Melaka Negeri Terselamat..
Melaka Negeri Terselamat.. tapi Rumah exco dipecah masuk kerugian RM200,000http://2.bp.blogspot.com/-1N1mf1XV_fs/UBFQcwEicqI/AAAAAAAAfbk/VDuKOpLk6qg/s640/Melaka+selamatnyaaa.png
MELAKA, 26 Julai ¡ª Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka Datuk Latif Tamby Chik kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk tiga lelaki, Selasa lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata ketika kejadian pada 11.45 malam itu di rumah Latif di Jalan Datuk Palembang Bukit Baru di sini, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Teluk Mas itu tiada di rumah kerana menunaikan solat tarawih di masjid berhampiran manakala isterinya berada di rumah jiran.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki dipercayai rakyat tempatan berusia antara 20 dan 30-an itu menggunakan kenderaan mewah dan memakir kenderaan berkenaan di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk rumah itu.
¡°Ketiga-tiga suspek masuk melalui tingkap di hadapan rumah dengan memecahkan jeriji sebelum menyelongkar rumah itu,¡± katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata kehadiran ketiga-tiga lelaki terbabit disedari isteri mangsa yang ingin memasuki rumah itu.
Suspek melarikan diri bersama kenderaan mewah menggunakan nombor pendaftaran palsu, katanya.
Raja Shahrom berkata mangsa kehilangan beberapa barangan kemas, beberapa utas jam tangan berjemana selain wang tunai yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM200,000.
Beliau berkata kes pecah rumah itu merupakan yang ketiga berlaku sepanjang enam hari berpuasa dan dipercayai dilakukan kumpulan sama.
Kes pertama melibatkan rumah bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Long di Taman Sentosa di sini pada Isnin dan kes kedua melibatkan jiran Ahmad pada hari sama.
Sehubungan itu katanya polis Melaka menubuhkan unit khas anti pecah rumah bagi menjejaki anggota sindiket itu dan pihaknya menyeru orang ramai melaporkan kepala polis sekiranya melihat kenderaan mewah yang mencurigakan. ¡ª Bernama
http://1.bp.blogspot.com/-WGatuPRY6SE/UBFQtnU4-xI/AAAAAAAAfbs/0ere01vjRco/s640/Melaka+selamatnya.png
Selamatnyaaaa Melaka.. kah..kah..kah..
Dimanakah tempat yang paling selamat dimukabumi ini,yang bebas dari jenayah? rashiman posted on 27-7-2012 08:36 AM static/image/common/back.gif
Dimanakah tempat yang paling selamat dimukabumi ini,yang bebas dari jenayah?
di Pavillion KL,
seperti yg telah dibuktikan oleh menteri dalam negeri
Baca ayat dalam keratan tu elok-elok...jangan buat bodo jaja headline tu je... Tiada tempat yang selamat, duit masjid pun penyamun berani rembat... dosa pahala letak tepi...
Maksud negeri selamat bukan bermakna tiada langsung jenayah yang berlaku, cuma kadar indeks jenayah yang rendah berbanding negeri-2 lain... Kes rumah exco kena pecah masuk ialah sebahagian indeks jenayah yang biasa... Nadim posted on 27-7-2012 09:58 AM static/image/common/back.gif
Baca ayat dalam keratan tu elok-elok...jangan buat bodo jaja headline tu je... Tiada tempat yang sel ...
Beliau berkata kes pecah rumah itu merupakan yang ketiga berlaku sepanjang enam hari berpuasa dan dipercayai dilakukan kumpulan sama.
uissshhhh klau cmni kurang ka jenayah kt melaka?
Allah Maha Besar... zaman Rasulullah pun kes jenayah berlaku... boleh ke nak kata Rasulullah tak reti buat kerja... hehehe... ;P cipOt_cedOt posted on 27-7-2012 02:46 PM static/image/common/back.gif
Allah Maha Besar... zaman Rasulullah pun kes jenayah berlaku... boleh ke nak kata Rasulullah tak ret ...
so masalahnya sekarang jagn main politik kes jenayah...org akan alert benda ni okk.. myvia posted on 27-7-2012 02:52 PM static/image/common/back.gif
so masalahnya sekarang jagn main politik kes jenayah...org akan alert benda ni okk..
sebuah negara ke negeri kena la kasi jaminan keselamatan kepada penduduk dan pelancong...
Melaka kan ke negeri pelancongan... takan kerajaan sana nak kata "Datang la negeri kami... walaupun tak selamat tapi datang la jugak..."
tak ke bodoh tu... hehehe...
sepatotnya orang cerdik pandai kena tahu bezakan kenyataan berunsor diplomatik dengan kenyataan berunsorkan politik...
bagi aku kenyataan Melaka Selamat tu berunsorkan diplomatik jer... memberi rasa selamat kepada semua pengunjong... belakang cam besa la... polis buat kerja itu polis punya kerja...
serupa macam selangor kata air cukOp... samada betoi cukOp ke tak cukOp ke itu belakang punya citer...
moral of the story... ko punya kenyataan tu yg berbaur politik... hehehe... ;P
cipOt_cedOt posted on 27-7-2012 04:41 PM static/image/common/back.gif
sebuah negara ke negeri kena la kasi jaminan keselamatan kepada penduduk dan pelancong...
Melak ...
ooo kitab umno mcmni bleh tipu untuk diplomatik...baru ku tahu...:lol:
myvia posted on 28-7-2012 07:56 AM static/image/common/back.gif
ooo kitab umno mcmni bleh tipu untuk diplomatik...baru ku tahu...
ko ni bodoh ke bangang... tapi aku rasa mungkin juga bahalol... heheheh...
aku ka memang amalan sesebuah negeri dan negara... yang ko jumudkan dengan UMNO ni kenapa... heheheh... even Selangor yang under PR pun memberi jaminan air cukOp even pakar dan NGO kata tak cukOp...
Amerika juga berikan jaminan keselamatan terhadap rakyatnya walaupun rate jenayah kat sana tinggi smapai kat sekolah pun bebudak bole hbawak ak47 tembak orang sebab kena buli...
itu la jadinya bila asyik makan taik orang politik... otak jadi taik asyik pikir politik jer 24 jam... hehehe... ;P
Page:
[1]