AYAKAISHI_AYASY Publish time 22-7-2014 03:50 PM

Bolehkah Kristian Memberi Derma Pada Agama Lain?

Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan satu permasalahan

Saya adalah seorang yang beragama Islam. Baru-baru ini ketika saya menderma untuk wakaf kitab suci saya, kawan kristian saya yang berada di situ turut berminat untuk turut menderma. Walaupun saya agak keberatan untuk membenarkannya, namun ustaz yang menjaga kaunter itu berkata ia adalah perbuatan yang digalakkan. Ianya bukan agama saya yang saya risaukan, ianya adalah agama kawan saya itu yang saya risaukan. Adakah tindakan kawan saya nie salah? Bolehkah orang Kristian menderma kepada agama lain untuk pembelian kita suci agama tersebut?

P/s - Saya tak pernah mempunyai niat untuk mengislamkan dia dan dia tak terfikir untuk meninggalkan kristian dan menjadi Islam


unoryah Publish time 1-8-2014 11:26 AM

kenapa pula tak boleh?

Kristian tidak bataskan pertolongan untuk mereka yang seagama saja


Hana83 Publish time 1-9-2014 01:04 AM

Badan gereja juga myalurkan bantuan kpd org Islam.di sini,gereja tubuhkan sekolah khas utk yg x bkemampuan.. 70% adalah pelajar Muslim Dan mereka memakai tudung ke sekolah.

missdara Publish time 9-3-2015 04:17 PM

Betul tu. Tak ada salah saling membantu walaupun berlainan agama..

Truth.8 Publish time 19-3-2015 12:11 PM

ajaran Kristian ia ajaran peace dan love..kita menolong semua...bukan ajaran songsang dan sesat yg meminta umat menolong kaum umat mereka aja...itu ajaran pelik dan sesat..atau cult...

Pages: [1]
View full version: Bolehkah Kristian Memberi Derma Pada Agama Lain?


ADVERTISEMENT