khailya Publish time 4-12-2014 04:39 PM

evlinne posted on 4-12-2014 04:27 PM static/image/common/back.gif
Lo, aku ada la Dalacin T tu kat rumah. Tapi dia pedih sikit sebab ada salicylic acid dgn bahan apa ...

taktau la weh...
kawan aku ckp mmg die pakai yg tu jer..
tiap2 mlm b4 tido aku tgk die duk tenyeh benda alah tu kt muke die..


miss_bear Publish time 4-12-2014 05:08 PM

wow, wow, wow.
baru je google kebaikan vitamin c. sebelum ni tak pernah tau pun.
thank you Tuan Tanah! :P

25 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit, Rambut dan Badan
Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:



1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

Bacaan lanjut: Cepat Baik Dari Demam: 10 Cara yang Boleh Anda Ikut



3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.




5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.



6. Keracunan plumbum.

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.



7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.




8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.



9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.



10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.



11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.



12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


Bacaan lanjut: Sirap Ajaib Untuk Kurangkan Risiko Serangan Jantung

13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.



15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.



16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.



17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.




18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.



19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Bacaan Lanjut: Vitamin Untuk Kulit Cantik


Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.




20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.



22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.



23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.




24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.



25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.


Sumber : http://tipsihatselalu.blogspot.com/2013/12/25-kebaikan-vitamin-c-untuk-kulit.html

miss_bear Publish time 4-12-2014 05:10 PM

Baru je beli vitamin C 100mg. 50 tablet rm17.50.
walaupun sugarfree tapi serius sedap sangat!!! {:1_152:}

hehe sorry excited tak pnah amek tau pun sebelum ni supplemet apa bagus untuk kulit. TQTT :loveliness:

evlinne Publish time 4-12-2014 05:20 PM

miss_bear posted on 4-12-2014 05:10 PM
Baru je beli vitamin C 100mg. 50 tablet rm17.50.
walaupun sugarfree tapi serius sedap sangat!!! {:1 ...

Wah, tak sangka iols bawa pengaruh kat uols. :lol:

Brand apa tu? Kenapa tak beli yg 500mg? Hehe ;P

Aah iols beli Vitamin C sebab utamanya antibodi iols lemah. Kerap kena demam selesema. Dpd telan ubat tah pape, baik telan Vitamin C khen.

miss_bear Publish time 4-12-2014 05:38 PM

evlinne posted on 4-12-2014 05:20 PM static/image/common/back.gif
Wah, tak sangka iols bawa pengaruh kat uols.

Brand apa tu? Kenapa tak beli yg 500mg? Heh ...

silap. bukan 100 mg tapi 1000mg. yang ni yg basic je kot sebab tu murah sket. tapi jadi lah buat try dulu ;P
i memang cepat terpengaruh macam span. sebab tu bahaya kalau masuk shopping complex ;P:L:lol:

evlinne Publish time 4-12-2014 05:43 PM

miss_bear posted on 4-12-2014 05:38 PM
silap. bukan 100 mg tapi 1000mg. yang ni yg basic je kot sebab tu murah sket. tapi jadi lah buat t ...

Eh, murahnya uols beli. Jenama apa tu? :o

Yang GNC tu pun vegecaps, so baguslah sebab takde gula, kanji, telur, pewarna etc. Huhu.

kiLogram88 Publish time 4-12-2014 05:51 PM

miss_bear posted on 2-12-2014 10:50 PM static/image/common/back.gif
tak boleh nak bagi cadangan sebab aku pun tengah ada masalah jerawat sekarang ni

untuk sape2 ya ...

hahaha.. jahat statement ko ;P

kiLogram88 Publish time 4-12-2014 05:56 PM

kaogi posted on 4-12-2014 11:39 AM static/image/common/back.gif
Ai pun consume Vit c with rosehips... rasa moist je kulit muka... (perasan)

Nak inject vit c ta ...

Eh same la kita. tapi aku baru ambik dah 3 hari. belum napak kesan lagi setakat ni. die pun buatkan kulit kita cerah ckit kan?

hambaallah1709 Publish time 4-12-2014 07:02 PM

vit c rosehips ade side effect tak?
saje gugel tadi..ade yang bgtau dia ade acid ascorbic mende ntah...
risau juga...
i pon cepat terpengaruh produk2 kecantikan ni...memang selalu beli macam2 produk..huhu

kaogi Publish time 5-12-2014 06:41 AM

kiLogram88 posted on 4-12-2014 05:56 PM static/image/common/back.gif
Eh same la kita. tapi aku baru ambik dah 3 hari. belum napak kesan lagi setakat ni. die pun buatka ...

Muka glow je kot..sbb kalu nak cerah, kena ambil Glutathione tu...


kaogi Publish time 5-12-2014 06:42 AM

hambaallah1709 posted on 4-12-2014 07:02 PM static/image/common/back.gif
vit c rosehips ade side effect tak?
saje gugel tadi..ade yang bgtau dia ade acid ascorbic mende nta ...

Makan apa2 jenis supplement, perlu minum air kosong lagi byk dr biasa..
Kidney akan kerja kuat kalu makan mcm2 supplement..

makton Publish time 5-12-2014 07:37 AM

Matakilat posted on 2-12-2014 11:23 PM static/image/common/back.gif
Bagi parut lubang jerawat tu kene minum collagen la utk kurangkn kawah tu. Kurangkn. Bukan hilang ka ...

nak no tel seller tu... mohon pm :$

makton Publish time 5-12-2014 07:39 AM

miss_baby posted on 3-12-2014 12:26 PM static/image/common/back.gif
wat laser, cuba tgk kat ig idealystclinic..
tgh ada discount utk laser tu..



ada kesan sampingan tak kalau buat laser ni?

makton Publish time 5-12-2014 07:50 AM

khailya posted on 4-12-2014 04:02 PM static/image/common/back.gif
try gune Dalacin T.. ko p beli kat farmasi ade jual..
mber aku gune ni... aku tgk muke die mmg bers ...

aku pun pakai dalacin T sejak sekolah menengah.
mmg elok utk kecutkan jerawat yg tengah sekar mekar kat muka.
dia akan matikan kuman tu.
tp utk hilangkan kawah aku tak pasti pulak keberkesanannya.

makton Publish time 5-12-2014 07:51 AM

evlinne posted on 4-12-2014 04:27 PM static/image/common/back.gif
Lo, aku ada la Dalacin T tu kat rumah. Tapi dia pedih sikit sebab ada salicylic acid dgn bahan apa ...

yup, utk kecutkan & matikan jerawat je..

envy_me Publish time 5-12-2014 10:41 AM

iols juga mengalami masalah yg sama. :'( ditambah pula kulit jenis yg berminyak teramat. lagilah ketara kawah2 tu menonjolkan dirinya walaupun baru je 30mins iols tenyeh bedak. iols tak pernah lagi mencoba mana2 kolagen sbb satu, mahal. pastu kesannya bukan hanya 1 kali beli, tentu kena berbotol2 dan berkali2 beli baru Nampak effectnye kennn... lagi2 wajah iols jenis berkarat degil ni. by that time, harga yg iols laburkan dah sama 1 sesi laser yg terus nmpk kesannya, kannn. agak2 btul tak perkiraan iols ni. so, baiklah iols buat laser dulu, pastu maintain dgn kolagen plak lepas tu. :loveliness:

Matakilat Publish time 5-12-2014 11:04 AM

Jerawat oh jerawat. Minum lah greentea utk detox. Then scrub la badan muka. Rerajin la skit. Jerawat kurang nanti. Che ta tu cantik mcm tu sebab rajin noks.

Eliadaisy83 Publish time 5-12-2014 11:15 AM

Matakilat posted on 5-12-2014 11:04 AM static/image/common/back.gif
Jerawat oh jerawat. Minum lah greentea utk detox. Then scrub la badan muka. Rerajin la skit. Jerawat ...

bleh i tau scrub apa yg u pakai tu..rasa cam berminat utk cuba..pm i k

kiLogram88 Publish time 5-12-2014 12:10 PM

hambaallah1709 posted on 4-12-2014 07:02 PM static/image/common/back.gif
vit c rosehips ade side effect tak?
saje gugel tadi..ade yang bgtau dia ade acid ascorbic mende nta ...

so far takde side effect ape lagi2.. taktau la org lain.

duniaku85 Publish time 5-12-2014 02:56 PM

evlinne posted on 4-12-2014 11:45 AM static/image/common/back.gif
Huhu, mak aku dulu pun camtu. Sekarang bila jerawat aku dah ok, takde dah dia rekomen aku suruh be ...

siyesly ok dari shaklee tu ke?
harus la try kan..muka iolss pun berkawah gak ni..dah la warna kulit tak sekata.
{:downo
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Muka berkawah, chuols! *nangis*


ADVERTISEMENT