izzansdy Publish time 5-2-2005 03:24 PM

Originally posted by irfani at 2005-2-1 11:47 PM:
untuk hal yang izzansdy pertanyakan itu,ada sebuah ayat(tak ingat ayat ape) tapi ayat itu dengan jelas menyebut akan perihal Imamah yang dikurniakan kepada Nabi Ibarahim a.s setelah menempuh ujian...


Salam utk semua...

Terimakasih Irfani,
Betullah kata anda, Keturunan Nabi Ibrahim memang banyak yg menjadi nabi atau rasul.....Tapi takkah sifat MAKSUM itu hanya utk para nabi dan rasul(Imamah)......dan tiada lagi rasul atau nabi sesudah nabi muhammad...

Namun terima kasih atas jawapan anda....

Salam sejahtera.

[ Last edited by izzansdy on 5-2-2005 at 03:29 PM ]

irfani Publish time 7-2-2005 02:08 PM

jika anda mengatakan Nabi dan Rasul,memang benar sudah terhenti setelah khataminnabiyyin(Rasulullah saw),tetapi,Imamah tidak terhenti setelah nubuwwah terhenti.

jika tidak siapa yang akan memimpin kita?bukankah kita memerlukan penjelas dari Al-Quran itu yang mengetahui belahan-belahan rahsianya yang berlapis-lapis?dengan itu dalil-dalil Ilahi tetap terpancang,cahaya keTauhidan bersinar cemerlang bagi mereka yang beriman dan menjadi penyelamat terhadap Iblis dan penghancur Islam(ideolgy).menjadi harapan disaat-saat kematian,perisai terhadap tipuan Iblis dan kuncu-kuncunya disaat-saat yang mencemaskan itu?

juga siapa yang menjadi wakil Allah(setelah Rasulullah saw) dalam urusan-urusan muslimin(waliyyul amri)?dengan itu kita selamat dari pecah belah?musuh-musuh dikenali dan dakyahnya yang paling sulit terbongkar.bagaimana menghadapi,dengan apa,bagaimana,dan kepastian dalam pertolongan Allah.

kerna itu,kita memerlukan Imam melebihi dari diri,harta dan keluarga kita sendiri.
lihatlah perpecahan kita pada hari ini,bukankah ini sebagai bukti yang nyata bahawa kita memerlukan Imam Yang Mendapat Petunjuk yang dilantik oleh Allah swt melalui lidah suci,kekasih dan RasulNya yang mulia?
dengan itu kita terselamat dari perpecahan dan kejahilan terhadap (pemahaman)agama kita sendiri,dan hanya sekadar berpuas dengan sedikit dari lautan rahsia-rahsia Al-Quran.dan mendabik dada mengukui diri seorang yang telah mengetahui..walhal kita belum lagi menyelam dalam samudura khazanah-khazanahnya rahsianya.

irfani Publish time 7-2-2005 02:15 PM

dan telah diisyaratkan kepada kita akan sifat-sifat para Imam itu harus suci(tidak zalim),dan Allah telah berkehendak untuk menyucikan Ahlul Bayt a.s sesuci-sucinya.mungkin disini persoalan ini telah menemui jawaban tetang kemaksuman(kesucian) Imam dari keturunan Nabi Ibrahim a.s itu. yang harus suci dan harus ada dalam melestarikan risalah Ilahi dan menjaganya.wallahu 'alam.

izzansdy Publish time 8-2-2005 02:08 AM

Originally posted by irfani at 2005-2-7 02:15 PM:
dan telah diisyaratkan kepada kita akan sifat-sifat para Imam itu harus suci(tidak zalim),dan Allah telah berkehendak untuk menyucikan Ahlul Bayt a.s sesuci-sucinya.mungkin disini persoalan ini tel ...


Salam sejahtera utk irfani dan semua....

Betullah kata anda bhw ketururan nabi IBRAHIM sampai ke nabi MUHAMMAD semuanya mempunyai sifat maksum( para rasul & nabi)....

Dan utk mencarii seorang imam(mursyid) sgtlah payah sekali. ibarat mencari jarum di padang pasir.....Tapi, jika terjumpa, pasti yg akan disampaikan daripadanya adalah akidah dahulu...

Terima kasih sekali lagi.....

[ Last edited by izzansdy on 8-2-2005 at 02:15 AM ]

billionaire Publish time 7-3-2005 05:52 PM

Originally posted by izzansdy at 2005-2-8 02:08 AM:



Salam sejahtera utk irfani dan semua....

Betullah kata anda bhw ketururan nabi IBRAHIM sampai ke nabi MUHAMMAD semuanya mempunyai sifat maksum( para rasul & nabi)....

Dan utk mencar ...
salam Izzan,
apabila Izzan mengatakan hanya nabi dan Rasul sahaja yang maksum, Izzan tidak pula membawa dalil dan hujah untuk itu sehingga dapat mematahkan hujah2 Syiah. seperti ini jugalah dahulu seorang Ahlu Sunnah yang mengatakan yang serupa tetapi tidak pernah membawa hujah dan bukti. Sehingga datang hujah dari Izzan dari Quran dan hadis, selagi itu Izzan tidak dapat membatal dan mematahkan hujah Syiah akan kemaksuman Imam2 mereka.

"Sesungguhnya Allah berkehendak untuk mensucikan kalian Ahlul Bait, mensucikan kalian SESUCI-SUCINYA." (33:33)

"Aku tinggalkan kalian dua bekal. Kitabullah dan Ithrahku, Ahlul baitku. kedua2nya tidak berpisah sehingga menemuiku di Haudh nanti."
Quran yang suci pasti dikembarkan dengan yang suci sahaja.

wassalam.

izzansdy Publish time 12-3-2005 01:08 AM

Originally posted by billionaire at 2005-3-7 05:52 PM:

salam Izzan,
apabila Izzan mengatakan hanya nabi dan Rasul sahaja yang maksum, Izzan tidak pula membawa dalil dan hujah untuk itu sehingga dapat mematahkan hujah2 Syiah. seperti ini jugalah dahu ...


Salaam utk Bill.Semoga berbillion ilmu yg anda ada bermanfaat.

Adakah anda pasti bahwa ayat yg anda bentang tu cerita tentang ahli bait?Baik ayat Quran nye,mahupun hadith nya?

Setahu saya lah,hadith tu cuma cerita kan tentang dua perkara yg nabi tinggalkan.Kitabullah dan sunnah nye.(perbuatan2 ibadah).
Pada pendapat saya,kalau di masukkan tentang ahli bayt,tu dah tiga perkara bukan?

Tentang ayat quran di atas,betul lah.Keluarga nabi.(Orang rumah).Jadi maksud anda yg ahlul bayt yg anda maksudkan itu,adalah nabi selepas junjungan?

maaf hanya mengemukakan DALIL AKAL.....Islam itu utk org berakal....

Maaf saya bertanya.....sekiranya cucunda Rasul yg SYAHID di KARBALA tidak berlaku, apakahkah pandangan SYIAH ttg ithrah pula ? Mungkin sama mcm ASJW kot ?

Hadis Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
          " Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah "


Sampai ketemu lagi.......

Salam utk bill dan rakan2 seperjuangan......

[ Last edited by izzansdy on 12-3-2005 at 01:18 AM ]

billionaire Publish time 16-3-2005 06:17 PM

Salaam utk Bill.Semoga berbillion ilmu yg anda ada bermanfaat.

Adakah anda pasti bahwa ayat yg anda bentang tu cerita tentang ahli bait?Baik ayat Quran nye,mahupun hadith nya?

Setahu saya lah,hadith tu cuma cerita kan tentang dua perkara yg nabi tinggalkan.Kitabullah dan sunnah nye.(perbuatan2 ibadah).
Pada pendapat saya,kalau di masukkan tentang ahli bayt,tu dah tiga perkara bukan?

Tentang ayat quran di atas,betul lah.Keluarga nabi.(Orang rumah).Jadi maksud anda yg ahlul bayt yg anda maksudkan itu,adalah nabi selepas junjungan?

maaf hanya mengemukakan DALIL AKAL.....Islam itu utk org berakal....

Maaf saya bertanya.....sekiranya cucunda Rasul yg SYAHID di KARBALA tidak berlaku, apakahkah pandangan SYIAH ttg ithrah pula ? Mungkin sama mcm ASJW kot ?


Salam utk bill dan rakan2 seperjuangan......
salam untuk anda juga Izzan, semoga kamid apat memanfaatkan ilmu anda Hadis Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
          " Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah "


Sampai ketemu lagi.......
saudaraku!

tentang Ahlul Bait a.s itu telah bill ceritakan panjang lebar di http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=65959&fpage=2
jadi rasanya tidak perlu lagi diulang di sini.

Hadis Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
          " Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah "
Sampai ketemu lagi.......

Kita mempunyai dua seumber berbeza. Namun, seandainya ada masa, akan bill bentangkan hujjah2nya dari sisi Ahlus Sunnah.

wassalam

fleurzsa Publish time 4-5-2005 05:37 PM

salam

Rujukan: Hj Ahmad Muhd. Abd Ghaffar

Kelompok2 dlm Syiah:

1. Tawwabun

2. Zaidiyah

3.Al Jarudiyyah

4.Sulaimaniyah

5.Al Butriyah

6.Sabaiyyah

7.Kisaniyah

8.Al Kabrbiyah

9.Mukhtariyah

10.Muhammadiyah

11. Al Mughiriyyah

12. Ismailiyyah

13.Qaramitah

14.Fatimiyah

15.Bayaniyah

16.Al Mansuriyyah

17.Al Ghurabiyyah

18.Al Musta'liyah & An Nizariyah

19.Hasyasyin

20.Al Baqiriyah

21. An Nawusiyah

22. Kamiliyyah

23.Musawiyah

24.Al Qat'iyah

25.Hisyamiyah

26.Az Zurariyah

27.Yunusiyah

28.Janahiyyah

29.Khattabiyah

30.Ad Duruziyah

fleurzsa Publish time 4-5-2005 05:49 PM

1.Kelompok Tawwabun


Pd mulanya org2 yg menyatakan penyesalan dan bertaubat hanya bergerak secara perseorgan sj sambil pergi ke Karbala tempat kubur Husain.

Seterusnya timbul pernyataan taubat dan penyesalan secara berkumpulan, maka terbentuklah suatu kump atau kelompok yg menamakan diri mereka Tawwabun yg ertinya kelompok Org2 Yg Bertaubat.

Dipimpin oleh Sulaiman b Shard Al-Khuza'i di Basrah. Sulaiman merupakan sahabat Rasulullah saw yg ketika itu berusia 93 thn.

Dgn timbulnya kelompok Tawwabun, perasaan tasyayyu' kpd keluarga Rasulullah saw mula meluas dan berakar umbi dlm hati umat Islam.

Mulanya mereka adalah gerakan bersembunyi, keahlian lebih kurang 100 org.Bersepakat utk membalas dendam atas kematian Husain.Jadi gerakan ini bukan terbentuk krn perbezaan pemahaman syariat dan akidah.

Penyeru yg tergigih ialah Ubaidillah b. Abdullah al Muraisi.

4 thn kemudian terjadi pertempuran sengit atr kelompok Tawwabun dgn tentera Daulat Bani Umaiyah di Ainul Wardah.K. Tawwabun kalah dan Sulaiman gugur.

Gerakan terus berkembang sehingga menjadi pelampau yg diketuai oleh Mokhtar At Thaqafi.

wallahua'lam

billionaire Publish time 5-5-2005 04:09 PM

salam
Fleursza, jangan terkeliru dengan pecahan2 di dalam Syiah, dan jangan jadikan kejahilan serta kebencian anda kepada Syiah sebagai penyebab anda gemar cut and paste atau ambil sahaja daripada buku dan masukkan ke dalam forum sebagai hujah menolak dan memperkecilkan Syiah. Syiah Imamiyyah serta Ahlus Sunnah sendiri menolak pecahan2 tersebut dan menolak mereka dakwaan keIslaman mereka. terlihat dalam senarai anda itu nama2 yang yang mereka sendiri tidak pernah memisahkan diri mereka daripada Syiah Imamiyyah Sebagai satu contoh= at-tawwabun. bagaimana anda boleh menggolongkan mereka sebagai sebuah pecahan dalam Syiah sedangkan mereka adalah orang2 yang menuntut belas atas kesyahidan Imam Husein a.s tanpa pernah mendakwa diri mereka berpisah daripada Imam Ahlul Bait a.s?

Malang sungguh umat Islam hari ini, memusuhi Syiah hanya kerana terpesona dengan tulisan dan fitnah2 orang2 jahil yang langsung tak pernah mengenali mazhab ini.

fleurzsa Publish time 5-5-2005 05:12 PM

Originally posted by billionaire at 5-5-2005 04:09 PM:
salam
Fleursza, jangan terkeliru dengan pecahan2 di dalam Syiah, dan jangan jadikan kejahilan serta kebencian anda kepada Syiah sebagai penyebab anda gemar cut and paste atau ambil sahaja daripada ...

w'salam

Ini adalah forum umum.I rasa semua forumners di sini sedia maklum I tidak mempunyai pengetahuan agama Islam yg tinggi.I cut n pasted sebagai informasi.Terpulanglah kpd sesiapa yg berpengetahuan utk respon atau cuba memperbetulkan informasi ini.

Kita tidak akan belajar apa2 sekiranya kita takut pd kritikan.At least, cara ini lebih berguna drp I baca sendiri2 dan terima bulat2.

fleurzsa Publish time 5-5-2005 05:27 PM

2.Kelompok Zaidiyah

Golongan Zaidiyah lahir pd thn 121 H yg terdiri dr para pengikut Zaid b Ali Zainal Abidin b Husain b Abi Thalib.Nama Zaidiyah juga dinisbatkan kpd Zaid cucu kpd Al Husain yg syahid di padang Karbala.Ali Zainal Abidin b Husain yg merupakan cucu Khalifah Ali mempunyai 2 org putera.

Pertama, Muhammad Al Baqir yg dipanggil Abu Jaafar.Timbulnya golongan Syiah Imamiyat, aliran Ithnai asyariyat dan juga aliran Ismaliyat, dikaitkan dgn keturunan beliau.

Kedua, Zaid b Ali Zainal Abidin b Husain, dan drp beliau lahir kelompok Zaidiyah.Zaid tercatat sbg org pertama dr kalangan Ahlul Bait yg menentang dan ingin menumbangkan Daulat Bani Umayah dgn menggunakan senjata.

Walau pun kelompok ini berhasil menghimpun kekuatan besar, tapi akhirnya Zaid gugur dlm peperangan.Pasukannya hancur, tapi kemudiannya golongan Zaidiyah ini berjaya juga menubuhkan Kerajaan di wilayah Yaman sehingga berkurun2.

Sebenarnya Zaid b Ali merupakan seorg ulama besar, fakih dan warak, tidak terlintas di dlm fikirannya utk membentuk aliran politik menentang kerajaan. Ia berlaku akibat dorongan masyarakat.

wallahua'lam

[ Last edited by fleurzsa on 5-5-2005 at 05:29 PM ]

billionaire Publish time 5-5-2005 06:06 PM

Originally posted by fleurzsa at 2005-5-5 05:12 PM:


w'salam

Ini adalah forum umum.I rasa semua forumners di sini sedia maklum I tidak mempunyai pengetahuan agama Islam yg tinggi.I cut n pasted sebagai informasi.Terpulanglah kpd sesiapa...

salam. maaf sekiranya menyentuh hati anda. Tidak berniat untuk melukakan perasaan anda. Sesungguhnya, sehingga ke hari ini, kami telah banyak mendapat manfaat daripada anda di sini, dan untuk itu semoga Allah sentiasa merahmati anda.

memandangkan anda telah menyebutkan mengenai perpecahan dalam Syiah, biarlah bill ceritakan pendapat Syiah mengenai perpecahan kepada kelompok2 ini.

pertama, Syiah tidak menganggap puak2 yang menolak Imam sebagai Syiah kerana dalam hadis2 ada disebutkan bahawa Syiah adalah golongan yang menerima 12 orang Imam. Oleh itu, contohnya seperti Ismailiyyah, bukan Syiah sahaja malah Sunni juga menolak mereka.

Begitu juga Ahlus Sunnah, tidak akan menerima Ahmadiah Qadiani sebagai sebuah pecahan daripada Sunni walaupun golongan itu mendakwa mereka sebagai Ahlus Sunnah.

tidak dapat dikatakn golongan2 yang menggunakan nama Ahlul Bait a.s sebagai Syiah apabila amalan dan kepercayaan mereka bertentangan dengan Syiah. Begitu juga kita tidak akan memecahkan PAS dan UMNO kepada dua kelompok Sunni hanya apabila orang2 PAS dilaporkan mengkafirkan orang2 UMNO.

wassalam

Gravedigger Publish time 5-5-2005 10:26 PM

Maaf menyampuk.....
Minggu lepas 1 Mei saya kesempatan jumpa sebuah buku yang di tulis oleh seorang cendekiawan Sunni bernama M.Hashem yang membela orang-orang Syiah. Amat menarik kandungan buku tersebut dan huraian serta rujukannya begitu jelas sehingga sukar untuk disangkal kebenarannya.
Tajuk buku tersebut...'Syiah yang di tolak, Syiah yang di cari'.

Bacalah.....

AbuTalib Publish time 6-5-2005 04:14 PM

Originally posted by Gravedigger at 5-5-2005 10:26 PM:
Maaf menyampuk.....
Minggu lepas 1 Mei saya kesempatan jumpa sebuah buku yang di tulis oleh seorang cendekiawan Sunni bernama M.Hashem yang membela orang-orang Syiah. Amat menarik ...

Ada point yg interesting... summary ke...

Susah nak cari buku cam tu... tak byk kedai yg jual....


:ah:

fleurzsa Publish time 20-5-2005 05:15 PM

3.Kelompok Al Jarudiyyah

Adalah pengikut Abu Al Jarudi Al A'ma Al Kufi yg dipanggil Imam Al Baqir sbg Syaitan yg tinggal di laut.

Fahaman asas kelompok ini mendakwa bhw Nabi saw tlh mewasiatkan kepimpinan kpd Ali dgn menyebut sifatnya, bukan nama.

Mereka juga mengatakan bhw para sahabat Rasulullah saw tlh kafir krn tidak membaiat Ali.Menurut mereka, Imam setlh Ali adalah puteranya Al Hasan dan kemudian diteruskan oleh Al Husain.

Dlm perjalanannya kelompok Al Jarudiyyah berpecah kpd berbg kelompok mengikut pendapat mereka mengenai siapa berhak ke atas imamah dan Imam Mahdi yg ditunggu2.

fleurzsa Publish time 16-7-2006 03:29 PM

4. Sulaimaniyah

Golongan Sulaimaniyah adalah para pengikut Sulaiman bin Jarir Az-Zaidi, kadang-kadang disebut juga kelompok Al-Jaririyah. Sulaiman bin Jarir mengatakan bahawa Imamah diadakan dengan dasar syura dan boleh dibentuk dengan akad dari dua orang yang terbaik di kalangan umat.

Kelompok ini membenarkan khalifah Abu Bakar dan Umar. Tapi mendakwa bahawa umat Islam telah meninggalkan yang lebih afdhal dengan memembaiat kedua-dua khalifah tersebut sebab All masih ada dan lebih berhak menjadi Khalifah daripada kedua-dua Khalifah terdahulu.

Kelompok ini tidak menganggap kafir orang yang membaiat Abu Bakar dan Umar bin Khattab dan tidak fasik, kerana ia dianggap sebagai suatu kesilapan.

wallahua'lam

fleurzsa Publish time 16-7-2006 03:36 PM

5. Al Butriyah

Dua orang lelaki yang menjadi pencetus kelompok Al-Butriyah ini, yang pertama Hasan bin Saleh bin Hay. Yg kedua adalah lelaki yang dikenali gelamya saja iaitu Al-Abtar, dan kepada tokoh yang kedua inilah nama kelompok ini dinisbatkan iaitu Al-Butriyah.

Pendapat kaum ini dalam masalah imamah sama dengan pendapat Sulaiman bin Jarir, hanya saja dalam masalah Khalifah Usman, mereka berdiam iiri, tidak memberikan kecaman dan juga tidak memberikan pujian.

Menurut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, kelompok ini dianggap paling sederhana. Bahkan Imam Muslim mengambil Hadis yang diriwayatkan oleh Hasan bin Salih bin Hay ini.

wallahua'lam

fleurzsa Publish time 16-7-2006 03:42 PM

6. Sabaiyyah

Kelompok (firqah) yang diketuai oleh Abdullah bin Saba' seorang Yahudi yang masuk Islam, lalu membuat kekacauan di dalam Islam dengan mempromosikan berbagai ajaran sesat dan menyesatkan dengan matlamat untuk merosakkan Islam dari dalam. Dia berkeliling ke sana ke sini dengan gigih untuk menyebarkan ajaran dan memperluas pengaruhnya.

Kesesatan yang paling nyata dalam ajaran ini adalah menganggap Sayidina Ali sebagai Nabi, kemudian bertindak lebih melampau lagi dengan menganggapnya sebagai Tuhan. Apabila berita ini terdengar oleh Sayidina Ali, beliau sangat marah dan membakar sebahagian dari pengikut ajaran tersebut, sedang yang sebahagian lagi berjaya melepaskan diri bersama-sama Abdullah bin Saba' .

wallahua'lam

fleurzsa Publish time 16-7-2006 03:52 PM

7. Kisaniyah

Kelompok yang mula-mula mendakwa bahawa Imamah adalah hak Muhammad bin Ali bin Abi Thalib at au yang lebih dikenal dengan nama Muhammad bin Hanafiyah. Mereka berpendapat demikian kerana ketika terjadi perang Jamal (perang di antara All bin Abi Thalib dengan Aisyah), All telah menyerahkan panji-panji perang kepada anaknya Muhammad bin Hanafiyah.

Kata mereka, Muhammad bin Hanafiyahlah yang paling berhak ke atas Imamah setelah Ali bin Abi Thalib kerana Husain telat berwasiat demikian. Setengahnya lagi berpendapat bahawa mewasiatkan lmamah kepada Hasan, Hasan mewasiatka:-. kepada Husain dan Husain mewasiatkan kepada Muhammad.

Ada berbagai pendapat mengenai nama Kisaniyah Sebahagian mengatakan bahawa ia dinisbatkan kepada Kisar, seorang Maula (bekas hamba sahaya) kepada All binAbi Thalib.Dikatakan pula bahawa Kisan adalah murid kepada Muhammad bin Hanafiyah. Kisan inilah yang menunjukkar pembunuh Husain dalam peristiwa Karbala' kepada Mukhtar bin Ubaid Ath-Thaqafi yang di kemudian hari melakukan aksi balas dendam secara kejam.

Pendapat lain mengatakan bahawa Kisaniyah dinisbatkan kpd Mukhtar bin Ubaidyg asalnya bernama Kisan.

wallahua'lam
Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: Syiah: Dari siapakah mereka mengambil mazhab mereka?


ADVERTISEMENT