nutristation Publish time 29-3-2013 03:59 PM

[Share] Ibubapa + Anak = Keluarga Bahagia

Anak adalah anugerah yang sangat berharga. Oleh itu, ibubapa seharusnya mencorakkan anak dari kandungan ibu lagi. Dan ibubapa juga harus memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang baik, menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak. Sama-samalah kita mengasuh dan mendidik anak-anak kita dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Bayi:

[*]8 Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir

Kesihatan Kanak-kanak:

[*]Diapers Dan Penjagaan Kebersihan
[*]Kesihatan bayi melalui warna najis
[*]Kanak-kanak Memang Sering Sakit Perut
[*]Fakta Tentang Kutu
[*]Kenali masalah kulit bayi anda
[*]Kanak-kanak obes berisiko gemuk bila dewasa
[*]Ruam Lampin
[*]Bahaya pneumokokal

Pemakanan Kanak-kanak:

[*]Memberi Bayi Makanan Pejal Terlalu Awal Dikaitkan Dengan Risiko Obesiti
[*]Garam Dalam Hidangan Anak

Kesihatan Mental Kanak-kanak:

[*]Membina Harga Diri Kanak-kanak
[*]Kembangkan minda anak berusia 2 hingga 5 tahun

Kehamilan:

[*]Diet untuk kehamilan yang sihat
[*]Diet untuk kehamilan yang sihat
[*]Ibu Sebar Bakteria, Virus kepada Bayi
[*]Kafein Semasa Hamil Boleh Membahayakan Bayi Dalam Kandungan


Disclaimer: All content provided is for general information only, and should not be treated as a substitute for the medical advice of your own doctor or any other health care professional.
Last edited by nutristation on 18-6-2013 01:51 PM

nutristation Publish time 3-5-2013 11:53 PM

Diapers Dan Penjagaan Kebersihan

1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).

3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.

4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.

5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.

Last edited by nutristation on 4-5-2013 12:05 AM

nutristation Publish time 4-5-2013 12:07 AM

Kesihatan bayi melalui warna najis

Pernahkah anda bimbang bila najis bayi bertukar warna daripada kebiasaannya warna kekuningan bertukar kelabu ataupun hijau? Apakah perubahan ini normal atau sebaliknya? Umumnya, najis bayi mungkin berubah-ubah kepada warna-warna seperti kuning, coklat, hijau, merah dan kelabu. Melalui warna-warna inilah anda mengetahui sistem pencernaan bayi normal ataupun tidak.

Berikut anda boleh mengenali najis bayi melalui warnanya:-
Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).

Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul (yang dihisap oleh bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.

Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini mungkin datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak, maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari. Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi sendiri, kemungkinan lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus. Jika ini berlaku ia perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.

Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik, kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.

Kekerapan Membuang Najis
Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya pada minggu keempat dan kelima yang pertama. Biasanya dalam sehari bayi mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Bayi menghisap susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang najisnya bahkan ada yang hingga 7 kali sehari. Jangan bimbang ini adalah normal jika bayi tidak mengalami masalah kesihatan.


Last edited by nutristation on 4-5-2013 12:08 AM

nutristation Publish time 4-5-2013 12:32 AM

Diet untuk kehamilan yang sihat [part 1]

Kemaskinikan diet anda semasa kehamilan
Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.

Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:

[*]dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;


[*]segulung kuih popia (tidak digoreng);


[*]tosai kosong (tanpa kuah atau kari);


[*]sekeping keju dengan roti.


Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:


[*]Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.


[*]Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.


[*]Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.


Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.
Makanlah ikan-ikan yang sesuai

Pakar-pakar secara amnya mencadangkan wanita hamil dan kanak-kanak di bawah 16 tahun supaya tidak makan ikan jerung, ikan todak atau mersuji kerana mungkin ia mengandungi tahap merkuri yang tidak selamat. Anda juga perlu elakkan ikan yang memakan di dasar seperti ikan duri kerana mungkin mereka makan bahan pencemar.

Mereka juga menasihatkan wanita hamil dan menyusu, dan mereka yang bercadang untuk hamil, supaya makan tidak lebih daripada empat biji tin tuna bersaiz sederhana atau dua keping stik tuna segar dalam seminggu. Nasihat ini adalah berdasarkan dua biji tin bersaiz sederhana dengan berat bersih 140g setin dan stik tuna segar yang mempunyai berat 40g apabila dimasak atau 170g semasa mentah. Anda juga boleh memilih sardin, ikan bilis dan makerel (selalunya dalam hidangan ikan bakar) kerana ikan-ikan yang lebih kecil ini juga mempunyai kandungan minyak yang tinggi).

Ikan mengandungi protin, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi anda jika anda langsung tidak mengambil ikan. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai faedah ikan untuk pembesaran bayi anda dan bagaimana mendapatkan keseimbangan ikan yang sesuai dalam diet anda.


Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai

Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:

[*]Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.


[*]Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.


[*]Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.


[*]Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.


[*]Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.


[*]Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.


[*]Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.


[*]Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.


Jika anda mahu minum alkohol semasa kehamilan, pakar mencadangkan supaya anda minum tidak lebih daripada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu dan jangan minum sehingga mabuk.

Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.


nutristation Publish time 4-5-2013 12:35 AM

Diet untuk kehamilan yang sihat [part 2]

Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai

Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.

Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.

Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.

Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar.

Jangan berdiet

Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat.

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.

Tambahkan berat badan secara perlahan

Penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Walaupun berat anda akan diambil ketika anda berjumpa dengan doktor anda, ingatlah bahawa tiada bukti penambahan berat badan memberi kesan kepada kesihatan bayi anda.

Purata tambahan berat badan semasa kehamilan adalah di antara lapan kilo dan 15 kilo. Tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat: banyak karbohidrat, banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, protin dalam jumlah sederhana dan lemak dan gula dalam jumlah sedikit.

Apabila berat badan anda bertambah, jumlah pertambahan juga adalah penting. Ramai wanita hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama dan akan meningkat secara berterusan, dengan jumlah paling banyak diletakkan pada trimester ketiga semasa bayi sedang giat membesar.

Makan hidangan kecil setiap beberapa jam

Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan setiap empat jam. Dan jika mabuk hamil, tidak suka makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, anda boleh cuba mengambil lima atau enam hidangan kecil daripada hidangan yang lebih besar untuk memudahkan badan anda menerima makanan.

Ingatlah bahawa bayi anda yang sedang membesar kerap memerlukan zat makanan, jadi jangan tinggalkan apa-apa santapan.

Last edited by nutristation on 4-5-2013 12:36 AM

nutristation Publish time 12-5-2013 11:45 PM

Memberi Bayi Makanan Pejal Terlalu Awal Dikaitkan Dengan Risiko Obesiti

Bayi yang diberi makan makanan pejal sebelum 4 bulan berisiko

Bayi yang diberi susu formula yang mula makan makanan pejal sebelum mereka mencapai usia 4 bulan adalah berkemungkinan untuk menjadi obes berbanding dengan yang mula lebih lewat, hasil dari satu kajian.

Penemuan ini menyokong panduan yang mengatakan ibubapa seharusnya menuggu sehingga bayi berada di antara usia 4 hingga 6 bulan untuk mula memberi mereka makanan pejal, kata Dr. Susanna Huh, seorang dari pengkaji utama dari Hospital Kanak-kanak Boston.

“Mematuhi garis panduan tersebut boleh mengurangkan risiko obesiti zaman kanak-kanak,” kata beliau.

Kajian terdahulu telah menunjukkan hasil yang bertentangan sama ada usia bayi mula makan makanan pejal berkait dengan peluang untuk menjadi obes apabila bayi meningkat usia. Ini terutama bagi bayi yang diberi susu formula, peralihan kepada makanan pejal mungkin bermakna satu peningkatan yang ketara dalam jumlah kalori yang diambil mereka.

Dalam kajian ini, Huh dan rakan-rakan membuat pemerhatian terhadap 850 bayi dan ibubapa mereka selama 3 tahun. Apabila bayi berusia 6 bulan, para pengkaji bertanya pada ibu sama ada mereka telah diberi susu ibu – dan jika ya, sudah berapa lama – dan bila mereka mula memberi bayi mereka makanan pejal, seperti bijirin, buah-buahan dan produk tenusu.

Apabila bayi tersebut telah berusia 3 tahun, pengkaji tersebut mengukur tinggi dan berat mereka untuk menentukan kanak-kanak mana yang obes, yang ditakrif sebagai berada dalam kalangan 5 peratus tertinggi dari berat badan ideal (BMI) bagi usia dan jantina mereka.

Bagi bayi yang diberi susu ibu untuk sekurang-kurangnya empat bulan, sebelum mereka mula makan makanan pejal, tidak menunjukkan mereka menjadi obes usia 3 tahun. Tanpa mengira bila mereka mula makan makanan pejal, bayi susuan ibu dalam kajian tersebut hanya berkebarangkalian 1 dari 14 sahaja untuk menjadi obes sebagai kanak-kanak pra-sekolah.

Tetapi penemuan itu, yang telah diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, menunjukkan perbezaan bagi bayi yang diberi susu formula bermula dari permulaan lagi, atau yang berhenti menyusu susu ibu sebelum usia 4 bulan.

Bayi-bayi tersebut mempunyai kemungkinan satu dari empat menjadi obes pada usia 3 tahun jika mereka makan makanan pejal sebelum usia 4 bulan. Jika ibubapa menuggu sehingga 4 atau 5 bulan, kemungkinan itu menjadi satu dari 20 sahaja.

Kemungkinan menjadi obes bertambah sekali lagi jika bayi-bayi tidak mula makan makanan pejal sehingga mereka sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hanya terlalu sedikit daripada bayi-bayi itu untuk pengkaji-pengkaji untuk membuat satu keputusan yang jelas tentang risiko menunggu lebih lama untuk memberi bayi makan makanan pejal.

Di seluruh dunia, para doktor telah mempromosikan pentingnya menyusu susu ibu dalam 4 untuk 6 bulan pertama bayi. Bagaimanapun, di Amerika kira-kira separuh daripada bayi telah diberi susu ibu kurang daripada 4 bulan, atau tidak diberi susu ibu sama sekali, menurut Centers for Disease Control and Prevention.

Susu ibu itu sendiri mengurangkan risiko bayi menjadi obes. Untuk bayi-bayi itu yang dibesarkan dengan susu formula, ia penting untuk ibubapa mereka menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya empat bulan sebelum memberi makan mereka makanan pejal, kata penyelidik-penyelidik itu.

“Tatkala ibu bapa mungkin mempunyai kesukaran menentukan jumlah yang betul untuk memberi makan seorang bayi yang tidak diberi susu ibu, ia mungkin juga ‘cara bayi-bayi itu makan dan belajar untuk makan mempengaruhi risiko obesiti mereka,’” kata Huh.

Dr. David McCormick, seorang pakar kanak-kanak di The University of Texas Medical Branch di Galveston, berkata yang masalah paling biasa beliau lihat ialah ibu bapa menambah bijirin kepada susu formula tanpa terfikir tentang tambahan kalori yang mereka beri kepada bayi mereka.

“Saya rasa itu adalah apa ramai orang lakukan tanpa disedari, berpendapat bayi itu akan menjadi semakin sihat atau membesar lebih cepat,” jelas McCormick, yang tidak terbabit dalam kajian tersebut.

“Itulah bagaimana (orang dewasa) menjadi terlebih berat,” katanya. “Mereka makan lebih sedikit daripada yang mereka sepatutnya setiap hari.”

Kajian tersebut menunjukkan berbicara dengan ibu bapa tentang bila untuk menambah makanan pejal bagi diet seorang bayi adalah sesuatu yang pakar pediatrik harus lakukan secara tetap, McCormick berkata. Memberi makanan pejal terlalu awal, sama ada bersama dengan susu formula atau berasingan, “ialah seakan menyediakan anak anda untuk obesiti.”

Lagi, katanya, “Kita tahu dari kajian lain bahawa jika anda terlebih berat badan atau obes pada usia 3 tahun, anda sangat berkemungkinan untuk kekal menjadi obes.”
Last edited by nutristation on 12-5-2013 11:46 PM

nutristation Publish time 12-5-2013 11:47 PM

Membina Harga Diri Kanak-kanak

Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?

Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?

Kanak-kanak ini :

[*]Mudah berkawan.
[*]Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru.
[*]Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan.
[*]Boleh mengawal perlakuan.
[*]Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain.
[*]Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif.
[*]Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi.

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?

Mereka :

[*]Tidak ceria.
[*]Kurang keyakinan diri.
[*]Perasaan tidak berguna.
[*]Sentiasa berasa letih dan penat.
[*]Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.
[*]Rasa rendah diri.
[*]Sering gagal di sekolah.

Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?

Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :

[*]Kasih sayang.
[*]Keselamatan.
[*]Panduan.
[*]Penghargaan.
[*]Galakan.

Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?

Anda harus :

[*]Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil.
[*]Berikan kasih sayang yang ikhlas.
[*]Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda.
[*]Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
[*]Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan.
[*]Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan.
[*]Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik.
[*]Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpamanya 'ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangimu.'

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak


[*]Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak.
[*]Memarahi atau mengherdik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain.
[*]Memanggil anak-anak dengan perkataan lembab, bodoh, malas dan sebagainya.
[*]Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak.

nutristation Publish time 12-5-2013 11:48 PM

Ibu Sebar Bakteria, Virus kepada Bayi

Bakteria dan virus boleh disebarkan ibu kepada bayi ketika melahirkannya dan pada minggu pertama kehidupannya. Walaupun banyak daripadanya tidak mengancam kesihatan bayi, ada sesetengahnya boleh menyebabkan masalah serius termasuk membabitkan kematian.

Ketika di dalam kandungan, bayi membesar dalam persekitaran yang ‘distenil’, tetapi sebaik saja membran ketuban merekah, mikrob masuk ke dalam persekitaran itu. Ia kemudian mendedahkan bayi kepada bakteria dan virus buat pertama kalinya.

Sebaik saja bayi meluncur keluar daripada rahim menerusi pangkal lahir dan masuk ke saluran peranakan, bayi bersalut dengan organisma yang berada di vagina atau kulit ibu. Ini termasuk bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.

Cecair tubuh termasuk darah yang melindungi bayi mendedahkan mereka kepada jangkitan seperti HIV atau hepatitis B dan C.

Laluan usus bayi akan ‘dijajah’ sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncul pada najisnya. Keadaan ini penting kerana ia membantu menstimulasi perkembangan sistem imun bayi.

Bakteria ini datang daripada ibu atau tempat lain dalam persekitaran seperti wad bersalin. Bayi yang lahir menerusi pembedahan tidak melalui saluran peranakan justeru dia lambat terdedah kepada bakteria sebegini.

Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi, ketika menyusu atau sewaktu ibu memegang bayi juga menyebabkan banyak bakteria dipindahkan kepada bayi. Sekitar 30 peratus bayi yang baru lahir terdedah kepada bakteria staphylococcus pada minggu pertama kelahirannya, tetapi bakteria pada kulit tidak mengancam kesihatan.

Bagaimanapun, kadang kala bayi terdedah kepada bakteria yang bahaya seperti MRSA (methicillin resistant staphylococcus aureus) atau streptococcus kumpulan B (GBS).

Seorang daripada empat wanita membawa bakteria ini dalam vaginanya walaupun tiada simptom. Kadangkala dia tidak tahu kewujudan bakteria itu. Bayi terdedah kepada bakteria berkenaan ketika sakit hendak bersalin atau ketika dilahirkan. Di United Kingdom, GBS adalah jangkitan mengancam nyawa yang paling biasa di kalangan bayi yang baru lahir.

Faktor yang menyebabkan GBS dipindahkan:


[*]Kelahiran pra matang (sebelum 37 minggu).
[*]Air ketuban pecah 18 atau 24 jam sebelum bersalin.
[*]Demam hingga 38 darjah celsius.
[*]GBS dikesan dalam air kencing ibu ketika hamil.
[*]Anak sebelumnya berhadapan dengan jangkitan GBS.
Walaupun kebanyakan bayi yang terdedah dengan GBS tidak berhadapan dengan sebarang masalah, setiap tahun sekitan 700 bayi diserang pneumonia dan meningitis disebabkan jangkitan itu. Satu daripada 10 bayi dilaporkan meninggal dunia.

GBS sukar dibasmi tetapi jika seseorang wanita itu dikenal pasti memiliki risiko tinggi memindahkan jangkitan kepada bayinya, dia sepatutnya diberikan antibiotik sebaik saja proses melahirkan bermula.Selalunya ia cukup untuk mencegah jangkitan daripada ibu kepada bayi.

Virus Herpes simplex

Virus ini boleh menyebabkan penyakit kelamin. Jika menjangkiti bayi, ia boleh membawa kepada komplikasi seperti cerebral palsy dan buta. Laluan paling mendedahkan bayi dengan virus ini adalah saluran peranakan tetapi jangkitan boleh juga tenjadi di dalam rahim atau selepas dilahirkan.

HIV

HIV boleh dipindahkan daripada ibu kepada bayi ketika hamil, sakit bersalin atau ketika menyusukan bayi. Jika ubat antiviral tidak diberi, bayi yang dilahirkan wanita positif HIV berisiko untuk dijangkiti hingga 30 peratus. Bayi akan dijangkiti ketika ibu hamil atau ketika melahirkan.

Jangkitan daripada ibu kepada anak boleh dibendung dengan penggunaan ubat tertentu, melahirkan bayi dengan pembedahan dan memberi anak susu formula.

Hepatitis B

Wanita yang membawa virus hepatitis B berisiko menjangkitkan anak mereka dengan virus ini ketika melahirkannya. Selain itu, ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair tubuh yang lain.

nutristation Publish time 12-5-2013 11:49 PM

Kanak-kanak Memang Sering Sakit Perut

Alasan sakit perut kanak-kanak mungkin bukan satu penipuan tetapi akibat sakit perut kronik yang dialami oleh satu daripada lima kanak-kanak.

Kajian di sebuah sekolah di Britain menunjukkan masalah sakit perut kronik lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak perempuan. Lebih 30 peratus kanak-kanak perempuan yang dipantau melaporkan sakit perut berpanjangan sementara hanya 13 peratus kanak-kanak lelaki melaporkan masalah sama.

Kebanyakan kanak-kanak dengan masalah sakit perut ini tidak menunjukkan masalah fizikal atau melibatkan masalah kedatangan haid tetapi kebanyakannya dilihat mempunyai bersifat kompulsif, ketegangan (cemas) dan mementingkan kesempurnaan.

Beberapa penyelidikan lain pula dikatakan telah mengaitkan masalah sakit perut kronik ini sebagai petanda awal masalah psikologi dan masalah sistem penghadaman apabila dewasa kelak. Sebelum ini, masalah psikologi juga telah dikaitkan dengan masalah sakit perut yang bukan berpunca daripada sebarang penyakit bagi golongan dewasa.

nutristation Publish time 12-5-2013 11:52 PM

Fakta Tentang Kutu

Fakta Asas
[*]Untuk mendapat jangkitan kutu memerlukan sentuhan dari kepala ke kepala.
[*]Sesetengah orang tidak menunjukkan sebarang gejala, sesetengah pula berasa gatal kulit kepala.
[*]Hanya satu cara sahaja untuk mendapat kepastian tentang jangkitan iaitu dengan membasahkan rambut, membubuh perapi pada rambut dan menyikatnya dengan sikat bergigi halus untuk mengesan kutu hidup (saiz dalam lingkungan 1-3 mm panjang).
[*]Rawatan yang paling selamat ialah ‘penghapusan kutu’, iaitu satu regim penyikatan.

Tanda-tanda
Walaupun sangat kecil, kutu masih boleh dilihat dengan mata kasar. Tanda-tanda kutu:

Telur kutu: Telur kutu kelihatan kecil kekuningan, atau coklat sebelum ia menetas. Setelah menetas, kulitnya yang terlekat pada rambut berwarna putih atau jernih. Kutu bertelur pada rambut dekat dengan permukaan kulit, di mana suhunya adalah sesuai untuk mengekalkan haba sehingga ia menetas. Telur kutu senang dilihat pada rambut kanak-kanak. Telur kutu menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ia dihasilkan.

Kutu dewasa dan anak kutu: Kutu dewasa tidak besar, tidak sampai sebesar beras pun dan berwarna kelabu dan coklat. Kutu menghisap darah beberapa kali dalam sehari tetapi ia boleh kekal hidup sehingga 2 hari selepas terjatuh dari kulit kepala.

Menggaru: Menggaru dan kegatalan datang dengan gigitan kutu. Namun kegatalan mungkin tidak terus bermula – ia bergantung kepada kesensitifan kulit kepala kanak-kanak, mungkin datang setelah berminggu-minggu jangkitan. Kanak-kanak mungkin menyatakan ada benda bergerak dan rasa geli di atas kepala mereka.

Benjolan kecil kemerahan atau sakit akibat dari menggaru: Bagi sesetengah kanak-kanak, kegatalan mungkin sederhana, bagi yang selebihnya mungkin menyebabkan bintik merah dan kudis timbul. Menggaru terlalu kuat boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Adakah Kutu Boleh Berjangkit?
Kutu adalah sangat boleh berjangkit dan boleh tersebar dengan cepat dari orang ke orang, terutamanya dalam keadaan berkumpulan (sekolah, tadika, aktiviti sukan, perkhemahan). Kutu tidak boleh melompat atau terbang. Kutu hanya boleh berjangkit dengan sentuhan kepala ke kepala, tetapi berkongsi pakaian, topi, sikat, cadar, selimut dan bantal juga boleh menyebarkan kutu.

Adakah kucing, arnab dan haiwan peliharaan lain boleh menyebarkan kutu juga? Jangan risau, haiwan peliharaan tidak boleh mendapat kutu kepala (kutu manusia) dan menyebarkan kepada manusia, dan manusia tidak boleh memberi jangkitan kutu kepala kepada mereka.

Rawatan
Doktor anda mungkin memberi rawatan syampu berubat, bilasan krim atau losyen untuk membunuh kutu. Rawatan-rawatan ini boleh membunuh kutu dengan segera, tetapi kegatalan hanya hilang selepas beberapa hari. Adalah penting untuk menurut arahan dari doktor kerana rawatan ini adalah racun. Sekiranya anak anda adalah 2 tahun dan ke bawah, anda tidak sepatutnya menggunakan rawatan ubat kutu. Anda perlu membuang kutu dengan tangan (menggunakan sikat).

Berikut adalah cara mudah untuk membunuh kutu dan telurnya, dan membantu mencegah jangkitan semula kutu:

[*]Basuh semua cadar dan pakaian yang telah dipakai oleh sesiapa sahaja yang telah terkena jangkitan kutu di rumah anda dalam air panas, dan keringkannya di tempat panas.
[*]Cuci kering sebarang pakaian dan permainan yang tidak boleh dibasuh dengan mesin. Atau, masukkannya dalam beg kedap udara selama 2 minggu.
[*]Bersihkan dengan pembersih hampagas karpet dan perabot upholsteri anda (di rumah atau kereta).
[*]Rendam barang penjagaan rambut seperti sikat, pengikat rambut dan berus dalam syampu berubat atau alcohol selama satu jam. Anda juga boleh membasuhnya dengan air panas atau buangkan sahaja ia.
[*]Oleh kerana kutu mudah berjangkit dari seorang keseorang dalam rumah yang sama, ahli rumah juga perlu dirawat untuk mengelak dari kutu hadir semula.

Perkara Yang Anda Jangan Buat:
[*]Jangan gunakan alat pengering rambut pada rambut anak anda selepas menyapu atau mengenakan sebarang rawatan kulit kepala kerana sesetengahnya mengandungi bahan boleh terbakar.
[*]Jangan gunakan bilasan krim atau kombinasi syampu/perapisebelum membubuh ubat kutu.
[*]Jangan basuh rambut anak anda selama satu atau dua hari selepas menggunakan rawatan berubat.
[*]Jangan gunakan ubat yang sama lebih dari tiga kali ke atas orang yang sama. Sekiranya ia tidak berkesan, doktor anda akan menyarankan ubat lain.
[*]Jangan gunakan lebih dari satu ubat kutu pada masa yang sama.

nutristation Publish time 10-6-2013 02:09 PM

Garam Dalam Hidangan Anak

✿ Secara umumnya, garam berfungsi untuk mengawal keseimbangan cecair badan bagi memastikan otot dan saraf dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, garam juga membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal. Kanak-kanak perlukan sangat sedikit garam dalam kehidupan seharian mereka.

✿ Pengambilan garam yang berlebihan ketika kanak-kanak merupakan penyumbang peningkatan tekanan darah, strok dan serangan jantung apabila dewasa kelak. Pada masa yang sama, kandungan garam yang tinggi juga boleh membahayakan buah pinggang.

✿ Atas alasan ini, anda disarankan agar tidak menambah garam dalam makanan anak. Anda juga disarankan agar perhatikan label pada makanan siap proses yang anda belikan untuk mereka. Periksa kandungan garamnya. Elakkan membeli makanan yang tinggi kandungan garamnya.

✿ Antara makanan yang perlu dihadkan pengambilannya:
✖ Sosej dan burger.
✖ Sos, kicap dan perisa tambahan.
✖ Makanan ringan.
✖ Jeruk.
✖ Makanan awet seperti ikan masin, telur masin dan budu.
✖ Makanan dalam tin.

✿ Kuantiti maksimum pengambilan garam berdasarkan usia:
✓ 1-3 tahun (2gm sehari)
✓ 4-6 tahun (3gm sehari)
✓ 7-10 tahun (5gm sehari)
✓ 11 tahun ke atas (6gm sehari)


nutristation Publish time 10-6-2013 02:10 PM

Kembangkan minda anak berusia 2 hingga 5 tahun

Perbualan dan pertanyaan antara ibubapa dan anak kecil dapat mengembangkan minda dan membina keyakinan diri kepada mereka. Ianya menambahkan maklumat dan membuka laluan baru untuk befikir untuk anak-anak kecil ini.

Tiga contoh khusus cara pertanyaan:

❖❖ Contoh 1: Jika anak anda memberi tumpuan kepada kemahiran tertentu melalui bermain, ibu bapa boleh bertanya, "Mama tengok adik bermain dengan kereta. Apakah jenis kereta anda ? Siapa drivernya?" . Cara ini dapat membuka minda dan mewujudkan daya imiginasi.

❖❖ Contoh 2 : Apabila anak anda bersiap sedia untuk duduk untuk makan, ibu bapa boleh bertanya, "Apa yang kita lakukan sebelum makan?"
Jika jawapannya betul, berilah pujian. Jika tidak ingat, ibu bapa hanya boleh ingatkan semula. Konsistentasi adalah kuncinya, cara ini mewujudkan disiplin. Boleh diaplikasikan pada kebanyakan rutin kehidupan harian yang lain, seperti: tidur, berpakaian, mandi dan lain-lain.

❖❖ Contoh 3. Sebelum tidur, tanyalah anak contohnya "Apa yang dia seronok lakukan hari ini?" dengar dan fahami anak anda dan anda boleh memberitahu apa yang anda suka kepadanya sebagai contoh "Mama rasa seronok adik tolong mama sidai kain hari ini." Cara ini mengeratkan kasih sayang dan mewujudkan pemahamaan antara ibubapa dan anak.
Last edited by nutristation on 10-6-2013 02:12 PM

nutristation Publish time 10-6-2013 02:37 PM

8 Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir

1. Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

2. Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

3. Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

4. Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

5. Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

6. Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

7. Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

8. Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

nutristation Publish time 10-6-2013 02:48 PM

Kafein Semasa Hamil Boleh Membahayakan Bayi Dalam Kandungan

Kaffeine adalah perangsang dan diuretik. Kerana kafein adalah perangsang, ia meningkatkan tekanan darah dan kadar jantung, kedua-duanya tidak digalakkan semasa mengandung. Kafein juga meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Ini menyebabkan pengurangan dalam paras cecair badan anda dan boleh menyebabkan dehidrasi.

Walaupun anda mungkin mampu untuk mengendalikan jumlah kafein yg anda ambil, tetapi bayi anda tidak boleh. Metabolisme bayi anda masih belum cukup matang dan tidak boleh sepenuhnya memetabolismekan kafein. Kafein juga boleh menyebabkan perubahan dalam corak tidur bayi anda atau corak pergerakan yang normal di peringkat akhir kehamilan.

Satu kajian dilaporkan dalam "Jurnal Perubatan BMC" bahawa kandungan kafein dikaitkan dengan kekurangan berat kepada bayi dan menyebabkan kehamilan yang lebih panjang.

Kajian ini telah dijalankan terhadap 60,000 kehamilan selama lebih 10 tahun.

✿ Mereka mendapati bahawa kafein mengurangkan berat badan dengan 21g ke 28g setiap 100mg diminum sehari oleh ibu.

✿ Kafein daripada semua sumber juga meningkat panjangnya kehamilan selama lima jam setiap 100mg kafein sehari.

Kafein bukan hanya ditemui dalam kopi tetapi juga dalam teh, sesetengah coklat dan lain-lain. Berhati-hati dengan apa yang anda makan. Amalkan susu, protein shake dan air masak yang banyak semasa hamil lebih baik daripada mengambil kafein.

nutristation Publish time 13-6-2013 02:29 PM

Kenali masalah kulit bayi anda

Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun, kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit. Ikuti beberapa masalah kulit yang dihadapi oleh bayi.

RUAM
Ruam merupakan masalah utama yang dihadapi oleh ibu-ibu yang memiliki anak kecil. Kulit mereka yang sensitif cepat bertindak balas dengan kerengsaan yang berlaku. Terdapat tiga jenis ruam iaitu ruam panas, ruam lampin dan ruam susu.

1.Ruam panas
Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.

Rawatan: Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.

2.Ruam lampin
Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.

Rawatan: Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.

3.Ruam susu
Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan: Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja.

EKZEMA
Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Rawatan: Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.

ALERGI
Kulit terdapat kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan (misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak), disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga).

Rawatan: Untuk mengelakkan bekas, jangan digaru (memang susah untuk menahan apatah lagi bayi). Sapukan krim anti gatal seperti phenergan cream atau berikan salap yang mengandung kortikosteroid untuk mencegah hiperpigmentasi (bintik hitam). Tetapi ubat-ubat tersebut apabila digunakan tanpa panduan doktor boleh menipiskan kulit anda.


nutristation Publish time 17-6-2013 05:19 PM

Kanak-kanak obes berisiko gemuk bila dewasa

Masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Obesiti?
Definisi obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan BMI ialah nisbah berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter) seseorang.

Contoh:
Ali beratnya 80 kg dan ketinggian 170 sm
BMI = 80kg / 1.7X1.7
= 80/ 2.89
= 27.7

Daripada ukuran BMI kanak-kanak atau individu itu, dia boleh dikategorikan sebagai kurang berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk

Kelas BMI
Kurang berat: Kurang dari 18.5kg/m2
Normal 18.5-24.9
Berat berlebihan 25-29.9
1. Obesiti kelas 1 30 - 34.9
2. Obesiti kelas 2 35 - 39.9
3. Obesiti keterlaluan Lebih 40

Walaupun ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya jika berat mereka adalah 85 peratus lebih daripada kanak-kanak yang sebaya, kanak-kanak itu tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.

Adakah Bayi Boleh Menjadi Obesiti?
Konsep bayi obes adalah sesuatu perkara baru dan tidak mudah diterima. Adalah anggapan yang biasa bayi gemuk dan comel adalah sihat, tetapi ada penyelidikan menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan.

Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi. Bagi mengelakkan masalah bayi mempunyai berat badan berlebihan apa yang perlu dilakukan adalah penyusuan secukupnya sehingga usia lebih kurang enam bulan dan permulaan makanan pejal pada usia yang sama sambil meneruskan penyusuan.

Apakah Punca Obesiti?
a) Genetik dan Keturunan
Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti.

b) Sebab persekitaran
Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti.

c) Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti

d) Sebab psikologi
Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

e) Masalah metabolisme
Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.

Penyakit Yang Boleh Disebabkan Masalah Obesiti

[*]Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif

[*]Masalah jantung

[*]Darah tinggi

[*]Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.

[*]Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain.

Bagaimana Membantu Anak Anda Mengurangkan Berat Badan?
Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan.

Bagaimana Memastikan Anak Makan Makanan Yang Berkhasiat?
a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu.
b) Pastikan bila anda memilih makanan , makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah.
c) Jika anak anda berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan.

Bagaimana Membantu Kanak-Kanak Bersenam Lebih?
a) Kurangkan menonton TV
b) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain
c) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.
d) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum

Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara perkara yang mudah untuk diubahdan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.

nutristation Publish time 18-6-2013 12:53 PM

Ruam Lampin

PENGENALAN
Bagi anda yang mempunyai anak kecil tertumanya bayi pasti akan berhadapan dengan masalah ruam lampin. Ruam lampin terjadi pada bahagian punggung, kemaluan dan sekelilingnya, di celah-celah paha dengan tanda kemerah-merahan dan menjadi bintil-bintil merah jika dibiarkan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan lampin tidak kerap ditukar di mana ammonia yang terdapat pada air kencing, bakteria daripada najis,atau kesan-kesan sabun yang terdapat pada lampin yang tidak dibilas dengan betul akan menjadikan kulit bayi radang dan merah.

TANDA-TANDA

[*]Kesan tampung merah dan kasar pada punggung, kemaluan, dan paha.

[*]Melepuh.

[*]Bengkak merah.

KOMPLIKASI

[*]Ruam tersebut akan dijangkiti bakteria atau kulat.

[*]Jangkitan salur kencing.

[*]Eczema atau ruam kulit alergik.

SEBAB-SEBAB

[*]Kerengsaan kulit yang disebabkan oleh:
      * Terlalu lama terdedah pada lampin yang basah.
      * Terlalu lama terdedah pada najis.
      * Sabun yang tidak dibilas dengan sempurna daripada kulit bayi selepas mandi.

[*]Pertukaran dalam makanan bayi yang mana menyebabkan air kencing dan najisnya lebih merengsakan kulit iaitu di mana meningkatnya kandungan asid dalam makanan yang dihadam.

[*]Alahanatau kerengsaan bila tersentuh pada lapisan bahagian dalam lampin.

[*]Panggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan oleh terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL

[*]Tukar lampin bayi anda kerap.

[*]Sapukan krim bagi menghalang jerapan setiap lampin ditukar.

[*]Biarkan kawasan kemaluan terdedah seberapa lama yang boleh kerana udara dapat mengeringkan kawasan ruam dan mempercepatkan proses penyembuhan.

[*]Gunakan lampin yang berkualiti yang menjadikan punggung bayi anda sentiasa kering.

[*]Rujuk doktor sekiranya ruam bertambah teruk, tiada perubahan tanpa tanda-tanda sembuh lebih daripada seminggu, atau bengkak-bengkak merah terjadi.

PETUA MENCEGAH

[*]Pastikan punggung, kemaluan, dan pangkal paha bayi anda sentiasa kering dengan menukar lampin sekerap mungkin.

[*]Sapukan bedak yang sesuai pada bahagian tersebut atau gunakan krim rintangan tanpa bedak.

[*]Bilas kesan-kesan sabun dengan sempurna bila memandikan bayi.

[*]Bilas kain lampin dengan sempurna daripada sebarang kesan sabun yang mungkin tertinggal.

nutristation Publish time 18-6-2013 01:51 PM

Bahaya pneumokokal

PNEUMOKOKAL, sekumpulan penyakit rumit disebabkan bakteria streptococcus pneumoniae, perlu diberi perhatian oleh ibu bapa yang mempunyai anak berusia bawah lima tahun. Bakteria itu yang sering ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak disebarkan melalui batuk dan bersin.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit itu mengakibatkan kematian lebih sejuta kanak-kanak berusia kurang lima tahun di seluruh dunia. Cukup menakutkan kerana pneumokokal sangat serius dan boleh mengakibatkan kerosakan otak, hilang pendengaran mahupun kematian.

Ada lebih 90 jenis pneumokokal, namun hanya 10 peratus boleh mengakibatkan penyakit serius di seluruh dunia. Jenis biasa ditemui di rantau kita ialah 19A, 6A, 14, 6B, 19 dan 23F. Jenis 19 A ialah bakteria yang menyebabkan pneumokokal serius dan bersifat kebal antibiotik.

Penyakit itu menyerang beberapa bahagian tubuh berbeza, sama ada mengakibatkan jangkitan selaput otak dan saraf tunjang (meningitis), jangkitan dalam darah (bakteremia), jangkitan paru-paru (pneumonia) mahupun jangkitan telinga tengah (otitis media).

Individu berisiko mendapat penyakit itu ialah kanak-kanak lima tahun ke bawah, yang dihantar ke pusat jagaan harian, yang lemah sistem daya melawan penyakit serta penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, paru-paru, buah pinggang atau hati.

Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, lebih separuh kejadian dan kematian akibat penyakit pneumokokal berlaku di rantau Asia Pasifik, yang merangkumi 28 peratus kadar kematian berkaitan pneumokokus global.

Ahli pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) itu berkata ibu bapa dan orang ramai mememerlukan pendedahan cara melindungi kanak-kanak daripada pneumokokal kerana kesannya buruk tetapi boleh dielak.

“Kaedah pencegahan berkesan perlu disediakan untuk semua kanak-kanak di Malaysia. Di Asia saja, hampir seorang kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia setiap dua minit akibat pneumokokal,” katanya.

Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd, dengan sokongan ASAP, Pitter Patter, parenting2u. com dan SJ Echo melancarkan laman web www.abc4 pneumococcal.com bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu di samping menekankan bahawa ia boleh dicegah menerusi pemvaksinan.

Sempena Hari Pneumonia Sedunia yang disambut di seluruh dunia 12 November lalu, pelancaran laman web itu diadakan sebagai lanjutan Kempen Sasarkan Liputan Lebih Luas (ABC) dilancarkan Jun lalu, yang menyeru ibu bapa dan individu memperjuangkan matlamat sama untuk menyokong seruan memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia dilindungi daripada pneumokokal menerusi pemvaksinan.

Ibu bapa dan individu yang memperjuangkan matlamat sama digalakkan menandatangani ikrar sokongan untuk menyeru supaya pemvaksinan dimasukkan sebagai sebahagian Program Imunisasi Kebangsaan bagi memberikan perlindungan kepada kanak-kanak di Malaysia.

Dr Musa turut berkongsi pengalaman berdepan kes kanak-kanak menghidap pneumokokal. Antaranya, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami batuk berlarutan tiga minggu, demam panas enam hari serta tidak memberikan tindak balas terhadap antibiotik.

“Pemeriksaan X-ray menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair mengandungi bakteria pneumokokus. Kanak-kanak itu mengalami kerosakan paru-paru teruk. Dia dirawat di hospital selama empat minggu,” katanya.

Kes kedua membabitkan bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami demam lebih 36 jam, masalah pemakanan dan muntah. Bayi itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi tetapi meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Pengurus Negara Pfizer bagi Malaysia dan Brunei, Angel Choi berkata, vaksin konjugat pneumokokus pertama diperkenalkan pada 2000 untuk memberi perlindungan daripada tujuh jenis pneumokokus paling umum.

“Kemajuan dalam bidang penyelidikan pneumokokus membolehkan kita memberi perlindungan daripada 13 jenis bakteria pneumokokus utama.

“Lebih 50 negara memasukkan Vaksin Konjugat Pneumokokus (PCV) dalam Program Imunisasi Kebangsaan masing-masing termasuk Hong Kong, Singapura dan Macau,” katanya.

Menurut WHO, imunisasi boleh dianggap cara paling cekap dan menjimatkan kos untuk mengurangkan penyakit dan kematian.

Presiden dan Pemimpin Serantau Asia Pasifik bagi Persekutuan Organisasi Meningitis (CoMO), Bruce Lan- goulant turut berkongsi pengalaman apabila seorang anaknya pernah menghidap pneumokokal.

Menurutnya, ketika anak perempuannya, Ashleigh berusia enam bulan, dia menghidap pneumokokal yang menyebabkan meningitis dan seterusnya mengakibatkan pekak sepenuhnya, sawan dan kurang upaya daripada segi intelektual.

“Saya antara beribu-ribu ibu bapa dan keluarga yang mengalami kesan penyakit yang mengancam nyawa ini, tetapi ia boleh dicegah. Kita tidak harus mengekang kelantangan suara kita apabila berusaha mewujudkan masyarakat selamat dan sihat.

Dengan menandatangani ikrar ini, ibu bapa berpeluang berganding bahu untuk tujuan murni dan berusaha menjadi daya penggerak untuk meningkatkan tahap kesihatan semua kanak-kanak di Malaysia,” katanya.

Setiausaha, Siti Norbaizura Baharudin, 29, turut menceritakan pengalaman berdepan ujian getir apabila bayi lelakinya diserang penyakit itu, Jun lalu.

Pada mulanya Siti Norbaizura menyangka anaknya yang ketika itu berusia 11 bulan demam biasa, tetapi kemudian membawanya ke hospital selepas si kecil muntah tanpa berhenti. Bayinya disahkan diserang pnemokokal meningitis dan dirawat di ICU selama lima hari.

“Saya bersyukur anak kini sihat. Sebelum anak diserang pneumokokal, saya pernah terbaca mengenai penyakit itu tetapi tidak mengambil perhatian.

“Selepas anak keluar hospital, saya mencari maklumat di Internet dan menyebarkan maklumat mengenai penyakit itu serta pentingnya mengambil vaksin melalui blog saya.

Meningitis
Tandanya termasuk sakit kepala, muntah, sawan, demam, dan dalam kes teruk, koma. Kanak-kanak di bawah umur satu mempunyai kadar tertinggi meningitis pneumokokus, dengan 10 kes bagi setiap 100,000 orang.

Otitis media (jangkitan telinga tengah)
Simptom ini termasuk bengkak gegendang telinga, seperti sering merah dan bengkak. Gejala lain disebabkan otitis media termasuk sukar tidur, demam dan cepat marah.

Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Tanda termasuk mendadak demam, menggigil, sakit dada dan sesak nafas.

Bakteremia (jangkitan darah)
Penyakit serius yang merujuk kepada kehadiran bakteria dalam aliran darah. Tanda termasuk demam, keresahan dan nafas laju.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk membantu mencegah jangkitan?
Cara terbaik mencegah penyakit pneumokokal melalui vaksinasi. Vaksin pneumokokus boleh didapati dalam dua jenis, dikenali sebagai vaksin polisakarida dan vaksin konjugat. Vaksin polisakarida digunakan di kalangan orang dewasa manakala vaksin konjugat di kalangan kanak-kanak. Vaksin konjugat datang dalam 10 valen dan 13 valen.
Pages: [1]
View full version: [Share] Ibubapa + Anak = Keluarga Bahagia


ADVERTISEMENT