adly26 Publish time 23-9-2008 06:49 AM

Maran

MARAN adalah sebuah daerah dalam Negeri Pahang iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Kuantan ke Jerantut dan ke Temerloh.

Dikatakan asal-usul nama Maran adalah berasal dari cantuman perkataan " Baran " dan " Mengaran ". Pada zaman dahulu, ditepi Sungai Luit yang laluannya tidak berapa jauh dari Bandar Maran ada beberapa buah kampung yang telah wujud semenjak Masehi 1250 seperti Kampung Merageh, Kampung Belada, Kampung Subuh, Kampung Kuala Luit, Kampung Garok dan Kampung Merbau.

Mereka dari kampung tersebut selalu berulang-alik ke satu kawasan paya BARAN berhampiran sebatang anak Sungai Luit untuk menangkap ikan. Erti BARAN dalam bahasa Melayu ialah hutan di kawasan yang ada banyak ikan terutama ikan keli, haruan dan ikan puyu.

Kawasan BARAN menjadi tumpuan dan akhirnya penduduk kampung lebih suka bermalam di sana dan ada juga berpindah ke tempat itu, jadinya dari kampung asal berpindah duduk ke tempat lain terutamanya tempat yang belum ada namanya.

Dalam bahasa melayu kampung selalu menyatakan orang yang berkeadaan demikian dengan MENGARAN. Bagi mereka yang tinggal membuat tempat kediaman di kawasan Baran Paya Chedong itu telah membuat kata sepakat menamakan tempat mereka itu MARAN. Ini adalah disebabkan perkataan MENGARAN ke BARAN itu dicantumkan menjadi MARAN. Maka disebabkan perkataan itulah asal-usul nama MARAN diberi.

p/s - credit untuk Hotlink..TQ.:loveliness:

adly26 Publish time 23-9-2008 06:52 AM

Asal-usul nama beberapa tempat di Kuantan, diperolehi melalui cerita-cerita lisan orang-orang tua.

TELUK SISEK
Kawasan ini asalnya adalah sebuah teluk. Berhampiran dengannya terdapat sebuah bukit yang menganjur ke teluk. Di kawasan kaki bukit inilah selalunya "penyu-penyu sisek" mendarat untuk bertelur. Zaman beredar dan melalui proses pembentukan muka-bumi, teluk kini bertukar menjadi paya. Kawasan ini kemudiannya diteroka dan dibangunkan. Namanya diilhamkan dari peristiwa yang dikaitkan dengan "teluk" dan "sisek". Sehingga kini masih terdapat kulit-kulit siput lama di sekitar tasik di belakang kediaman YAB Menteri Besar sebagai bukti bahawa tempat ini dahulunya adalah sebuah teluk.

KAMPUNG JAWA
Semasa Estet Batu Talam dibuka untuk tanaman getah, ramai orang-orang Jawa telah bekerja sebagai penoreh getah. Mereka telah membuat penempatan berhampiran Kampung Tengah. Hasilnya kawasan ini akhirnya dikenali sebagai Kampung Jawa.

BUKIT SETONGKOL
Kedudukan bukit ini agak ganjil kerana ianya hanya setongkol sahaja jika dibandingkan dengan bukit-bukit yang lain di persekitarannya. Bersesuaian dengan keadaan fizikalnya ini, kawasan ini dinamakan Bukit Setongkol.

BUKIT UBI
Sebelum dijadikan kawasan pecah batu, bukit ini telah dijadikan kawasan penanaman ubi kayu oleh penduduk-penduduk tempatan. Makan kekallah namanya Bukit Ubi.

PADANG LALANG
Kawasan ini dahulunya adalah sebuah padang yang dipenuhi dengan lalang.

TANJUNG LUMPUR
Tanjung yang menghala ke laut ini telah diliputi oleh mandapan lumpur yang banyak. Sejak dari itu, tanjung ini dikenali sebagai Tanjung Lumpur.

GAMBANG
Di sini, suatu ketika dahulu terkenal dengan permainan gambang (cak lempung) di kalangan masyarakatnya. Oleh yang demikian tempat ini terus dinamakan Gambang.

ALUR AKAR
Di kawasan ini dahulunya beralur dan ditumbuhi pula dengan pokok-pokok hutan tua berakar besar dan berlingkar-lingkar. Keunikan keadaan kawasan ini langsung membawa kepada namanya sekarang.

PERAMU
Tukang-tukang rumah bertumpu ke tempat ini untuk mencari bahan-bahan membuat rumah yang terdiri daripada kayu-kayu hutan. Istilah mencari bahan-bahan ini dikenali sebagai "meramu" dan akhirnya menjadi Peramu hingga sekarang.

BESERAH
Setelah kematian anaknya iaitu Cik Timah, Haji Senik (penduduk asal Kuantan) telah membuat keputusan meninggalkan Kampung Teruntum yang banyak meninggalkan kisah-kisah sedih. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah kawasan di utara Teruntum. Setelah membuat sebuah penempatan baru, kawasan ini pula diserang sejenis penyakit yang dikenali sebagai "hawar". Semua penduduk di kawasan ini bercadang untuk berpindah ke tempat lain tetapi Hj. Senik meminta mereka bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Kerana sikap mesyarakatnya sentiasa bertaqwa dan berserah kepada Allah SWT, maka tempat ini dipanggil "Beserah" sehingga sekarang.

p/s - credit untuk Hotlink..TQ. :loveliness:

adly26 Publish time 23-9-2008 06:58 AM

Manchis (dalam daerah Bentong, berdekatan Simpang Pelangai)

Khabarnya orang-orang dulu kat sini gemar menghisap rokok...setiap kali mereka bertemu, mereka sentiasa bertanyakan `ada Manchis'..itu yang melekat nama tempat sehingga ke hari nie....;P (tah betul ke dok..koi mereka cipta jer cita nie..tapi hakikatnya Manchis adalah tempat kelahiran koi..waaaa gua rindu sangat..dah lama tak balik manchis :'()

cintan66 Publish time 23-9-2008 07:32 AM

Balas #43 adly26\ catat

kat memaner pun orghang merokok Ad..............cam pedooh je yg ni;P

monorail Publish time 23-9-2008 07:56 AM

Reply #43 adly26's post

tu bandar berkembar ngan manchester city kan ad?:lol: :lol: :lol:

arifah_72 Publish time 24-9-2008 07:30 AM

Saper tau asal nama Pekan....... tlg citer sikit :o :o :o

adly26 Publish time 24-9-2008 07:33 AM

Balas #44 cintan66\ catat

kan kome dah kabor...kome podaoh jer...;P ;P

adly26 Publish time 24-9-2008 07:34 AM

Balas #45 monorail\ catat

Betuulllltu abang long...tak yah nak gi jauh2...;P ;P

arifah_72 Publish time 24-9-2008 07:37 AM

Reply #48 adly26's post

Selamat pagi Adly........ Lama x nampak? :loveliness: :loveliness: :loveliness:

tok_rimau87 Publish time 10-10-2008 11:48 PM

chenor..

citer pasal che' nor tu yang paling fames..

ada satu version yg tak glamer sket..citer pasal org bugis nampak cahaya (sinor) dari celah bukit..koi pun x ingat ngat

aint Publish time 16-10-2008 10:00 AM

aku dgr citer..keratong tu mendapat nama dr perkataan kera & lotong sbb dulu byk binatang2 tu kat situ..

patin_putih Publish time 28-5-2009 05:50 PM

Assalamualaikum Semua
Pages: 1 2 [3]
View full version: Asal Usul Nama Tempat Di Pahang


ADVERTISEMENT