vikramavardhana Publish time 14-5-2014 10:30 PM

Wish Everyone Peaceful Vesak 2014

Svasti Sri!



Sudah lah masuk Buddha Purnima... Di setengah tempat, peristiwa ini disebut Buddha Jayanti...
Di beberapa tempat pun bulan begitu terang, begitu bulat cerah indah sekali.

Peristiwa semalam itu memperingati semula:


[*]Penjelmaan baginda Siddharta Gautama di Lumbini.

[*]Pencapaian nirvana baginda Buddha.

[*]Parinirvana baginda Buddha bila baginda mangkat.

Haruslah kita memperingati bahawa baginda Buddha pernah menasihati anand supaya jangan menangis ketika baginda sebelum mangkat. Baginda Buddha bersabda... mestilah kita memahami hukum alam semesta bahawa semua jisim yg berbentuk sebatian termasuk jasad baginda itu mesti nanti terurai. Jasad baginda itu tidak kekal pun, tapi....



[*]mestilah murid2 mengambil Dharma menjadi Guru Pemandu selepas baginda tiada.
[*]Cuma Dharma itu lah kebenaran abadi.
[*]Dharma tidak tertakluk kpd hukum perubahan.

Memberi puja Guru (tabik namo) kpd Guru Buddha yang dicerahi itu bukan semata2 mempersembah bunga2, colok wangian cendana dan lilin, tetapi yg terutama itu mesti ikhlas berusaha mengikut Vinaya dan ajaran2 bermanfaat yg disebarkan.

Contoh cara memperingati Guru Buddha itu menerusi:



[*]Penggunaan semua peluang untuk memperbaharu azam untuk hidup sebagai orang arya (mulia bermaruah).
[*]Memperkembang minda ke arah yg lebih positif.
[*]Mengamalkan sikap pengasih dan penyanyang.
[*]Cuba mewujud keamanan dan keharmonian kpd kemanusiaan serta semua makluk alam lain.

vikramavardhana Publish time 14-5-2014 10:40 PM

vd7JkoB4C9M

{:1_149:}{:1_149:}{:1_149:}{:1_149:}{:1_149:}:loveliness:

sonu nigam
Pages: [1]
View full version: Wish Everyone Peaceful Vesak 2014


ADVERTISEMENT