tau ttg Serena latest atau Serena yg sblm neh...yg second hand etc that is. Kalau dari segi power or performance, aku rase lebih kurang je walaupun cc lebih ke Serena sbb 2.0 CVTC dari segi hp & Nm takde la impressive mana...BOLD pun okay je tp bg aku sori la kalau aku rase 2.0 CVTC Nissan lebih save fuel dari Exora BOLD. My sis' verdict ttg BOLD dia ialah Exora agak makan minyak, that's why dia ke KL dari Kedah 2-3 hari lepas naik Wira je tak naik Exora sbb kuat minyak katanya. Kalau tanya staf sorg yg pakai Serena, tak makan minyak sgt rasanya...tp ini bukan personal experience la.



Kalau Exora vs Grand Livina mcm makes sense gak to compare, tp kalau Exora vs Serena esp the latest agak tak sesuai sbb space wise & overall quality of course to Nissan Serena....utk jangkamasa panjang that is.

dineyta posted on 20-9-2013 11:32 AM

adikha10 posted on 22-8-2013 12:55 PM static/image/common/back.gif
assalamualaikum...

Serena baru dah ada dalam pasaran. Tunggu punya tunggu nak tgk berapa dia jual ...

waalaikumsalam,

untuk maintenance mahal tak? saya rancang hendak beli serena second hand tapi tak pasti lagi. samada exora baru atau serena second hand. kalau ada sesiapa yang boleh beritahu harga untuk maintenance selalunya berapa rm? nak buat kira-kira :loveliness:
Page: [1]
View full: Nissan Serena vs Exora