izzansdy Publish time 23-1-2005 07:23 PM

salam utk semua.....

rasul mengatakan, barangsiapa salah dlm beijthad, berilah satu pahala, dan berilah dua pahala bagi yg benar dlm berijthad....dan beliau juga mengajurkan kpd sahabatnya agar melakukan ijthad......

Dan dng dibolehkan melakukan ijthad, maka lahirlah bermacam2 MAZHAB....

Mungkin dikalangan mahzab tadi berlainan pendapat, tetapi mereka tidak saling MENCELA.Itulah sebabnya umat islam pd zaman itu sangat KOMPAK dan HARMONIS.

Masaalah madzab dan ikhtilaf selesai sejak abad pertama khairul qurun. dan masaalah ini telah diteladankan oleh rasul agar umat akhir zaman tidak lagi memperdebatkan masaalah itu....

Salam sejahtera utk semua.....

wysiwyg Publish time 23-1-2005 07:36 PM

Originally posted by irfani at 17-1-2005 01:12 AM:
jika anda memilih pendapat majoriti maka disitulah anda kembali.tetapi kita harus ingat ketika Allah berfirman dalam Kitab-Nya.

"Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr jika kamu tidak mengetahui.& ...

salaam....
Irfani,
Ayat di atas di tujukan kepada ahli zikir...Benar.
Siapakah ahli zikir itu pd pandangan awak?
Tak ke mereka itu itu org2 yg kenal akan tuhannya?Bukan mengambil atau menukil kitab yg terkemudian.Dan menyatakan para penukil itu ahli zikir.
"..maka berilah PERINGATAN,hanya se nya engkau itu seorang pemberi PERINGATAN..."Al ghathiah ayat21"
Apa yg nak di sampaikan?
Itu kan nukilan dari kitab2 selepas zaman tabiin.Yelah belum tau kebenaran nya.Sebab apa saya kata cam tu?Sebab hanya memburuk2 kan para sahabat yg hidup zaman khoiruz zamaan.Sampaikan kita ygdlm zaman yg terombang ambing terikut2 kerna itu?
Boleh kah anda buktikan di dlm al quran atau hadith yg menyebut kaum2 syiah dgn nyata?
Saya juga bersetuju dgn fahaman syiah.Tapi tak pernah jumpa dlm hadith atau firman.
Tapi jgn salah faham dgn saya.
Wassalaam....

irfani Publish time 24-1-2005 01:25 PM

" Kamilah Ahlul Zikr, yang dimaksudkan Allah di dalam kitabNya:" Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr jika kamu tidak mengetahui."
Ulama berkata:" Apa yang dimaksudkan dengan Ahlul Zikr ialah Yahudi dan Nasara."
Abul Hasan AS menjawab:" Maha Suci Allah! Adakah harus sedemikian itu? Jikalau begitu halnya Dia menyeru kita kepada agama mereka (Yahudi dan Nasara)! Ini bermakna agama mereka lebih baik daripada agama Islam."
Al-Makmun berkata:" Adakah kamu sekelian mempunyai penerangan yang lebih jelas untuk menolak pendapat mereka (ulama) wahai Abul Hasan?"
Abul Hasan AS menjawab:" Ya al-Zikr ialah Rasulullah dan kami adalah keluarganya (Ahlul Baytnya). Ianya diterangkan di dalam kitabNya:" Maka bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang yang mempunyai akal (iaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan zikran rasulan, (peringatan,perutusan) yang membaca kepadanya ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum)." al-Zikr adalah Rasulullah SAWA dan kami adalah ahlinya (keluarganya)."

irfani Publish time 24-1-2005 01:32 PM

barangkali kerana itu "Ahlul Zikr" Ahli kepada Zikr berkenaan,yakni ahlul bayt Nabi saaw.

" Aku tinggalkankepadamu:
Thaqalain Kitab Allah dan Ahlul Baytku,
sesungguhnya kedudukannya tidak akan berpisah,
sampai bersama-sama mengunjungiku di al-Haudh.
Dan perhatikanlah bagaimana kalian menjaga kedua-duanya
sepeninggalanku itu.' Wahai manusia!
Anda tidak dapat mengajar mereka kerana mereka lebih
alim daripada kalian."

irfani Publish time 24-1-2005 01:37 PM

istilah syiah didalam Al-Quran

"Perkataan "Shi'ah" memberi makna "pengikut; ahli bagi satu golongan". Allah menyebut dalam Al-Qur'an bagaimana beberapa daripada hambanya yang solih merupakan Shi'ah bagi pengikutnya yang lain.Dan sesungguhnya Ibrahim adalah tergolong dariShi'ahnya(Noh) (As-Saaffaaat:83)Dan dia (Musa) pergi ke bandar pada ketika orang-orangnya (bandar itu) tidak melihat, ia menjumpai didalamnya dua lelaki sedang bertengkar,seorang merupakan Shi'ahnya dan seorang lagi merupakan musuhnya,orang yang merupakan Shi'ahnya berteriak kepadanya memohon pertolongan untuk menghadapi musuhnya itu (Al-Qasas:15)Shi'ah seperti yang ditunjukkan diatas adalah perkataan resmi yang digunakan oleh Allah didalam al-Qur'an untuk RasulNya yang tinggi martabat dan pengikut mereka.Sekiranya seseorang itu merupakan Shi'ah (pengikut) hamba yang solih,oleh itu tidak salah untuk menjadi Shi'ah. Sebaliknya, jika seseorang itu Shi'ah kepada pemerintah zalim atau orang yang melakukan kejahatan, dia itu akan mendapat nasib yang sama dengan ketuanya (yang diikuti). Al-Qur'an menunjukkan pada Hari Kebangkitan bagaimana manusia akan datang dalam kumpulan, dan setiap kumpulan atau golongan akan mempunyai ketuanya (Imam) dihadapannya. Allah berfirman:(Ingatlah) pada Hari dimana Kami akan memanggil setiap orang dengan Imamnya (Al-Israa

irfani Publish time 24-1-2005 01:38 PM

syiah didalam hadis

"Istilah Shi'ah didalam HadithSepanjang sejarah Islam, "Shi'ah" telah digunakan untuk menunjukkan kepada pengikut Imam 'Ali (a.s). Ia bukanlah merupakan satu istilah yang dicipta kemudian! Orang pertama yang menggunakan istilah ini adalah Rasulullah sendiri. Apabila ayat ini diturunkan:   (Bagi )mereka yang beriman dan melakukan amal solih,sesungguhnya merekalah makhluk terbaik (Qur'an 98:7)Rasulullah (s) bersabda kepada Ali: "Ia adalah untuk kamu dan Shi'ahmu."    Baginda menambah: "Aku bersumpah dengan Dia yang memegang nyawaku bahawa lelaki ini (Ali) dan Shi'ahnya akan mendapat kejayaan pada Hari Kebangkitan."q Jalal al-Din al-Suyuti, Tafsir al-Durr al-Manthur, (Cairo) vol. 6, p. 379 q Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir Jami' al-Bayan, (Cairo) vol. 33, p. 146 q Ibn Asakir, Ta'rikh Dimashq, vol. 42, p. 333, p. 371 q Ibn Hajar al-Haythami, al-Sawa'iq al-Muhriqah, (Cairo) Ch. 11, section 1, pp 246-247   Rasulullah (s) bersabda: "Ya Ali! (Pada Hari Pembalasan) kamu dan Shi'ahmu akan datang menghadap Allah disukai dan menyukai, dan akan datang kepadaNya musuh-musuhmu dalam keadaan marah dan leher kaku (kepala mereka dipaksa tegak).q Ibn al-'Athir, al-Nihaya fi gharib al-hadith, (Beirut, 1399), vol. 4 p. 106 q al-Tabarani, Mu'jam al-Kabir, vol 1 p 319 q al-Haythami, Majma' al-Zawa'id, vol. 9, number 14168 Rasulullah (s) bersabda : "Khabar gembira wahai Ali! Sesungguhnya Kamu dan Shi'ahmu akan berada didalam syurga."q Ahmad Ibn Hanbal, Fadha'il al-Sahaba, (Beirut) jilid. 2, ms. 655 q Abu Nu'aym al-Isbahani, Hilyatul Awliya, jilid. 4, ms. 329   q al-Khatib al-Baghdadi , Tarikh Baghdad, (Beirut) jilid. 12, ms. 289 q al-Tabarani, Mu'jam al-Kabir, jilid. 1, ms. 319 q al-Haythami, Majma' al-Zawa'id, jilid. 10, ms. 21-22q Ibn 'Asakir, Ta'rikh Dimashq, jilid. 42, ms. 331-332q Ibn Hajar al-Haythami, al-Sawa'iq al-Muhriqah, (Cairo) Bab. 11, Bahagian 1, ms. 247"

http://al-islam.org/nutshell/

[ Last edited by irfani on 24-1-2005 at 01:40 PM ]

irfani Publish time 24-1-2005 01:48 PM

"Selepas dariku pecah-belah dan kekacauan akan muncul dikalangan kamu, apabila situasi ini berlaku, pergi mencari Ali kerana beliau boleh memisahkan kebenaran dari kepalsuan".

"Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr jika kamu tidak mengetahui."

irfani Publish time 24-1-2005 01:54 PM

adakah ruang untuk keraguan lagi..?kepada golongan yang mencari Imam mereka yang mendapat petunjuk(syiah).

nahzaluz Publish time 25-1-2005 03:03 PM

... tetap ada keraguan terhadap kenyataan irfani! :)

izzansdy Publish time 25-1-2005 09:36 PM

Originally posted by irfani at 2005-1-24 01:25 PM:
" Kamilah Ahlul Zikr, yang dimaksudkan Allah di dalam kitabNya:" Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr jika kamu tidak mengetahui."
Ulama berkata:" Apa yang dima ...

Salam sejahtera utk Semua....

Saya sgt tetarik dng penjelasan anda di atas.......Tapi yg paling saya terpikat ialah dng ayat Surah al-anbiya ayat 7......

Alquran itu guna sepanjang zaman......

Berbalik kita, dng penulisan " AHLI ZIKIR " dlm ayat itu.....
Dan anda tlh pun menaytakan bhw zikir itu ingat......
1) nak ingat akan apa......Tuhan??pastinya, kerana alquran itu petunjuk...
2) Timbul pula, Bagaimana cara meengingati tuhan?
3) Adakah dng menyebut secara sir / jahar akan nama tuhan (ALLAH) bolehdikatakan ingat? Menagapa saya mengatakan demikian....Kerana , Apa bezanya jika org kafir menyebut secara sir / jahar akan nama tuhan.....Perbezaan pasti ketaradianatara org beriman dng org kafir.....
4) Bolehkah anda terangkan bagaimana mengerjakan ingat itu ?

Keadilan tuhan.....Tuhan hanya 'memandang' akan jiwa hambanya....Bukan posisi hamba dikalangan masyarakat, kaya , miskin, cacat, sempurna dll

5) Jika ada ulamak pewaris ilmu nabi....... apakah ciri2 yg patut ada pd beliau?
6) Bagaimana pula kita dpt pastikan yg beliau itu pewaris ilmu nabi ?

Islam itu utk org yg berakal........
Dan ada ayat dlm alquran....." Janganlah kamu menyalahkan kaum2 yg sebelum mu..."

Saya ini org yg mencari kebenaran....
Terima kasih.......maaf jika ada kata2 yg kasar?

wysiwyg Publish time 25-1-2005 11:11 PM

Originally posted by irfani at 24-1-2005 01:54 PM:
adakah ruang untuk keraguan lagi..?kepada golongan yang mencari Imam mereka yang mendapat petunjuk(syiah).

Salaam...
Wah byk nye awak pnye reference..(Salute you)
Ragu?
Tentang perkataan syiah di dlm alquran surah as sofaat saya tak ragu.Saya sokong anda di dlm ini.
Ayat itu menerang kan bahwa Nabi Ibrahim adalah dari Syiah(kelompok)(Nuh).
Ya lah setelah habis manusia di telan banjir (Bah)besardan setelah wafat nabi Nuh a.s.Maka bertebaran lah manusia di muka bumi ini membawa fahaman nya(aqidah).Berkeluarga dan menyebarkan ajarannye,dari zaman ke zaman.Sampai lah kpd Nabi Ibrahim A.s.
Tapi tentang Hadith2 yg anda kemukakan saya berkecuali kerana meragukan.
Pernah terbaca juga.Maaf,di dlm Agama kita kalau ada syak atau zhan atau waham di kira tidak sah sesuatu amal.Jadi ragu di kira syak.Bolehkan kalau saya tak mahu beramal dlm keadaan syak??
Berkenaan dgn hadith ada sanad2nya.Ada yg dhai'f(lemah),hasan,batal palsu dan sebagainya.Hanya al quran yg tak boleh di palsukan.Benar?Sedang kan kitab2 terdahulu boleh di palsu kan.Apalagi hadith.Bukan tak percaya dgn anda,tapi saya berkecuali.

"Sesungguhnya Allah mengutus bagi ummat ini,setiap seratus tahun,orang yg memperbaharui ajaran agamanya(tentang tuhan)".(Al hadith)

"Akan muncul nanti di akhir zaman seorang pemimpin yg betul2 berpegang pd sunnah.Akan memenuhi dunia ini dgn keadilan,akan menghapuskan kezaliman dan permusuhan dari permukaan bumi.Akan meninggikan agama Islam dan menjadikan masyarakat dunia menjadi aman dan makmur".(hadith)

"Barangsiapa menafsirkan Alquran dgn buah fikirannya,maka sesungguhnya dia menyediakan tempat duduknya dari api neraka.(Hadith)

Wallahu a'lam.
Wassalaam.

nahzaluz Publish time 26-1-2005 01:46 PM

Saya petik ttg pengertian Rafidah dan Syiah dari buku Sunni yang Sunni-
Tinjauan Dialog Sunnah-Syi'ah-nya al-Musawi oleh Mahmud az-Za'by
--------------------------------------------------------------------------------

PENGERTIAN RAFIDHAH DAN SYI'AH MENURUT ULAMA SUNNI

Ummat Islam suka mencampuradukkan antara al-rafadh (berpaham Rafidhah) dan al-tasyayyu' (berpaham Syi'ah). Mereka tidak bisa membedakan kedua istilah tersebut. Ini disebabkan ketidakpahaman tentang akidah mereka sendiri. Mereka tidak mau mengkaji akidah Islam secara benar dari sumbernya yang asli dan otentik, yaitu al-Qur'an dan hadits, serta pendapat para sahabat Nabi, pengikutnya (tabi'in) dan generasi ketiga (tabi'it-tabi'in). Padahal, mereka itu tiga angkatan, yang dinilai oleh Rasulullah sebagai generasi terbaik ummat Islam.

1. Pengertian Etimologi(1)

Menurut bahasa, rafadh berarti meninggalkan, menyempal (taraka). Sedangkan al-Rafidhah berarti: sempalan atau salah satu golongan (firqah) dari Syi'ah. Menurut al-Ashmu'i, disebut demikian, karena mereka menyempal dari salah seorang imam Syi'ah, yaitu Zayd ibn 'Ah.

Tasyuyyu',(2) menurut bahasa berarti sikap menganut atau mendukung. Syi'at al-rijal berarti penganut dan pendukung seseorang. Jadi, kata-kata tasyayya'arrajul, artinya; seorang lelaki menganut paham Syi'ah.

Setiap masyarakat memiliki sesuatu pandangan. Sebagian mereka mengikuti pendapat yang lain. Mereka adalah satu kelompok, seperti firman Allah: "Sebagaimana dilakukan terhadap orang-orang yang serupa dengan mereka pada masa lalu." (QS, Saba'; 34:54)

2. Pengertian Istilah

Tadi kita telah membedakan antara istilah rafadh dan tasyayyu' menurut pengertian bahasa. Kini kita akan menjelaskan perbedaan keduanya dari segi istilah dan syari'at.

Ada perbedaan yang menyolok antara kedua istilah tersebut. Ini perlu kita ketahui, bila hendak menolak tuduhan palsu kaum Rafidhah terhadap kaum Sunni. Kaum Rafidhah selalu mengacaukan pengertian rafadh di kalangan ummat Islam, dan menyelewengkan makna kecintaan ummat kepada keluarga Nabi. Ini mereka lakukan untuk merusak kesucian Islam dengan syi'ar yang palsu.

Menurut syari'at agama, istilah rafadh berarti sikap memuliakan 'Ali ibn Abi Thalib lebih dari Abu Bakar dan 'Umar. Menurut mereka, 'Ali lebih utama dibanding mereka berdua. Karena itu, 'Ali lebih pantas menduduki kursi kekhalifahan. Dalam hal ini, mereka tidak sampai mencaci maki Abu Bakar dan 'Umar.

Tapi, bila sikap tersebut diikuti oleh rasa benci kepada Abu Bakar dan 'Umar, atau malah memaki mereka, ini disebut rafadh ekstrim. Tak soal, apakah makian itu dengan bahasa yang jelas, ataukah hanya dengan bahasa isyarat. Dan jika sikap ini diikuti pula dengan kepercayaan bahwa 'Ali ibn Abi Thalib atau keturunannya akan muncul kembali ke dunia setelah mereka wafat, maka inilah rafadh yang paling ekstrim.

Sedangkan istilah tasyayyu', menurut syari'at agama berarti sikap mencintai 'Ali ibn Abi Thalib dan memandangnya lebih utama dari para sahabat Nabi yang lain --kecuali Abu Bakar dan 'Umar. Jika 'Ali lebih ditokohkan daripada Abu Bakar dan 'Umar, maka itu namanya paham rafadh.

Menurut ibn Hajar (3), Tasyayyu' adalah sikap mencintai 'Ali dan memandangnya lebih utama dari para sahabat lain. Dan bila di antara sahabat-sahabat itu termasuk Abu Bakar dan 'Umar, maka tasyayyu'nya ekstrim, dan biasanya disebut paham Rafidhah. Tetapi jika sikap tadi tidak memandang 'Ali lebih utama daripada Abu Bakar dan 'Umar, maka itu hanya disebut Syi'ah. Namun, jika sikap tersebut ditambah rasa benci dan makian terhadap Abu Bakar dan 'Umar, maka itu menjadi paham rafadh ekstrim. Kalau kemudian dilengkapi dengan kepercayaan bahwa 'Ali bakal muncul kembali ke dunia, maka rafadh-nya menjadi sangat ekstrim."

Kami telah menjelaskan pengertian rafadh dan tasyayyu', baik secara etimologis maupun terminologis. Perbedaannya telah jelas dan nyata. Kini tiba saatnya membicarakan penganut paham Rafidhah dan Syi'ah. Siapakah mereka?

Rafidhah adalah sekelompok penganut Syi'ah yang memandang 'Ali dan anak cucunya lebih utama daripada Abu Bakar dan 'Umar. Mereka tidak menyukai kedua sahabat Nabi yang khalifah itu, bahkan mencaci-makinya. Kaum Rafidhah mempercayai, para imam itu ma'shum alias bebas-salah. Mereka memberikan segala kehormatan Nabi (selain kenabian) kepada para imam. Mereka juga mempercayai kedatangan kembali imam Muntadhar (imam tertunggu) yang sementara ini menghilang, tanpa meninggal. Mereka mempunyai pemikiran khusus, yang sangat berbeda dari dasar pemikiran Sunni.

Adapun kaum Syi'ah, mereka itu pencinta berat keluarga Nabi (ahl al-bayt). Mereka lebih mengutamakan Ahl al-Bayt daripada sahabat yang bukan keluarga Nabi. Tetapi mereka tidak membenci, memaki atau mengkafirkan para sahabat, terutama Abu Bakar dan 'Umar.

Dalam Minhaj al-Sunnah, Ibn Taimiyyah(4) mengemukakan alasan mengapa ada sekte Syi'ah yang disebut Rafidhah. Menurut ibn Taimiyyah, sejak Zayd (5) tampil ke gelanggang politik, Syi'ah terpecah menjadi dua, yaitu golongan Rafidhah dan golongan Zaidiyyah. Ketika ditanya mengenai Abu Bakar dan 'Umar, Zaid menyatakan simpatinya kepada kedua sahabat itu. Zaid mendoakan keduanya. Sekelompok pengikutnya kemudian meninggalkan Zaid. Zaid berkata kepada mereka: "Apakah kalian menyempal dariku?" Sejak mereka menyempal dari Zaid itu, istilah Rafidhah muncul. Adapun kaum Syi'ah yang tetap setia kepada Zaid, mereka itu diberi nama Zaidiyah, artinya, yang memihak kepada Zaid.

Ibn Taimiyyah juga menjelaskan, 'Ali ibn Abi Thalib pernah berpidato di mimbar, di kota Kufah. Katanya: "Ummat Islam terbaik setelah Nabi Muhammad adalah Abu Bakar dan 'Umar." Orang Syi'ah yang mengenal 'Ali dan hidup seangkatan dengannya, tidak pernah berselisih paham mengenai keutamaan Abu Bakar dan 'Umar. Tetapi mereka berbeda pendapat menentukan siapa yang lebih utama antara 'Utsman dan 'Ali. Itu diakui oleh para tokoh Syi'ah yang terdahulu dan yang belakangan.

Abul Qasim al-Balhi juga menyebutkan sama. la menceritakan, seseorang bertanya kepada Syarik ibn 'Abdillah, "Siapa yang lebih utama di antara Abu Bakar dan 'Ali? "Abu Bakar," jawab Syarik.

Ketika ditanya, mengapa dia menjawab begitu, padahal dia seorang Syi'ah, Syarik menjawab bahwa orang yang tidak berkata begitu bukanlah seorang Syi'ah. "Demi Allah, 'Ali ibn Abi Thalib berkata di atas mimbar: 'Ingatlah, sesungguhnya ummat Islam yang terbaik setelah Nabi adalah Abu Bakar, kemudian 'Umar." "Lalu mengapa?" tanya Syarik, "anda menolak pernyataan 'Ali ini? Bagaimana anda bisa mendustakan 'Ali? Sungguh, 'Ali bukanlah pendusta atau pembohong."

Karena tidak mengerti, seringkali orang menyebut rafadh bagi pencinta keluarga Nabi, tanpa membedakan antara istilah rafadh dan tasyayyu'. Ada sya'ir (oleh Imam Syafi'i, peny.) begini: "Jika mencintai Ahl al Bayt disebut Rafadh, maka saksikanlah bahwa aku penganut paham Rafidhah." .

Ibn Katsir menceritakan (6) pada suatu saat kaum Syi'ah berkumpul bersama Zaid. Mereka bertanya kepada Zaid: "Apa maksud perkataan anda, 'Allah memberi rahmat kepada anda pada (diri) Abu Bakar dan 'Umar?" Zaid menjawab: "Semoga Allah mengampuni Abu Bakar dan 'Umar. Aku tidak pernah mendengar seorang pun dari keluargaku yang berlepas tangan dari mereka berdua. Aku tidak pernah mengatakan tentang mereka kecuali yang - baik-balk. Aku ingin mengajak anda kembali kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul, menghidupkan sunnah Nabi dan menumpas bid'ah. Jika mau mendengarkan, kalian dan aku akan memperoleh kebaikan. Tetapi bila kalian membangkang, maka aku bukanlah penolong kalian."

Mendengar nasihat itu, kontan orang-orang Syi'ah itu bubar meninggalkan Zaid. Mereka menarik kembali bai'at mereka. Sejak hari itu, mereka disebut kaum Rafidhah. Adapun orang-orang yang mendengarkan dan menerima nasihat Zaid, mereka disebut Zaidiyyah. Penduduk Kufah umumnya penganut paham Rafidhah, sedangkan warga Makkah umumnya pengikut madzhab Zaidiyah. Baiknya, kaum Zaidiyah tetap menghargai Abu Bakar dan 'Umar. Jeleknya, mereka lebih mengutamakan 'Ali daripada kedua sahabat tadi. Padahal 'Ali tidak lebih utama dari Abu Bakar dan 'Umar. Bahkan, mungkin tidak -lebih utama daripada 'Utsman, menurut paham Sunni yang benar dan sahih.

Menurut al-Mas'udi (7) Zaid ibn 'Ali pernah berkata kepada kaum Syi'ah yang menuntut agar Zaid berlepas tangan dari Abu Bakar dan 'Umar. Kata Zaid: "Abu Bakar dan 'Umar itu pemimpin kakekku. Maka aku tidak bisa melupakan mereka." Mendengar itu, orang-orang Syi'ah bubar, menyempal.

Catatan kaki:

1 Mukhtar ash-Shihah, sv. r-f-dh

2 Idem, sv. sy-y-'

3 Hadi as-Sari, mukaddimah Fathul Bari, juz 2, hal.

4 Minhaj as-Sunnah, juz 1, hal.8.

5 Zaid ibn 'Ali ibn Husayn. Peristiwa di atas terjadi sekitar tahun 122 H pada masa akhir kekhalifahan Hisyam bin Abdul Malik.

6 Al-Bidayah wan-Nihayah, juz 9, hal. 230 dan 329.

7 Muruj adz-Dzahab, 3/220.

wysiwyg Publish time 26-1-2005 09:40 PM

Kalau baik hubungan nya dgn Allah SWT,maka akan baik lah hubungan nya dgn makhluk Allah.Sekali pun kucing di tepi jalan.

Ini pendapat saya saja..
Wallahu a'lam.

"Ku jadi kan manusia itu bersuku2 agar mereka saling mengenal".

"Sesungguh nya org2 mu'min itu bersaudara"

Telah benar lah Allah yg maha Agung.
(Sodaqallahul a'zim).

wysiwyg Publish time 27-1-2005 12:05 AM

SIRAH KANAK-KANAK.

Pd suatu hari ketika rasulullah menyembunyikan diri dari kaum musyrikin yg memburunya.Nabi masuk ke dlm sebuah gua.Ketika itu baginda bersama sahabat bernama Abu Bakar.
Apabila sedang berehat Abu Bakar pelawa Rasulullah agar menjadikan ribaan nya sebagai bantal.Rasulullah pun setuju.
Sedang Rasulullah tidur melepas lelah,Abu Bakar terpandang kan sebuah lobang yg tak jauh dari kakinya.Abu Bakar bimbang akan sekiranya ada binatang yg merayap akan menggigit Nabi kesayangan nya lalu di tutupnya lobang itu dgn kaki nya.
Tak berapa lama benar akan tanggapan Abu Bakar.Ada seekor ular di dlm lobang itu,lalu menggigit kaki Abu Bakar.
Kerana menahan sakit mengalirlah airmata Abu Bakar.Abu Bakar cuba menahan sakit namun air mata nya tak tertahan kan.Lalu airmata nya menitis ke muka nabi sehingga nabi terjaga dari rehatnya.Abu Bakar berasa sangat menyesal dan memohan maaf kerana membuat baginda terjaga.
Rasulullah bertanya,"mengapakah kau menangis wahai Abu Bakar?".Abu Bakar menjawab,"maafkan saya wahai kekasih Allah,saya tak dpt membendung airmata ini kerana menahan sakit pada kaki saya".Rasulullah lalu memeriksa kaki Abu Bakar dan ternyata ia di gigit ular.
Rasulullah mendoakan lalu kaki Abu Bakar sembuh.Kemudian Rasulullah berdoa lagi kepada Allah untuk Abu Bakar.
"Ya Allah jadi kan Abu Bakar ini jiran kepada ku nanti di syurga".

Maaf ini nukilan dari buku sirah kanak2.Ya lah hadiah saya untuk saudara2 ku di FORUM ni.Ya lah siapa tahu boleh buat teman tidur atau mengisi waktu yg terbuang sia2?
Takda alasan utk membahas sahabat yg cinta kan Rasul nya.Dan mendapat doa Rasulullah pulak tuh?
KITA BAGAIMANA????
Sekian...Nanti lain kali kita crita lagi yee..???
Skarang tidur ye sayang ye?Jgn nakal2.Esok pagi bangun jadi orang pintar ok??
Wassalaam....:gantuk:

nahzaluz Publish time 27-1-2005 01:30 PM

Sedikit komentar terhadap posting Irfani...

Originally posted by irfani at 2005-1-24 01:37 PM:
"Perkataan "Shi'ah" memberi makna "pengikut; ahli bagi satu golongan". Allah menyebut dalam Al-Qur'an bagaimana beberapa daripada hambanya yang solih merupakan Shi'ah bagi...

Lafaz Syiah dalam Qur'an

Menurut Ibnu al-Jauzi (Nuzhatul a'yun al-nawazhir 376-377), maksud perkataan Syiah boleh dikategori kepada 4:

1. Puak:
a. al-an'am 159
b. al-Hijr 10
c. al-Qasas 4
d. al-Rum 32

2. Keturunan dan keluarga:
a. al-Qasas 15

3. Penganut sesuatu agama
a. Maryam 69
b. al-Qamar 51
c. Saba' 54
d. al-Saffat 83

4. Hawa nafsu yang bermacam macam
a. al-An'am 65

Menurut Ibnul Qayyim (Bada'iul Fawa'id 1/155) ghalibnya perkataan Syiah digunakan dalam Qur'an untuk perkara tidak elok (negatif). Ini pada ghalibnya shj.

Yang pastinya, perkataan Syiah dlm Qur'an tidak menunjukkan kepada Syiah Imamiyyah yang ada sekarang. Tidak dinafikan ada dari kalangan ulama' Syiah yang cuba mengaitkan ayat 83 surah al-Saffat (...sesungguhnya dari kalangan Syiahnya adalah Nabi Ibrahim) dengan Syiah yang ada sekarang. Ulama' tafsir mereka seperti al-Bahrani, al-Qummi, al-Majlisi dan al-Thuraihi ada menyebut beberapa hadis dari Jaafar al-Sadiq yang mentafsirkan ayat tersebut dgn maksud Nabi Ibrahim itu dari Syiah Ali! Ini jelas suatu pembohongan yang nyata! Mereka berbohong atas nama AB Rasulullah s.a.w!

Lafaz Syiah dalam hadis

Dalam sunnah, lafaz Syiah membawa maksud teman, pengikut dan penolong. Tiada satupun hadis yang mengandungi lafaz ini membawa maksud Syiah Imamiyyah yang ada sekarang kecuali dalam hadis daif dan palsu. Contohnya: Kamu (Ali) dan Syiahmu akan berada dalam syurga.Hadis ini palsu menurut Ibnu la-Jauzi, al-Zahabi dan al-Syaukani.

Sama juga dgn hadis yg diriwayatkan oleh al-Tabarani bhw nabi bersabda: Wahai Ali, kelak akan ada dari kalangan umatku suatu kaum yang mendakwa mencintai Ahlul Bait. Mereka ada gelarannya. Mereka dinamakan al-Rafidah. Perangilah mereka kerana mereka musyrikin.
Hadis ini daif sebab dalam senarai perawinya ada al-Hajjaj bin Tamim. Ibnu Taimiyyah berkata bhw mana-mana hadis yang disandarkan kepada Nabi yang menyebut perkataan Rafidah adalah hadis palsu. Ini kerana perkataan itu mula muncul pada kurun ke 2H.

WA

wysiwyg Publish time 27-1-2005 10:49 PM

Salaam,

Thanks for all the information...

Sangat2 berharga tu...?

irfani Publish time 1-2-2005 01:01 PM

kepada izzansdy,
entah le,irfani pun tak tahu bagaimana keadaan zikr itu,tentu yang ahlinya sahaja yang mengatahui rahsia-rahsianya.cumanya kita diberitahukan tentang ahlinya,dan mengambil pelajaran dari mereka,semoga kita menadapat petunjuk dan mendapat pimpinan.

dari segi literalnye memanglah bunyi nye macam zikir je,tapi ulama'-ulama' menuturkan ia lebih dari zikir lisan yang kita fahami itu.

jika kita ingin mengingat Allah swt,barangkali kenanglah nikmat-nikmatNya atas diri kita.ada sebahagian riwayat yang menganjurkan kita supaya bertafakurr.juga ada tahapan-tahapan zikir(bathin) yang diberitahukan kepada kita oleh ulama'-ulama' yang arif lagi berkelayakan.

tentang ulama-ulama pewaris Nabi itu,irfani pun kurang tahu,tapi berdasarkan perbincangan-perbincangan dengan ilmuan-ilmuan,bahawa perwarisan itu adalah perwarisan spiritual yang mewarisi ketaqwaan,ketinggian maqam,kecintaan,ilmu dll dari Nabi saw.Pada perwarisan darah keturunan Rasulullah saw yang dilebihkan oleh Allah swt itu spiritualnya harus selari dengan tatasusila(akhlak,rohani,taqwa) Ahlul Bayt Nabi saaw yang suci-sesucinya.seperti yang diisyaratkan kepada kita dalam ayat thahtir (al-ahzab:33) itu.

tentang menentukan dia itu pewaris Nabi,barangkali ada dua.Pertama yang umum dan kedua yang khusus.Yang umum menurut Allamah Tabatabie adalah para 'arif yang telah mencapai maqam baqa'(bertanya kepada yang ahlinya).manakala yang khususnya ialah Para Imam yang maksum yang diberitahukan oleh Rasulullah saw itu.Merekalah yang diberikan pertanggungjawaban untuk memimpin rohani kita kepada kesempurnaan insan.

[ Last edited by irfani on 1-2-2005 at 01:17 PM ]

izzansdy Publish time 1-2-2005 11:29 PM

Originally posted by irfani at 2005-2-1 01:01 PM:
kepada izzansdy,
entah le,irfani pun tak tahu bagaimana keadaan zikr itu,tentu yang ahlinya sahaja yang mengatahui rahsia-rahsianya.cumanya kita diberitahukan tentang ahlinya,dan mengambil pelajar ...

Salam utk semua.......
terima kasih atas keterangan anda di atas.....sangat2 berharga.....

Cuma tinggal satu saja.......

Betul ke keterangan anda, bhw ada imam2 yg maksum selepas Rasul ?:stp:
Yg saya tahu hanya rasul2 & nabi2 saja yg maksum....
Terima kasih sekali lagi.....

Salam sejahtera....

[ Last edited by izzansdy on 1-2-2005 at 11:35 PM ]

irfani Publish time 1-2-2005 11:47 PM

untuk hal yang izzansdy pertanyakan itu,ada sebuah ayat(tak ingat ayat ape) tapi ayat itu dengan jelas menyebut akan perihal Imamah yang dikurniakan kepada Nabi Ibarahim a.s setelah menempuh ujian yang berat barangkali termasuklah penyembelihan terhadap puteranya Ismail a.s,dan ketika beliau telah tua,maka Allah Ta'ala mengurniakan kepda beliau maqam Imamah ini,dan Nabi Ibrahim a.s turut mendoakan agar keimamahan ini juga dikurniakan kepada keturunan beliau,Allah mengabulkan permohonanya dengan syarat hanya untuk keturunanya yang tidak zalim sahaja.(zalim pada diri sendiri,kepada sesiapa atau kepada Allah Ta'ala).

kerana itu selain mereka yang tidak suci(tidak melakaukan dosa@kezaliman) maka tidak selayaknya menyandang jabatan Imamah ini.maka siapakah yang diisyaratkan oleh Al-Quran mengenai perihal kesucian itu dan pertalian darah dengan Nabi Ibrahim melalui Rasulullah saw itu?.maka benarlah hadith thaqalain yang meriwayatkan tentang mereka itu.

[ Last edited by irfani on 2-2-2005 at 12:02 AM ]

irfani Publish time 2-2-2005 12:16 AM

salam..

[ Last edited by irfani on 2-2-2005 at 12:26 AM ]
Pages: 1 2 [3] 4 5
View full version: Syiah: Dari siapakah mereka mengambil mazhab mereka?


ADVERTISEMENT