crunchez posted on 7-6-2013 03:01 PM

Handphone/Tablet yang boleh guna rebate rm200

Salam,
Ada sesiapa tau hp/tablet apa yang boleh gune rebate?atau kat mana tempat yang boleh guna rebate utk semua fon?

Sekarang aku dah ada 2 hp. Satu htc wildfire(2011), satu lagi xperia tx(feb2013).
Aku ingat trade in htc+xperia+rebate. boleh ke buat mcm tu? :o

aku ingat nak amek xperia z. tapi tgk htc one lagi best specnye.
lepas tu pikir2 mcm nak beli tablet plak sbb nanti senang nak check emel dlm keadaan terdesak.
korang rasa tablet mana yang okey? kalau boleh yang ada 3g.

aku mohon advice dari otai2.{:1_545:}


lukmanhakim posted on 7-6-2013 03:49 PM

ADE NAMPAK SATU BOOTH HP KAT GIANT TAMAN PERMATA, ULU KLANG. ACCEPT SKMM RM 200 REBATE.
AMONG YANG DIA HIGHLIGHT KAT SANA: GALAXY CHAT, BLACKBERRY & ETC

crunchez posted on 9-6-2013 08:29 PM

yang utk semua handphone takde ke?:o

lukmanhakim posted on 10-6-2013 12:01 AM

biasanya Telco (Maxis, Digi, Celcom, Umobile) yang tawarkan SKMM rebate ni bersama Pakej Diorang.

crunchez posted on 12-6-2013 03:14 PM

okey. nanti aku tgk kat telco nye plan.

patut aku beli tablet or handphone?

aku tgh buntu ni nk beli ape.

tebuanharimau posted on 12-6-2013 03:28 PM

crunchez posted on 12-6-2013 03:14 PM static/image/common/back.gif
okey. nanti aku tgk kat telco nye plan.

patut aku beli tablet or handphone?


nak beli tu utk kegunaan apa ye? FB , chat , games ke? lau larat angkut tablet ke hulur ke hilir leh la ambik tablet...tablet ni bateri jauh lebih tahan drp henpon...
lau x pun leh try Phablet mcm Note 2 ... lau smartfon ni utk call, mesej, chat, online & main secara sederhana  ok rasanya utk bertahan seharian dgn bateri cas penuh

crunchez posted on 12-6-2013 03:39 PM

tebuanharimau posted on 12-6-2013 03:28 PM static/image/common/back.gif
nak beli tu utk kegunaan apa ye? FB , chat , games ke? lau larat angkut tablet ke hulur ke hilir l ...

nak gune utk check emel, presentation, internet, termasuk la sosial: fb, chat, watsapp etc, games biasa2 je pun ok cam candy crush tu pun dah cukup.
cukup ke kalau 7 inci je. ? rasa mcm nak 10 inci, baru puas hati.:lol:
tamak haloba tol.

tablet mane yang okey? samsung ke, ipad ke, nexus ke, asus ke?:o

tebuanharimau posted on 12-6-2013 04:37 PM

crunchez posted on 12-6-2013 03:39 PM static/image/common/back.gif
nak gune utk check emel, presentation, internet, termasuk la sosial: fb, chat, watsapp etc, games  ...
saya x la pakar dalam tablet ni..tapi yg saya tahu tablet Android je yg ada 3g boleh buat call ni...lau tablet utk app, presentation, working & gaming tentulah Ipad menang.. lau utk chat, whatsapp, wechat saya rasa elok pilih tab android (yang ada fungsi boleh buat call) sebab fungsi2 ni mmg boleh digunakan dalam tu berbanding Ipad ..apa pun kena tanya pakar tablet utk pengesahan..
utk pakej belia ni bukan utk telefon bimbit ke? kawan saya pun amik Galaxy Note 2 saja dgn pakej tu.. dapat dlm 1700-1800 lau x silap lepas diskaun (harga mgkin dah turun skrg)

Last edited by tebuanharimau on 12-6-2013 04:41 PM

crunchez posted on 12-6-2013 07:27 PM

tebuanharimau posted on 12-6-2013 04:37 PM static/image/common/back.gif
saya x la pakar dalam tablet ni..tapi yg saya tahu tablet Android je yg ada 3g boleh buat call ni. ...

kawan aku beli tablet asus gune rebate. harga tablet dlm 800 kot. so die just tambah 600 je.:o

taktau la kalau boleh beli tablet yang atas 1000 ke tak.
tak puas hati la kalau main internet dlm fon.

bebey84 posted on 22-6-2013 03:15 PM

samsung galaxy s4 boleh tak beli guna rebate.. kalau tengok senarai skmm letak sebelum ni, hanya sampai s3..sebab mungkin masa tu s4 tak keluar lagi..

crunchez posted on 22-6-2013 07:12 PM

bebey84 posted on 22-6-2013 03:15 PM static/image/common/back.gif
samsung galaxy s4 boleh tak beli guna rebate.. kalau tengok senarai skmm letak sebelum ni, hanya sam ...

kebanyakan semua boleh gune rebate. tapi kene pandai tanya la. hari tu ada kedai jual s4 takboleh gune rebate. pastu saya tanya kat kedai lain, s4 boleh gune rebate plak. tablet pun boleh gune rebate gak. depends kat kedai.:)

bebey84 posted on 23-6-2013 03:52 PM

mungkin yang tak terima tu, tak update lagi list dia..ehehe..tq
Page: [1]
View full: Handphone/Tablet yang boleh guna rebate rm200